26 April 2010

aku yang sorang

hari ni awal aku bangun, tak de apa nak buat. for the 1st time pagi ni darah2 dari hidung kuar ikut tekak. ngeri tu.. tapi bukan darah segar. may be yang hujung2 dah. malas2 jerr kat umah.

dalam pukul 11am, aku gie umah pak ngah. sebabnya hari tu dah janji nak datang hari ni ambil barang2 aku. dah nak sampai umah pak ngah, aku pening. masa aku park kete aku nampak 811. lorr ada orang kat umah pak ngah nih. tak per la yeop jer.. aku sampai jerr kat umah, yeop sedap2 kena urut. dia sakit pinggang. pak ngah jerr ada. mak ngah gi klinik. betul cakap opah aku, 'pak ngah ni dah tua' hehehe.

yang aku heran bila yeop tanya aku, 'ina datang sorang je ke?' aku jawab la, 'sorang' selang 5 minit, dia tanya lagi, 'sorang je ke na?' aku jawab 'ye' then tak lama lepas pada tu dia tanya lagi, 'ko sorang jer?' kali ni aku tak jawab. dia nih ada nampak 2 orang ke? aku plak yang seram. or dia tanya ni ada maksud yang tersirat. yang mana satu aku tatau.

pak ngah citer yang, opah call pak ngah suruh surau kat umah pak ngah buat air yassin then bagi kat aku, supaya aku boleh minum & mudah2an cepat sembuh. rasa terharu & sebak sangat2. cucu kesayangan. aku buat keputusan tanak bagi tahu orang2 yang aku sayang sebab aku tak nak diorang risau. aku tak nak menyusahkan diorang. cukuplah dulu diorang penat membesarkan aku.

pak ngah tanya aku, mak marah tak aku tak bagi tau dia. mak tak cakap apa pun. tapi tak tau la plak kalo mak aku kecik ati. tapi aku rasa tak kot. sebab achik dah explain hari tu. 'ina cuma tanak mak risau, tu jer' aku tahu, semua orang di sekeliling aku, menyayangi aku. alhamdulillah. cukuplah kalau mereka tahu yang aku always ok. insya Allah aku tak akan melukakan hati mereka.

mak ngah citer kat aku yang may be opah dah ada kat umah pak cu, jaga anak pak cu. mertua pak cu nak gie umrah. 'opah jaga anak pak cu?' errmm opah jaga diorang ke, diorang jaga opah. yang tu aku tak berapa nak pasti.. ni yang aku tak berapa nak suka nih...

on the way balik umah, aku sakit kepala. cuaca tak berapa panas. tapi kenapa ya masih pening. pening yang sangat2. semalam drive jugak. drive yang paling lama selepas operate. tapi tak rasa pening. kenapa today pening plak. mujur jalan tak jammed. kenapa ya aku cenggini? kenapa aku masih pening? tak pernah rasa berkurang. masih sama macam sebelum operate dia nyer pening. why aarr? tah arr..

balik dari umah pak ngah aku tak wat apa pun. dok melepak jer.. just layan pening jer.. tu la yang mampu aku buat.

masuk hari ni, adik dah 2 hari warded kat spital parit buntar. aku tepon mak tadi tanya pasal adik. dah masuk air 5 botol setakat ni. keracunan makanan yang serius. tapi mak kata dah ok sikit dah. adik aku ni kan macam2. tu la.. tanak makan kat umah lagi.. ikut dan dia jerr.. mak pesan kat aku kalo ada masa, pi tengok opah kat umah pak cu. sebabnya opah dok risau pasal aku. kan betul tu.. tak per nanti opah aku tengok aku, baru dia taw yang aku ni ok. kan kan kan.

today aku dapat this frasa 'tak de harapan' for the 1st time. maka, berkumandanglah lagu ni.. eerrmmm taw pun.

Siapa yang rampas hatimu - Ukays

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

( korus )
Siapa Yang Rampas Cintamu
Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku









....from kekwa22 with love....

3 comments: