15 August 2011

Jalan2 di Kota suci Mekah

hari ni, lepas subuh, dah siap2 sebab ada lawatan di sekitar kota mekah. seawal pukul 8 pagi kami dah berkumpul. aku, masih lagi demam. cuma ok la dari hari semalam.

Ni, pemandangan di awal pagi.
yang baju kuning ni.. menyapu, kumpul gandum nanti ada lagi sorang, masukkan semula gandum dalam plastik dan jual semula dgn SAR1. tah berapa kali di recycle. kalo nak bagi, tak yah le berkira sangat.. anggap jerr sedekah. burung2 ni pun kenyang makan... kan kan kan...
masing2 dengan aktiviti masing2.bz semedang.. kalo cakap kl ni, bandar yang tak tido, tapi kalo gie kl jam 4 or 5am, sunyi gak. tapi kota mekah, 24jam 356 hari bz jerrrrrrr... tak pernah sunyi.

ni, le beg yang aku usung ke sana kemari.
dalamnya ada sehelai telekung, sapu tangan. towel kecik yang di basahkan. duit dalam SAR100. pen sebatang. lips bam. 1 botol mineral water. kekadang bawak henpon. kekadang tak bawak henpon. name tag, orang len gantung kat leher. tapi aku ni, kalo mood nak pakai, aku pakai. kalo tanak pakai, dalam beg ni jerr la tempat dia. jadual belakang nametag tu, adalah waktu solat.

tempat pertama yang akan kami gie adalah jabal tsur. 100% berubah dari yang aku gie dulu. kenapa gie melawat gua tsur? sebab ni le tempat bersejarah.
Gunung tertinggi di kota Mekkah terletak 5 km dari kota Mekkah, gunung Tsur memiliki 3 puncak yang bersambungan dan berdekatan, dipuncak gunung ini terdapat gua yang bernama gua Tsur tempat Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar RA bersembunyi dari kejaran kaum kafir Quraisy, peristiwa ini terjadi pada tahun 622 M sewaktu Rasulullah akan hijrah menuju Kota Madinah. Dengan pertolongan Allah SWT orang kafir yang mengejar Rasulullah terkecoh ketika berada didepan gua mereka menemukan pintu gua dimana Rasulullah bersembunyi ditutupi sarang laba-laba dan burung merpati yang sedang bertelur atas izin Allah SWT. Hingga mereka berfikir tidak mungkin Rasulullah masuk kegua tersebut, sebab jika masuk sarang laba-laba dan sarang burung merpati yang sedang bertelur pasti akan rusak.

Peristiwa ini diabadikan oleh Allah SWT dalam surat At Taubah ayat 40 yang artinya :
“Bila kamu tidak mau menolong Rasul, maka Allah SWT telah menjamin melongnya ketika orang - orang kafir mengusirnya berdua dengan sahabatnya. Ketika keduanya berada dalam gua, dia berkata kepada sahabatnya ‘janganlah engkau berdukacita, karena Allah SWT bersama kita’. Lalu Allah SWT menurunkan ketenangan hati kepada (Muhammad) dan membantunya dengan pasukan-pasukan yang tiada tampak olehmu. Dijadikan-Nya kepercayaan orang-orang kafir paling rendah dan agama Allah SWT mnenduduki tempat teratas, Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”


cerr nengok papan tanda nih,
1st hijrah destination. tempat yang mula2 Nabi SAW berlindung semasa dalam perjalanan berhijrah.

kalo nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat sini
gambar kenangan bersama suami berlatar belakangkan jabal tsur. dulu, mana ada tembok belah kiri tu..

tinggi nya jabal tsur ni. tak dapat bayangkan bagaimana Nabi SAW dan Abu Bakar RA mendaki dan bersembunyi kedalam gua ni. Paling tak dapat imagine, macam mana Asma RA, datang ke gua ni menghantar makanan.

ASMA' binti Abu Bakar adalah anak kepada Khalifah Islam pertama, Abi Bakar as-Siddiq dan Qatilah binti Abdul Uzza. Adiknya, Siti Aishah adalah isteri kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau dilahirkan pada 27 tahun sebelum hijrah dan adalah antara golongan pertama memeluk agama Islam.

Asma' juga diberi gelaran sebagai wanita yang mempunyai dua tali pengikat atau zat al-Nithaqain. Beliau diberi gelaran itu kerana membelah selendangnya kepada dua bahagian bagi dijadikan tali pinggang.

Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Muhammad dan Abu Bakar keluar dari kota Mekah. Mereka bersembunyi di gua di puncak Gunung Thur kerana ancaman Quraisy yang mahu membunuh nabi.

Selama beberapa malam, Asma' meredah kegelapan malam dan menghadapi risiko bagi menghantar makanan kepada nabi dan ayahnya.

"Pada malam ini, ayah dan Rasulullah akan berangkat ke kota Madinah," jelas Abu Bakar kepada anaknya pada malam ketiga makanan dibawa kepadanya.

"Semoga perjalanan ayah dan Rasulullah dilindungi oleh Allah. Saya akan meletakkan makanan dan bekas air di atas kuda," balas Asma' sambil memandang wajah ayahnya dan Rasulullah yang akan memulakan perjalanan ke kota Madinah.

"Saya hanya ada sehelai kain selendang. Bagaimana saya boleh mengikat makanan dan bekas air pada pelana kuda? Oh, ya! Saya koyakkan kain selendang ini kepada dua bagi mengikat makanan dan bekas air," bisik hati kecil Asma'.

"Allah mengganti tali pengikat kamu dengan tali pengikat syurga," kata Nabi Muhammad sambil memberi isyarat kepada Asma' semasa mereka mahu berangkat.

Asma' pulang ke rumahnya selepas melihat ayahnya dan nabi hilang daripada pandangan menuju ke kota Madinah. Walaupun beliau selamat pulang dari gua itu, tetapi beliau masih menghadapi ancaman daripada golongan bangsawan Quraisy yang mahu mendapatkan maklumat tentang lokasi ayahnya dan Nabi Muhammad.

kisah penuh, boleh baca kat sini. semoga kisah ini menjadi iktibar pada kita semua

Pintu masuk ke gua tsur
sesapa nak merasa naik unta, silakan. bayo jerr.. meriah betullll
aku suke gambo nih...

jom jom naik bas, gie ketempat seterusnya...
ni, bas no 1. bas VVIP. hehhee.. Alhamdulillah. best. bas baru.. lagi 2 bas pun baru gak.. tapi yang bestnya kat sini, ada ustaz anuar dan dato' ustaz daud. mereka berdua bergilir2 bercerita tentang kawasan dan tempat2 bersejarah di mekah. banyak ilmu2 di kongsikan. kalo bas lain hanya ada ustaz sorang jerr. bas 2 ustaz Khaldun dan bas 3 ustaz rizkon salleh. bukan nak kata ustaz bas lain tak best, cumanya untuk bas 1 ada 2 orang ustaz. tu specialnya..

rumah2 di kota mekah. rupa sama jerr.. warna bata2 jerr.. tu, bahagian luar jerr..
tempat kedua hari ni ialah gie melawat padang Arafah. destinasi utama adalah jabal rahmah.gambo ni, macam klasik jerrrrrr..

Menurut ustaz, sesiapa yang nak berpasangan, ataupun nak menambah pasangan, berdoalah di atas jabal rahmah. Insya Allah doanya akan di makbulkan. di bukit ni lah tempat pertemuan semula nabi Adam AS dan Hawa. batu putih kat atas tu, sentiasa kena cat semula. sebab pengunjung2 menulis nama dia dan pasangan to be.

kali ni, aku tak panjat jabal ni, dulu, aku dah pernah sampai ke puncak. tak de la lama sangat mendaki. sebabnya ada tangga. kat gambo2 ni, tak ada tangga. yang ada tangga, di bahagian sebelah sana. tak nampak dari sini. ramai juga ahli rombongan yang naik ketas dan ramai juga yang tak naik. enche affa pun tak naik jugak.

Jabal Rahmah berada di sebelah timur padang Arafah di kota Mekkah. Sesuai dengan namanya, jabal berarti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Jabal Rahmah merupakan saksi bisu dari bertemunya antara Adam dan Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari surga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang. Konon berdasarkan catatan sejarah Nabi Adam diturunkan di negeri India, sedangkan Siti Hawa diturunkan di Iraq. Setelah keduanya bertaubat, akhirnya atas izin Allah mereka dipertemukan di bukit ini. Setelah pertemuan ini, Adam dan Hawa melanjutkan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunanya sampai sekarang.

Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala melakukan wukuf. Wahyu tersebut termuat dalam Surah Al-Maidah (5:3).

Firman Allh SWT yg bermaksud,"Pada hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sudah lengkapkan nikmat-Ku atau kamu dan Aku reda bagi kamu bahawa Islam itu agama kamu.

Turunnya ayat ini membuat para sahabat bersedih, sebab mereka merasa akan kehilangan Rasulullah dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah dipanggil menghadap oleh Allah SWT.

baca kat sini dengan lebih lanjut ceritanya
tinggi jugak bukit ni. nampak jerr macam rendah
ramai orang mencari rezeki di tempat ni. kebanyakkannya orang africa. mereka ni, tahan dengan panas terik.pemandangan padang arafahpemandangan ni, boleh di saksikan dia atas jabal rahmah. di sinilah tempat berwukuf semasa ibadat haji.

Dato' ustaz daud pesan, alirkanlah air mata walaupun setitik semasa berada di padang arafah. lebih2 lagi semasa doa di baca. kalo tak boleh menangis, letak minyak cap kapak kat mata, bagi meleleh air mata katanya dalam nada bergurau.

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Doa Arafah
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah
Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai Tumpuan setiap pengaduan
Wahai Yang Mengetahui semua rahasia. Wahai Akhir dari segala keperluan
Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya
Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya
Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai
Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya.

Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang bila Kau tampakkan pada gunung ia hancur dan Musa pun jatuh tersungkur.

Dengan asma-Mu yang tersimpan kokoh, yang tertulis dan suci, yang bila berdoa kepada-Mu dengannya Kau ijabahi, dan bila meminta Kau memberi.

Dengan asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari sumua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang.

Wahai Yang Maha Mengijabah doa
Dengan hak semua nama dan doa yang telah aku sebutkan
Aku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang,

yang kami sembunyikan dan yang kami tampakkan, Engkau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rizki setiap yang terhalangi. Wahai Yang Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap muqimin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.

Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan. Wahai Yang Menolong setiap jeritan para pencari pertolongan. Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita.Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka.

Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi. Wahai Akhir tujuan para pengharap.

Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Tuhan alam semesta. Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan.

Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan. Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia. Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar.

Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat. Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa.

Ampunilah dosa-dosaku yang merubah kenikmatan
Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penmyesalan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.
Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepat kebinasaan
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengungkap tirai.
Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Engkau, ya Allah.

Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu,

dan ke dalam kalbuku harapan pada-Mu. Sehingga aku tidak berharap kepada selain-Mu.

Ya Allah
Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku.

Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesulitan. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan aku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan.

Kembalikan daku pada keluargaku dengan keberuntungan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Anugerahkan padaku karunia-Mu. Luaskan bagiku rizki-Mu yang baik. Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari siksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke surga-Mu dengan rahmat-Mu ketika aku kembali kepada-Mu.

Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari: hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesalamatan-Mu, datangnya siksa dan azab-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari bala’ yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jangan golongkan aku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi aku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan aku dengan kehidupan yang baik. Matikan aku dengan kematian yang baik yang menyusulkan aku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Penguasa Yang Maha Kuasa.

Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.

Ya Rabbi, sebagaimana telah Kau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Kau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami.

Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Kau ciptakan daku lalu Kau jadikan aku dengan ciptakan yang baik, Kau ajari daku lalu Kau baguskan pengajaran padaku. Kau tunjuki daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku.

Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Kau berikan padaku yang dahulu atau yang baru.

Betapa banyak penderitaan, duhai Junjunganku, yang Engkau bahagiakan.
Betapa banyak kesengsaraan, duhai Junjunganku, yang Engkau hilangkan.
Betapa banyak kesulitan, duhai Junjunganku, yang Engkau lepaskan.
Betapa banyak cobaan, duhai Junjunganku yang Engkau singkirkan.
Dan betapa banyak aib, duhai Junjunganku, yang Engkau rahasiakan.

Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan.

Ya Allah, jadikan aku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bagian yang paling utama pada hari ini dari:

kebaikan yang Engkau bagikan, atau penderitaan yang Engkau hilangkan.
kesulitan yang Engkau singkirkan, cobaan yang Engkau tolakkan, atau
kebaikan yang Engkau curahkan, rahmat yang Engkau sebarkan
keselamatan yang Engkau bungkuskan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu
Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi

Engkau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Engkaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak menyia-yiakan orang yang berharap, yang tidak berkurang sedikitpun karunia-Nya karena orang yang mendapatkan, dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kedermawanan-Nya.

Karuniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

baca kat sini dengan lebih lanjut atau kat sini

Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :

" . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? "

Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :

Sabda Rasullullah saw : "Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah" (disinadkan oleh Ja'far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).

Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : "Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun" (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)

Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya.

"Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini."

Dari Arafah, kami terus ke Mina
ni, masjid yang terletak di padang arafah. masjid ni, tak di gunakan untuk solat jumaat sebab tak ada penduduk di sini. di gunakan, pada musim haji sahaja.

pemandangan sepanjang perjalanan ke mina

ni, landasan ketapi
waktu musim haji sangat2 sesak. jauhnya dalam 8km jerr.. kalo musim haji, berjalan kaki, lebih cepat sampai dari naik kenderaan. pulak tu.. di pertengahan jalan, mengikut ustaz anwar, ada di jual makanan dan minuman. boleh makan mihun sup atau pun bakso di tepi jalan. sepanjang jalan ni, ada banyak tandas2 awam untuk kegunaan jemaah.
ni, jalan ketapi laju yang menghubungkan arafah-mina. baru jerr nih. last year baru percubaan kali pertama. yang boleh naik, cuma rakyat arab saudi jerr.. dia belum buke paa orang luar. hopefully, tahun ni, jemaah dari malaysia dapat menggunakannya.. ni, adalah stesen keretapi laju
kebetulan plak, ketapi lalumanurut ustaz anwar, may be tengah di pandu uji. panjang giler ketapi ni.

perjalanan di teruskan ke kawasan melontar
ni betul2 tempat melontar. sekarang ni, dah 5 tingkat. kat sini la tempat jemaah haji melontar jemrah yang tiga. 'Jamarat-al-Ula', 'Jamarat-al-Wusta' and 'Jamarat-al-Aqaba'.

kalo dato' ustaz daud dalam bergurau, kalo ada lawatan atau nak gie mana2 dia pesan, kalo nak wat lontaran pun boleh, boleh melontar kat jemrahtul baju, jemratul tudung, jemratul kurma dan macam2 lagi.. tu.. maknanya tempat yang kitaorang nak gie tu.. boleh soping la.

khemah2 di mina
pemandangan, on the way balik sebab dah hampir pukul 11am
sampai jerr hotel terus mandi dan siap2 untuk ke masjid. waktu zohor, lebih kurang pukul 12.30pm. macam biasa, aku dan enche affa akan duduk kat masjid hingga waktu asar. solat asar dalam pukul 3.45pm.

ni, mekah hilton dekat jerr ngan masjid. sebelah ngan zam zam tower. kalo nak ke masjid, pergi n balik jemaah andalusia, akan melalui jalan antara kedua bangunan ni.

askar ni, siap pegang2 tangan lagipemandangan sebelum berbuke puasa
ramai orang dah duduk siap2 di depan gate 1sejuk sket kalo dok kat bawah niterkena wap2 air.

pelbagai gaya ragam jemaahni, di depan darul tauhid
orang sebelah kitaorang kasi nih, alhamdulillah.ni, orang balik dari terawihsebelah kanan gate no 1 atau gate king abd aziz.
ni plak, kat sebelah kanan. dekat depan darul tauhid.
ni plak, kat depan. jalan yang kami kena tempuh gie & balik. ramainya orang lepas terawih. sesemua ni baru kuar dan masuk ke masjid. kami terawih 8 rakaat jerr. sebab malam ni, nak gie jabal Nur yang kat dalamnya ada gua hira'

zam zam tower di waktu malam
jom jom balik hotel

on the way perjalanan, ramai orang kat klinik kerajaan.
ni plak, jalan raya, tanpa sebarang garisan.
dah sampai pun ke kaki jabal nurpunya la curam jalan ni.. sebab tu ramai yang bertongkat. beli jerr kat kedai dekat kiri kanan. SAR5 jerr sebatang. seram giler nak mendaki jalan bertar nih. sebab curam sesangat.gambo2 sekitar jabal nur ni, tak clear sangat sebab time ni dekat pukul 12am dah ni. lagi pun enche affa tak bawa camera besar dia. bawa compact camera jerr. camera besar, susah nak jaga.

ragam jemaah sepanjang pendakian
aku tak naik atas pun 1/3 perjalanan jerr.. tak larat maaa.. walau pun bertangga
pemandangan di 2/3 jabal nur. kota mekah yang bercahaya bergermerlapanberhenti rehat kejapcahaya putin ni, adalah dari bulan bintang zam zam towerustaz khaldon bawak rombongan keatas, manakala ustaz anwar tunggu kami2 yang kat bawah ni. bila ada ustaz anwar, maka.. macam2 soalan le kuar. uataz anwar ni, cool jerr.. gaya dia cakap pun tenang jerr. ustaz anwar tak serius, tapi cool jerr

ni, abg ismail. tapi ustaz anwar panggil dia pakcik ismail. yerr la.. nampak ustaz ngan pak cik ismail macam bapak jerr. ustaz anwar berasal dari indonesia. dia sekolah pondok kat sana dan menyambung pengajian kat mekah. dah lama dah duduk kat mekah. dia kerja ngan andalusia pun dah 9 tahun. dia belajar kat mekah ni, biaya sendiri. sebab tu masa time study pun jadi mutawif part time. sekarang dah full time. ustaz anwar dah kahwin. anaknya yang sulung dah berumur 6 tahun. muda lagi ni. tapi aku tak tanya plak umo berapa.

pak cik ismail ni, selalu tanya soalan2 yang kami tak pernah pikir nak menyoal. soalan2 dia memang canggih manggih sehinggakan ustaz anwar ketawa geli hati. contoh soalan yang canggih pakcik ismail, cam nih, 'ustaz, tolong urutkan kaki saya nih?' pak cik ismail ni, memang la sangat2 kelakar. ada jerr dia nak menyakat ustaz. yang ustaz ni, senyum jerr bila kena sakat ngan pak cik ismail. last2 dia cakap, 'pakcik ni, ada2 sahaja'

cerr nengok aksi pakcik ismail ngan ustaz, mula2 cam nih..
pastu dah jadi macam nak gaduh jerrtapi pak cik ismail ni, memang sangat2 kelakar. ada jerrrrr modal dia..

baru teringat nak ambil gambo nih



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment