macam2 aku fikir sekarang ni... banyak yang aku baca pasal dua kelahiran induced & c-zer. aku kena sediakan mental dan emosi untuk menghadapi sebarang kemungkinan. takooot oooo... tapi tak sabar nak menunggu kelahiran baby...
sesapa yang minat, bleh baca kat sini yerr ni, aku dah copi pes.
Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?
Kenapa perlu Induced?
Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.Bagaimana untuk memulakan kontraksi?
Hormon
yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia
dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam
darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi
rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama
bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses
bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi
misteri.
Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan
tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin
dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam
intravena.
Apa itu oxytocin? errmmm baca kat sini yerr.. ianya sejenis hormon.?
Memecah selaput ketuban
Sekiranya kita cuma
mengunakan oxytocin, kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali
apabila ketuban sudah pecah. Ia mungkin sedikit menyakitkan daripada
memeriksaan faraj yang biasa, tetapi amat berkesan untuk menguatkan
kontraksi. Kalau tidak dilakukan, proses bersalin tidak akan bermula
dengan baik.
Semasa pemeriksaan faraj, satu alat yang dipanggil
'amniohook' akan digunakan untuk menebuk lubang kecil pada selaput
ketuban, kemudian oxytocin akan dimulakan.
Apa itu amnionhook? ce mana rupanya?? ce mana nak guna?
haaa.. ni le rupanya amnionhook
ni le cara nak guna dia
huhuhu macam ngeri jerr nengok ?
Tidak ‘Favourable’
Semasa
hamil, pangkal rahim adalah tebal, panjang dan tertutup rapat. Ini
menolong memastikan yang bayi lahir pada masa yang sesuai sahaja. Semasa
cukup bulan, pangkal rahim akan secara perlahan-lahan menjadi lembut,
pendek dan mula membuka. Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat
kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran. Pangkal rahim juga mengeluarkan
sejenis hormon yang bernama prostaglandin yang boleh melembutkan lagi
pangkal rahim.
Sekiranya anda sudah bersedia untuk di'induce'
tetapi didapati pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan
diberikan ubat yang dipanggil prostin. Ini akan bertindak melembutkan
pangkal rahim dan membuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur
memecahkan ketuban dapat dibuat. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina
dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan
memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.
Adakah lebih sakit apabila di 'Induced'?
Inilah soalan yang utama yang sering ditanya apabila wanita dinasihatkan menjalani 'induce'. Anda mungkin mendengar cerita yang kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yang pernah menjalani 'induce'. 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila wanita sudahpun dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.kelahiran pembedahan or aku senang sebut c-zer, baca kat sini yerr ni, aku dah copi pes.
Pembedahan Caesarean
Pembedahan caesarean atau dikenali sebagai c-section adalah kaedah yang
digunakan untuk melahirkan bayi secara pembedahan. Ia sering dilakukan
sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran
bayi. Walaupun kelahiran secara normal lebih selamat untuk bayi dan ibu
tetapi terdapat keadaan dimana melahirkan melalui c-section adalah
lebih selamat dari kelahiran biasa.
Prosedur pembadahan
C-section dimulakan dengan doktor membuat hirisan pada bahagian ari-ari atas sedikit dari bulu pubis. Bayi anda akan dikeluarkan dari hirisan tersebut. Sebelum itu, doktor pakar bius akan memberikan spinal anaethesia dimana anda akan merasa kebas dari pusat kebawah. Abdomen anda akan dicuci dengan teliti dan pembedahan akan bermula sejurus selepas itu.
Selepas bayi lahir
Hidung
dan mulutnya akan disedut untuk membuang lendir dan air ketuban yang
belebihan. Tali pusat akan dipotong dan doktor akan mengeluarkan uri.
Rahim kemudiannya akan di jahit diikuti dengan dinding perut.Selepas pembedahan, anda dan bayi akan dipindahkan ke wad dimana anda akan di awasi dengan teliti selama 24 jam selepas pembedahan.
Komplikasi pembedahan Caesarean
Pembedahan c-section adalah pembedahan besar dan seperti mana pembedahan yang lain, mempunyai terdapat risiko-risikonya yang tersendiri.Risiko terhadap bayi
- Kelahiran pra-matang
- Masalah pernafasan
- Luka
Risiko terhadap ibu
- Jangkitan kuman pada rahim dan organ yang berdekatan
- Lebih kehilangan darah –dua kali ganda lebih dari bersalin biasa.
- Usus kurang aktif- rasa kembung, tidak selesa berterusan sehingga berhari-hari.
- Komplikasi pernafasan- jangkitan paru-paru terutama apabila pesakit diberikan bius keseluruhan.
- Tinggal di hospital dengan lebih lama
- Reaksi terhadap ubat bius
- Luka pada organ berdekatan seperti pundi kencing dan usus
- Darah beku pada kaki, organ pelvis dan paru-paru
- Sakit bersalin yang lebih lama
- Berisiko untuk pembedahan hysterectomy (pemebedahan buang rahim akan tumpah darah yang banyak)
- Berisiko untuk placenta accreta pada kandungan akan datang.
sekarang ni, apa yang penting aku kena bersedia dari segi mental dan emosi untuk menghadapinya.. latest date yang doktor bagi adalah 11-5-2012. pada week ke 37. due date aku bersalin adalah 30-11-2012 pada week ke 40. errmm mudah2an semuanya selamat.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”


No comments:
Post a Comment