30 June 2011

syukur alhamdulillah

semalam pergi klinik untuk suntik vaksin menigitis. tak de le sakit sangat masa kena suntik tu.. biasa2 jerr... lepas sejam baru rasa kebas2.. kenapa kita kena dapatkan vaksin menigitis? baca kat sini yerr..

lepas dah suntik, maka dapat la buku kecik ni
hari ni, aku demam... errmmm nak wat ce mana... layan jerr la.. kat opis plak.. punya la ramai mat saleh. merata ceruk dunia ada.. ada yang dari itali, ada yang dari french dan ada yang dari scotland.. err.. macam2 ada... tu yang jadi bz tu... petang plak board meeting.

tahu lee.. ko tahu.. kalo dah tahu tu, buat le sendiri. pesal nak suruh orang wat plak... wat jerr la okehhhhhh.. tak payah nak susahkan orang. pls take note
ni, our menu malam ni. mee bandung.. errmmm.. marbeles....lama kan tak wat mee bandung...

ce mana nak wat mee bandung cam nih?

cenggini, kekdahnya... mula2 nengok bahan2nya
300g daging di potong dadu, rebus hingga empuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah tomato di potong 6 bahagian
3 cawan air rebusan daging
2 keping tauhu keras
satu ikat sawi yang di celur bersama sedikit minyak
garam secukup rasa.
4 biji telur.
1 packet perencah mee bandung
1 paket mee kuning di celur
bawang goreng secukupnya.

kekdahnya
masukkan kesemua bahan kecuali sayur dan telur kedalam periuk. biarkan hingga didih. sekiranya kuah pekat, tambah air. apabila kuah telah didih, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. biarkan didih. sedia untuk di hidangkan bersama mee.. senang kan? jom jom

malam ni, tah ce mana armand jumpe plak toys dia yang kononnya dah di buang oleh enche affa. apa lagi... bersepah2 le kat atas meja.. sampai tak de ruang nak letak notebook aku yang comei tu... aku suruh dia simpan, dia wat tak tahu jee... pada hal time tu, dia ada kat sebelah jerr.. mengekor mama dia.. maka aku pun ambil red box dan masukkan semua toys kedalamnya.. sambil wat tak tahu jerr kat armand yang dok kat sebelah. siap jerr masukkan semua toys dalam box, armand cakap macam ni, 'mama ni rajin la.. syukur alhamdulillah' aku ngan enche affa, tahan ketawa jerr dengar perkataan yang kuar dari mulut dia. geram pun ada, lucu pun ada... tapi kitaorang meng'amin'kan jerr la.. bagus2 kecik2 lagi dah pandai bersyukur..

ayat anak mama memang tak tahan.. PR dia bagus.. ada jerrr... kalo setakat
'sayangggg mama' sambil pegang pipi mama dia
'mama ni, comei la'
'mama ni, rajin la..'
'oooo.. cantiknya mama...'
'pandainya mama masak...'
'sedapnya mama masak'
dah tak kisah dah.. selalu sangat dengar ayat2 membodek dia.. tapi syukur alhamdulillah ni, 1st time.. tu yang rasa bersyukur sangat2 dapat anak yang serba boleh macam armand... macam2 boleh. semua tip top.

jom layan mee bandung marbeles jerr la yerr...

untuk anak mama, aku wat mee goreng telur. lupa nak ambil gambo.. sori yerr anak mama.. kalo tak, dia yang ingatkan.. 'eh! belum ambil gambo lagi' kali ni.. dia pun lupa.. sebabnya mee goreng ni, masak lambat. atuk dia hantar, baru aku masak.. masa enche affa ambil dia kat umah atuk, dia tanak balik.. sebab bz belajo bahasa inggering dengan wa. tu yang dia balik lambat tu.. mula2 tanak, dah kenyang la.. dah makan roti telur la.. bila dah rasa sikit, sampai bertambah dua kali... tu la.. len kali, jangan jual mahal..


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

28 June 2011

jom pi penang

eerrmmm rasa panjang betul cuti kali ni. pada hal cuti sehari jerr... weeken memang ada kat umah jerr biasanya.. cepat jerr masa berlalu... tapi kali ni.. memang terasa lama..

lepas jerr balik keje.. terus jerr packing2 dan terus balik ipoh... sampai jerr ipoh.. terus mengadap maharaja lawak...

pagi sabtu.. apa lagi.. bermalas2 le jawabnya. gie jenjalan umah opah enche affa sambil skodeng buah2 manggis. dapat le jugak. tinggi gilerr pokoknya...

then, petang2 tu balik umah opah plak kat kenering.. sampai jerr umah pah.. teruja betul dengan buah2 durian yang sangat banyak lagi lebat.. peerrgghhh.. mujur belum gugur lagi.. kalo tak.. mau aku jadi pak gad pokok durian.. gugur jerr sebiji.. zassss.. terus boleh rembat. lupa plak nak ambil gambo.. may be sebab teruja sangat.. banyak weeeiii... buah durian.. rambutan pun belum masak.. kebetulan this week ramai yang balik umah pah. so, apa lagi.. rasa macam raya la pulak.

lepas tido umah pah semalam, terus jerr balik umah mak. mak sorang jerr kat kg. lepas solat zuhur.. terus jerr siap2 gie penang plak. sebabnya abang lim nak belanja makan durian balik pulau. durian balik pulau memang terkenal dengan ke'marbelesan'nya..

pergi, kitaorang naik feri. memang best naik feri.. angin banyak.. anak mama le yang suke sangat. sampai sanggup tahan tanak tido sebab teruja nak naik feri. mak dengan adik ikut gak..

before durian time, kitaorang gie jenjalan dulu.. sekitar penang.. tak ada tujuan pun.. tapi sebab dah janji ngan armand nak gi toy museum.. maka.. kena le mencapaikan hasrat anak bujang aku yang sorang tu.

sampai jerr toy museum, armand bukan main teruja lagi.. cerr tengok aksi2 orang yang tersangat hepi. sangat2 hepi.. haa.. inilah orangnya...


lepas abis jerr 2 kali pusing toy museum dia ajak kitaorang gie animal museum. makk ooii.. sape plak yang ajar animal museum. plak tu lancar jer sebutannya.. 'mama jom pergi animal museum' err ada ke animal mesuem? bukan zoo ke? kerr.. anak mama ni, dah terpengaruh dengan citer night at mesuem.

bila nampak jerr hotel.. dah dia kecoh2. bapak, jom gie swimpol. swimming pool. hamboi2... enche affa cakap, 'dulu masa bapak umo 3 tahun, tak tahu pun swimpol tu apa dia' tu dia.. contoh budak2 zaman sekarang yang advance. tu, baru 3 tahun.

then kita orang jenjalan kat pantai batu feringgi dan kampung nelayan. teruja betul... hepi bukan main armand iskandar.
apa le.. yang armand pk nih....
di sebabkan tak de tujuan.. lagi pun abang lim ada kat balik pulau, maka.. kitaorang pusing2 jalan balik pulau... tour satu pulau.. ni, namanya jalan2 makan angin..

mak oooii kat lereng2 bukit banyak betul durian. stall2 durian banyak giler... di sebabkan abang lim dah pesan jangan beli.. so, kita orang hanya menjamu mata jerr la... teruja betul.. tapi geram jerrr menengokkan buah2 durian yang beso2

mula2 pelik plak bila nengok cam ni... ada plak tali2 yang di ikat pada setiap biji buah durian. perrgghh gigih betul memanjat dan mengikat sampai kerrr hujung dahan.. durian nyerr pasal kan....

logiknya.. sebab dusun2 ni, kat lereng bukit, kalo dia gugur nanti.. sure tergolek2. kalo masuk ke dusun orang len.. kan kerr rugi.. dah le buah2 durian ni.. di jual secara timbang... memang kaya raya la tuan punya orchard. let imagine kalo 2 biji dah rm50 henget.. sebab harga timbang termasuk kulit serta biji durian. cerr kira kat atas pokok ni ada berapa biji dan berapa dah tuan punya pokok ni dapat. tu baru sepokok. kalo dia ada 30 pokok, cerr kira... kaya weeiii.... dah le kalo durian balik pulau memang dah sedia femes... tak yah wat promotion lagi.. tak yah nak pikir.. musang king orr udang merah. dah tak yah nak pikir D24 ke.. D11 kerr.. cakap durian balik pulau jerr.. setel... cerr tengok kat sini. betapa marbelesnya durian. kalo dah boring tengok kat situ, tengok kat sini plak..

ni,
antara durian2 yang dah masuk perut kitaorang. gambo gelap sikit sebab masa tu malam dan tak de cahaya sebab abang lim ajak makan kat pantai depan queenbay. sempat ambil gambo ni jerr.. yang len2 tu.. dah tak sempat dah... terus jerr masok perot.

sangat marbeles..

kalo nak tahu jenis2 durian kat balik pulau ni.. cerr tengok website ni, tapi aku tolong copipes dah..

A Durian Feast

If you are fortunate to attend a feast of branded durians, do not gorge on the fruits. You are wasting good durians, and after consuming from over six or seven different fruits, you are unlikely to be able to differentiate or remember the taste of one from the other. You wouldn't even recall the name of your favourite. To learn the different fruits you are tasting, this is my recommendation of what you should do:

Get a plate, cutlery, a bowl of water to wash your fingers, tissue paper, drinking water, notepad and pen. Ensure that the vendor identifies the durian as he opens it for you. Write down its name on your notepad and number it. Transfer one piece to the plate. Don't start eating yet. Wait till the vendor has opened all the variety of durians and identified them - naturally you'd need sufficient participants to be able to taste that many durians, so it's a good idea to attend one of AsiaExplorers Durian Feasts. We have held regular durian feasts since 2004, and although many want to join our feasts, I limit the number to just about 35 or so per trip.

By the time the vendor has opened all the different durians, you should have a good selection on your plate, all identified and numbered. Now you can start enjoying your durian experience. Durians should be taken with your fingers. Try a bit of one, then wash your fingers, dry them, and try another. In this way, you can tell the taste of different durians apart. Jot notes to help you remember the difference. You will quickly learn what type of durian you like, whether the sweet or bittersweet ones. Some have the slightly fermented aroma of liquor to it. These are all good durians that should be appreciated at its fullest.

Good Durian Pages

I am happy with those who have used my photographs but have attributed the source. Here are those which I have found:
  • http://mybabybay.com/penang/penang/?cat=23
  • http://www.powerfulintentions.org/profiles/blogs/durians-the-king-of-fruits


  • If you like to be added to this list, send me an email after you have created your webpage or blog entry. Your article has to use the photos below and also place a link to either AsiaExplorers (http://www.asiaexplorers.com/) or Penang Travel Tips (http://www.penang-traveltips.com/)


    The following is a selection of branded durians which I photographed since 2004. They include the durians photographed during the annual AsiaExplorers Durian Feasts.

    Kim Hoo

    The Kim Hoo or Gold Fish Durian comes from a plantation in Balik Pulau, but I came across it at the Jelutong Market on 12 June, 2010, where I bought for RM13.

    D11

    "Number Eleven" is a very popular durian in the 70's. It has creamy yellow flesh with a pleasant taste and a subtle smell. AsiaExplorers first documented this durian in 2004.

    D604

    The D604 was first cultivated by the late Mr. Teh Hew Hong of Sungai Pinang, Balik Pulau. The flesh is quite sweet, and has some "body" to it as the seed is small. AsiaExplorers first documented this durian in 2004.

    D600

    This durian originates in Sungai Pinang in Balik Pulau. The flesh has a bittersweet taste to it, with a touch of sourness. The one that I documented is a bit hard. AsiaExplorers first documented this durian in 2004.

    D700

    The flesh is darker than D600, like chrome yellow. Also slightly hard. Crispy, but the smell is not very strong.

    Ang Sim (Red Heart)

    Ang Sim is a durian with flesh which is quite soft and very sweet, and dark yellow in colour. It also has a nice aroma. AsiaExplorers first documented this durian in 2004 and again in 2006.

    Khun Poh

    This durian takes the name of the late Mr Lau Khun Poh, who first budded it. Khun Poh has beautiful orangy flesh with a slightly bitter-sweet taste and a heavy aroma. AsiaExplorers first documented this durian in 2004.

    Hor Loh (Water Gourd Durian)

    The flesh of the Hor Loh is very soft, dry and quite bitter. It has a sharp smell to it. Hor Loh was first cultivated at the Brown orchard of Sungai Ara. It got its name from its appearance resembling a "Hor Lor" pumpkin. If the durian hits the ground hard when it falls, the flesh tends to be bitter thereafter. AsiaExplorers first documented this durian in 2004 and again in 2006.

    Ang Heh (Red Prawn Durian)

    Ang Heh originates from Pondok Upeh, Balik Pulau, and has a round-shaped husk. The orange reddish flesh is highly aromatic, very soft with a bitter-sweet taste. AsiaExplorers first documented this durian in 2004 and again in 2006.

    Xiao Hung (Little Red Durian)

    Xiao Hung, whose name means "Little Red One," originates in Sungai Pinang, Balik Pulau. The flesh has a bittersweet taste to it, with a touch of sourness. The one that I tasted for this write-up is a bit hard. There are only one or two seeds per section, but the flesh is thick. AsiaExplorers first documented this durian in 2004.

    Yah Kang (Centipede Durian)

    Yah Kang is one of my favourite durians. Although its flesh is whitish, the taste is superb, milky, like very sweet, melting chocolate. The name "yah kang" means centipede, and accounts for the number of centipedes found at the foot of the tree, hence giving it the rather unusual name. AsiaExplorers first documented this durian in 2004 and again in 2006.

    Bak Eu (Pork Fat Durian)

    Bak Eu has a slightly acidic aroma. The flesh is whitish while the taste is quite bitter but nice. AsiaExplorers first documented this durian in 2004.

    The following are some of the durians I tried the first time at Peng Siew Durian orchard in Titi Serong, Balik Pulau, on the 2006 AsiaExplorers Durian Feast, on 17 June, 2006.


    D17

    D17 is dark cream flesh. The taste is slightly dry but sweet. It is a tasty durian. AsiaExplorers first documented this durian in 2006.

    Coupling

    This durian is gets its unusual name because it looks like two durians joined together, one big and one small. When split open, you almost thought the two halves belong to two different durians. Coupling has whitish flesh which is slightly dry but tastes good. AsiaExplorers first documented this durian in 2006.

    Ooi Kyau (Tumeric Durian)

    The name Ooi Kyau (tumeric) describes the colour of the bright yellow flesh of this durian. It is very sweet and tasty. AsiaExplorers first documented this durian in 2006.

    Chaer Phoy (Green Skin Durian)

    Chaer Phoy is shaped like a small canteloupe. The skin is bright green, giving it the name which means "green skin". Chaer Phoy has creamy white flesh which is a bit dry, not too sweet but tasty. AsiaExplorers first documented this durian in 2006.

    Ang Jin (Red Yoke Durian)

    As the name suggests, Ang Jin Durian has deep orange flesh. It is very sweet and tasty. AsiaExplorers first documented this durian in 2006.

    Lin Fong Jiau

    This durian is named after Lin Fong Jiau, aka Mrs Jackie Chan. I wonder whether it is indicative of the relationship of the celebrity couple, for Lin Fong Jiau is a bittersweet durian, for too bitter for my liking. The flesh is whitish and wet. AsiaExplorers first documented this durian in 2006.



    The following durian is what I tried the first time at Bao Sheng orchard in Titi Kerawang, on the 2007 AsiaExplorers Durian Feast, on 24 May, 2007.


    D15

    The D15 has yellow yellow and its taste is sweet with a slight trace of bitterness. The flesh is quite substantial.


    lupakan pasal penanag dulu... jommmm joom layan our menu malam ni

    rendang ayam...
    errmm rasa marbeles plak rendang ayam ni.. may be sebab dah lama tak masak rendang.
    rasa macam nak raya la plak..

    yang ni, feveret armand iskandar. at least seminggu, mesti 2 kali menu nih..

    kobis goreng cajun



    ....from kekwa22 with love....

    “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

    23 June 2011

    Jom gie Umrah

    hari ni, kat opis, topik paling best paling top adalah.. topik mengerjakan umrah dan menziarahi masjid nabawi dan sekitar madinah. sangat2 best dan teruja. tak sabo2.. dah ni.. kena kira ni, berapa hari lagi yang tinggal..

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

    ha... siap dah kira.. Mudah2an Allah akan mempermudahkan segalanya. Semoga aku dapat mengerjakan ibadah umrah bersama suami terchenta. mudah2an Allah permudahkan segalanya. semalam, graf tu mula2 naik tinggi. pastu petang jerr... dah turun.. sket.. sampai le ke malam. tapi pagi tadi, graf dah naik semula dah... Mudah2an. sama2 la kita berdoa.

    Hari ni, aku dapat perkhabaran yang gumbira. mudah2an tercapai hasrat. tak sabar aku rasanya... untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi bersama suami terchenta, walaupun belum confirm 100% tapi.. lega...

    ni antara aturcara bagi sesiapa yang mengikuti pakej Andalusia dari DATO' USTAZ HAJI MD DAUD CHE NGAH. ni pakej 12 hari, 10 malam. yang sapura nyer.. 14 hari, 12 malam. lebih kurang sama jerrrrr...

    ATURCARA 12 HARI


    UMRAH, PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
    ATURCARA PERJALANAN 12 HARI 10 MALAM

    HARI 01 : KUALA LUMPUR - MADINAH

    Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.


    HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM)

    Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w :

    “Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

    HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR)

    Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

    ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
    A. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet.

    HARI 04 : MADINAH - MAKKAH

    Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.


    HARI 05 : MAKKAH

    Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

    Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya’ di dewan makan hotel.


    HARI 06 : MAKKAH

    Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.


    HARI 07 : MAKKAH

    Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.


    HARI 08 - 10 : MAKKAH

    Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

    “pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”

    ZIARAH PILIHAN JEMAAH

    A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram. Insya’Allah….

    (lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang)

    B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha’. (perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki)


    HARI 11 - 12 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR

    Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH.

    NOTA PENTING

    1) Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.

    2) Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.

    3) Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage.

    WAKTU MAKAN
    1. Sarapan pagi selepas subuh.
    2. Makan tengahari selepas Zohor
    3. Makan petang selepas Asar (di Makkah sahaja)
    4. Makan malam selepas Isya’
    5. Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)

    Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.

    kalo sesapa nak ikot, jom daftar nama kat Andalusia

    HARGA PAKEJ TERMASUK:
    PENGURUSAN
    • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
    • Penginapan di Tanah Suci (Madinah/Mekah)
    • Makanan dan minuman (masakan melayu)
    • Kenderaan semasa di Tanah Suci (bas berhawa dingin)
    • Lawatan dan ziarah tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.
    • Khidmat mutawif / wakil di Tanah Suci.
    • Kursus dan bimbingan sebelum berlepas / semasa di Tanah Suci.
    • Khidmat muassasah dan visa umrah.
    PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (UMRAH)
    - Kematian kemalangan (AD) RM10,000
    - Kematian biasa (D) RM10,000
    - Keilatan kekal seluruh tubuh badan (PTD) RM10,000
    - Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM3,000
    - Manfaat wad hospital akibat sakit / kemalangan (HB) (*bagi jemaah yang berumur 75 tahun ke bawah) RM50/Hari


    CENDERAMATA
    • Beg sandang besar
    • Buku panduan umrah
    • Hamper kecil makanan / minuman
    • Beg sandang kecil
    • Bekalan ubat asas
    • Beg kain sembahyang
    • Air zam zam 10 liter

    PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

    Para jemaah perlu menyediakan:

    Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

    1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
    2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% .
    3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
    • Dokumen tambahan bagi - Isteri pergi tanpa suami
      1. Salinan K/P Suami
      2. Salinan Surat Nikah

    • Dokumen tambahan bagi - Wanita bujang
      1. Salinan Surat Lahir Sendiri
      2. Salinan Surat Lahir dan Salinan K/P Adik Beradik Lelaki Lebih 18 Tahun atau
      3. Salinan K/P Bapa

    • Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun
      1. Salinan K/P Bapa (Jika bapa tidak ikut serta)
      2. Salinan Surat Kelahiran Sendiri atau
      3. Salinan Surat Lahir dan Salinan K/P Adik Beradik Lelaki Lebih 18 Tahun

    • Dokumen tambahan bagi -Ibu mengikuti anak lelaki
      1. Salinan Surat Lahir Anak Lelaki Yang Diikuti.

    • Dokumen tambahan bagi –Isteri mengikut suami
      1. Salinan Surat Nikah


    PENEMPAHAN
    1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM300 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 30 hari sebelum berlepas/semasa tiket penerbangan untuk dicetak.

    2. Maklumat Akaun Maybank Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd No. 5644-8110-2597.

    3. Fax slip bayaran ke 03-6207 1663 atau email ke admin@umrah-ziarah.com

    4. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan harga tiket penerbangan, insuran dan visa (lebih kurang RM1500) kecuali visa ziarah.

    5. Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga kurang 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej kecuali visa ziarah & cuti sekolah.

    6. Harga pakej atau aturcaraperjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

    ZIARAH PILIHAN

    • Ziarah di Hudaibiyah, ladang unta, perigi Saidina Othman, muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjid Haram)
      dan kiswah (kilang kelambu ka'abah)- Bayaran tambahan SR30.
    • Mendaki Jabal Nur (selepas Isyak) melihat Gua Hera' tempat Nabi menerima wahyu yang pertama - Bayaran tambahan SR15.
    ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
    • Penemuan baru - Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet - Bayaran tambahan SR20

    PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN

    • Badal (upah) haji dan umrah
    • Dam, korban dan aqiqah

    PEMBATALAN

    • Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan.

    KURSUS BUKAN WAJIB ( Sabtu atau Ahad)

    • Dibimbing oleh Dato' Ust Hj Md Daud Che Ngah
    • Setiap Hari Sabtu dan Ahad
    • Jam 9.00 pagi - 1.00 t/hari
    • Lokasi - Lihat disini
    • Anda dinasihatkan hadir kursus 30 hari sebelum berangkat ke tanah suci
    atau dapatkan VCD umrah 5 keping CD, hubungi admin@umrah-ziarah.com .

    PENERBANGAN TERUS KE JEDDAH/ *MADINAH SV/MAS

    • *masa tertentu sahaja
    • kira-kira 8 jam 30 minit sampai ke destinasi.
    • Jadual Penerbangan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa

    MAKLUMAT HOTEL

    MADINAH (Jarak ke Masjid Nabawi ~40M)
    Fayroz Al-Shatta Hotel**** atau setaraf dengannya.

    Madinah Al Munawarrah

    MAKKAH (Jarak ke MasjidilHaram ~250M)
    Abeer Garden Hotel atau Royal Sultan atau setaraf dengannya.

    Lokasi : Di belakang Hilton, keluar pintu 80 Al Malik Abd Aziz atau pintu 79 Al Malik Fahd.

    Nota: Hotel-hotel berdekatan MasjidilHaram telah dirobohkan untuk pembangunan semula


    Jom layan aktiviti anak mama malam ni,

    Rajin kan anak mama...

    gigih tolong mama dia basuh pinggan mangkuk. kalo sesapa nak wat menantu, sila isi borang permohonan untuk booking.

    menu malam ni, lupa nak shoot. len kali yerr.. sebabnya malam ni.. bz sikit.. lepas berbuke tadi.. sibuk masak dan buke kedai dobi dan wat cake untuk abang ajim. esok nak balik kampung.. yeyeyeye...


    ....from kekwa22 with love....

    “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”