30 August 2011

salam aidil fitri

hari isnin, lepas jerr solat zohor, kami sekuarga nak balik kampung. jalan dah lengang. al maklum la sumer dah balik. angah dan achik dah sampai sejak hari sabtu lagi. diaorang lerrr wat persiapan raya.

otw balik kampung, singgah le berbuka puasa kat ipoh. aku bajet hari rabu baru raya. tapi jangkaan aku meleset tu. esok raya rupanya. lepas solat maghrib, kami pun memulakan perjalanan ke end destination yak ni umah mak.

sampai jerr.. achik bz dok jahit baju raya angah. kain ada, tapi tak berjahit. that why la achik yang kena jadi tailor di malam raya. lorrr.... baju raya dia tak ada rupanya. padahal dia beli kat aku, achik, mak, pah, abang lim dan adik. rupanya yang dia sendiri langsung tak berjahit. kalo nak suruh dia jahit sendiri, mmg kirim salam la.

kat umah mak, sumer ada, aku jerr yang baru sampai. apa lagi, rupanya pak cik dia, a.k.a abng lim, dah sediakan mercun untuk aramnd. wah.. hepi aarr budak kecik tu. mercun das ada la kot dalam 10 batang dan tah macam2 mercun la. banyak betoi. lim kata dia beli kat kawan dia saploh henget jerr.. oooo. memang puas la armand main.

dalam pukul 1lebih, masa nak tido, armand mengadu tak bleh nak bernafas.. haa.. apa lagi.. kena gie spital la jawabnya.

malam raya di spital parit buntar. masa kat ipoh tadi, seronok sangat jumpe abang azim dan main mercun walau pun tak banyak asap, tapi still ada asap.. kan dah semput. lengang jerr spital pada malam raya.

pukul 2am lebih baru balik umah.

ni, bukan pagi raya, tapi petang raya

my family. Armand memang suke pakai songkok cam nih.bersama bonda terchenta
ni, aksi melompat
ni, aksi aeroplane
ni, swimming ngan pak cik
ni plak pelok2 ngan pak cu.
bersama mak yang & pak yang
peace dengan mak ngah
aksi romantik ngan pak cik
al maklom la budak kecik ni, sorang.. maka semua orang nak usung...

kuarga besar kami
kenapa ambil gambo kat tempat yang sama jerr.. sebabnya enche affa dah set tripod kat depan pintu dan malas dah nak ubah. heheh nasib lerr

selamat hari raya aidil fitri serta maaf zahir batin

moral of the story, ramadhan yang bermakna, aidilfitri yang bahagia. best2 raya kali ni...



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 August 2011

dapo masih berasap

sempena ada kat umah beberapa hari jer.. ni le antara menu kami untuk berbuke. masak simple2 jerr...

ni, ayam goreng kunyit berserai
kari ikan kembongsup cendawantomyum ayamsayur campurpuding coklatni, wa bagini, plak gambo armand masa gie berbuke kat dewan perdana felda. kurus betul anak mama nih
bertambah handsome kalo pakai baju merahdagu jerr yang panjangni, plak, angah nak kek coklatpuas armand merengek nak potong kek hepi birthday. mujur la boleh pujuk2 dia.

ni, plakcheese tart.

ni, aksi anak mama yang tak leh bawak majlis. pantang jumpe cheese. di sebabkan cream cheese ni hanya letak gula, so, dia boleh jilat sepuasnya. kikis habis. bagi le cheese waktu bila pun gerenti tak tolak.
weeiii canggih tu, tepon enche affa. siap boleh detect cuaca lagi

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

24 August 2011

new henpon

di sebabkan hari ni, tak kerja lagi, maka enche affa dan aku, bawa armand jenjalan. kesian sangat kat dia. rasanya setiap masa dia cakap kat kami, 'jangan tinggal man lagi' walau pun dia tak menangis langsung masa kat kampung, masa kami call pun dia hepi jerr.. rupanya dia pendam dalam. May be Allah swt tanak kami risau tentang armand kat kampung.

mak, kak ngah, fahrul dan abang azim dah balik semalam. tinggal la kami bertiga jerr.. angah plak demam teruk. kesian kat dia. biasanya kalo dia demam teruk, dia dok kat umah aku. bila aku tak de.. dia dok umah dia la..

kami jenjalan kat mines. sesambil tu, cari henpon untuk enche affa. al maklum la henpon enche affa dah nak kong. masa otw gie mines, armand yang duduk kat seat belakang tetiba menjerit 'subhanallah' punya la kuat. aku pun pandang belakang, ok jerr.. bila tanya 'kenapa armand'? dengan selamber dia jawab, 'pegang tangan' aku ngan enche affa pandang antara satu sama lain sambil tahan gelak. loorrr rupanya enche affa pegang tangan mama dia. ingatkan apa la tadi sampai mejerit subhanallah punya la kuat.

berkenan le yang ni, terus tangkap satu. android. enche affa offer aku supaya tuko gak. tapi, aku malas aarr... boleh guna lagi yang dok ada ni. tak ada masalah. ok la not bad.

nak tengok specs, caba kat sini.

ha... ada angry bird.. armand belajar kat sini le...
lepas tu, siang malam pagi petang angry bird. di samping tu.. dok berpeluk jer... dia sangat2 takot kena tinggal lagi.

masa kat soping complex, orang2 mesia ni.. sibuk wat persiapan nak raya. aku plak jadi pelik. maklum la kat mekah, mana ada rasa macam ni. biasa jerrrrr.. tak de la huru hara nak menyambut 1 syawal. yang bz kat sana, orang nak wat umrah. setiap hari semakin ramai orang datang untuk beribadah. kat sini len la plak.. masing2 seronok nak meninggalkan ramadhan. sedih weeiiiii. tapi dah aku bermasyarakat kat sini, kena le terima.. persiapan hari raya untuk kami sekeluarga tak wat apa pun.

baju raya armand, abang lim dah bagi serta pah dia dah beli. so, tak yah la cari untuk armand lagi. sebelum berangkat ari tu, dah soping beberapa helai untuk armand. ok la tu. untuk aku? errmm ada le sehelai. enche affa belum ada lagi.. tapi dia pun wat tak kesah jerr.. tak de mood langsung nak raya. plak tu, masa tido enche affa masih masa tido kat mekah. beza 5 jam. orang tido dia jaga, orang jaga, dia tido..

batuk semakin menjadi2. lagi teruk dari kat mekah. tadi, gie jumpe doktor, dia cakap dah ada kuman kat peparu. banyak la pulak ubat nak kena telan.

esok nak masuk keje semula. keje 2 hari pulak tu.. macam malas jerr. kalo nak cuti, sayang la pulak. bukan nak wat apa pun. bulan ni, hari kerja aku, cuma 7 hari jerr....

hari isnin, enche affa masih berkerja.. tapi ste dah tutup seminggu bermula 29hb. maka, aku ngan armand jerr la kat umah.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 August 2011

welcome back

balik, tak terasa lama plak kat dalam plane sebabnya tido tak hengat. sedar2 dah sampai india. punya la nyenyak tido. pengsan. enche affa pun sama.

mendarat di klia kira jam 2.30pm waktu tempatan. nak tunggu beg dan air zam zam, lama gak dekat sejam la. beg kami tak bertambah pun. yang bertambah cuma air zam zam jerr.. 2 botol. al maklom la tak soping apa. Alhamdulillah segala niat aku sebelum berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah tercapai. walaupun banyak dugaan yang datang, Alhamdulillah dapat di atasi. Syukur...

dah tak sabo2 nak jumpe armand. nampak jerr aku, terus dia peluk kuat. sangat2 kuat. then rasa badan dia kurus betul sebab dukung dia, ringan giler. sepatah perkataan pun dia tak cakap. bila nampak bapak dia, terus jerr dia gie kat bapak dia. peluk rapat tak lepas tanpa berkata apa2. lama betul. enche affa pun terasa ringan dukung dia.

kak ngah citer, masa kat kampung dia happy jerr.. sebut bapak & mama pun tak. main jerr dgn abng azim. sebab dia tahu 14 hari tu banyak mana. setiap hari dia menghitung hari. hari ni, hari apa? dah berapa hari dah, tinggal lagi berapa.. semua dia tahu.

cumanya malam tadi, sampai kl, dia tido kat umah, dalam bilik, dia cari kain bapak dan baju mama. then dia peluk keduanya. cumanya dia tak menangis. diam jerr. masa nak gie klia tu, punya la hepi dia. tapi di sebabkan kitaorang lambat kuat nak ambil beg, mula2 dia main, hepi jerr.. lama2 jadi slow dan duduk termenung sorang. may be dia rasa tertipi kot, tunggu2 kami berdua belum tiba. tu yang bila nampak, memang touching.

lepas tu, armand continue peluk aku. peluk serapat2nya. menangis tak, cakap apa pun tak. last2 aku yang nangis. sedih aarrrr.... sampai la masuk kete, still lagi tak cakap apa. rasanya bila sampai mines, baru dengar suara dia. kesian sangat2 kat dia.

cengkung kan armandmuka pun sedih jerr.. dah la macam muka pakistan plak.. yerr arr dah memang armand iskandar ni berketurunan pakistan. abang azim, hepi jerr
bila armand cakap kat aku, 'mama, jangan tinggal man lagi, kalau tak bawak jerr man', wawawawa.. sedih tuuuuuuuuuuuuuuuu


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 August 2011

Ya Allah, jemputlah aku datang lagi.... dan lagi.... dan lagi...

Alhamdulillah, kesihatan aku bertambah baik hari ni. beg pun dah siap packing. semua dah di bawa turun ke lobby. sedih giler nak meninggalkan bumi penuh barakah ni.. kalau boleh tanak balik.. tapi ini bukan tempat aku. may be one day mana tahu...

beg2 yang terhimpun kat lobbybiasanya lepas subuh, kami akan tido. pukul 10am pulak akan bangun dan siap2 untuk ke masjid. bukan kami jer... cam tu tapi menurut ustaz anwar, waktu tido penduduk kat sini, memang macam tu. tido selepas waktu subuh. lagipun kat sini, malamnya pendek. tapi tidak untuk hari ni. sebab kami akan meninggalkan kota penuh barakah ni. rindu betul kat armand. kalau telefon dia sepanjang kat sini, dia ceria dan hepi jerr kat kampung.

sebelum nak wat tawaf wida' aku ajak enche affa jalan2.. beli apa2 yang bekenan. sebabnya sepanjang kami berada kat kota madinah or kota mekah, tiada istilah soping wat kami berdua. kalo beli apa2 hanya on the way balik dari masjid jerr. kalo dah sampai bilik, then kuar semata2 nak gie soping, memang tak pernah. pergi masjid & balik, tu jerr aktiviti. kalo membeli pun, jubah2 untuk adik2, beli kat kedai on the way balik ke hotel fairuz kat madinah. mujur semua dah beli masa kat madinah. then beli kurama masa kat uhud. that all kot masa kat madinah.

kat mekah beli apa yerr... beli jus buah2an, ayam goreng 1 set dan setiap kali balik terawih, beli ice cream. so, aku ngan enche affa pun kuar aarr jenjalan sekitar hotel..

ni, motor askarbarang2 yang di jualpilih2kalo nak, pilih jerrrapat rapat
orang ramai dgn aktiviti masing2ni, hasil karya enche affatak de arr bangunan yang senget2 kat kota mekah nih... nanti sesapa datang mekah, nak tengok bangunan ni, tak ada pulak.. tak ke haru...

hasil jenjalan ni... kami hanya beli 2 buah buku jerr... buku pasal mekah dan buku pasal madinah. that all. tak berkenan aarr nak beli apa.

balik jer bilik, terus siap2 ke masjid untuk bertawaf wida'. ni, pemandangan pukul 10 lebih kat dataran kaabah. panas terik. kurang sket orang.
hajar aswadbelakang makam ibrahimnampak plak somebody kat sinimy boss la.. baju kaler len sket tu..

DOA KETIKA TAWAF WIDA’

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ القُرْآنَ لِرَادُّكَ إِلىَ مَعَادٍ ، يَا مُعِيْدًا أَعِدْنِي وَيَا سَمِيْعُ اسْمَعْنِي ، يَا جَبَّارُ اجْبُرْنِي , يَا سَتَّارُ اسْتُرْنِي ، يَا رَحْمَنُ ارْحَمْنِي يَا رَدَّادُ ارْدُدْنِي إِلَى بَيْتِكَ هَذَا . وَارْزُقْنِي الْعَوْدَ ثُمَّ الْعَوْدَ کَرَّاتٍ بَعْدَ مَرَّاتٍ ، تَائِبِينَ ، عَابِدِيْنَ ، سَائِحِيْنَ ، لِرَبِّنَا حَامِدِيْنَ ، صَدَقَ اللهُ وَعْدَهُ ، وَنَصَر عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ .

اللَّهُمَّ اکْتُبِ السَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ وَالْغَنِيْمَةَ لَنَا وَلِعَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالزُّوَّارِ وَالْغُزَاةِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِينَ فِي بَرِّكَ وَبَحْرِكَ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ أَجْمَعِيْنَ .

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي عَنْ يَمِينِي وَعَنْ يَسَارِي ، وَمِن قُدَّامِي وَمِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَمِنْ فَوْقِي ، وَمِنْ تَحْتِي حَتَّى تُوَصِّلَنِي إِلَى أَهْلِي وَبَلَدِي فَإِذَا أَوْصَلْتَنِي إِلَى أَهْلِي وَبَلَدِي أَسْأَلُكَ أَنْ لاَ تُخَلِيْنِي مِنْ رَحْمَتِكَ طَرْفَةَ عَيْن ، وَلاَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ .

اللَّهُمَّ کُنْ لَنَا صَاحِبًا فِي سَفَرِنَا ، وَخَلِيفَةً فِي أَهْلِنَا ، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوهِ أَعْدَائِنَا ، وَامْسَخْهُم عَلَى مَکَانَتِهِم فَلاَ يَسْتَطِيْعُونَ الْمُضِيَّ وَلاَ الْمَجِيءَ إِلَيْنَا .

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ بَيْتِكَ هَذَا , اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي وَمَا لاَ يَعْنِينِي مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَکَلَّفَ مَالاَ يَعْنِيْنِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيكَ عَنِّي .

اللَّهُمَّ مَتِّعْنِي بِبَصَرِي وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنِّي ، وَأَرِنِي مِنَ الْعَدُوِّ ثَأْرِيْ وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ ظَلَمَنِي . اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْکَسَلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّينِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ .

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّن عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا ، وَطَوِّعْنَا بَعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَکَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ وَالْوَلَدِ .

اللَّهُمَّ اطْوِ لَنَا الأَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْنَا الْسَّفَرَ. اللَّهُمَّ بَلاَغًا يَبْلُغُ خَيْرًا ، وَسِتْرًا مِنْكَ ، وَرِضْوَانًا بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ .

اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ ، وَاطْوِ لَنَا الأَرْضَ . اللَّهُمَّ اصْبَحْنَا فِي سَفَرِنَا، وَاخْلُفْنَا فِي أَهْلِنَا.

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِيْنِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya ;
Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) AI-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah daku ya Allah, Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah daku. Ya Allah Tuhan yang mengembalikan sesuatu, kembalikanlah daku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya.

Ya Allah! selamatkanlah kami, kurniakan kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, sama ada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya.

Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah daku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah daku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah! Janganlah Engkau jauhkan daku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

Ya Allah ya Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi daku menziarahi Baitullah, Ya Allah ya Tuhanku! cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi pertunjuk kepadaku. Daku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah daku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan daku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat daku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.

Ya Allah ya Tuhanku! kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteruku. Tolonglah daku daripada mereka yang menganiayai daku. Ya Allah ya Tuhanku! Daku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, takut menghadapi segala dugaan, kikir, kedekut, bergelumang di dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah ya Tuhanku! daku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan didalam perjalanan kami serta keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh. Engkaulah Ya Allah! menolong kami di dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami, Ya Allah! daku berlindung denganMu daripada segala kesusahan di dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan harta benda, keluarga dan anak. Ya Allah! sertakanlah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah Ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan dan permudahkan serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami, lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, sertailah kami dalam perjalanan kami , gantilah kami dan berilah pertolonganMu untuk memelihara keluarga-keluarga kami.

Ya Allah! Peliharakanlah didalam perjalanan kami dan gantikanlah kami di dalam memelihara keluarga kami, daku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

sedih betul. lepas jerr solat zohor, terus siap2 kumpul kat lobby. kitaorang menunggu kedatangan bas untuk membawa kami ke airport jeddah. sepanjang perjalanan, ustaz anwar bercerita mengenai tempat2 yang kami lalui.

kami singgah di masjid terapung, tersergam indah di laut merah.best kat sini. walaupun panas, tapi beranginthen kami dibawa pusing2 ke di kota jeddah. pesat membangun. dulu, jeddah adalah pusat pentadbiran. tapi sekarang ni, dah tuko ke riyadh

ni, salah satu istana rajasesungguhnya sangat banyak istana raja kat sini.

cantik betulraja arab saudi sekarangbas skolah dia, sama kaler ngan kat mesialepas pusing2 kami di bawa semula ke kawasan masjid terapung untuk berbuka puasa. best nya... suasana redup lagi berangin. tepi pantai la katakan.

menunggu waktu berbukeair pun dah surutmakanan yang di sediakanbukan kami jerr yang berbuka kat sini, rupanya ramai lagi. bersantai berkelah berbuka puasa kat sini
ni, dia makanannyamanunggu tibanya waktu maghrib sikit jerr lagiok, tunggu matahari ni, hilang di dasar laut jerrmatahari pun dah tenggelam, maka waktu maghrib dah tiba. jom jom kita berbukeperrgghhh... marbelesssssssssssssss. sambal untuk cicah ayam ni, sangat2 sedap

lepas makan, terus solat sekali lagi kat masjid terapung sebelum berangkat ke airport. dekat jerr airport dari sini.

lepas solat, aku berbual2 la dengan datin. sembang2. tah bila akan jumpe lagi. on the way tu, jumpe la dato' ustaz, then datin pun tanya ustaz 'dah sembahyang ke belum?' dato' ustaz jawab 'dah' lepas datin dah jalan dgn dato' ustaz, aku pun gie la kat enche affa, aku cakap kat enche affa, aku : ni, nak tanya sama macam soklan datin tanya ustaz
enche affa : yerr.. apa dia?
aku : dah sembahyang ke belum?
enche affa : loorrr ustaz pun kena tanya ke? dah le darling..

see, jawapan tak sama. tak mengikut skema datin. ehheheheh.

perjalanan di teruskan

gambar kenangan bersama ustaz anwarpassport pun dah di stampdi balai berlepas
sembang2 sementara nak tunggu masa berangkat. tak sabo nak jumpe sumer2 kat mesia.

jom jom jom

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”