30 April 2010

love is all around

pagi ni aku bangun awal. pukul 3am aku dah terjaga sebab blocking nose. sebab apa ye... masih blocking nose? entah.. pastu aku dah tak leh tido. pukul 6am lebih tu aku masih terjaga. tah pukul brapa tah aku terlelap. then 830am dah bangun. ermm ingat nak sambung tido lagi.. tapi mana bleh dah...

bila dah bangun tu.. aku menyambung aktiviti semalam. main game. hari ni aku rasa aku main game sampai rasa macam nak muntah. hahhaha... kak norma sampai pening tengok aku main game. last2 dia cakap, cerr ajar akak plak. hahahha... kak norma hangin dengan pak ndak pagi ni.. pak ndak call dia 7 kali dalam masa sejam. hahhaha.. pastu marah2 sebab tak angkat tepon. padahal kak norma dok membasuh kat atas time tu. mula la nak mencetuskan peperangan di hari yang indah permai nih. heheheh. aku dengar jerr kak norma bebel. esok2 bila kak norma tak ada kat umah ni, aku gak yang sunyi.

sempena kak norma gi jb lama, ni dia belikan untuk aku
sebab dia tau aku memang suka makan coklat. hehehe. pantang tu.. pantang nampak.

tengah hari tu, aku pi pasar keramat. ermm lama dah tak gi pasar keramat. pergi pasar pukul 12pm lebih. orang dah siap lunch, baru terhegeh2 nak gie. borong la barang2 sikit. pada hal bukan ada kat umah pun. ni our lunch today.sup tulang
pucuk paku goreng or goreng pucuk paku. tah aku pun tak tau. tapi ni jerr la menu tengah hari ni. ni jerr la rezeki untuk lunch hari ni.

lepas lunch, aku sambung lagi main game. tu arr kalo mula.. ni la jadinya.. tak boleh nak stop. lepas sampai macam nak loya2 tu.. aku pun tido. ingatkan tido lama. sejam jerr rupanya.. lebih kurang. lepas bangun tu.. sambung lagi main game. then petang tu, gie pasar malam. tapi dah lewat dah dekat2 pukul 7am. tapi disebabkan dua orang ni abc, so, ok jer... on the way nak gie tu kak norma cerita cam ni, 'arwah mak cik akak, tapi dah meninggal la. laa.. dah arwah tu memang la dah meninggal' yang aku dengar ni.. @&%$#*& tak tau nak cakap apa.. then dia pun sambung, bla bla bla. kak norma ni bukan betul sangat.

gie jj, aku hanya beli satu mende jerr.. memang terbeli. pastu aku teman kak norma soping. aku rasakan.. sejak2 kak norma berkawan dengan aku, dia pun dah pelik2 sikit. aku la tu yang ajar.. hahahha.. nasib la cik noma dapat kawan macam cik ina ni... sebab bila aku start panggil dia cik noma, dia akan panggil aku cik ina. macam kelakar jerr

dua tiga hari ni, kak norma dok tegur muka aku. dia cakap nampak bersih & licin. aku ada gak rasa cam tu.. tapi tak de nak kecoh. jangan perasan maa... walau aku tak pakai apa2 kat muka. tadi masa kat jj, kak norma panggil aku, suruh datang kat cermin besar dan belek muka aku, poyo tak? saja aarr tu tak puas ati tengok kat umah. sportlight jj kan terang.. wat malu jerr orang tengok belek muka kat cermin. aarrgghh biar la..

sebenarnya aku tukar cleanser soap. dah dekat sebulan dah aku tukar. tapi aku rasa puas hati dengan yang ni. yang dulu pun ok gak. tapi saja tuko. memang bagus aku rasa cuma kena simpan kering, kalo tak cair. masalahnya hanya satu jer.. mahal giler. hahhaha ada tak sesapa nak sponser cleanser soap aku.. hehhe jangkit achik la pulak... tah aku pun tak tahu nak maintain or tak. tapi kalo tuko lain, tak tahu nak tuko brand mana satu & seswai ke tak. dah serik dah dulu, tuko2 terus dapat banyak jerawat. sampai jasmani tegur aku, demam campak ke? huahuahua.. kalau maintain yang ni pperrgghhhh

tah apa2 tah zahari malam ni. mulanya aku saja menyakat dia.. ermm menjadi la tu.. tapi aku pakat ngan kak norma. kak norma baca & bagi idea nak tulis sms apa. zahari ni kan... hisshhh

10pm aku ngan angah gie hentian duta amik mak. mak tiba lewat sikit dekat pukul 11pm. tak perr la janji selamat sampai. angah cakap, masa bila dia nak balik kampung sebab every month mak datang kl. last month datang sebab nak gie aku konvo, this month sebab esok nak gie kota bharu & next month, sebab man kahwin kat bukit gambir. agenda mak, penuh setiap bulan. Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik buat mak.

ni mak bawa dari kampung. bukan banyak ni saja.. ada 2 bakul sebenarnya. memang la buah tengah banyak. angah sampai tak larat nak angkat beg. aku tak pi tolong sebab aku drive kete angah. mana ada parking. orang pulak ramai giler. nak pi mana tah. tapi may be sebab kat pudu dah tutu, so orang2 dah datang sini la kot. entah la.. kot la kan...
mak kata, elok di panjang2kan sedekah. tahun depan berbuah banyak lagi, boleh la merasa. aku tanya mak, kan berat buah ni, bawak banyak2 pulak tu... mak kata dia tak angkat pun. tadi abang lim hantar dan masukkan kat bastempat simpan barang. masa nak turun angah yang angkat ke kereta. hihihi mak ni...

esok aku dan mak nak gie jenjalan kat kota bharu. aku ni, pening sikit, ada ke beli tiket mak awal 2 jam dari tiket aku. hope mak ok la tak ada masalah semasa dalam penerbangan. memang la mak dah biasa. tapi tu dulu. Mudah-mudahan tak ada apa2. cumanya nanti lepas mak tiba kat kota bharu, dia akan duduk kat sana sensorang dekat 2 jam tunggu aku & ita. kali ni, bercuti bertiga jer... mana la aku nak gie esok. tengok la.. mana2 nanti bleh discuss dengan ita. aku tak bajet pun nak soping. tapi mana la tau kalau2 ter.. kalo ada plan lagi haru.. baik jangan plan apa2. aku ni, bukan boleh harap sangat. hahhaha... tapi aku tak tau la mak nak soping apa nanti.. biar la.. bukan selalu setahun sekali. mak kata nanti nak gie langkawi lagi, tapi tak yah la gie jenjalan, maknanya, gie pulau ke.. ke, cable car ke.. sebab tu semua dah gie dah. gie soping jer... hehhe tah bila tah nak gie. tapi aku rasa better gie tempat yang tak gie lagi.. tengok la dulu ce mana nanti.

love is all around - wet wet wet

I feel it in my fingers
I feel it in my toes
Love is all around me
And so the feeling grows

It's written on the wind
It's everywhere I go, oh yes it is
So if you really love me
Come on and let it show

You know I love you
I always will
My mind's made up
By the way that I feel
There's no beginning
There 'll be no end
Cause on my love
You can depend

I see your face before me
As I lay on my bed
I kinda get to thinking
Of all the things you said, oh yes I did
You gave your promise to me
And I gave mine to you
I need someone beside me
In everything I do, oh yes I do

You know I love you
I always will
My minds made up
By the way that I feel
There's no beginning
There'll be no end
Cause on my love
You can depend

Ooh, it's written in the wind
And where I go
So if you really love me
Come on and let it show

Come on and let it show...








....from kekwa22 with love....

game oh game

hari ni merupakan hari last mc sedunia. makna kata lepas ni, no more mc lagi. hopefully macam tu.

hari ni best sebab dapat bersama2 dengan orang yang tersayang. mula2 gie wisma nusantara. dah la tak pernah dengar. ceruk mana duduk dia pun tak tau. katanya sebelah menara kl. mercu tanda kl. dari jauh nampakla menara kl. tapi siyesly, aku tak tau kat mana pun. cuma tahu dekat bukit nenas or nanas? tah hehehe. lupa dah cikgu ajar ce mana dulu. pineapple ingat arr. ce mana dapat nama pineapple tah la.. tak de iras langsung. sepupu jauh kot. hahahha.thanks ye.. king for teman gi cari wisma nusantara yang dok kat ceruk tu. hehehe.. pastu jenjalan gie loyat.. tadi king teman aku, ni, turn aku plak teman king. dia cari hardisk & beli keyboard. silicon keyboard cam ogie nyer.. lembek2 hahahhaa. seharian rasa macam tak cukup jerr...

ada orang tu, dia jeles. jeles tahap gaban. tapi aku memang tak salahkan dia. sebab may be kalo aku di dalam condition dia, aku pun sama gak kot. more or less i dun know. maka bertapalah aku malam ni kat umah. sambil melaksanakan hasrat nak main game. ada orang senyum lebar aarr malam nih. hehehhe

dari tadi dok install tapi tak boleh2 gak ni. takpe.. ada banyak pilihan. boleh install yang lain plak. usaha tangga kejayaan. tadi ingat nak pi cari kat loyat tapi lupa arr ceruk mana kedai dia. hari tu idris ada bagi tahu kat imbi tu.. siap tunjukkan kedai mana 1 lagi. tapi tak per koleksi2 yang ada kat umah ni, boleh diguna pakai. hopefully.

ni kira 1st time aku install game dalam laptop ni. game yang dok ada dalam laptop ni, dah lama dah masuk bakul sampah. lagi pun mana pernah main game laptop ni. ni kira nak memecahkan tradisi. hehehehe. nak menambahkan slow pc nih.. pas tu, hangin. hahhaha

hari ni kak norma dah balik. banyak aarr barang2 yang dia bawak balik. tah apa2. cam biasa bukan dia yang memborong, tapi orang2 sana yang kasi. frozen roti canai, satu beg. banyak giler. aku siap cakap kat kak norma, pi bagi pak cik nan, antar umah akak dia kat ampang, then kasi pak ndak. kat umah ni tinggal sorang sekeping sudah. hehhe aku plak yang kecoh. sebabnya memang selalu cam tu.. rosak jerr nanti. membazir. aku kureng roti canai ni. kak norma setakat sekeping tu dia makan la.. pastu mula la macam2 citer.

bila lama tak jumpe kak norma, banyak aarr citer. hehehe macam2 citer ada.. aku layan jer.. tadi dia citer yang dia makan kat rumah seorang peneroka. masak lemak cili padi. rasa dia pelik sikit, tapi sedap. then kak norma cakap la sebab diorang letak daun kencur. dia siap dgn intonasi jawa lagi. aku ni dengar cerita.. tapi tak tau mende apa itu kencur. pastu cakap yang kat luar umah ni, ada pokok tu, lagi la aku blur... pokok mana satu tah. puas aku pk.. pokok apa. last2 aku pun tanya.. kencur tu mende? kan dah kena gelak.. tapi at least tak hipokrit kannnnn

kencur tu a.k.a cekur. cakap la pokok cekur. kencur! kencur! ni la rupa dia.kat kampung, mak tanam dalam pasu jer.. sampai melimpah2 dah. pokok ni boleh di buat ulam. tapi mak tak pernah pun buat ulam. dia tanam jerr.

jom jom layan game. ni tak tau nak tido pukul brapa nih.. hehhe..

sebelum tu this song is dedicated for my king

Kita di takdirkan jatuh cinta - spring

Ku tak tahu mengapa

Tiba-tiba sahaja

Di dalam hati ini sering rindu padamu

Ingin kumeluahkan, tak berdaya

Ku tahu engkau jua

Sangat sayang padaku

Kaupun sering merindu

Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku

Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu

Dan tiba-tiba kita jatuh cinta

Ini semua sudah suratan ilahi

Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

Biar... apapun terjadi

Aku... harap engkau tabah...

Menerimaku sebagai teman barumu

Semoga kita saling sayang, bahagia...

Usahlah engkau pergi

Semadi di hatiku

Masih menyayangimu, oh sayangku...

Bila sehari tak jumpa, aku rindu...








....from kekwa22 with love....

29 April 2010

Jika ku tak bangun esok pagi

semalam memang tak dapat tido. tah berapa jam jerr dapat tido. tah pesal tah. bukan pk apa pun. dah tak de mende yang nak di fikirkan. tapi petang tadi dapat tido sejam. hope malam ni boleh tido. lepas letak ubat & siap semua2 ni, tido jerr la.

hari ni gie spital. follow up checkup. mujur tak lama menunggu. doktor memang dah kenal aku. masa dia masuk ubat & scan wat kali pertama, memang sakit. pergh.. kebas, sakit, pahit. tekak rasa kelat. aku taw lepas masuk ubat 15minit, baru akan scan. haa.. yang tu yang paling sakit. memang pun seperti yang di jangkakan. lepas dah scan semua, doc cakap luka dah baik. dah cantik semuanya. ermm amin.. sebab dia jolok punya la dalam nak tengok kesan luka.

doc tanya, aku masih pening atau tak. aku jawab la ya. tapi tak de la selalu2 sangat rasa pening. dia pun tatau sebab apa pening. esok aku dapat mc lagi sebab aku kena p spital lagi. ada sumthing2 yang nak kena buat. tah la.. doc tak cakap pun. dia cuma bagi ubat, esok datang lagi. tu jer.. len len tak cakap apa. hope everything ok.

lamanya aku tak masuk opis. dari 13hb sampai 5hb. masuk jerr nanti sure banyak keje menanti. tu, satu hal. lagi satu hal lagi ialah aku akan blurr. tak datang 2 hari pun blurr apatah lagi dekat sebulan tak datang. banyak mende2 yang nak kena cover. tah la.. malas pk.

aku gie jj balik tu sebab nak cari minuman yang sejuk. hidung aku sakit sangat2 di tambah dengan ubat yang masa dr nak scan tadi. kalo minum sumthing yang sejuk, sakit tu kurang skit. so aku pun cari la ice blend. dapat arr chocolate ice.

aku cari roti, sebab kat umah ni dah abis roti. kalo aku beli, sure roti plastik biru. kalo kak norma plak hijau. tak best aarr yang hijau. roti tak bersih. hahhaha... tah sebab kat situ tulis hi fiber & serat. kalo di perhatikan kan roti tu, ada banyak kulit2 gandum jer.. memang pandangan mata kasar aku ni, nampak banyak kulit2 gandum yang di kisar. rasa tak sedap. aku imagine.. kulit gandum tu.. lebih kurang jerr macam kulit padi. kisar kulit padi, halus cam tu.. time nak masak nasi, campurkan.. ermm nasi hi fiber. hahahaha ce mana? ada brani? oowwhh tidak..

kulit padi kan di panggil sekam. kalo cakap nasi yang mengandungi fiber yang tinggi or nasi yang mengandungi sekam padi, agak2 mana satu jadi pilihan. aku? tak pilih dua2. hahaha ada plak pikir sampai ke situ. mana la tau esok2 ada company nak kuarkan product cam tu. orang sekarang ni sangat menjaga kesihatan. yang high2 ni kan bagus. contohnya hi-calcium, hi-protien, hi-vitamin dan hi yang tah apa2 lagi hi. hehehhe hi hi bye bye.

masa kat jj tadi aku beli 2 pack besar macaroni untuk mak. sebabnya hari tu masa balik kg, ada g beli barang2 dgn achik pastu mak tanya ada beli yang halus2 keras2 tak? yang macam along selalu beli tu? aku & achik pelik la. then bila mak kata ada yang panjang2 & bulat2 besar keras, kena rebus dulu, baru la aku paham mende apa yang di maksudkan. memang la tak paham mulanya. sebenarnya mak tanya ada beli macaroni tak? see mak pun suke macaroni. aku tanya la mak, dia masak apa? dia cakap goreng2 jer.. cayalah... dua tiga hari lagi mak datang, boleh la dia bawa balik.

dari semalam aku dok godek2 pc aku. slow giler.. slow yang amat2 slow. kalo slow sikit2 tu ok la lagi. tapi sejak dua menjak ni jer.. kalo bukak 3 program sekali.. dah cpu meter 100% tensi betul. kalo tak, aku buat banyak mende dalam masa yang sama tak de mende pun. contohnya donlot, tengok movie & chatting serta surfing. ok jerr no hal nyer. ni ym jerr dah not responding. kalo tgok movie jerr pun cpu meter 100%. kalo dah cpu meter 100% maknanya hang la tu. mujur ada pc kak norma ni... tuan dia tak ada, gie jb sampai esok. tapi rasa macam tak settle jer masalah. yang last backup hari tu, kat mana tah. dah delete kot. yang tu yang penting tu. tak jumpe aarr cari. kalo restore yang ni, memang la sama jerr la.. puas cari merata tapi aku rasa memang dah tak de sebab hari tu, masa pulangkan hardisk tu, delete sesemuanya. aarrgghhh.. tapi aku rasa sure ada jalan penyelesaiannya.. kan...

ni, my lunch today. dah lama tak ke dapo. sehari dua ni, sejak2 jadi penunggu rumah, maka kena la masak. memang senang kalo makan jerr kat depan tu.. tak yah susah2. masalahnya esok2 keje lagi la plak.. hari2 makan kat depan tu. sama jerr.. baik la masa tak keja nih, makan yang lain sikit.

malam ni rasa semacam jer.. badan seram sejuk jerr nih. pesal plak ni. hujan ujan kat luar sama lebat dengan kat dalam bilik ni. ermm pesal ni.. semalam ok jer.. pesal ni.. pls stop. pls stop.

ptg tadi aku chat dgn deni. lama gak la aku dah chat dgn dia. dah nak dekat setahun dah. tapi setakat chat jer.

Deni : ina dah ok ke ni?
aku : alhamdulillah. masih bernafas ni, masih boleh berjalan, bercakap, makan minum, chatting. ok kan kan kan
Deni: hmm..klu Deni dekat ngn ina, dh lama Deni cubit2 pipi ina 2..
aku: nasib bek jauh
aku: selamat
Deni: satu hr nanti, Deni nak jgk cubit pipi ina 2,
aku: jgn la cubit
aku: sakit taw
Deni: tau x pe...hehehe
Deni: Deni syg ina ..
aku: sejak bila tu?
Deni: sejak dr dulu lg..
aku: oowwhh
aku: nak tanya sket
aku: ce mana erkk Deni bleh syg ina? muskil nih
Deni: nape, x bole ek..
aku: nak tahu aarr
Deni: klu xbg tau , x bole ek..
aku: ala..
aku: lebih afdal kalo bagi taw
Deni: ye ke cam 2...hehehe
aku: yerr la
aku: cepat la.. orang nak taw nih
Deni: malu arr
aku: cakap la
Deni: ala ina ni...
Deni: lain kli Deni bg tau ek..
aku: ni yang tak best nih
aku: kasi taw la
Deni: ina dh mkn...
aku: jgn gatai2 nak tuko topik
aku: ina belasah karang
Deni: mak oi...ganasnye ina ni...
Deni: cium kang..
aku: ce mana Deni leh sayang ina
Deni: klu syg, nape, salah ek..
Deni: ina x syg Deni ke..

siyesly, aku tak leh sesenang nak sayang orang cam ni. i m sorry. atau pun bertukar ganti sewenangnya. tapi ada orang boleh buat. entah la.. tolong la.. aku susah nak sayang orang, tapi kalo aku sayang orang, aku yang parah. kenapa ye.. so, moral of the story, tak yah sayang sapa2. jadi hati batu. tapi boleh ke? boleh ke? boleh ke?

ce mana aku nak pujuk hati aku? aku bukan terluka dengan sesapa2 pun. aku tak de apa2 pun condition yang mendorong ke arah tu. tapi why i m so sad? why why why

ina, pls la.. pls dont think about it. hentikan air mata tu.. bukan dapat apa pun.dah dah la tu.. boleh kan? aarrggghhh...

Jika ku tak bangun esok pagi - Yusri KRU

Jika ku tak bgn esok pagi
Sayangku kau jaga lah diri
Sentiasa ingatkan hait
Dirimu amatku cintai

Andainya dirimu kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

(c/o)
Bila terasa sejuk...
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu...
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang...
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

(sayang,tiada apa yang kekal dalam dunia ini,
namun yang pasti,senyumanmu ku tiada ganti,
cintamu kan kekal abadi)

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lah di sana nanti...
Jika ku x bgn.....(esok pagi)
Jika ku x bgn esok pagi....


giler punya sedih lagu ni.. wawawawa. bertambah2 sedih aku bila dengar suara yusri. this is the 1st time aku dengar this song. soooo touching. wah lagi lebat hujan ni ha.. bila nak berhenti ni....












....from kekwa22 with love....

Saat Aku Istikharah

Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia… tiada gunanya menyemai cinta… menagih cinta lelaki..tatkala itulah hadirnya si dia… ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta… orang yang mencintai Allah… mengajak aku untuk turut mencintaiNya..sepenuh jiwa… kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt… kerana diri si dia pembimbingku… Ikutilah kisah dibawah…kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah….

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah… Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu… yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!” Ayang tengah makan..Abang dah makan ke”… telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua…!

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda… Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian… hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui… cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku… aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear… mahu perfume… dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan…..! Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan… menemani kesepian hatiku yang merayu minta diiisi segera dengan kasih lelaki….!

Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu,menggesa…maka kepadaMu kupohon petunjuk…kembalikan hati ini mengingatiMu…hanya Mu!

Ramai juga yang menyapaku,” tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki…” …tapi semua soalan-soalan itu… aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri… ku keluarkan di telinga kanan!!!

Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan… sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si “A” . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT… Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju… di depan Nurul aku mengangguk tunduk… Nurul tersenyum… melihat telatahku!

Setelah persetujuan aku dan Si “A” diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si “A”… Aku tidak memiliki handset sendiri… jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam… tak banyak yang kami borak… sekadar menyentuh hal keluarga… dan butir-butir peribadi… itu saja!

“Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari… perbualan telefon antara aku dan si “A”, hatiku merintih hiba… aku …aku menyesal!

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si “A”… aku tidak mahu berkawan dengan lelaki… aku tidak mahu bercinta!” aku mula bertekad… aku yang mulakan semuanya, jadi aku juga yang perlu hentikannya!

Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari… Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas… Dialah Bakal Suamiku… Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut… kulitnya hitam manis… bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah… wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku… tempat yang pernah kuimpikan… mungkinkah syurga! Detus hatiku… Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikharahku… siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpiku malam itu…Ya Allah…dimanakah suamiku!

Nurul ke bilikku suatu hari… sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si “A”… Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! …Inilah Si”A”… Dia poskan!” kata Nurul… Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu… lelaki itu seperti kukenal… seperti pernah kujumpa sebelum ini… tapi dimana… ingatanku semakin jelas… MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!

Wajahnya, janggutnya… cahaya di wajahnya… Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku… ternyata aku bukannya bermimpi… “Ya Allah… Dialah jodohku…!

Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya… Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!”

Sehingga ke hari ini… ukhwah itu masih terjalin… masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun…! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya…

kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam… Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya… kini dah jadi koleksi peribadi… yang masih kutatap sehingga ke hari ini…

Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salah faham bukan antara aku dan si “A”… tapi antara ibuku dan ibunya… antara ahli keluargaku dan keluarganya…! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini… Moga ia kekal selamanya…

Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu… Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah…

Tahun kedua diberinya aku buku agama “Isteri Solehah Igauan Suami” …aku membalasnya dengan senaskah buku agama “Suami Idaman Isteri Solehah”… Tahun ketiga… Harijadiku semakin hampir… dan aku sedang menanti hadiahnya… kerana hadiah darinya begitu berharga… begitu bermakna… malah kupercaya, bukan saja bagiku… tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini… di kala itulah kau hadir… membuktikan ada lagi Lelaki sejati… Ada lagi Cinta yang diredhai Allah….

Walaupun ramai yang meminati si “A” di IPTnya… Tapi aku yakin..Dia Milikku…! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku…dan aku tidak akan mengalah… aku akan terus berdoa..! “Ya Allah…Andai dirinya tercipta untukku… menjadi milikku…Baik untuk duniaku… untuk akhiratku… untuk agamaku… maka satukanlah kami dunia dan akhirat… Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!”

Inilah doaku sejak dirinya ku kenal… dan sehingga hari ini… doa ini masih kupanjatkan… dan sehingga kini jugalah… ukhwah ini masih terbina kukuh… masih utuh…

Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya… Dia Selalu Berikanku… Yang Terbaik!!! So, camne? Well, the point yang nak dibawa sebenarnya ialah, untuk mencari seseorang yang kita akan menghabiskan masa bersamanya selama hidup kita bukanlah satu perkara kecil. Dan bukan juga perkara yang perlu digesakan. Tak perlu nak cepat, sekarang ni bukan masanya lagi untuk kita berkasih dengan yang bukan muhrim. Perasaan memang susah nak dikawal, lagi kalau dah suka sama suka.

Tapi, jangan lupa, setiap kali kita berdua tak kira di mana sekalipun, akan datang yang ketiga di celah kita dan itulah yang bernama syaitan. Kita tak nampak memanglah tak sedar. Makin lama makin hanyut dibuai perasaan. Sikit lama lama jadi bukit. Mula mula jeling aje, lepas tu dah mula pandang straight ke mata. Esoknya, berchatting tanya khabar. Lepas tu akan spend masa bersama. Ala, kitorang bukannya buat ape pon… stadi jee… , akan jadi antara alasan yang digunakan.

Lepas selalu spend masa bersama, tibalah masa untuk meluah perasaan. Ambuih indah sungguh perasaan masa tu. Kita tak nampak, tapi yang muncul di antara kita tadi tu akan terbahak bahak. Tak takut ke? Dah luah perasaan, dan bertukar pemberian… maka akhirnya macam lagi bermain di fikiran. Segalanya nak dilakukan bersama. Keluar ke KL, ambil gambar, makan, tengok wayang, gembiranya rasa diri. Ada orang beri perhatian, ada orang beri kasih sayang. Esoknya pulak, khabarkan pada kawan betapa bahagia hidup di samping insan tercinta. Dan letaklah gambar dalam friendster. Oh dunia, lihatlah aku bersama si dia!

Entahlah, mungkin agak harsh ye dalam keluarkan pandangan, tapi.. itulah hakikat yang sebenarnya. Sampai bila, sampai bila kita nak ber”couple” ? Sedang umur baru menjejak 20, sedang diri sendiri tak boleh diurus. Sedang pelajaran masih lagi terkapai. Sedang keluarga di rumah tak disayangi sepertimana menyayangi si dia. Apakah itu hipokrit? Atau adakah itu yang dinamakan cinta setia? Atau cinta nafsu? Fikir fikir lah….

Set yur priorities in life, capai segala cita yang diimpi. Ini tak, baru diuji sikit, contoh macam tetiba ade orang nak approach kita, teruslah kita terhegeh terima orang tu. Bersabarlah, akan datang satu masa nanti insya Allah untuk benda macam ni. Lagipun, untuk bersama dengan seseorang yang menyayangi kita bukanlah tujuan utama kita kat dunia ni kan? Ia cuma salah satu nikmat aje. Kalau beruntung, dapatlah yang mendekatkan kita pada Allah, tapi buatnya dapat yang asyik nak berhibur bersuka lupa pada akhirat…. alamatnya kita pun ikut sekali. Dapat share sama.

Cuma, yang nampak pelik ialah, kenapa kita ni, dahagakan sangat kasih dari yang bukan muhrim tu? Kasih dari Allah yang melimpah ruah tu tak nak pula dijaga sebaiknya? Bukan apa, kita mengejar sesuatu yang tak pasti. Sedangkan kasih Allah tu dah tersedia depan mata. Terpulang pada kita sama ada nak terima atau tidak. Dan betullah kata Tun, tidak ada istilah couple dalam Islam. Dulu aku pun cam tak berapa nampak ape lah salahnya kan… tapi! Once you see your priorities in life and once you notice how Allah loves you more than anything else, you’ll see the truth.

Maaflah andai ada yang terasa hati, tapi inilah hakikat yang kita semua perlu tau dan sedar. Maaf banyak sekali lagi, bukan niat nak memburukkan sesiapa, cuma nak korang berfikir. Apakah yang sepatutnya dilakukan sekarang. Wal akhiran, hayatilah kata kata ini…Pandanglah dengan hati, kerana pandangan hati itulah hakiki, andai hati itu bersih…

http://mkelana.wordpress.com/2005/12/13/di-saat-aku-istikharah/






....from kekwa22 with love....

27 April 2010

hujan sedunia

aku gie umah pak cu kat rawang. rasanya lebih 3 or 4 tahun aku tak gie umah pak cu. baik betul anak sedara dia yang sorang ni kan... sebabnya aku, kalo nak jumpe pak cu gie jj dah boleh jumpe. kekadang balik kampung memang pakat2 balik sesama. that why tak gie umah dia. dah besar dah alisya. last sekali aku tengok dia, baru boleh merangkak. tu masa last year kot. time man bertunang. aku jumpe diaorang kat umah pak ngah.

semalam, aku teringin sangat nak makan ikan bilis goreng. perrggh memang sedap makan dengan nasi panas2. kat umah pak cu pagi tadi, diorang buat nasi lemak then ada ikan bilis. errmm tercapai hasrat aku nak makan ikan bilis goreng. nasi lemak, kalo masak sendiri memang la sedap, lemak bercream & yummy.

masa makan tu, opah tanya aku soal2 berkaitan dengan aku dan diriku. ni bukan 1st time opah cakap. rasanya dah berkali kali dan berulang kali aku cakap. apa beza berkali kali dan berulang kali? hehhehe.. aku faham apa yang opah aku cakap. aku sedar ada benarnya. tapi, opah, pls understand me. pls pls pls. aarrgghh

aku tuko topik yang mak nak datang kl 1hb ni. bijak tak? aku bagi tahu nak bawak mak jenjalan kat kota bharu. nak taw opah aku cakap apa? 'orang dok risau ke dia sakit, baru lepas masuk hospital, yang dia senang2 nak pi berjalan, tu la dia' aku sengih jerr la.. nak cakap apa lagi. yang ni dah lama plan. tak kan nak kensel. hari tu g kinabalu dah kensel sbb aku konvo. so, yang ni tak leh kensel. aku bajet, kalo ada rezeki, every year nak bawak mak gie jalan. yang len len tu, boleh di adjust. sementara mak masih sihat & aku tak de commitment apa2.

opah cerita pasal mak wah. ermm kesian mak wah. dugaan dan ujian. harap dia tabah menghadapinya. pada aku, tu pengajaran yang perlu aku ambil iktibar. semoga menjadi pedoman di kala membuat keputusan.

kebetulan pak cu aku cuti hari ni, aku layan pak cu borak2. banyak la topik2 yang menjadi bahan. then bila pak cu tanya aku soalan cepu emas. jeng jeng jeng. aku tak bajet langsung dia akan tanya soklan tu or aku nak cakap kat dia pasal isu nih. tak de dalam agenda. aku rasa this is for the 1st time in my life, aku cakap dengan pak cu heart to heart. lama sangat2 isu nih hampir satu jam. pak cu is the 1st person agree with me & give an approval. Thanks GOD. aku rasa macam nak peluk2 jer pak cu aku, bukan sebab dia nyer approval, tapi sebab dia memahami aku. terharu sangat2. bergenang air mata. aku tak harap pun yang pak cu memahami aku sampai ke tahap tu. walau apa pun aku bersyukur kepada Ilahi kerana di kurniakan seorang bapa saudara yang baik. bukan pak cu jer aku juga ada pak ngah, cik mat & pak tam.

aku memang tak sangka langsung. thanks pak cu sebab memahami segalanya. aku benar2 rasa terharu. sangat2. thanks pak cu. di saat2 aku tak tahu nak buat apa, ada somebody yang memberi semangat. rasa macam nak rebah dah. jatuh tergolek. bukan setakat senget2 bahu.

masa nak balik tu, mak cik aka mertua pak cu cakap dengan aku. 'ina jangan susah hati ye.. nanti kat sana, mak cik doakan agar ina cepat dapat jodoh' aku senyum jer sambil ucap terima kasih. tu jerr yang aku mampu katakan.

tadi, aku teman kak norma makan. aku pun makan sama, ni my dinner tonight. kak norma makan nasi, tapi aku malas dah nak makan nasi. hari ni, dua kali aku makan nasi. sambil tu, entah macam mana mengimbau kenangan. apa tah cerita kak norma sampai membawa kepada satu kenangan yang cukup manis. aku harap ianya akan berulang tak lama lagi. betapa gembira dan lapangnya hati bila berada di sini. rasa tak nak balik. Baitullah. tak pernah termimpi yang aku akan menjejaki kaki kesini. Alhamdulillah dengan izin dariNya aku berhadapan dengan kiblat setiap muslim di muka bumi. bertawaf sebelum waktu zohor, selepas asar dan sesudah subuh berteleku di hadapan pintu Baitullah.

syukur ke hadrat Ilahi bila aku berpeluang besolat dan berdoa di tempat yang antara paling mustajab berdoa. Hijir Ismail. Bukan mudah mendapat peluang sebegini sebab di sini sangat2 ramai orang. Aku bersyukur kepada Allah. kerana memilih aku sebagai tetamu di Baitullah. rasanya aku masih ingat macam mana bau harum kelambu kaabah ni. errmm wanginya...
melakukan saie. perjalanan antara bukit safa dan marwah. walaupun aku tak dapat meletakkan tangan keatas batu hajar aswad ni, tapi aku bersyukur kerana aku dapat menyentuh silver plate yang menjadi bingkai hajar aswad. bertahalul selepas mengerjakan umrahsesemua kenangan manis tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Ya Allah, Engkau berikanlah kesempatan padaku untuk menjadi tetamu di Baitullah. rinduku tak pernah padam untuk bertamu lagi.

malam ni, aku kena tegur ngan kak norma pasal mende alah ni. kak norma cakap dah seminggu lebih ni, makanan ruji aku. everytime. hari tu penuh, ni, tinggal sikit. sambil makan, kepala tah melayang kemana2. bila dia tanya aku, 'ina ada masalah ke?' pergghh soklan bonus dari kak norma.
entah. aku pun tak taw. tapi aku tak menafikan. sebab menguyah kuaci ni membuat aku leka. bukan bagi aku kenyang atau lapar.. tapi hanya membuatkan aku leka. sembil kepala aku.. berkelana mengembara.

malam ni, memang kantoi dengan kak norma. biasanya dia tengok aku selepas hujan turun atau tengah2 turun. tapi hari ni.. kak norma melepak kat bilik aku, tengok aku mendung jer.. bila dia tanya jer.. terus mencurah2 ujan. aku cakap semuanya. semuanya yang terbuku di dalam hati aku. everything. yang tak pernah aku luahkan kepada sesiapa yang bernama insan. tetapi Allah maha mengetahui segalanya.

king cakap aku ni,lagu baru dari saujana yang mendapat carta paling tinggi dalam ranking lagu2 yang aku suka di kala ni.

Nota Cinta - Saujana

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah





....from kekwa22 with love....

26 April 2010

aku yang sorang

hari ni awal aku bangun, tak de apa nak buat. for the 1st time pagi ni darah2 dari hidung kuar ikut tekak. ngeri tu.. tapi bukan darah segar. may be yang hujung2 dah. malas2 jerr kat umah.

dalam pukul 11am, aku gie umah pak ngah. sebabnya hari tu dah janji nak datang hari ni ambil barang2 aku. dah nak sampai umah pak ngah, aku pening. masa aku park kete aku nampak 811. lorr ada orang kat umah pak ngah nih. tak per la yeop jer.. aku sampai jerr kat umah, yeop sedap2 kena urut. dia sakit pinggang. pak ngah jerr ada. mak ngah gi klinik. betul cakap opah aku, 'pak ngah ni dah tua' hehehe.

yang aku heran bila yeop tanya aku, 'ina datang sorang je ke?' aku jawab la, 'sorang' selang 5 minit, dia tanya lagi, 'sorang je ke na?' aku jawab 'ye' then tak lama lepas pada tu dia tanya lagi, 'ko sorang jer?' kali ni aku tak jawab. dia nih ada nampak 2 orang ke? aku plak yang seram. or dia tanya ni ada maksud yang tersirat. yang mana satu aku tatau.

pak ngah citer yang, opah call pak ngah suruh surau kat umah pak ngah buat air yassin then bagi kat aku, supaya aku boleh minum & mudah2an cepat sembuh. rasa terharu & sebak sangat2. cucu kesayangan. aku buat keputusan tanak bagi tahu orang2 yang aku sayang sebab aku tak nak diorang risau. aku tak nak menyusahkan diorang. cukuplah dulu diorang penat membesarkan aku.

pak ngah tanya aku, mak marah tak aku tak bagi tau dia. mak tak cakap apa pun. tapi tak tau la plak kalo mak aku kecik ati. tapi aku rasa tak kot. sebab achik dah explain hari tu. 'ina cuma tanak mak risau, tu jer' aku tahu, semua orang di sekeliling aku, menyayangi aku. alhamdulillah. cukuplah kalau mereka tahu yang aku always ok. insya Allah aku tak akan melukakan hati mereka.

mak ngah citer kat aku yang may be opah dah ada kat umah pak cu, jaga anak pak cu. mertua pak cu nak gie umrah. 'opah jaga anak pak cu?' errmm opah jaga diorang ke, diorang jaga opah. yang tu aku tak berapa nak pasti.. ni yang aku tak berapa nak suka nih...

on the way balik umah, aku sakit kepala. cuaca tak berapa panas. tapi kenapa ya masih pening. pening yang sangat2. semalam drive jugak. drive yang paling lama selepas operate. tapi tak rasa pening. kenapa today pening plak. mujur jalan tak jammed. kenapa ya aku cenggini? kenapa aku masih pening? tak pernah rasa berkurang. masih sama macam sebelum operate dia nyer pening. why aarr? tah arr..

balik dari umah pak ngah aku tak wat apa pun. dok melepak jer.. just layan pening jer.. tu la yang mampu aku buat.

masuk hari ni, adik dah 2 hari warded kat spital parit buntar. aku tepon mak tadi tanya pasal adik. dah masuk air 5 botol setakat ni. keracunan makanan yang serius. tapi mak kata dah ok sikit dah. adik aku ni kan macam2. tu la.. tanak makan kat umah lagi.. ikut dan dia jerr.. mak pesan kat aku kalo ada masa, pi tengok opah kat umah pak cu. sebabnya opah dok risau pasal aku. kan betul tu.. tak per nanti opah aku tengok aku, baru dia taw yang aku ni ok. kan kan kan.

today aku dapat this frasa 'tak de harapan' for the 1st time. maka, berkumandanglah lagu ni.. eerrmmm taw pun.

Siapa yang rampas hatimu - Ukays

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

( korus )
Siapa Yang Rampas Cintamu
Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku









....from kekwa22 with love....

25 April 2010

bila dalam hati ada chenta



biasanya lepas subuh baru aku letak ubat, tapi pagi ni, memang tak boleh. hidung tersumbat sangat2. banyak juga la darah yang keluar. berketul2. cuma bukan darah segar macam dulu2 tu.

pagi, seawal 715am, aku dah terpacak kat tasik titiwangsa. lama gile dah tak datang tasik. rasa almost 2months or lebih kot tak gi tasik titiwangsa. jalan2 jerr tak jogging pun sebab kepala masih pening dan hidung sakit. cuma nak bagi berpeluh jer. pas tu aku termengah2. sebab nafas pendek2.

balik tu, breakfast dgn kak norma kat sebelah petronas. lama gak.. borak2 sambil dok perhati customer lain. makan2 & sembang2.

aku gi opis jap, amik document. anak2 buah aku, ot hari ni. sempat la beramah mesra dengan diorang.

hari ni, aku gie utm. gie library. lama giler aku tak g library. ada banyak perubahan PSZ UTM International Campus, berwajah baru. best2 bila aku ketemu buku yang aku cari. thanks ye.. king sebab tolong pinjamkan for me.

best kan bila orang yang kita sayang dapat luangkan masa untuk kita... memang best.. tapi kan kesian sangat2 bila aku tengok muka dia berkerut2. senget2 bahu dah.. berat oooo nak memikulnya. tapi itu adalah sebahagian realiti yang perlu di hadapi. sebahagian dari teorinya. practicalnya belum tahu lagi ce mana. adakah semudah yang di sangka?..

bukan mudah nak buat keputusan. aku pernah buat dua keputusan yang paling besar dalam diri aku. kesannya sangat besar dalam hidup aku. ianya merubah hampir keseluruhan kehidupan aku. kesan dan implikasinya aku masih lagi terasa hingga sekarang. sehingga aku takut untuk membuat keputusan lagi. cumanya.. boleh ke aku selamanya follow the wind. aku bukannya lalang. aku kena buat keputusan. entahlah! aku tak berani nak buat keputusan. macam2 dalam kepala aku ni. kalo aku keluarkan sesemuanya.. mau ada orang tertido berdengkur2. hahhaha..

sebab apa yee aku jadi sukar? sebab aku pernah melaluinya. sape nak pisang berbuah dua kali? tokei kebun pisang pun tak pernah mengharap cenggitu. aku takut sejarah mungkin berulang. bukan dengan dia jer.. dengan sesapa pun cenggitu. aku tak nak di sakiti lagi. sesemuanya. fizikal & mental. cukuplah sekali. cumanya aku tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. no body knows. Allah memgatur perjalanan hambaNYA. semua orang tak terdaya untuk menghalangnya.
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. semoga aku tergolong diantara insan2 yang sabar.

lepas maghrib, aku gie k4 dengan kak norma. sejak dua menjak ni, aku memang suke menyakat kak norma . hehehe biasa la.. best2. tapi kekadang perkataan dia, bukan boleh agak sangat hammpeeehhh. ada jerr sambungan ayat yang lagi nak memeriah kan suasana. tak per.. ni la masanya.. bila hati berbunga2. aku tumpang gumbira. dalam hati ada chenta. akak kena dahulakan.. tak baik taw langkah bendul. hahhaha.

malam ni, aku dengan bangganya dapat menghabiskan.. apa err nak cakap, sebekas....salah tu, se tupperware, lagi la org tupperware marah sebab bukan brand diorang nih. apa nak kata aarr. cam nih jerr la. aku menghabiskan ice cream yang dok ada dalam ni. now you see, now you dont.giler nyer banyak bleh makan. dah dekat seminggu mengidam. hehhe. mujur tak muntah2. di nasihatkan.. agar sesaper jangan tiru perangai buruk aku nih. hehehe
masa tengah menaip ni.. lagu ni berkumandang. lagu nostalgia. zaman muda2. zaman yang begitu indah yang tak mampu berulang semula. masa tu.. ada bunga2 chenta yang berkembang mekar.. tu citer dulu..

Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi



jom nyanyi sesama.. tapi rasanya sat lagi ujan turun.. hahhaha bukan boleh harap sangat ni..

maaf yerr king, bukan nak serabutkan minda.. cuma jom kita fikir sesama..






....from kekwa22 with love....

24 April 2010

Dalam Gerimis

malam tadi angah tido umah aku. saje jerr dia. nak melawat kakak dia nih. dia datang pun dah lewat dah dekat pukul 10pm. cam biasa, datang jerr terus cari tilam bantal. tu jerr la keje dia kalo datang umah aku kalo tak de mende yang dia nak baca. kalo ada sumthing yang dia baca, dia baca aarr.. kalo tak tengok tilam bantal jerr la.

pagi tadi angah tengok darah yang kuar dari hidung aku. dia siap tanya adakah pepagi jerr cenggini. baru tengok hari ni, aku dah tengok dekat 2 week dah. kekadang rasa biasa jerr. kekadang rasa ngeri gak. ni pun dah kurang. kalo masa balik kg hari tu, lagi la banyak. hope sikit hari lagi, bertambah ok la.

lepas angah balik tu, aku siap2 kemas2 barang2 hantaran man dan buat la apa yang patut. siap2kan semua, then bagi kat tuan dia. buat yang paling simple. sebabnya nak bawa jauh. nanti kalo tergolek2 langsung tak jadi cerita. memang la lambat lagi, tapi tak per aarr biar buat awal pastu pass kat tuan dia. ni hasil keras tangan aku hari ni.
nampak tak berseri la. tapi kak norma suke. dia kata klasik. alasannya, sebab dia pun klasik. hahha.. tah aarr.. memang la trend sekarang balck & silver. tapi siyesly kalo kaler itam tu, di tukar dengan kaler merah terang.. sure menarik. or royal blue. sebab feveret color aku. tak perr la asalkan tuan dia suke, no problem at all.

ni plak sagu gula melaka yang semalam tak jadi nak buat. so, hari ni meyampaikan hasrat yang tertangguh semalam.
kak norma ajak g pasar malam petang tadi. dia nak borong buah2an. cuaca mendung jer. mujur tak ujan. kalo ujan, kuyup la.

pak ndak & kak norma ni kan, kelakar abis. malam ni, pak ndak nak ajak kak norma dinner. ok la.. pak ndak dari tangkak, terus ke au2 then baru balik shah alam. then aku tanya kak norma, pak ndak tak datang lagi ke? kak norma cakap, pak ndak tanak amik kat umah dia malu, nanti orang nampak. dia suruh akak pi petronas. jumpe kat sana. aku cakap kat kak norma cenggini, akak jangan marah tau, ina nak gelak nih. terus jerr aku gelak. tah apa2 pak ndak ni. pak ndak ni memang poyo sejak dua menjak nih.. dan dan ni plak jadi pemalu. yang sesebelum ni dia datang amik kak norma kat umah, pagi, tengah hari, petang & malam, tak de plak istilah orang nampak la plak... kak norma tak terkata apa dah. dia layannnnnnnnnnn jerr. aku? aku tukang gelak jer.. best. tah arr.. aku terhibur.

Backstreet Boys - How Did I Fall In Love With You

Remember when, we never needed each other
The best of friends like
Sister and Brother
We understood, we'd never be,
Alone

Those days are gone, and I want you so much
The night is long and I need your touch
Don't know what to say
I never meant to feel this way
Don't want to be
Alone tonight

chorus:
What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
What did I say, what did you do?
How did I fall in love with you?

I hear your voice
And I start to tremble
Brings back the child that, I resemble

I cannot pretend, that we can still be friends
Don't want to be,
Alone tonight

chorus:
What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
What did I say, what did you do?
How did I fall in love with you?

Bridge:
Oh I want to say this right
And it has to be tonight
Just need you to know, oh yeah

I don't want to live this life
I don't want to say goodbye
With you I wanna spend
The rest of my life

chorus:
What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
What did I say, what did you do?
How did I fall in love with you?

What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
Everything's changed, we never knew

How did I fall, in love, with you?


....from kekwa22 with love....

23 April 2010

bila hati berbunga-bunga

pagi tadi macam biasa, bangun pagi jer berketul2 darah keluar. aku tak tahu bila akan stop. hope dalam sedikit masa lagi sesemuani berakhir.

pagi ni aku gie office kejap. tapi matlamat tak tercapai. sebab aku terlupa nak ambil sumthing yang aku memang nak ambil kat dalam my drawer. tak lama pun pi office tadi. dalam sejam jer.. bagi mc leaves kat hr then breakfast ngan ita. aku sempat sign config for radio.

tak buat apa pun kat umah sebab kepala aku sakit sangat2. just melepak jer tapi tak leh tido. ujan pulak renyai2.

aku tak de selera nak makan apa. nak makan fast food, rasa macam tak best jer.. lepas zohor aku gie jusco, beli barang makanan sket. ada makanan kering jer.. yang dok ada kat umah tak larat tengok dah. masa jenjalan nak amik roti, aku teringat nak wat laksa johor. aku beli ikan jerr la, yang lain2 masih ada kat umah.

lepas tu teringat nak buat sagu gula melaka. ermm mana satu nih.. ala.. esok2 la.. masih boleh buat lagi. ni aku nyer lunch pukul 4pm, laksa johor. tak letak cili langsung. lewat makan hari ni. tapi tak lapo pun sebenarnya. masih kenyang makan dgn ita tadi.
lupa beli ice cream. rasa nak makan ice cream banyak2 jerr..

sembang2 dengan kak norma. banyak cerita. kelakar bila pak ndak gelabah. tah apa2 tah. macam la tak biasa. hihihihi.. tapi aku pun tumpang gembira.

kak norma cakap kat aku cenggini, 'na, akak rasa takut la pulak nak kahwin ni, jom la kahwin sesama' kak norma ni kan.. tah apa2 tah.. sama gelabah dengan pak ndak aarr tu.. pulak tu, pak ndak yang kalut tah apa2. aku jawab 'akak, ilek2, ina teman akak nanti' hahhahah.. kuang kuang kuang. tapi, memang best melayan kak norma dengan pak ndak, sebab, kelakar giler. terhibur aku. kak norma plak hepi jer.. biasa aarr bila hati berbunga-bunga.

cepatnya masa berlalu. tak terasa pun. rasa macam semalam jer.. rupanya dah lebih 4 tahun. baru semalam tersedar. rasa macam sekejap. tapi dah lama sebenarnya.

sejak petang tadi aku dok donlot nasyid.. banyak giler.. tak tahu bila nak dengar.. tapi at least dengar sekali jer.. best2. dah lama tak wat keje donlot nasyid ni. walau pun pc ni slow.. tapi layan jugak aarr.. hehehhe.. sebabnya apa yang aku cari2 selama ni berjumpa. that why sanggup jerr...

apa aku rasa time nih? cam ni aarrr

Resah - May

Dunia ini sepi

Jika hati mu sepi

Walaupun engkau berada

Di tengah pesta

Dunia ini resah

Jika hati mu resah

Walaupun indah

Kau pasti terasa gundah

Suka dan duka

Bermain didalam diri

Mencorakkan hidup ini

Melukis peribadi

Jatuh cinta

Jatuh hati

Putus cinta

Jiwa resah mengenangkan

Hidup ini

Mencari hati mulia

Bagai mencari harta

Bila bersua rasanya

Lengkap segala




....from kekwa22 with love....