27 April 2010

hujan sedunia

aku gie umah pak cu kat rawang. rasanya lebih 3 or 4 tahun aku tak gie umah pak cu. baik betul anak sedara dia yang sorang ni kan... sebabnya aku, kalo nak jumpe pak cu gie jj dah boleh jumpe. kekadang balik kampung memang pakat2 balik sesama. that why tak gie umah dia. dah besar dah alisya. last sekali aku tengok dia, baru boleh merangkak. tu masa last year kot. time man bertunang. aku jumpe diaorang kat umah pak ngah.

semalam, aku teringin sangat nak makan ikan bilis goreng. perrggh memang sedap makan dengan nasi panas2. kat umah pak cu pagi tadi, diorang buat nasi lemak then ada ikan bilis. errmm tercapai hasrat aku nak makan ikan bilis goreng. nasi lemak, kalo masak sendiri memang la sedap, lemak bercream & yummy.

masa makan tu, opah tanya aku soal2 berkaitan dengan aku dan diriku. ni bukan 1st time opah cakap. rasanya dah berkali kali dan berulang kali aku cakap. apa beza berkali kali dan berulang kali? hehhehe.. aku faham apa yang opah aku cakap. aku sedar ada benarnya. tapi, opah, pls understand me. pls pls pls. aarrgghh

aku tuko topik yang mak nak datang kl 1hb ni. bijak tak? aku bagi tahu nak bawak mak jenjalan kat kota bharu. nak taw opah aku cakap apa? 'orang dok risau ke dia sakit, baru lepas masuk hospital, yang dia senang2 nak pi berjalan, tu la dia' aku sengih jerr la.. nak cakap apa lagi. yang ni dah lama plan. tak kan nak kensel. hari tu g kinabalu dah kensel sbb aku konvo. so, yang ni tak leh kensel. aku bajet, kalo ada rezeki, every year nak bawak mak gie jalan. yang len len tu, boleh di adjust. sementara mak masih sihat & aku tak de commitment apa2.

opah cerita pasal mak wah. ermm kesian mak wah. dugaan dan ujian. harap dia tabah menghadapinya. pada aku, tu pengajaran yang perlu aku ambil iktibar. semoga menjadi pedoman di kala membuat keputusan.

kebetulan pak cu aku cuti hari ni, aku layan pak cu borak2. banyak la topik2 yang menjadi bahan. then bila pak cu tanya aku soalan cepu emas. jeng jeng jeng. aku tak bajet langsung dia akan tanya soklan tu or aku nak cakap kat dia pasal isu nih. tak de dalam agenda. aku rasa this is for the 1st time in my life, aku cakap dengan pak cu heart to heart. lama sangat2 isu nih hampir satu jam. pak cu is the 1st person agree with me & give an approval. Thanks GOD. aku rasa macam nak peluk2 jer pak cu aku, bukan sebab dia nyer approval, tapi sebab dia memahami aku. terharu sangat2. bergenang air mata. aku tak harap pun yang pak cu memahami aku sampai ke tahap tu. walau apa pun aku bersyukur kepada Ilahi kerana di kurniakan seorang bapa saudara yang baik. bukan pak cu jer aku juga ada pak ngah, cik mat & pak tam.

aku memang tak sangka langsung. thanks pak cu sebab memahami segalanya. aku benar2 rasa terharu. sangat2. thanks pak cu. di saat2 aku tak tahu nak buat apa, ada somebody yang memberi semangat. rasa macam nak rebah dah. jatuh tergolek. bukan setakat senget2 bahu.

masa nak balik tu, mak cik aka mertua pak cu cakap dengan aku. 'ina jangan susah hati ye.. nanti kat sana, mak cik doakan agar ina cepat dapat jodoh' aku senyum jer sambil ucap terima kasih. tu jerr yang aku mampu katakan.

tadi, aku teman kak norma makan. aku pun makan sama, ni my dinner tonight. kak norma makan nasi, tapi aku malas dah nak makan nasi. hari ni, dua kali aku makan nasi. sambil tu, entah macam mana mengimbau kenangan. apa tah cerita kak norma sampai membawa kepada satu kenangan yang cukup manis. aku harap ianya akan berulang tak lama lagi. betapa gembira dan lapangnya hati bila berada di sini. rasa tak nak balik. Baitullah. tak pernah termimpi yang aku akan menjejaki kaki kesini. Alhamdulillah dengan izin dariNya aku berhadapan dengan kiblat setiap muslim di muka bumi. bertawaf sebelum waktu zohor, selepas asar dan sesudah subuh berteleku di hadapan pintu Baitullah.

syukur ke hadrat Ilahi bila aku berpeluang besolat dan berdoa di tempat yang antara paling mustajab berdoa. Hijir Ismail. Bukan mudah mendapat peluang sebegini sebab di sini sangat2 ramai orang. Aku bersyukur kepada Allah. kerana memilih aku sebagai tetamu di Baitullah. rasanya aku masih ingat macam mana bau harum kelambu kaabah ni. errmm wanginya...
melakukan saie. perjalanan antara bukit safa dan marwah. walaupun aku tak dapat meletakkan tangan keatas batu hajar aswad ni, tapi aku bersyukur kerana aku dapat menyentuh silver plate yang menjadi bingkai hajar aswad. bertahalul selepas mengerjakan umrahsesemua kenangan manis tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Ya Allah, Engkau berikanlah kesempatan padaku untuk menjadi tetamu di Baitullah. rinduku tak pernah padam untuk bertamu lagi.

malam ni, aku kena tegur ngan kak norma pasal mende alah ni. kak norma cakap dah seminggu lebih ni, makanan ruji aku. everytime. hari tu penuh, ni, tinggal sikit. sambil makan, kepala tah melayang kemana2. bila dia tanya aku, 'ina ada masalah ke?' pergghh soklan bonus dari kak norma.
entah. aku pun tak taw. tapi aku tak menafikan. sebab menguyah kuaci ni membuat aku leka. bukan bagi aku kenyang atau lapar.. tapi hanya membuatkan aku leka. sembil kepala aku.. berkelana mengembara.

malam ni, memang kantoi dengan kak norma. biasanya dia tengok aku selepas hujan turun atau tengah2 turun. tapi hari ni.. kak norma melepak kat bilik aku, tengok aku mendung jer.. bila dia tanya jer.. terus mencurah2 ujan. aku cakap semuanya. semuanya yang terbuku di dalam hati aku. everything. yang tak pernah aku luahkan kepada sesiapa yang bernama insan. tetapi Allah maha mengetahui segalanya.

king cakap aku ni,lagu baru dari saujana yang mendapat carta paling tinggi dalam ranking lagu2 yang aku suka di kala ni.

Nota Cinta - Saujana

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah





....from kekwa22 with love....

1 comment: