29 April 2010

Saat Aku Istikharah

Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia… tiada gunanya menyemai cinta… menagih cinta lelaki..tatkala itulah hadirnya si dia… ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta… orang yang mencintai Allah… mengajak aku untuk turut mencintaiNya..sepenuh jiwa… kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt… kerana diri si dia pembimbingku… Ikutilah kisah dibawah…kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah….

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah… Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu… yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!” Ayang tengah makan..Abang dah makan ke”… telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua…!

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda… Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian… hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui… cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku… aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear… mahu perfume… dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan…..! Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan… menemani kesepian hatiku yang merayu minta diiisi segera dengan kasih lelaki….!

Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu,menggesa…maka kepadaMu kupohon petunjuk…kembalikan hati ini mengingatiMu…hanya Mu!

Ramai juga yang menyapaku,” tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki…” …tapi semua soalan-soalan itu… aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri… ku keluarkan di telinga kanan!!!

Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan… sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si “A” . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT… Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju… di depan Nurul aku mengangguk tunduk… Nurul tersenyum… melihat telatahku!

Setelah persetujuan aku dan Si “A” diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si “A”… Aku tidak memiliki handset sendiri… jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam… tak banyak yang kami borak… sekadar menyentuh hal keluarga… dan butir-butir peribadi… itu saja!

“Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari… perbualan telefon antara aku dan si “A”, hatiku merintih hiba… aku …aku menyesal!

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si “A”… aku tidak mahu berkawan dengan lelaki… aku tidak mahu bercinta!” aku mula bertekad… aku yang mulakan semuanya, jadi aku juga yang perlu hentikannya!

Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari… Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas… Dialah Bakal Suamiku… Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut… kulitnya hitam manis… bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah… wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku… tempat yang pernah kuimpikan… mungkinkah syurga! Detus hatiku… Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikharahku… siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpiku malam itu…Ya Allah…dimanakah suamiku!

Nurul ke bilikku suatu hari… sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si “A”… Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! …Inilah Si”A”… Dia poskan!” kata Nurul… Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu… lelaki itu seperti kukenal… seperti pernah kujumpa sebelum ini… tapi dimana… ingatanku semakin jelas… MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!

Wajahnya, janggutnya… cahaya di wajahnya… Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku… ternyata aku bukannya bermimpi… “Ya Allah… Dialah jodohku…!

Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya… Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!”

Sehingga ke hari ini… ukhwah itu masih terjalin… masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun…! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya…

kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam… Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya… kini dah jadi koleksi peribadi… yang masih kutatap sehingga ke hari ini…

Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salah faham bukan antara aku dan si “A”… tapi antara ibuku dan ibunya… antara ahli keluargaku dan keluarganya…! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini… Moga ia kekal selamanya…

Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu… Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah…

Tahun kedua diberinya aku buku agama “Isteri Solehah Igauan Suami” …aku membalasnya dengan senaskah buku agama “Suami Idaman Isteri Solehah”… Tahun ketiga… Harijadiku semakin hampir… dan aku sedang menanti hadiahnya… kerana hadiah darinya begitu berharga… begitu bermakna… malah kupercaya, bukan saja bagiku… tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini… di kala itulah kau hadir… membuktikan ada lagi Lelaki sejati… Ada lagi Cinta yang diredhai Allah….

Walaupun ramai yang meminati si “A” di IPTnya… Tapi aku yakin..Dia Milikku…! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku…dan aku tidak akan mengalah… aku akan terus berdoa..! “Ya Allah…Andai dirinya tercipta untukku… menjadi milikku…Baik untuk duniaku… untuk akhiratku… untuk agamaku… maka satukanlah kami dunia dan akhirat… Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!”

Inilah doaku sejak dirinya ku kenal… dan sehingga hari ini… doa ini masih kupanjatkan… dan sehingga kini jugalah… ukhwah ini masih terbina kukuh… masih utuh…

Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya… Dia Selalu Berikanku… Yang Terbaik!!! So, camne? Well, the point yang nak dibawa sebenarnya ialah, untuk mencari seseorang yang kita akan menghabiskan masa bersamanya selama hidup kita bukanlah satu perkara kecil. Dan bukan juga perkara yang perlu digesakan. Tak perlu nak cepat, sekarang ni bukan masanya lagi untuk kita berkasih dengan yang bukan muhrim. Perasaan memang susah nak dikawal, lagi kalau dah suka sama suka.

Tapi, jangan lupa, setiap kali kita berdua tak kira di mana sekalipun, akan datang yang ketiga di celah kita dan itulah yang bernama syaitan. Kita tak nampak memanglah tak sedar. Makin lama makin hanyut dibuai perasaan. Sikit lama lama jadi bukit. Mula mula jeling aje, lepas tu dah mula pandang straight ke mata. Esoknya, berchatting tanya khabar. Lepas tu akan spend masa bersama. Ala, kitorang bukannya buat ape pon… stadi jee… , akan jadi antara alasan yang digunakan.

Lepas selalu spend masa bersama, tibalah masa untuk meluah perasaan. Ambuih indah sungguh perasaan masa tu. Kita tak nampak, tapi yang muncul di antara kita tadi tu akan terbahak bahak. Tak takut ke? Dah luah perasaan, dan bertukar pemberian… maka akhirnya macam lagi bermain di fikiran. Segalanya nak dilakukan bersama. Keluar ke KL, ambil gambar, makan, tengok wayang, gembiranya rasa diri. Ada orang beri perhatian, ada orang beri kasih sayang. Esoknya pulak, khabarkan pada kawan betapa bahagia hidup di samping insan tercinta. Dan letaklah gambar dalam friendster. Oh dunia, lihatlah aku bersama si dia!

Entahlah, mungkin agak harsh ye dalam keluarkan pandangan, tapi.. itulah hakikat yang sebenarnya. Sampai bila, sampai bila kita nak ber”couple” ? Sedang umur baru menjejak 20, sedang diri sendiri tak boleh diurus. Sedang pelajaran masih lagi terkapai. Sedang keluarga di rumah tak disayangi sepertimana menyayangi si dia. Apakah itu hipokrit? Atau adakah itu yang dinamakan cinta setia? Atau cinta nafsu? Fikir fikir lah….

Set yur priorities in life, capai segala cita yang diimpi. Ini tak, baru diuji sikit, contoh macam tetiba ade orang nak approach kita, teruslah kita terhegeh terima orang tu. Bersabarlah, akan datang satu masa nanti insya Allah untuk benda macam ni. Lagipun, untuk bersama dengan seseorang yang menyayangi kita bukanlah tujuan utama kita kat dunia ni kan? Ia cuma salah satu nikmat aje. Kalau beruntung, dapatlah yang mendekatkan kita pada Allah, tapi buatnya dapat yang asyik nak berhibur bersuka lupa pada akhirat…. alamatnya kita pun ikut sekali. Dapat share sama.

Cuma, yang nampak pelik ialah, kenapa kita ni, dahagakan sangat kasih dari yang bukan muhrim tu? Kasih dari Allah yang melimpah ruah tu tak nak pula dijaga sebaiknya? Bukan apa, kita mengejar sesuatu yang tak pasti. Sedangkan kasih Allah tu dah tersedia depan mata. Terpulang pada kita sama ada nak terima atau tidak. Dan betullah kata Tun, tidak ada istilah couple dalam Islam. Dulu aku pun cam tak berapa nampak ape lah salahnya kan… tapi! Once you see your priorities in life and once you notice how Allah loves you more than anything else, you’ll see the truth.

Maaflah andai ada yang terasa hati, tapi inilah hakikat yang kita semua perlu tau dan sedar. Maaf banyak sekali lagi, bukan niat nak memburukkan sesiapa, cuma nak korang berfikir. Apakah yang sepatutnya dilakukan sekarang. Wal akhiran, hayatilah kata kata ini…Pandanglah dengan hati, kerana pandangan hati itulah hakiki, andai hati itu bersih…

http://mkelana.wordpress.com/2005/12/13/di-saat-aku-istikharah/






....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment