31 May 2010

cinta tak perlu ada tajuk

Bila kau letih dan hilang semangat

Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu berduka

Allah telah mengira titisan air matamu

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu

Allah setia disisimu

Bila kau cuba segalanya tapi tak tahu tujuan

Allah ada penyelesaiannya

Bila yang tak bererti buatmu kecewa dan keliru

Allah adalah jawabnnya







....from kekwa22 with love....

30 May 2010

sunday @home

hari ni.. sejuk jerr... masa kuar umah dalam 7am pagi tadi, tak de la ujan.. sampai keramat jerr dah ujan.. tapi perjalanan di teruskan sebab alang2 dah kuar rumah. sampai jerr tasik ujan makin lebat. maknanya.. tak leh la nak jogging pagi ni.

on the way balik tu, singgah pasar. membeli ikan2 dan sayuran. masa kat pasar tu, kak norma tanya aku sama ada nak beli makanan untuk bfast ke tak.. then aku bagi tahu kat kak norma cam ni, 'kak, kita masak kat umah lagi sedap' then kak norma pun tak jadi nak beli. hehhehe.. kesian dia. tapi entah la .. memang tak menyelerakan walau pun time2 ujan biasanya lapo jerr. kak norma pulak, ikut jerr cakap aku. ala.. dia pun setuju gak tu dgn my opinion.

balik umah, aku ngan kak norma main badminton kat belakang gerai2. pastu kitaorang g melawat kebun pak cik nan.ni la rupanya kebun kat belakang gerai2 makan tu. ada reban ayam dan pelbagai jenis pokok. lepas abis sessi lawatan ke kebun, kitaorang pun balik. sambil sembang2 dgn orang yang mengusahakan kebun. rupanya pak cik nan bela ikan keli. macam2 ada.

ni kitaorang nyer bfast.
keropok lekor.

selesai menjamu selera aku pun mula la masak. ni menu tengah hari.
kuzi ayam. hari tu dah masak kuzi kambing, sajer nak try ayam pulak. tapi aku dgn kak norma sependapat bahawa kuzi kambing lebih sedap daripada kuzi ayam.ni, kak norma paksa aku supaya makan kerang. biar darah naik cepat. nanti kalau aku naik darah, jangan marah maa..
asam pedas ikan terubuk. perrgghh sedap. ikan fresh. bila masak asam pedas ni, aku teringat kat pak cu. bila la aku nak masak asam pedas kat dia. sejak hantar opah balik hari tu, lom jumpe lagi dgn pak cu. tengok la.. next week or balik umah opah nanti.
macam biasa yang ni.. jangan di lupakan. ulam raja.

dah siap masak aku pun hidang walau pun aku masih kenyang. aku ingat dah tengah hari. masa masak tu.. tak de la gopoh gapah. just cool jer.. layan jerr... rupanya baru pukul 950am. tak kan nak lunch awal2 gitu. last2 aku hanya tengok kak norma & ogie jerr makan. aku jadi pemerhati politik. aku suruh angah datang makan kat umah. masak macam nak makan ramai. hehehe. sesekali.. kann.. esok2 kalo aku malas.. habis cerita.

kak norma nak gie kenduri tengah hari ni. tapi dia memang macam tu. sebelum gie kenduri dia akan makan dulu. becoz katanya makanan kat umah kenduri tak sedap. dah tahu dah menu dia apa. semalam dia gie kenduri jugak. tapi balik tu dia masak meggi. hehhehe

angah datang bawa barang2 yang aku pesan, then dia makan. lepas makan, cam biasa dia tido. aku pulak dok sembat baju yang aku jahit semalam. kelakarnya angah tersedar dari tido then dia cakap, aarrgghh ngantoknya. yang aku dengar ni jadi pelik.. bukan ke dia tengah tido ke... nak kata dia mengigau, tapi celik. lepas pada tu, dia siap2 nak balik umah dia. dia cakap mengantok sangat2.. loorr.. macam la tak leh tido dulu kat umah aku ni.

man datang ambil lebihan bunga2. esok dia nak bawak gie umah pak ngah. alahai.. diorang dah tuko plan. elok2 mak datang hari sabtu, dah kena datang hari jumaat. eerr ni yang aku tak berapa berkenan ni.. bermalam kat sana. ina, anggap la gie bercuti. pakej 2 hari 1 malam. mudah-mudahan aku boleh kontrol jiwa.

hari ni, aku buka kedai jahit. buat maintenance baju2 aku. banyak baju2 yang tak berapa selesa nak pakai. semua yang berkenaan, kalo pakai jerr nampak macam baju pinjam.. aku tak tahu sama ada aku ni yang mengecil atau baju2 tu yang mengembang. hahhaha.

then aku bukak kelas jahit untuk cik noma. hari ni, subjeknya adalah menjahit langsir. aku hanya tunjukan jerr ce mana nak buat. lain2 tu, cik noma yang jahit. walaupun lambat nak siap. tapi tak pe.. its ok. lama2 nanti expert la...

rasa panjang betul 3 hari cuti. macam2 aku buat. sepenuhnya digunakan. rasanya tak de langsung masa2 untuk bermalas2 dan boring2. tak de satu movie pun aku layan. semuanya di penuhi dengan perkara2 yang berfaedah. aarrgghh esok dah kena masuk opish. alahai...

ni my dinner
cara penyediaan. sebiji buah limau yang telah di basuh terlebih dahulu, then potong 6. tembikai, buang kulit sahaja. masukkan dalam pinggan. sedia untuk di makan.

layu di hujung mekar - rio

Haruskah ku terus melayani perasaan

Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan

Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya

Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga

Kini tandus tiada bermaya

Bunga cinta yang dulu mekar mewangi

Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Cintaku padamu haruskah aku teruskan

Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya

Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga

Kini tandus tiada bermaya

Bunga cinta yang dulu mekar mewangi

Kini layu di pusara bumi









from kekwa22 with love....

29 May 2010

hari soping satu kolompo

pagi ni, aku gi jogging dgn kak norma. tapi hanya 1 round jerr... then di teruskan dengan main badminton. hari ni.. memang cuaca sangat baik. cerah. terang benderang. then cam biasa balik tu, singgah bfast. port biasa kat tepi petronas.

semalam, masa sembang2 dgn kak norma.. terbuka cerita ce mana how to making atap. tak kisah la atap daun nipah or atap dari daun rumbia.
masa aku kecik2 arwah opah & ayah serta mak pandai aarr buat atap nih. buat atap pulak.. menyemat atap la nama aktiviti ni.. aku pun tak tau kenapa di panggil menyemat atap.. may be proses dia kena semat kot. kak norma pun paham apa itu menyemat atap. makna perkataan tu memang di guna pakai. rumah, masa ada arwah opah, semuanya guna atap sebab opah tak nak guna zink. dia cakap panas. mujur ayah memang expert menyemat atap. mak tak berapa reti sangat. tapi boleh la.. daripada aku ni yang reti tengok jer...

kat umah dulu hanya ada pokok nipah jer.. that why la buat atap nipah. masa nak tebang daun2 ni.. nama dia 'menetak daun' yang ni pulak, buah nipah. sangat sedap di makan. lemak berkrim.
tapi kalo buah nipah dalam keadaan macam ni, maknanya nak buat nira. biasanya ayah akan urut tangkai buah ni dengan tanah liat setiap pagi dan petang sampai la 44 hari. punya la lama. tapi aku tak tahu sebab apa kena urut.. dan kena letak tanah liat. pastu bila potong buah nipah, tadah dengan bekas kat hujungnya.. buah nipah kira buang aarr... dapat la.. cecair yang manis. di panggil nira. ayah hanya akan beri aku minum kalo dia rasa manis. kalo awal2 pagi, manis. kalo masam sikit2 dia dah tak bagi minum. dia terus jerr simpan untuk buat cuka.

aku pernah buat experiment pasal buah nipah ni. masa tu aku dalam darjah 5 kot. hhahah sebab aku tak puas ati sebab apa kena urut dgn tanah liat lama2 cam tu.. wat penat jerr.. aku tak leh pikir ce mana air boleh menitik dari tangkai buah nipah ni stelah kena urut lama dgn tanah liat. pulak tu urut or sapu2 kat luar dalam arah yang sama. dah la buah nipah ni berat. aku just kerat jerr tangkai pokok tu, dan tadah dgn bekas.. supaya dapat nira. 3 hari 3 malam tak de mende pun yang kuar. habuk pun tarak... hhahahha....

masa kat tasik pagi tadi.. aku masih teringat lagi pasal process nak wat atap ni. masa nak semat atap tu, kayu yang tengah2 tu nama apa. memang tak ingat langsung. puas aku pikir. dari semalam lagi dok pikir. aku hanya dapat perkataan yang di guna pakai lepas 10minit jogging. aku tanya kak norma, 'akak tau tak mengkawan tu apa dia?' 'lama tak dengar perkataan ni.. ingat dah pupus dah, kayu yang letak tengah2 masa nak semat atap' yes! maknanya that is the word. mengkawan. mengkawan ni buat daripada batang kulit nipah ni... jemur sampai dia kering. pastu baru semat atap guna kulit batang bemban.ni la pokok bemban. kalo dulu pokok nipah dan bemban ni ada jerr kat tepi umah. tapi sekarang ni dah pupus. budak2 sekarang pun tak kenal dah. batang pokok ni kalo lama2 dia boleh tinggi. bagi aku, pokok bemban ni, cukup berguna. sangat2. daun dia.. kalo main pondok2 akan di gunakan sebagai duit kertas. hahahaha... kutip jerr berapa banyak nak. pastu batang bemban ni, buat peluru senapang. kena potong dalam angle2 yang tertentu. buat banyak2 then mula la untuk berperang. kalo kena, memang lebam. time tu, buat dengan kayu. hahaha tetiba aku rasa aku ni.. ganas tu... cam budak laki jer... err bahasa lainnya.. kecik2 lagi dah main paintball.

eehh pesal aku merepek plak nih.. hehehe terkenang zaman dolu-dolu.

ni, aku jumpe kat tasik. masa buat regangan la aku jumpe ni. sebelum ni tak perasan pun. hari ni pulak tetiba perasan... eeccceehh!.. aku datang depan ni, sebab aku nak meloncat. apa menariknya pic ni.. bukan sebab bayang2 aku ada kat pic ni.. tapi cuba baca betul2 loncat palang tanpa henti. see this board also use perkataan loncat. maknanya memang betul la tujuan aku.. nak meloncat bukannya nak melompat. hahhaha..

balik dari tasik, tu aku siap2 nak gi bersoping. temankan ogie nak soping, then bawa my cousin sama. mula2 aku bajet.. aku nak cari satu mende jer... kasut. that all. tapi.. aku hanya mampu merancang.. tetiba, aku pulak yang soping macam nak rak. tapi biarlah rahsia. hahhaa.
pusing nyer pusing jumpe arr yang ni.. sekaler with my dress. memang sedondon habis. that why tak pikir panjang terus angkat. jumpe kat vinci this shoes. matching.. gitu..

sampai umah dah pukul 4 dah. punya la lama... round satu kolompo. angah pun sampai. wah.. dia pun teruja gak dgn barang2 yang aku borong. hahhahaa.. lepas pada tu, dia jumpe satu novel, terus memerap kat atas katil. duduk bertapa jerr kat situ. kul 8 lebih dia balik umah dia. aku suruh dia tido kat umah aku jerr tapi dia tanak.

aku pulak jahit baju. perrgghh lama giler jahit baju. sepasang je... kalo jahit kain cifon lebih susah & lama berbanding dgn sutera. kalo aku jahit cotton, rasanya boleh siap 3 helai berbanding dgn sehelai sutera.

ni pulak my dinner
aarrgghh letihnya hari ni.. mujur ada lagi sehari cuti. boleh la melepak lagi...





....from kekwa22 with love....

28 May 2010

hari rajin semalaya

hari ni, aku rasa, hari aku rajin semalaya. aku pun macam confuse plak kenapa aku tetiba jadi rajin. mak aku sure bangga ada anak yang rajin macam aku nih. hahhaha tak boleh blah. cuma hari ni je.. esok2 aku malas la semula.

hari ni cadangnya nak gie jogging. tapi terbantut sebab kak norma selsema. aku pun, malas nak gie sensorang... maka, seawal 730am aku buka car wash. dah lama tak mandikan jimmy. pastu terus bfast. hari ni, cik norma sediakan bfast. cik ina tinggal makan jer.. cik ogie gie opish. then lepas settle semua hal2 jimmy, aku buke kedai dobi pulak. habis sumer stock2 kena dobi.

entah ce mana aku teringat nak gunting kain sutera yang beli kat kota bharu hari tu. sebab dah alang2 nak gie pasar keramat sat lagi, boleh bawa gie jahit tepi. kalo aku rajin jahit, may be boleh pakai masa kenduri kat bukit gambir 6hb ni. tu pun kalau aku rajin jahit la.. kalo tak baju lain pun banyak lagi.

dah settle semua, aku & kak norma gie pasar keramat. nak dekat pukul 12pm la jugak. gie beli ikan, ayam, sayuran & buah-buahan. borong jangan tak borong.

then kitaorang terus gi melawati. sebab aku nak gie bakery. dah lama tak gie bagus. aku nak cari gula icing & horn. puas aku belek2 segala acuan tapi tak nampak horn. kali ketiga aku pusing.. masa tu memang dah rasa frust dah sebab tak ada horn... entah ce mana ternampak. hanya tinggal set jerr lagi. alhamdulillah. memang rezeki aku.

ni la rupa horn. kak norma tanya nak buat apa mende alah ni..
aku jawab, nanti kat umah kita sembang... apa yang boleh di buat dengan mende alah ni.. agak2 apa ye... mahal pulak tu, 6 bijik, RM14. yang kecik tu.. untuk icing. cinonet tu jerr dah RM3. tak pe.. tak basi ma.. jangan hilang dah.. nanti senang nak decorate cake. lagi pun aku ada bercadang nak wat cup cake. tengok la nanti kalo rajin.

misi soping lom habis lagi.. kitaorang gie giant taman permata pulak. sebabnya ada mende2 yang perlu di beli. tak cukup lagi bahan2 yang di perlukan. beli sayo, bawang, cili, buncis, (padahal tadi kat pasar keramat, tak beli la pulak) butter, sabun basuh dan segala macam lagi. kejap jerr.. dalam setengah jam je. then terus balik.

sampai jerr umah, aku tuko kete, sebab tadi naik kete kak norma. so, aku bawa jimmy pulak gie jj. barang yang aku cari tu, tak ada kat giant. dah alang2 keluar.. biar sampai jumpe. ni kira time rajin la ni. kalo aku malas.. errr memang tak layan dah.

sampai umah dah dekat kul 130pm. lapo maaaa... terus jerr kuarkan periuk belanga untuk masak. masa masak2 tu, kak norma cakap cenggini,

'cik ina, cik noma rasakan, cik noma dah tak lalu la nak makan beras ni'

dan dan tu aku jawab 'i like the statment' hahahaha bukan sekarang jerr aku rasa tak sedap.. tapi sejak dulu2 lagi. tak de feel makan nasi maaaa. cik norma ni.. memang aarr.. baru sekarang dia nak sedar. hahahaha.

ni menu tengah hari ni. ikan cencaru sumbat sambal. bako tu... dalam dok lapo2 tu.. sanggup la pulak buat ikan bako. dah la lama baru nak masak. layan jerr....
ni pulak, tumis labu air & ikan bilis.
macam rumput rampai ni pulak, ulam raja. kalo nak awet muda, selalu2 la makan ulam raja.
papaya. buah-buahan ni penting tau...

lepas makan aku kemaskan stock2 yang aku beli kat bakery tadi. ni la hasilnya. siap kena label lagi tu.... nanti silap la pulak kalo tak label. rupa cam sama jerr... especially tepung. mana ada beza antara self raising flour, tepung jagung, tepung kastad, tepung pau, tepung hongkong dan tepung bla bla bla. sama jerr rupanya.
siap jerr kemas aku mulakan new activity for hi-tea. pada hal.. baru je siap basuh pinggan mangkuk lunch tadi. dah nak masak lain pulak nih. ni la hasilnya.
ni 1st time buat. nama dia cream horn. nak buat dia, senang sangat2. acuan horn yang tadi tu, di gunakan untuk buat cream horn ni la. rangup. memang sedap. boleh buat lagi. kak norma cakap kalo gantikan dengan tuna pun sedap. tak per.. nanti boleh buat tuna pulak. next time yerrr cik norma. tunggguuuuuuuuu.

lepas kak norma bagi idea, dia cakap cam ni kat aku, 'ni semua nak menggemukkan cik noma la nih, kalo cik noma tak makan, nanti cik ina kecik ati plak'. see ada jerr idea dia nak cakap.

lepas siap bake cream horn, aku buat orange muffin pulak. jangan tegur apa2. tengah rajin ni... nanti terbantut pulak.. tengok jer... hahhaha.. sebabnya time rajin cam ni, bukan datang selalu. nasib2 jerr.. hahhahah. esok kak norma nak kasi kat pak ndak. cam biasa orange muffin ni, bau dia semerbak.
siap semua 22 biji muffin pada pukul 6pm. perrghh seharian aku bertapa kat dapo. kalo tak, tak de maknanya.. aku nak berlama2 kat bawah.

ada satu lagi yang belum buat. jelly. kak norma nak kasi kat anak buah dia. nanti la malam2 nanti ke... errr esok masih ada. hahhaha.. nanti bosan pulak tak de mende dah nak di buat. tapi esok dah ada rancangan dah.. esok adalah hari soping semalaya. hahhaha...

ujan petang ni.. alhamdulillah. tengah hari tadi panas terik. sejuk sikit udara kat luar, nyaman. tapi.... pagi tadi, jimmy baru jerr mandi. wawawawa...

rezeki hari ni, merasa jugak la orang sebelah. sharing is caring. cam biasa.. kak norma jadi posmen. tak sampai 2 minit aku pesan kat kak norma jgn cakap sape yang buat dah kantoi terang terangan. aaiiisseehh..

aku lupa la. aku kena gie jpj ni. lupa sungguh. bila ya.. nak gie... bertangguh sangat... sampai dah lupa.

intan ku kesepian - wings

Hanya padamu
Terbuka hatiku
Menanti hadirnya
Kasihmu sayang

Cinta yang murni
Sehangat mentari
Membara hanyalah
Untukmu

Belum sempat aku
Memberi padamu
Engkau yang kudamba
Hilang tiba-tiba

Tiada lagi
Irama cintamu sayang
Tiada lagi
Haruman kasihmu intan

Tinggallah aku
Menyulam cinta yang sirna
Di dalam senyum
Yang berbayang duka
Ku kesepian

Akan ku tunggu
Takdir menentukan
Engkau dan aku
Kan bersua lagi

Memadu cinta
Selmbut bayu senja
Mengukir rindu
Di daunan hari kasih

Menghilang resah
Lewat pertemuan kita
Biarpun harus
Ku telan keperitan

Kerana engkau
Intan yang ku sayang
Akan ku terus
Menunggumu Intan








....from kekwa22 with love....

27 May 2010

pilihan

pagi2 ni aku bangun dgn sangat2 fresh. walau pun semalam tak cukup tido. may be sebab esok cuti. hope mood aku tak spoil. pagi2 aku merajinkan diri gosok baju batik. sempena hari khamis.. cam keje goverment la pulak pakai batik on khamis. tapi di sebabkan rajin tahap dewa, maka gosoklah sehelai baju batik yang kalernya cukup terang benderang. hahhaha.

semalam.. bukan semalam la sebab dah pukul 2am mata lom lelap. lepas layan movie, mata celik. not bad la citer dia... then entah macam mana terlintas kat kepala aku nak sambung study. tah la rasa cam bosan jer.. tak wat mende. kalo dr zarhamdy tahu, sure dia hepi. hahhaha. sebabnya he always keep asking me when, when, when aku nak further my study. then aku cari la course2 apa yang memungkinkan aku meneruskan persekolahan aku ni. errmmm ada satu yang menarik. insya Allah. mudah-mudahan motivasi nak sekolah berpanjangan.

sampai jerr office, terus jadi sebaliknya. bosan tahap gaban. pesal la.. masa pulak, sangat2 lambat berlalu. i dunno why am i like this. masa lunch aku gie k4 dgn fariza. tapi still lagi bosan. aku ni, kenapa ni sebenarnya dah 2 minggu like that.

pukul 4 ada hi-tea becoz syuq last day. ni aarr yang aku makan.. err lupa dah tabiat pemakanan yang kena amalkan yang semalam tu.. hehehe. insaf kejap jee aku nih. tak istiqamah langsung.
malam ni, panjang lebar tazkirah dari abang kay untuk adik dia yang sorang ni. nangis2 aku. thanks abang kay. terima kasih Tuhan kerana temukan aku dengan seorang insan yang berhati mulia seperti abang kay. seorang abang yang sangat baik. biasa abang kay dgn gaya gila2 dia. tapi malam ni, sangat serius & straight to the point. from the beginning until the end. thanks abang kay.

someone dedicated this song to me... so sweet. aku doakan semoga kau bahagia hingga hujung nyawa.

Aku Sahabatmu Yg Mencintaimu - Cindy

Salahkah diriku ini
Pabila rasa ini ada
Di hatiku

Kau memang sahabatku
Kau memang teman baikku
Dan aku jatuh cinta padamu

Sakit di hatiku bila aku melihat
Kau tak tersenyum karena cintamu sedang terluka
Dia menyakitimu dan aku sakit karenanya

Kau ingin cinta sejati
Kau ingin ketulusan hati

Biarkan kunyatakan aku mencintaimu
Biarkan aku datang di dalam hatimu
Biarkan kuakhiri rasa sakit di hatimu

Karena aku sahabat mu
Aku yang dengan tulus mencintaimu


malam ni, nak layan this movie. jom
Special Forces Army Sergeant John Tyree (Channing Tatum) is home on a two-week leave from Germany. He meets Savannah Curtis (Amanda Seyfried) after he dives into the ocean to retrieve Savannah's purse that had fallen off the pier. John is smitten by Savannah and falls in love at first sight. Savannah is a college student at the University of North Carolina at Chapel Hill. She is on spring break and is helping build a house for Habitat for Humanity. John joins in with Savannah to help build the house. Along the way a budding romance occurs, and Savannah falls deeply in love with John. As she is about to go back to college, she promises to write John overseas during the next 12-months until he returns to her after completing his enlistment. Their love is put to the test when John reenlists after the 9/11 attack.






....from kekwa22 with love....