29 May 2010

hari soping satu kolompo

pagi ni, aku gi jogging dgn kak norma. tapi hanya 1 round jerr... then di teruskan dengan main badminton. hari ni.. memang cuaca sangat baik. cerah. terang benderang. then cam biasa balik tu, singgah bfast. port biasa kat tepi petronas.

semalam, masa sembang2 dgn kak norma.. terbuka cerita ce mana how to making atap. tak kisah la atap daun nipah or atap dari daun rumbia.
masa aku kecik2 arwah opah & ayah serta mak pandai aarr buat atap nih. buat atap pulak.. menyemat atap la nama aktiviti ni.. aku pun tak tau kenapa di panggil menyemat atap.. may be proses dia kena semat kot. kak norma pun paham apa itu menyemat atap. makna perkataan tu memang di guna pakai. rumah, masa ada arwah opah, semuanya guna atap sebab opah tak nak guna zink. dia cakap panas. mujur ayah memang expert menyemat atap. mak tak berapa reti sangat. tapi boleh la.. daripada aku ni yang reti tengok jer...

kat umah dulu hanya ada pokok nipah jer.. that why la buat atap nipah. masa nak tebang daun2 ni.. nama dia 'menetak daun' yang ni pulak, buah nipah. sangat sedap di makan. lemak berkrim.
tapi kalo buah nipah dalam keadaan macam ni, maknanya nak buat nira. biasanya ayah akan urut tangkai buah ni dengan tanah liat setiap pagi dan petang sampai la 44 hari. punya la lama. tapi aku tak tahu sebab apa kena urut.. dan kena letak tanah liat. pastu bila potong buah nipah, tadah dengan bekas kat hujungnya.. buah nipah kira buang aarr... dapat la.. cecair yang manis. di panggil nira. ayah hanya akan beri aku minum kalo dia rasa manis. kalo awal2 pagi, manis. kalo masam sikit2 dia dah tak bagi minum. dia terus jerr simpan untuk buat cuka.

aku pernah buat experiment pasal buah nipah ni. masa tu aku dalam darjah 5 kot. hhahah sebab aku tak puas ati sebab apa kena urut dgn tanah liat lama2 cam tu.. wat penat jerr.. aku tak leh pikir ce mana air boleh menitik dari tangkai buah nipah ni stelah kena urut lama dgn tanah liat. pulak tu urut or sapu2 kat luar dalam arah yang sama. dah la buah nipah ni berat. aku just kerat jerr tangkai pokok tu, dan tadah dgn bekas.. supaya dapat nira. 3 hari 3 malam tak de mende pun yang kuar. habuk pun tarak... hhahahha....

masa kat tasik pagi tadi.. aku masih teringat lagi pasal process nak wat atap ni. masa nak semat atap tu, kayu yang tengah2 tu nama apa. memang tak ingat langsung. puas aku pikir. dari semalam lagi dok pikir. aku hanya dapat perkataan yang di guna pakai lepas 10minit jogging. aku tanya kak norma, 'akak tau tak mengkawan tu apa dia?' 'lama tak dengar perkataan ni.. ingat dah pupus dah, kayu yang letak tengah2 masa nak semat atap' yes! maknanya that is the word. mengkawan. mengkawan ni buat daripada batang kulit nipah ni... jemur sampai dia kering. pastu baru semat atap guna kulit batang bemban.ni la pokok bemban. kalo dulu pokok nipah dan bemban ni ada jerr kat tepi umah. tapi sekarang ni dah pupus. budak2 sekarang pun tak kenal dah. batang pokok ni kalo lama2 dia boleh tinggi. bagi aku, pokok bemban ni, cukup berguna. sangat2. daun dia.. kalo main pondok2 akan di gunakan sebagai duit kertas. hahahaha... kutip jerr berapa banyak nak. pastu batang bemban ni, buat peluru senapang. kena potong dalam angle2 yang tertentu. buat banyak2 then mula la untuk berperang. kalo kena, memang lebam. time tu, buat dengan kayu. hahaha tetiba aku rasa aku ni.. ganas tu... cam budak laki jer... err bahasa lainnya.. kecik2 lagi dah main paintball.

eehh pesal aku merepek plak nih.. hehehe terkenang zaman dolu-dolu.

ni, aku jumpe kat tasik. masa buat regangan la aku jumpe ni. sebelum ni tak perasan pun. hari ni pulak tetiba perasan... eeccceehh!.. aku datang depan ni, sebab aku nak meloncat. apa menariknya pic ni.. bukan sebab bayang2 aku ada kat pic ni.. tapi cuba baca betul2 loncat palang tanpa henti. see this board also use perkataan loncat. maknanya memang betul la tujuan aku.. nak meloncat bukannya nak melompat. hahhaha..

balik dari tasik, tu aku siap2 nak gi bersoping. temankan ogie nak soping, then bawa my cousin sama. mula2 aku bajet.. aku nak cari satu mende jer... kasut. that all. tapi.. aku hanya mampu merancang.. tetiba, aku pulak yang soping macam nak rak. tapi biarlah rahsia. hahhaa.
pusing nyer pusing jumpe arr yang ni.. sekaler with my dress. memang sedondon habis. that why tak pikir panjang terus angkat. jumpe kat vinci this shoes. matching.. gitu..

sampai umah dah pukul 4 dah. punya la lama... round satu kolompo. angah pun sampai. wah.. dia pun teruja gak dgn barang2 yang aku borong. hahhahaa.. lepas pada tu, dia jumpe satu novel, terus memerap kat atas katil. duduk bertapa jerr kat situ. kul 8 lebih dia balik umah dia. aku suruh dia tido kat umah aku jerr tapi dia tanak.

aku pulak jahit baju. perrgghh lama giler jahit baju. sepasang je... kalo jahit kain cifon lebih susah & lama berbanding dgn sutera. kalo aku jahit cotton, rasanya boleh siap 3 helai berbanding dgn sehelai sutera.

ni pulak my dinner
aarrgghh letihnya hari ni.. mujur ada lagi sehari cuti. boleh la melepak lagi...





....from kekwa22 with love....

6 comments:

  1. cantik kasut...kena ngan gown itam tu...

    ReplyDelete
  2. err.. sebenarnya kaler goun dah tuko.. bukan itam lagi tapi sekaler ngan kasut... hehhehehe

    ReplyDelete
  3. whoaaa...borong gown sekali...gown kaler silver ke pink?

    ReplyDelete
  4. alamak...

    eeerrr kantoi la pulak

    hehhehe

    errmm cantik tawww

    ReplyDelete
  5. tak menjawab soklan daaaa..kaler..kaler..kaler?

    ReplyDelete
  6. kalernya...

    nak pink pun bukan, nak kata purple pun bukan nak kata biru pun bukan..

    tapi combination of 3 color..

    pikir la sendiri.. cemana kalernya..

    hehehhe

    ReplyDelete