30 May 2010

sunday @home

hari ni.. sejuk jerr... masa kuar umah dalam 7am pagi tadi, tak de la ujan.. sampai keramat jerr dah ujan.. tapi perjalanan di teruskan sebab alang2 dah kuar rumah. sampai jerr tasik ujan makin lebat. maknanya.. tak leh la nak jogging pagi ni.

on the way balik tu, singgah pasar. membeli ikan2 dan sayuran. masa kat pasar tu, kak norma tanya aku sama ada nak beli makanan untuk bfast ke tak.. then aku bagi tahu kat kak norma cam ni, 'kak, kita masak kat umah lagi sedap' then kak norma pun tak jadi nak beli. hehhehe.. kesian dia. tapi entah la .. memang tak menyelerakan walau pun time2 ujan biasanya lapo jerr. kak norma pulak, ikut jerr cakap aku. ala.. dia pun setuju gak tu dgn my opinion.

balik umah, aku ngan kak norma main badminton kat belakang gerai2. pastu kitaorang g melawat kebun pak cik nan.ni la rupanya kebun kat belakang gerai2 makan tu. ada reban ayam dan pelbagai jenis pokok. lepas abis sessi lawatan ke kebun, kitaorang pun balik. sambil sembang2 dgn orang yang mengusahakan kebun. rupanya pak cik nan bela ikan keli. macam2 ada.

ni kitaorang nyer bfast.
keropok lekor.

selesai menjamu selera aku pun mula la masak. ni menu tengah hari.
kuzi ayam. hari tu dah masak kuzi kambing, sajer nak try ayam pulak. tapi aku dgn kak norma sependapat bahawa kuzi kambing lebih sedap daripada kuzi ayam.ni, kak norma paksa aku supaya makan kerang. biar darah naik cepat. nanti kalau aku naik darah, jangan marah maa..
asam pedas ikan terubuk. perrgghh sedap. ikan fresh. bila masak asam pedas ni, aku teringat kat pak cu. bila la aku nak masak asam pedas kat dia. sejak hantar opah balik hari tu, lom jumpe lagi dgn pak cu. tengok la.. next week or balik umah opah nanti.
macam biasa yang ni.. jangan di lupakan. ulam raja.

dah siap masak aku pun hidang walau pun aku masih kenyang. aku ingat dah tengah hari. masa masak tu.. tak de la gopoh gapah. just cool jer.. layan jerr... rupanya baru pukul 950am. tak kan nak lunch awal2 gitu. last2 aku hanya tengok kak norma & ogie jerr makan. aku jadi pemerhati politik. aku suruh angah datang makan kat umah. masak macam nak makan ramai. hehehe. sesekali.. kann.. esok2 kalo aku malas.. habis cerita.

kak norma nak gie kenduri tengah hari ni. tapi dia memang macam tu. sebelum gie kenduri dia akan makan dulu. becoz katanya makanan kat umah kenduri tak sedap. dah tahu dah menu dia apa. semalam dia gie kenduri jugak. tapi balik tu dia masak meggi. hehhehe

angah datang bawa barang2 yang aku pesan, then dia makan. lepas makan, cam biasa dia tido. aku pulak dok sembat baju yang aku jahit semalam. kelakarnya angah tersedar dari tido then dia cakap, aarrgghh ngantoknya. yang aku dengar ni jadi pelik.. bukan ke dia tengah tido ke... nak kata dia mengigau, tapi celik. lepas pada tu, dia siap2 nak balik umah dia. dia cakap mengantok sangat2.. loorr.. macam la tak leh tido dulu kat umah aku ni.

man datang ambil lebihan bunga2. esok dia nak bawak gie umah pak ngah. alahai.. diorang dah tuko plan. elok2 mak datang hari sabtu, dah kena datang hari jumaat. eerr ni yang aku tak berapa berkenan ni.. bermalam kat sana. ina, anggap la gie bercuti. pakej 2 hari 1 malam. mudah-mudahan aku boleh kontrol jiwa.

hari ni, aku buka kedai jahit. buat maintenance baju2 aku. banyak baju2 yang tak berapa selesa nak pakai. semua yang berkenaan, kalo pakai jerr nampak macam baju pinjam.. aku tak tahu sama ada aku ni yang mengecil atau baju2 tu yang mengembang. hahhaha.

then aku bukak kelas jahit untuk cik noma. hari ni, subjeknya adalah menjahit langsir. aku hanya tunjukan jerr ce mana nak buat. lain2 tu, cik noma yang jahit. walaupun lambat nak siap. tapi tak pe.. its ok. lama2 nanti expert la...

rasa panjang betul 3 hari cuti. macam2 aku buat. sepenuhnya digunakan. rasanya tak de langsung masa2 untuk bermalas2 dan boring2. tak de satu movie pun aku layan. semuanya di penuhi dengan perkara2 yang berfaedah. aarrgghh esok dah kena masuk opish. alahai...

ni my dinner
cara penyediaan. sebiji buah limau yang telah di basuh terlebih dahulu, then potong 6. tembikai, buang kulit sahaja. masukkan dalam pinggan. sedia untuk di makan.

layu di hujung mekar - rio

Haruskah ku terus melayani perasaan

Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan

Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya

Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga

Kini tandus tiada bermaya

Bunga cinta yang dulu mekar mewangi

Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Cintaku padamu haruskah aku teruskan

Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya

Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga

Kini tandus tiada bermaya

Bunga cinta yang dulu mekar mewangi

Kini layu di pusara bumi









from kekwa22 with love....

2 comments: