31 March 2010

bad news

hari ni.. aku cukup bz dgn document2 dari thales yang memeningkan kepala. ada yang aku reti baca dan ada jugak yang tak reti baca. hehhee.. aku gie line beberapa kali jer...

petang tu.. eb jumpe aku nak bagi tahu status hari ni. aku say sorry kat dia sebab aku tak dapat nak take care, coz bz dgn cable. hope dia faham my situation. thanks eb sebab dia janji akan take care. dia inform kat aku yang may be on friday boleh close 100 radios. amin.. syukur. 100/300. lagi 2 week nak deliver. means 100 per week. hopefully something miracle happen.

aku bg tau eb may be ada problem kat digital board. sebab ada problem kat contraves. problem tu aku rasa sengaja kot sebab nak bagi alasan. tetiba ic 202 & ic 205 ada problem, u43 lah apa lah.. aku memang bengang.. time aku dok bagi tau status dr contraves kat depan hanum & khairi serta eb. aku call lim teck nak tanya status aku nyer board..

aku : hi lim teck, its me, saibah from ste.
lim teck : oh! hi..
aku : may i know the status of digital board?
lim teck : i will deliver 50pcs by this friday & the rest i will inform later.
aku : is it possible if you deliver to us before next friday?
lim teck : i cant promise but i try my best.
aku : how about rf board?
lim teck : i will deliver 50pcs on friday.
aku : ok. thanks for your info.

lepas jer aku letak tepon, terus aku kena gelak dengan diorang. kena ejek ngan hanum

hanum : hi lim teck, its me saibah from ste. ceehh.. cakap punya la baik.. dengar suara lim teck terus cair, pada hal tak sampai 5 minit tadi, bengang ngan lim teck. tak leh pakai langsung.
aku : memang la bengang.. tak kan nak cakap beremosi plak. agak2 aarr. ingat kamal ke?
hanum : cair dengan lim teck
aku : abis nak wat ce mana..memang la bengang.. dalam satu batch yang awal2 ok. yang ujung2 ni ada plak masalah. kan component beli sekaligus kan. hanum pun taw kan...
hanum : ina sudah cair

hampeh betul diorang. pastu semua bantai gelakkan aku sampai kuar air mata. punya la.. tak per.. kasi chance gelakkan aku.

dah la sebelum tu aku bengang ngan jean-marc. aku jumpe mr adi cakap yang aku nak terminate jean -marc, mr adi gelak jer. pastu dia tanya naper sampai nak terminate dia? aku pun explain la. then mr adi suggest suruh aku email kat jean-pierre suruh dia advise jean-marc. aku nak tengok hasilnya bila pertemuan kedua2 jean nih. susah sangat nak confirm. bagi order tu bagus for ste. nak suruh kita orang deliver on mei. pulak tu model baru. mana ada connector. mujur cable dah ada. lead time untuk connector 12 week. logic tak?

malam ni aku tak gie main badminton. tirednya.. rasa lesu badan tak hilang lagi.. pastu kat opis bz. sepatutnya aku hantar monthly report by today, tapi aku tak sempat langsung buat. aku bajet esok aku kena complete dan hantar kesemuanya. 2 line plak tu nak kena cover. adoii...

malam ni aku wat apple pie
sedap di makan masa suam2. kalo panas mana bleh makan maa. masa aku dok menikmati apple pie ni, aku dapat sms drp adik. 'along, bagi tau kat mak adik kena tahan kat hospital. malam ni adik tido kat wad'
adooii... terbantut. apa kena la adik aku nih. aku call dia tak dapat plak. ni kalo mak tau, sure dia risau. dah la dia kat kg sensorang. aku tanya abang lim, dia tau ke tak. rupanya dia pun baru tahu, aku le yang bagi tahu... pastu achik call, bagi tau kat aku yang petang tadi, adik pengsan kat tempat keje. dia balik awal. petang baru dia suruh kawan dia hantar kat spital.

aku call mak bagi tau tentang adik. mak terkejut la. mak cakap, tadi adik memang balik. tapi tak cakap apa pun. dalam pukul 6, dia kuar semula. mak ingat dia pi melepak ngan kengkawan. abang lim tak balik kg malam ni.

aku call semula mak.. cakap jangan risau2 sebab malam ni mana ada doktor. just warded jerr. esok siang baru dr check. hope penyakit adik tak berulang lagi. tapi aku tau.. mak sure risau. aku? sama arr macam mak.. pada mak.. tu anak dia.. sure dia tak leh tido malam ni. aku? dia tu adik aku...









....from kekwa22 with love....

30 March 2010

May be...

sampai ke malam ni.. aku masih berjiwa sentimental.. tah arr.. sampai bila sesemua ni akan lenyap dari minda ... may be one day...

may be.. pics ni boleh menjiwai apa yang aku rasa... errr may be.. may be.. biarlah pics berbicara..
When You Say Nothing At All - Ronan Keating

It's amazing
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
You don't say a thing

[CHORUS:]
The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say
Nothing at all

All day long
I can hear people
Talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
(The crowd)
Try as they may
They could never define
What's been said
Between your
Heart and mine

[Repeat chorus twice]

(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me

[Repeat chorus]

(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me

(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)













....from kekwa22 with love....

29 March 2010

my konvo day



hari ni, hari bersejarah aku.. hari yang di tunggu2 telah tiba. walaupun sepatutnya on this date aku sekeluarga g jenjalan kat kinabalu. semuanya kensel sebab nak meraikan hari konvo aku. sayang sesemuanya..

aku memang tak bajet pun nak dapat bunga dari sesapa... memang tak terlintas pun dalam fikiran akan dapat bunga.. tah.. tak pk pun.
tapi bila king hulur this red roses. errmmm terharu tu... gembira.. tengkiu2.. aku memang suke red roses & orange roses. mmmuuaahhh. pastu aku wat 1 permintaan yang poyo. tak siyes pun.. hilang akal aarr tengah2 alam request. memang tersangat la poyo. hahhaha...

yang ni pulak roses dari angah, achik & abang lim. cayalah bila dapat orange roses. aku memang suke orange roses. mmmuuaahhh tengkiu2 adik2.masa beratur nak masuk dewan, aku jumpe ngan teman2 seperjuangan. abang wan cakap lepas kuar dewan nak lambung aku. siioott jerr. alasan dia ada 2. sebab aku paling kecik antara yati n kiah. hanya 3 orang jerr pompuan mechanical grad this semester. satu lagi alasan sebab aku yang masuk last, tapi grade awal.

masa beratur tu.. sembang2 la berapa rm yuran yang di bayo untuk completekan course. aku? untuk pakai this jubah & mortar board serta dapat yang nih..
rm17,600. perrgghh banyak tu.. yatie & kiah rm20k++ sama gak yang len2. perrgghh..

masa sblum masuk dewan.. memang hepi sangat2.. alhamdulillah semua orang yang aku sayang termasuk king ada di sisi kecuali adik. adik kena keje.. sbb dia masih baru keje tak leh nak cuti. dulu masa aku.

masa masuk dalam dewan.. wah.. rasa tak sangka.. aku sekarang ni berada dalam majlis konvo untuk diri aku. bila aku nampak abang lim lambai kat aku.. aku pun lambai kat dia... pastu rasa sebak. ujan mencurah2 dalam dewan. hope orang tak perasan. macam2 terbayang kat dalam kepala aku masa aku pandang pentas . akhirnya segala kepayahan dapat aku harungi. terima kasih ya Allah kerana di beri kekuatan untuk aku mengharunginya.

aku tak tau knp semuanya terbayang di ruang mata.. masa mula2 aku daftar nak belajar. kat dewan ni jugak le... masa daftar berdua. tapi masa konvo, sorang. mula 1st sem kelas kat cosmopoint. tak selesa betul. rasa cam belajo dalam setor. masa tu tinggal kat gombak, then pindah mantin. semuanya terlayar depan mata. every weekend kena g kelas. semua aktiviti cuti2 malaysia pun stop. balik kg pun dah jarang.

teringat balik betapa payahnya nak study saat2 tu. gie kelas dalam ujan lebat. rasa jauhnya nak gie bus stand. baru jerr nak study.. air mata mengalir mencurah. tak leh belajar langsung.. jiwa kacau. semua mende buat tak menjadi.

ada kala tengah2 study2 tetiba blackout. bukan tak bayo bil tapi lampu kena off. time tu.. tak tau nak gambarkan perasaan ce mana.. baru jer berjuang dengan diri sendiri supaya walau apa pun kena study, namun ujian demi ujian melanda. memang dugaan. tak termasuk baru jerr nak start membaca dah bunyi audio system punya la kuat. dengan jarak yang tak smpai 2m.. memang tak leh langsung concentrate. tension lagi ada. pernah juga ada yang melayang.

time final exam subjek pengurusan.. aku menangis sambil menulis. bukan aku menangis sebab aku tak leh buat. tapi tekanan jiwa kala tu. pemeriksa time tu datang berkali2 tanya aku.. aku ni ok ke tak.. siyesly aku ok nak jawab periksa.. yang tak ok cuma tekanan perasaan. maha hebat. lepas 2 sem dr saari jumpe aku.. tanya kenapa aku nangis time jawab paper dia. mula aku tak tau dari mana dia tahu. pulak tu dia mana ada time tu, dia kat skudai. dah lebih setahun tu.. ingat lagi dia. may be someone cerita kat dia what happend. tp dia keep in his mind. aku tak score pun subject dia. dapat B+. aku pun tak tau lecturer aku.. kebanyakkan kenal & ingat nama aku. walau pun lepas dah abis kelas. kalo dr amran, tak pernah ajar aku pun tau nama aku. heheh.. sebab aku kan geng ngan bob, kalo dia ada ada dalam geng tu.. sekali aarr..

pernah sekali dua buku2 bertaburan diatas lantai assgmt rosak. ada juga yang carik. aku tak tahu di mana silapnya... sesemuanya berlaku.. aarrgghh kenapa la aku boleh terkenang sesemua ni dalam dewan? masa psm 1 aku blur sangat2. aku call dr zarhamdy bagi tahu my condition yang kronik. dia terkejut tapi tak cepat gelabah. dengan kata2 peransang dia aku cuba bangun. walau hasilnya lepas presentation aku menangis semahunya depan zamri. thanks zamri sebab always by my side pada hari tu. kalo tak.. aku tak tahu ce mana nak handle. thanks ya Allah kerana berikan aku seorang lecturer yang betul2 bukan hanya nak mengajar tapi sebagai kawan yang care aku sehingga kini, tak jemu2 pujuk aku untuk sambung master.

thanks zizan sebab banyak tolong masa PSM2. saat2 aku tension dgn matlab. zizan banyak yang banyak tolong. bila mana graph aku tak berapa nak kena.. program tak leh run.. semua2 pasal matlab.. bukan hanya matlab zizan tolong aku.. banyak perkara lain sampaikan hotel aku konvo pun, zizan yang booked.

pernah sampai jerr kelas dgn air mata. bob & zamri la dok pujuk aku.. tengs kengkawan yang selalu take care aku. dia orang cuba korek apa yang berlaku.. tapi aku selalu alih topik. lama2 diorang malas tanya.

ada kala, kelas habis lewat, kengkawan yang tumpangkan aku. sebab aku takut nak naik teksi sensorang waktu malam. thanks ye.. law, bob, roslizan & fiza serta fendi yang selalu hantar aku balik. sampai kekadang aku jadi malu dgn korang semua. sebabnya aku tak sepatutnya menyusahkan korang semua. sampaikan every week tanya kat aku.. ni balik nak naik apa? sedihkan sepatutnya orang lain yang tanya.. tapi orang lain pulak yang tanya.

ada masa.. kat kelas tak leh handle sangat jiwa yang kaco, kat masjidlah tempat aku duduk bertapa. aarrgghh betapa kenangan tu terimbas kembali dalam dewan ni. aku tak tau kenapa memori tu menjelma di saat2 aku akan naik ke pentas. air mata bagaikan tiada tanda2 nak berhenti. satu2 terlayar di depan mata. adakah aku sebegitu sentimental? habis la nanti pics konvo aku.

di saat2 aku nak meraikan segala kepayahan aku mengharungi liku2 selama 4 tahun. hujan mencurah2 dalam dewan. lebat pulak tu. tadi kat luar dewan aku hepi meraikan kejayaan aku.. aku memang sangat2 gembira. semua orang yang aku sayang ada disisi aku. mak, angah, achik abang lim serta king. adik jer.. yang tak ada. tapi tak semestinya aku tak sayang adik. ni jerr la orang2 yang aku ada dalam hidup aku. i love all of you very much.

entah kenapa masa dalam dewan jadi syahdu.. terbayang kesukaran di depan mata. alhamdulilah syukur kehadrat ilahi aku mampu mengharungi dugan dan ujian dariMu. Ya Allah terima kasih kerana dengan izin dariMu aku berjaya mengharunginya.

aku tak tahu bila nak sambung lagi.. buat master.. dulu aku ada cita2. tapi ianya bagaikan dah terkubur. aku tak pasti sekiranya aku masih mampu mencapai apa yang aku cita2kan dulu. hanya Allah yang maha mengetahui.

opah pesan kat aku, berhenti la dulu sekolah, bina dulu apa yang dah tak ada. bila dah ada.. sekolah balik. bukan sekolah tak penting tapi keluarga juga penting. aku faham maksud opah. entah la pah.. aku pun tak tau... i have nothing. aku pun tak tahu nak fikir macam mana. aku memang takut nak memulakan lagi. kalo ok alhamdulillah. kalo aku kecewa lagi? how to handle? tapi kalo tak cuba tak tahu kan? masalahnya mana bleh cuba2.

Keunggulan terbilang - UTM

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Pembelajaran penyelidikan
Perundingan penulisan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa




balik tu.. dari pulangkan jubah dan amik sijil kat pej space, aku singgah makan. suma dah lapo.. aku order la.. nasi goreng cendawan.. ermm memang lambat giler... memang la orang ramai.. kalo makan kat tepi jj tu, walau ramai orang.. dapat cepat jerr... pastu dia bagi ni.
sebab dah lapo.. makan jerr.. tapi... sangat menutup selera.. rasa nasi yang di gaul dgn sos tomato. tak de apa pun. even bawang sehiring pun tak jumpe. frust gile.. spoil sangat2. banyak ni jerr yang mampu di telan.. dia nyer cendawan.. diorang yang abiskan. tekak aku dah tak leh telan.
pelik la.. aku kat taman u, skudai, 8.15pm. 11.29pm aku dah ada kat tol sg besi. aku tak merempit pun. maintain 110km/j kekadang jer 120km/j. aku mmg tak percaya.. tapi bila aku check balik sms yang aku hantar.. its true. tapi orang tak caye.. tak perr aarrr

abang lim sempat beli tiket bas kul 12am dan dia terus balik parit buntar.








....from kekwa22 with love....

28 March 2010

Today is sunday. What will happen today? Something special? Today is my convocation day.. Best best. Akhirnya..
Ptg ni bru my turn masuk dewan. Tp skrang masing2 masih di buai mimpi. Masih ada byk masa. Pndaftaran kul 12 ni. Tp pg ni abg lim nk g pesta konvo. Tah apa dia nak cari tatau. Lepas bfast bru g kot.
Best bila ada org2 tersayang meraikan hari bersejarah kita. Kan kan kan. Thanks abg sbb luangkan masa utk ina. Hope ianya x ganggu preparation nk wat assgmnt.

....from kekwa22 with love....

26 March 2010

lesu

aku bz sangat2 kat line hari ni. macam2 nak kena cover. drawing oven dah siap & dah email dah pada supplier supaya dia wat quotation. satu hal dah siap. study labour hour pun sempat siap petang tadi. sebabnya banyak sangat order. kena tambah man power. yang wat hal hari tu.. kena let go cam tu jerr..

pagi tadi aku dapat sms cam nih 'Assalamualaikum. ina, tahniah! semoga berjaya yang lebih cemerlang' terharu tu... dapat msg ni dari my lecturer, dr zarhamdy. then dia siap tanya aku datang ngan sape, pesan supaya aku drive carefully. kalo ada apa2 hal.. call dia. memang terharu betul.. thanks dr sebab ingat kat student dia yang sorang nih.

ni aku nyer lunch.
malam ni kena tido awal. kul 113pm kena pi jalan duta. nak amik achik. hope aku tak demam lagi.. dalam pukul 4 lebih nak gi amik mak ngan abang lim plak kat jalan duta...

semalam aku tido punya la awal. kul 830pm dah tido. then pukul 12 lebih bangun sebab demam. sejuk sesangat. lepas jerr solat isya terus jer.. kononya nak sambung tido. tapi sejuk menjadi2. pastu dalam fikiran, macam2 hal menjelma. entah pukul brapa tak tau tertido.

aku layan buku yang aku beli semalam. antara petikan yang terkandung..









....from kekwa22 with love....

25 March 2010

the buku

pagi ni aku ada meeting fire. tetiba jerr jadi orang api. sebab nak audit selasa ni. masa nak meeting tu aku tanya hanum, ce mana dgn osha, aku dah tak jadi comity kan? hanum cakap kat aku.. jangan mimpi la tak jadi. ina, comity forever. adoi.. ingat dah selamat dah. nasib arr.. ingatkan bila semalam tak jadi meeting.. ok aarr. boss pun dah ada. sebab semalam nak ganti dia jer.. tapi kena take over plak. ngelat betul. layan jerr la.. mujur time tu tengah pening2 wat drawing new oven. boleh la skip. hahhaha. ada hikmah tu.. time tu memang betul2 rasa nak muntah dah. sebabnya lama dah tak menumpukan perhatian wat drawing cenggitu.

semalam aku dapat pakej ni dari someone. thanks ye.. wat susah2 jerr. sesapa nak ikut.. jom.. valid sampai 31-12-10.tapi aku ada 2 jerr.. lama lagi tu... RM156 ni, termasuk transport, hotel & breakfast. err air ticket.. sendiri mau ingat aarr.. tapi aku rasa still murah. tengok arr bila airasia ada wat promosi & ada bajet.. boleh arr. kalo aku terpergi maknanya.. tahun berjalan sakan la aku nampaknya.. bila tah nak insaf. hujung bulan april ni, ex-ajk kolej pertama batch aku, nak reunion kat melaka. aku tak tau lagi nak join ke tak. macam best jerr..

petang tu aku gie PWTC. book fair. ramai orang. sape kata rakyat malaysia tak suke membaca? ramai apa orang kat book fair ni. semua golongan ada. sekolah rendah, menengah, kolej & universiti. orang2 dewasa pun ramai.
aku pening aarr kat book fair nih.. dah le selsema. asyik bersin jer.. hall 2, punya la jauh sampai seberang sungai.. pastu wat one way plak tu.. perrgghh jauh giler menapak.

book fair kali ni, aku rasa, 40% buku kanak2. sampai pening aku dgn dia nyer salesgirls atau salesman. dah la aku pening, bertambah rimas. aku jalan jerr dari satu booth ke satu booth mesti ada yang tanya, 'anak yang kecik sekali umur brapa?' 'do you have kids?' atau 'anak dah berapa orang?' pergi jalan kat mana2 booth pun, mesti ada orang tanya 3 jenis soklan ni.. rimas weeii.. pulak tu ada yang sampai halang jalan.. agak2 aarr.. tau arr nak wat sale. tapi jangan la buat orang lain tak selesa.. may be bagi parents ok la.. yang nak cari book untuk anak2.. tapi aku rasa parents pun sure rimas gak kalo baru jalan skit dah kena serbu... tak de freedom nak tengok2 sambil ambil feel buku apa yang berkenan di hati.

paling kurang orang adalah hall 4. sebab semuanya buku2 ilmiah. hanya golongan2 tertentu jerr berminat. antara publisher yang ada mc graw hills, pearson malaysia, john wiley & son dan tah apa2 lagi sesemua tu.. penerbit buku teks masa aku belajar2 dulu. aku sekadar jenjalan jerr..

dulu masa aku kecik2 aku suke baca buku siri enid blyton nih
tapi tak de la dalam bahasa omputeh. malay aarr..

masa nak kuar dari opis tadi, my boss tanya aku cari novel ke kat book fair. aku jawab tak tahu sebab tak bajet buku apa yang aku nak cari. tapi memang tak de dalam agenda pun nak cari novel. walau pun banyak booth yang jual novel. tak de satu pun berkenan di hati. tak teruja langsung nak beli novel. aku pun tak tau kenapa.

dalam banyak2 buku, aku hanya tertarik dengan buku ni jer.. terus angkat. hope lepas aku habis baca buku ni, aku akan jadi berani. may be.. mana taw..
masa aku dok termenung sambil berehat sebentar bersama kit kat, aku dengar apa yang org ni cakap. bukan dia explain pasal brain x ni. tapi dia just cakap.. the explanation akan diadakan pada bila2 masa jer... tak de la lama aku dok kat sini sebab tetiba aku ternampak hall karangkraf. karangkraf conquer 1 hall. ok la price dia sebab semuanya ada diskaun yang sampai 35%
balik dari book fair lapo arr.. dah la ujan2 nih.. bertambah lapo la.. jawabnya. tapi memang penat sangat2. jauh giler jalan. kalo aku pakai slipar jepun tadi.. alangkah baiknya. mujur ada roti.. teringat semalam bila kak norma cakap yang dia nak makan tiub beskal yang aku masak. mula2 aku blur.. rupanya my makaroni & cheese tu, kak norma bagi nama tiub beskal.

pesal aku tak excited nak konvo? tak de la teruja sangat pun.. may be sebab dah lama sangat kot. sepatutnya aku dah boleh konvo on august last year lagi. buktinya.. aku malas sesangat nak jahit baju. pagi tadi baru siap sembat. tu pun kak norma dok ingatkan berkali2. amik jubah awal pun kak norma nyer idea. sebab dia cakap aku gie utm petang sabtu, dah tak sempat nak amik jubah. sebabnya sessi 1 dah berlangsung. ok la aku turutkan jer.. kak norma jugak dok bising2 suruh pi amik gambo, sebab dia kata nanti tak sempat. so, aku pun.. layan jerr kak norma nyer suggestion. aku just follow jerr.. entah la.. rasa blurr jerr...

sunday ni dah konvo, tapi tak de rasa excited sangat. just biasa2 jer.. dapat email dari zamri pun rasa biasa jer.. hahaha. tapi, tengkiu zamri.









....from kekwa22 with love....

24 March 2010

its complicated

hari ni semua pics dari HRDC ita dah dapat. memang best aarr mengimbau kenangan masa kat awana. pulak tu boss tak de.. apa lagi sumer.. boleh tengok pics sambil komen2 lagi.

kelakarnya bila team cheer. hehhehe semangat habis. bila tengok balik dia nyer video memang best. masing2 bersemangat.

aku kuar ngan ita beli hamper2 untuk pemenang masa kat awana. my team jingga B juara. best. best.

tengah hari tadi king datang. dia cuba nak tahu sebab kenapa & mengapa dengan aku.. susah aarr.. tak tahu nak cakap ce mana.. tak tahu nak explain ce mana..
petang jerr dekat pukul 6, rasa lapo.. semalam pun cam tu.. masuk angin arr.. dah lama tak kena angin cam ni. sampai kak norma pun tegur. kalo dulu, memang la selalu berangin.

aku tunjuk kat kak norma pics yang aku amik petang tadi. kak norma cakap mata aku besar... statement ni.. sure ada orang tu.. tetiba jerr rasa mata dia kecik. hahhaha

before gie main badminton, ni my dinner. lama gak tak makan makaroni & cheese.
pi main badminton kejap jerr sebab badan rasa nak demam. demam malam ni memang arr.. malam tadi demam pukul 3 pagi. sejuk mengigil2. pastu berpeluh. pesal tah.. i dun have any idea.

pesal mata tak ngantok lagi ni.. segar bugar. lapo la pulak... ni yang malas kalo tido lambat ni.. sure.. lapo









....from kekwa22 with love....

23 March 2010

bermulalah...

aku memang bz today. sangat2. pagi2 aku meeting awal untuk line cable. biasanya 10.30am. tapi hari ni aku meeting pukul 9am. sebab aku nak kena settle bab2 cable sebelum aku gie kelang ngan my boss.

Ni 1st time aku gie telok gong. sampai jer tempat yang aku tujui, tetiba aku di hidangkan dengan pemandangan yang sedemikian. betul2 depan pintu masuk NRFI ni. ngeri. aku dok kat kete jer. tak sanggup nak tengok. tapi my boss & mr vincent pi aarr tgok. ada polis & ada ambulance. aku cuma dengar jeritan kesakitan. tu pun aku dah rasa ngeri. lepas semua beredar baru aku bleh masuk NRFI. sampai dekat pukul 1 baru balik ke kl semula. banyak arr discuss. hasilnya.. bertambah2 keje aku. nak design oven untuk curing cable nyer glue. banyaknya mende2 nak kena buat.. kehidupan bz telah bermula kembali.
masa on the way tadi, kat simpang ke sungai besi, tapi lorong yang menghala ke kl, sebuah kete terbalik. siap pemandu dia kena papah keluar lagi. tu pun kejadian baru berlaku. arrgghh ngeri.

masa balik dari kelang, tengah2 drive tadi, tetiba kepala pening.. berpinar mata. takut tu.. tetiba jerr.. tapi aku tak cakap ngan bos aku. nanti dia plak takut. kalo dia takut, aku jadi lagi takut. kenapa errkk jadi cam tu? last week masa balik dari sirim pun cam tu gak. bahaya betul. ce mana nak drive g skudai ni? tapi semua boleh drive kecuali mak aku jerr tak reti.. tapi angah memang tak reti bawak kete manual.

aku pun tak check lagi darah. malas dah nak g klinik. padahal petang tadi lepas balik keje aku gie setiawangsa. esoklah.. kalo rajin & tengok aarr ce mana nanti.

Badan rasa nak demam la..alahai.. jangan aarr.. lepas2 konvo nanti demam aarr..simpan la dulu.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T V W X Y Z
have I missed something?
yes..
i missed "U"










....from kekwa22 with love....

22 March 2010

just follow the wind

pagi ni, aku masuk jerr line cable, kak odah tunjuk aku cable ni.. ni le rupanya. fail masa installation kat site. ni le rupanya... aku pun belek2, tenung2.. jeling2.. apa lagi nak buat.. dah fail kan.... ni jerr la yang mampu aku buat.pastu aku teringat last week aku wat tensile test untuk cable ni.. jenis yang sama, assembly process yang sama, cuma label jerr lain. then aku compare, cable ni, gantung dgn bar yang beratnya 15kg selama 5 minit, tak tercabut pun connector? clamp plate pun tak tercabut jugak.. braid pun tak terkeluar. so, ce mana masa intallation boleh terbarai cengginih??? i dont have any idea. ermmm lu pikir la sendiri.
mood aku tak ok aarr pagi ni.. bukan sebab spoil kat cable nih. tapi sejak kat umah lagi. mahmood lari. aku pun tak tau sebab apa.. tetiba jerr cam nih.

pesal aku tak de cita2.. pelik arr.. aku rasa aku seolah2 tak de tujuan. just follow the wind. aku tak tau sampai bila harus aku cam ni. aku rasa semua impian aku telah lama musnah.

apa yang paling aku pasti, aku cuma ada 1 cita2 dan 1 impian sahaja.. alhamdulillah keduanya tu telah tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana di permudahkan perjalanan kehidupan hambaMU ini. semoga aku lebih tabah untuk mengharungi hari2 yang mendatang.

kenapa aku pasrah?. pasrah dengan semuanya. kekadang aku rasa semangat tu dah hilang semuanya. seperti aku tak mampu untuk membina impian dan cita2 di masa depan. kenapa? semuanya hancus. lagipun i have nothing. aku selalu mengelak dari memikirkan something yang serius melibatkan pelbagai hal. aku tak tau sampai bila aku akan bersikap sedemikian. ina, pls, wake up.

kenapa errkk aku jadi cam ni? sebabnya impian & cita2 tu telah merubah hampir keseluruhan kehidupan aku. lepas tu.. aku tak berani untuk menyimpan apa2 impian dan cita2 lagi. aku takut aku akan kecewa lagi. aku takut akan gagal lagi. aku takut, aku tak mampu untuk handle diri aku jika kekecewaan itu berulang untuk kali kedua.

aku tak tau sampai bila aku harus macam ni.. just follow the wind. macam orang putus asa pun ada. kesan dengan apa yang telah aku lalui begitu besar sekali. sangat besar yang aku tak sangka ianya akan terjadi. walau apa pun itu adalah takdir. qada dan qadar untuk menguji sejauh mana hamabaNya dapat mengharungi ujian.

dulu aku cuba sedaya upaya untuk bertahan.. membina impian yang positive walaupun dalam keadaan yang sukar. mengharap something yang miracle happen. bila semua yang di usahakan musnah berderai begitu sahaja. segala impian dan cita2 itu juga turut di bawa bersama. aku dah tak ada hati untuk nak memulakan atau membina impian lagi. i'm tired.

kadang2 aku rasa gembira. tapi kegembiraan tu tak lahir dari hati. hanya sesekali ianya menjelma. seringkali aku merasa kesakitan itu. aku pun tak tahu sampai bila.

pasrahkah aku? aku tahu, tak ada sesiapa yang boleh mengubah kehidupan aku kecuali aku sendiri. namun, mampukah aku? mampukah aku untuk mengharungi.

aku cuba untuk tersenyum biar untuk seketika tapi sungguh banyak dugaan yang harus aku lalui.. kekadang aku malas nak fikir apa. adakah aku sekadar hanya nak full fill my time. kadang2 aku rasa aku tak layak untuk sesemua, sebab I'm a looser. aku yang tertewas di medan ini.

bila aku mula tersenyum.. rupanya masih ada lagi dugaan yang mendatang. aku tersepit dengan sesemuanya.. mampukah aku berkorban lagi demi insan2 lain atau pun tegakah aku mengharunginya? kenapa ketakutan itu sering menghantui? aku tak tahu nak buat keputusan yang macam mana. keputusan yang bakal merubah keseluruhan kehidupan aku. mampukah aku menghadapinya. aku takut sejarah mungkin berulang. mampukah aku mengharunginya tanpa linangan air mata?

tak ada sesiapa yang faham akan apa yang aku tanggung kecuali dia yang Maha Esa. Dia yang maha melihat segalanya. Dia yang mengetahui segalanya. luarannya nampak tenang. tapi tak siapa mengerti apa yang aku tanggung. i dont have a correct words & sentences to explain.

aku tau, aku tak selamanya boleh macam ni.. tanpa cita2 & tanpa impian. lagi pun aku tak ada persaingan. pentingkah persaingan itu? kalo dulu aku bangun sebab wujudnya satu persaingan yang positive dalam diri. akibat dari sering kali di perlekehkan dengan kata2 yang bisa mengguris hati. dari situ aku membina satu tekad. membina satu impian. tapi kini bila ianya telah berakhir, tak bermakna aku masih memerlukan kata2 yang mengguris hati untuk bangun kembali.. tidak! i dont want.

'Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.'

bagaimana sekiranya bila kita hampir rebah dan sahabat yang seharusnya memberi semangat itu, sering kali merebahkan kita kembali ? malah kadang2 ia menjunamkan kita sehingga tak mampu untuk berdiri? menghukum tanpa diadili? mengambil kesimpulan tanpa sebuah hepotesis? aku tau bukan salah dia.. semua yang berlaku ada penyebabnya. ada factor2 yang mendorong. cuma yang aku pinta.. belajarlah memahami walau sekelumit.

kenapa aku jadi cam ni?? i'm tired of everything. semuanya ada risiko yang menanti.

To laugh is to risk appearing the fool.
To weep is to risk appearing sentimental.
To reach for another is to risk involvement.
To expose your feelings is to risk exposing your true self.
To place your ideas, your dreams before a crowd is to risk their loss.
To love is to risk not being loved in return.
To live is to risk dying.
To believe is to risk despair.
To try is to risk failure.
But risks must be taken, because the greatest hazard in life is to risk nothing.
The person who risks nothing does nothing, has nothing, is nothing.
They may avoid suffering an d sorrow, but they cannot learn, feel, change, grow, love, live.
Chained by their attitudes they are slaves; they have forfeited their freedom.
Only a person who risks is free


bila aku akan merasa yakin dengan diri sendiri? kenapa semangat tu telah hilang.. kenapa??? aku tak tahu sampai bila aku akan di belenggu dengan keadaan begini.. aarrgghhhhh

Pasrah - Suara Firdaus

Saat-saat kulalui
Meninggal kenangan yang penuh bererti
Mega-mega dan rembang
Sayup-sayup meninggalku pergi

Takutkah aku menempuh
hari-hari yang menanti
Bisakah aku mencipta
Kekuatan dalam perjuangan ini

Namun tak bisa ku renung
Hakikat yang menanti
Aku pasrah kepadaMu
ya Rabbi

Terdayakah aku
Melayarkan diri
Di lautan yang tiada bertepi
Di lautan tiada bertepi


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

di petik dari http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-dan-hikmah-disebalik-ujian-allah.html









....from kekwa22 with love....