mood aku tak ok aarr pagi ni.. bukan sebab spoil kat cable nih. tapi sejak kat umah lagi. mahmood lari. aku pun tak tau sebab apa.. tetiba jerr cam nih.
pesal aku tak de cita2.. pelik arr.. aku rasa aku seolah2 tak de tujuan. just follow the wind. aku tak tau sampai bila harus aku cam ni. aku rasa semua impian aku telah lama musnah.
apa yang paling aku pasti, aku cuma ada 1 cita2 dan 1 impian sahaja.. alhamdulillah keduanya tu telah tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana di permudahkan perjalanan kehidupan hambaMU ini. semoga aku lebih tabah untuk mengharungi hari2 yang mendatang.
kenapa aku pasrah?. pasrah dengan semuanya. kekadang aku rasa semangat tu dah hilang semuanya. seperti aku tak mampu untuk membina impian dan cita2 di masa depan. kenapa? semuanya hancus. lagipun i have nothing. aku selalu mengelak dari memikirkan something yang serius melibatkan pelbagai hal. aku tak tau sampai bila aku akan bersikap sedemikian. ina, pls, wake up.
kenapa errkk aku jadi cam ni? sebabnya impian & cita2 tu telah merubah hampir keseluruhan kehidupan aku. lepas tu.. aku tak berani untuk menyimpan apa2 impian dan cita2 lagi. aku takut aku akan kecewa lagi. aku takut akan gagal lagi. aku takut, aku tak mampu untuk handle diri aku jika kekecewaan itu berulang untuk kali kedua.
aku tak tau sampai bila aku harus macam ni.. just follow the wind. macam orang putus asa pun ada. kesan dengan apa yang telah aku lalui begitu besar sekali. sangat besar yang aku tak sangka ianya akan terjadi. walau apa pun itu adalah takdir. qada dan qadar untuk menguji sejauh mana hamabaNya dapat mengharungi ujian.
dulu aku cuba sedaya upaya untuk bertahan.. membina impian yang positive walaupun dalam keadaan yang sukar. mengharap something yang miracle happen. bila semua yang di usahakan musnah berderai begitu sahaja. segala impian dan cita2 itu juga turut di bawa bersama. aku dah tak ada hati untuk nak memulakan atau membina impian lagi. i'm tired.
kadang2 aku rasa gembira. tapi kegembiraan tu tak lahir dari hati. hanya sesekali ianya menjelma. seringkali aku merasa kesakitan itu. aku pun tak tahu sampai bila.
pasrahkah aku? aku tahu, tak ada sesiapa yang boleh mengubah kehidupan aku kecuali aku sendiri. namun, mampukah aku? mampukah aku untuk mengharungi.
aku cuba untuk tersenyum biar untuk seketika tapi sungguh banyak dugaan yang harus aku lalui.. kekadang aku malas nak fikir apa. adakah aku sekadar hanya nak full fill my time. kadang2 aku rasa aku tak layak untuk sesemua, sebab I'm a looser. aku yang tertewas di medan ini.
bila aku mula tersenyum.. rupanya masih ada lagi dugaan yang mendatang. aku tersepit dengan sesemuanya.. mampukah aku berkorban lagi demi insan2 lain atau pun tegakah aku mengharunginya? kenapa ketakutan itu sering menghantui? aku tak tahu nak buat keputusan yang macam mana. keputusan yang bakal merubah keseluruhan kehidupan aku. mampukah aku menghadapinya. aku takut sejarah mungkin berulang. mampukah aku mengharunginya tanpa linangan air mata?
tak ada sesiapa yang faham akan apa yang aku tanggung kecuali dia yang Maha Esa. Dia yang maha melihat segalanya. Dia yang mengetahui segalanya. luarannya nampak tenang. tapi tak siapa mengerti apa yang aku tanggung. i dont have a correct words & sentences to explain.
aku tau, aku tak selamanya boleh macam ni.. tanpa cita2 & tanpa impian. lagi pun aku tak ada persaingan. pentingkah persaingan itu? kalo dulu aku bangun sebab wujudnya satu persaingan yang positive dalam diri. akibat dari sering kali di perlekehkan dengan kata2 yang bisa mengguris hati. dari situ aku membina satu tekad. membina satu impian. tapi kini bila ianya telah berakhir, tak bermakna aku masih memerlukan kata2 yang mengguris hati untuk bangun kembali.. tidak! i dont want.
'Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.'
bagaimana sekiranya bila kita hampir rebah dan sahabat yang seharusnya memberi semangat itu, sering kali merebahkan kita kembali ? malah kadang2 ia menjunamkan kita sehingga tak mampu untuk berdiri? menghukum tanpa diadili? mengambil kesimpulan tanpa sebuah hepotesis? aku tau bukan salah dia.. semua yang berlaku ada penyebabnya. ada factor2 yang mendorong. cuma yang aku pinta.. belajarlah memahami walau sekelumit.
kenapa aku jadi cam ni?? i'm tired of everything. semuanya ada risiko yang menanti.
To laugh is to risk appearing the fool.
To weep is to risk appearing sentimental.
To reach for another is to risk involvement.
To expose your feelings is to risk exposing your true self.
To place your ideas, your dreams before a crowd is to risk their loss.
To love is to risk not being loved in return.
To live is to risk dying.
To believe is to risk despair.
To try is to risk failure.
But risks must be taken, because the greatest hazard in life is to risk nothing.
The person who risks nothing does nothing, has nothing, is nothing.
They may avoid suffering an d sorrow, but they cannot learn, feel, change, grow, love, live.
Chained by their attitudes they are slaves; they have forfeited their freedom.
Only a person who risks is free
bila aku akan merasa yakin dengan diri sendiri? kenapa semangat tu telah hilang.. kenapa??? aku tak tahu sampai bila aku akan di belenggu dengan keadaan begini.. aarrgghhhhh
Pasrah - Suara Firdaus
Saat-saat kulalui
Meninggal kenangan yang penuh bererti
Mega-mega dan rembang
Sayup-sayup meninggalku pergi
Takutkah aku menempuh
hari-hari yang menanti
Bisakah aku mencipta
Kekuatan dalam perjuangan ini
Namun tak bisa ku renung
Hakikat yang menanti
Aku pasrah kepadaMu
ya Rabbi
Terdayakah aku
Melayarkan diri
Di lautan yang tiada bertepi
Di lautan tiada bertepi
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
di petik dari http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-dan-hikmah-disebalik-ujian-allah.html
....from kekwa22 with love....
tgn abg askar tu 15kg sebelah..pehtu tarik cable tu doploh menet kot....baru logik leh tercabut..
ReplyDeletehehheh.. abang nih.. ada2 jerr
ReplyDelete