ni hari pertama.. belum naik aeroplane lagi. kali ni aku naik MAS kat KLIA. sampai awal, so boleh la bawa mak jenjalan ke KLIA. mak pun lom pernah gie KLIA dan naik kapal terbang. aku? eerrmm aku dah banyak kali dah naik kapal terbang. ok jerr... housemate aku, ogie pun pergi jugak.. so, aku, mak & ogie sampai dulu. petang tu dalam pukul 7 baru ita, hubby dia & anak dia balqis tiba. flight pukul 8 malam ke langkawi.
ni le kapal terbang yang aku dan rombongan che kiah opsss che kiah pulak.. ni kira rombongan che ita. sebab ni idea dia sebenarnya. maka bila tarikh keramat ni menjelma, bersiap2 la rombongan che ita ni ke langkawi pada 13-Mei-2009. tak sempat nak amik keseluruhan pic aeroplane ni. tapi ok la kan.. selesa naik MAS. cepat jerr sampai ke langkawi. pukul 8pm kat KLIA then pukul 8.50pm dah tiba di langkawi. tambang pun tak le mahal sangat. ok la dengan airport tax RM52 one way. tak payah penat2 drive then naik feri. badan pun tak letih.. kami semua tido kat chalet di pantai chenang.
nama chalet tu tanjung Malie chalet.
ni le tempat rombongan che ita ni menginap. pintu yang no 2 dari tepi pantai. no bilik aku 14 dan ita pulak 13. dari dalam bilik pun boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai. chalet dia ok best. 2 katil queen.
ada aircond & kipas. bilik air yang bersih serta TV. ok tak bilik ni.. ok la.. kan.. berbaloi bayar rm90 semalam.
ada almari dan rak baju. tanda arah solat memang terang lagi jelas. ok la not bad... eerrmm pantai dia plak ce mana? hehe best tu pantai dia.. bersih. tak de sampah sarap.
kat langkawi kami semua sewa kete iswara. selesa sebab kete baru. hehhe ni pun sama.. lupa plak nak amik pic kete. huhhu.. ala sama jerr ngan kete iswara kat kl ni.. ala.. yang kaler oren tu.. heheh. malam tu kitaorang makan kat satu kedai kat area pantai cenang..
ops lupa nak citer pasal pantai chenang. ni kira kali ke 3 aku pi pantai chenang. kenapa pilih kat sini.. errmm kat sini la tempat paling happening kat langkawi nih.. sebab tu untuk kali ke tiga aku tetap nak pi pantai chenang. malam tu tak ada apa2 aktiviti. makan malam jerr punya le pedas dia nyer nasi goreng. hehhehe. tapi dia orang cakap tak pedas pun.. hehehe
esok pagi2 bfast dulu, then aktiviti pertama gi underwaterworld.
dekat jerr ngan tempat menginap. jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. hehehe. ni kira kali kedua la aku pi underwaterworld. tapi yang lain2 lom pernah gie lagi.. ok la kan.. aku jadi tourist guide. dulu masa aku pi mana ada penguin, tapi sekarang dah ada.. tak yah le gi jejauh nak tengok penguin.. teringat plak citer kartun pagi2.. ala yang pingu..tu hehehe
ni..le ikan jaws atau pun ikan jerung.. tapi ni lom beso lagi. esok2 kalau dah beso tak tahu le ce mna.. masih ada kat sini lagi or dah di pindahkan kat tempat asal dia.. tapi rasanya tak kot. pada firasat aku le tu..
unikkan ciptaan Allah. kalau tak masuk dalam laut sure dapat tgok sesemua ni. tapi gie underwaterworld semua boleh tengok. yang kat KL ni Aquaria pun aku dah gie, tapi lebih selesa gie underwaterworld ni.. ni pada pandangan aku la. sebab aquaria tu sempit. tak selesa.
tengah hari tu rombongan che ita gie gunung mat cincang.. apa menariknya kat sini,
errmm naik cable car la.. aku dah naik dah.. ogie pun sama. tapi oleh sebab lagi 3 orang lom naik lagi, maka.. tak salah kalo aku pun sebagai tourist guide.. bawa mereka makan angin kat cable car.. baru diaorang tahu betapa adventurenya naik cable car. kecerunan cable car ni aku agak le dalam 75 darjah kot. curam giler.. masa kat genting pun tak setakut cam naik cable car kat mat cincang ni. memang takoot
ni stesen paling atas sekali. ni antara permandangan bila dah sampai kat atas sana.. cantik betul ciptaan Allah. kagum Subhanallah Maha besar Allah Tuhan sekalian Alam.
petang tu balik dari gi cable car kitaorang gi makan2 then gi shoping. aku beli apa? hehhe aku memang pantang kalo jumpe chocolate. pantang sangat2. pantang jumpe. my favourite. dulu kini dan selamanya.
esoknya 15-mei-2009 aktiviti selepas breakfast adalah island hopping. seperti biasa pakej yang di tawarkan adalah pulau singa besar, pulau beras basah & pulau dayang bunting. 1st time gak mak naik bot. mujur mak tak takut & tak mabuk. tapi yang tak bestnya pulau singa besar diorang tak gie.. gie pulau lang tengah jer.. tengok helang atau eagle. huhuhu.
cam ni le bot yang kitaorang naik untuk island hopping. best.. bila sampai kat ombak besar, melambung2.. hehhe.
mula2 pi pulau dayang bunting.pulau ni terkenal dengan lagendanya tersendiri. entah betul ata tidak, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
then pergi tengok burung helang. tak takut orng pun..
then mandi sampai tak hengat kat pantai beras basah.. huhuu. sampai sunburn muka aku. dah la hitam, bertambah hitam le jawabnya.. tapi tak perr aarr 2 minggu hilang la sun burn aku tu. bukan selalu. sekali sekala. lepas ni, tak tahu lagi bila nak lagi.
petang tu lepas balik dari island hopping kitaorang pergi jenjalan pekan kuah. tapi mesti la makan2 dulu2 hehehhe. lapo oooo. petang ni misi mencari kedai jual purfume. jumpe la satu kedai kat yang agak ok la harga dia compare to KL. tapi aku tak beli pun. aku nyer masih ada banyak lagi. so, guna la yang tu dulu. aku malas nak tuko2 purfume. eerrmmm sebab apa eerrkk... tak tahu le kenapa may be yang tu dah sebati dah kot.
esok pagi2 lepas sarapan, gi shopping lagi. sempat lagi tuuuuu.. buat kali terakhir. mak nak beli pinggan mangkuk. so, ok la.. lebih kurang pukul 10.40am bertolak ke airport. flight pukul 11.45am. balik naik Air Asia. sampai jerr airport terus check in. mendarat kat LCCT dalam pukul 12.20pm. best betul mendarat. aku bangga dengn pilotnya apa nama dia.. kalau tak silap, kapten Mohd Azmin. smooth landing. memang best. aku dengan beberapa penumpang lain siap tepuk tangan lagi. yang lain2 terpinga2 kenapa kami tepuk tangan. yang tepuk tu adalah orang2 yang biasa naik plane kot... hehehhe. memang smooth landing. tak terasa dan bergegar langsung. cayalah. Ni kira 2nd time aku merasa smooth landing. 1st time masa naik pakistan air, kapal besar. airbus. mendarat kat singapore.
tapi aku tak happy percutian kali ni. matlamat aku masa booking tiket ni nak bawa mak jenjalan, memang tercapai. tapi matlamat untuk menghappykan diri aku sendiri tak tercapai. kenapa eerrkk.. ya Tuhan,, lemahnya hambaMu ini. kenapa aku tak boleh lupakan dia? sakitnya hati dengan tuduhan yang tak berasas tu memang masih terkesan di dalam hati. memang sangat2 menyakitkan hati. kalau betul aku lakukannya tak apa juga. tapi sampai ke hari ni aku pun tak tahu di mana kewujudannya sampai tuduhan2 berupa fitnah seperti itu berlaku. Hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui segalanya.
....from kekwa22 with love...

Kuala Lumpur Time
Makkah Time




No comments:
Post a Comment