Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

16 March 2013

lets sedut... :) siput sedut

Errmm lama gilerr tak masak siput sedut. errmm bertahun2 dah.. hampir 10 tahun kot.. heheheh lama giler tuuu...

so, smlam masa pi nsk.. rembat aar satu tray.. rm7.50. sikit jerr beli nyerr...

malas aarr nak bebel2 jom kita layan.. masak lemak siput sedut..
kalo sapa2 nak masak simple macam aku ni.. cam nih;

bahannya..
siput sedut di basuh bersih dan di potong bahagian belakanya
1 cawan santan pekat
1 batang serai
3 biji cili padi
3 ulas bawang merah
sekeping daun kunyit
1cm halia
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa.

kekdah nyer..
blend or tumbuk cili, halia dan bawang. masukkan kedalam periuk. masukkan daun kunyit serta asam keping diikuti dengan serai yang dah di ketuk. masukkan siput. panaskan dengan api perlahan..selama 2 minit lebih kurang. then masukkan santan, kunyit dan garam. masak hingga sekali didih. elakkan dari santan pecah minyak..

tarrraaaa... kuah pekat baru best...sedap oooo.. tak sangka yang abang armand pun layan siput sedut nih..
 Then masak lemak labu.. ni, abang armand yang request.. sebab mamanya sudah lama tak masak labu..

bahannya
1/2 biji labu yang di kupas dan di bersihkan
seikat pucuk labu
2 ulas bawang merah di tumbuk halus
1 sudu udang kering
2 biji cili padi di belah tengah
1 keping daun kunyit
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air.

kekdahnyer..
masukkan bawang, udang kering cili padi, air dan daun kunyit ke dalam periuk. then add labu. masak hingga labu lembut. then add pucuk labu and santan. masak hingga sekali didih. jangan sampai santan pecah minyak.. so, tadaaaa....
 Ni plak cencaru sumbat
 
bahannya
cerr refer kat sini

Alhamdulillah...

 
 ....from kekwa22 with love....
 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

17 October 2011

jom pizza

rasa malas betul hari ni. sangat2 malas..tah aarr monday blues ke apa ke lantak.. tapi memang sesangat malas. tak de mood nak keje. rasa macam nak dok mengeram kat umah jerr... rasa macam tak cukup cuti 2 hari.

last saturday mak datang kl. angah ambil dia kat jalan duta. pastu tido kat umah aku le.. sampai kat umah pun dah petang. dekat pukul 4 dah. dok melepak jerr la kat umah.

last saturday, aku menyempurnakan hajat enche affa. dia cakap dia teringin nak makan gulai tempoyak.. ha... tu dia.. teringin konon.. cakap la ngidam.. malu2 plak... masalahnya aku ni, bukan makan tempoyak. durian jerr yang aku makan... kena le talian hayat ngan kak ngah...

so, ni lerr my gulai tempoyak ikan lampam sepertimana yang di minta.
sesape nak wat, cam ni errkk

4 biji cili padi merah (kalo nak pedas, sila lebihkan yerr)
2 ekor ikan lampam yang dah di bersihkan
1 batang serai di ketuk
2 cawan air
3 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa

kekdahnya
tumbuk cili hingga lumat. masukkan kedalam periuk bersama air, serai dan tempoyak serta ikan. biarkan didih dan masukkan garam. sedia untuk di hidangkan...

ni plak sayur sawi
ha... ni jerr la.. manu kami on sabtu.. errr ikan goreng, lupa nak masukkan.

pepagi ahad, aku hangkut mak dan angah gie bfast. heheheh... sajerr wat kelainan.. pada hal malas nak masak... errr lately ni, tak de mood aarr nak masak apa...

lunch hari ni, wat sup kambingsup lala..tetiba jerr armand suka sangat siput lala ni. pada hal sebelum ni, tak pernah jumpe pun siput ni.. citernya masa balik kg ari tu le.. aku tengok lala fresh kat pekan ahad, tu yang aku beli sekilo. kat sana tak mahal sangat harga.. becoz of dekat dengan laut. pulak tu memang tersangat fresh. manis betul rasa isinya.. time tu la armand baru rasa ce mana rasa lala. balik kl, tros dia minta lala. tapi, susah nak dapat yang fresh dan bersih. kalo ada pun dah ada bau yang kureng enak..
ni, plak kangkung goreng belacan. cam biasa, ikan goreng, mesti lupa nak ambil gambo. heheheh... petang tu.. aku bawak mak g jj dekat rumah, kebetulan nak beli putung susu armand. puting tak dapat, pizza yang dapat.

weeii sedap ooo pizza ni..sangat2 marbeles. siyesss... rasa aarrr. sumer 7 jenis cheese ada kat sini. bila enche affa tanya, pahit tak makan piza, aku geleng laju2. payau tak? aku geleng laju2. selera tak makan pizaa? aku angguk laju2. last2 dia cakap, cesss.. tekak mat salleh. aku hanya wat muke gedik jerr... lagi la enche affa tak puas ati. siap cakap 'buat aarr muka macam tu' hahahha. mak ngan angah pun senyum2 jer. bila lagi kan nak manja2 ngan suami.. hehehhehe.

malam tu aku gie hantar mak ke rawang. dia nak gie umah pak cu. kebetulan plak pah ada kat sana tu yang mak nak pi melepak kat sana dulu. sampai kat sana, pak cu jamu pizza. dia baru wat rupanya. mak ooiii pizza lagi. tapi aku dah tak bleh telan dah. kenyang weeii... masa kat pizza hut tadi, aku dah makan 3 slice large pizza. hahhaha... tu yang hanya mampu tengok jerr la...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 September 2011

daporku mula berasap

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah serta kurnia aku di berikan kesihatan yang baik pada hari ni, begitu juga dengan kuarga terchenta.

mujur sekarang ni, hujan masa tengah hari. petang masa balik kerja, tak de la basah kuyup. alhamdulillah. cuaca macam tak memberangsangkan lately ni...

our menu kitaorang sekuarga malam ni, simple jerr..

ni, pucuk paku goreng bersama sos tiram

asam pedas ikan merah
sedap pulak asam pedas hari ni. may be sebab dah lama tak masak asam pedas ker.. memang asam pedas ni sedap.. tatau aarr sebab apa.. sama jerr kekdah dengan yang lepas2. bila aku cakap ngan enche affa, dia pun agree. sesungguhnya asam pedas ni, memang marbeles. makan plak ngan nasi suam-suam. weeii kalo nasi panas, ce mana nak makan.. jangan aarr gelojoh.

lepas makan, aku siap2 nak wat trifle untuk bawa ke opis esok sempena majlis raya. majlis utk iop department.

ni le hasilnya... my trifle

kalo nak wat, resepinya cam nih

bahannya

layer paling bawah
butter cake.

bahan2 nak wat butter cake, cam nih

swiss roll, beli jerr kat jj. tak yah wat

layer 2

1 tin susu cair
10g agar2
100g gula
2 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
secubit garam

kekdahnya
masak agar2 dgn air hingga larut kesemuanya. larutkan kastad bersama susu cair. perlahankan api. tuang kedalam agar2 yang telah larut bersama2 gula dan garam. masak hingga pekat.

layer kedua

10g agar2
2 cawan air
1 sudu besar serbuk koko *
2 sudu besar susu pekat manis *
1 sudu besar creamer *
2 sudu besar gula *

kekdahnya
larutkan agar2. campurkan bahan yang bertanda * dan gaul hingga sebati. masukkan sedikit demi sedikit agar2 yang telah larut. kacau hingga sebeti.

layer 3
bahannya

10g agar2
2 cawan air
1 tin buah peach
2 sudu besar gula

kekdahnya
larutkan agar2. tambah air buah peach dan gula biarkan larut

kekdah nak menghasilkan triffle ni,

susun layer paling bawah sekali mengikut citarasa sendiri. tuangkan semua layer 1. biarkan sejuk. tuangkan layer ke 2. bila dah sejuk, susun buah peach kedalam bekas dan tuang layer ke 3. biarkan sejuk


maka, jadi le cam nihyang ni plak, untuk armand iskandarsama jerr.. cuma tak de chocolate layer. tapi dah di tambah dengan chocolate ball.

cerr tengok, ni man punya.. yerrr...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

03 August 2011

cilok.. jangan tak cilok

hari kedua merempit. kuar umah pukul 7.50am. eksen giler... hehhee.. takut? memang le takut lagi. kalo rasa2 agak ngeri, pejam jer mata. hehehehe.. seram weeiii... mencilok cilok. tapi hari ni tak jammed sangat. sampai umah awal tuuuuuu... hari ni sampai pukul 6.10pm. ujan renyai2 masa dah sampai traffic light desa tun hussin onn.

aku masak 2 jerr... roti dan ayam goreng madu berempah.

our iftar hari ni..
tuna bread.

kalo nak wat, cam nih

bahannya
1 biji kentang dipotong dadu
2 biji bawang kecil dipotong dadu
2 tangkai daun saleri di racik halus
1 tin tuna in oil
4 keping roti
1 sudu tepung gandum di bancuh dgn 2 sudu air
1 biji telur di pukul ringan
1/2 cawan serbuk roti
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

kekdahnya
gunakan minyak tuna untuk menumis bawang. masukkan kentang. biar hingga lembut. masukkan tuna dan daun saleri. masak selama 2 minit. angkat dan sejukkan. gelek roti sehingga leper, masukkan 3 sudu tuna dan bungkus. di hujungnya lekatkan dengan bancuhan tepung gandum. golekkan kedalam telur. toskan dan golekkan semula di atas serbuk roti. goreng sehingga sedikit perang.

ni, plak kurma ayam.
enche affa mengidam nak makan. so, layan jerr la selera orang demam. aku tak pernah masak kurma dan rasanya macam tak pernah jerr makan. tak tahu sebab apa. tapi aku kureng berminat dengan kalernya.. walau apa pun, ni le feveret enche affa. haaaa siap suruh aku berguru lagi ngan mak. hehhee.. aku ok jerr.. no problem. bisa di atur. tak perr.. aku belajar menyukai apa yang dia suke dan dia pun kena le belajar menyukai apa yang aku suke, kannnnnnnnnnn...

kalo sesapa nak wat kurma utuk iftar petang esok.. ni resepinya

1/4 bahagian ayam di potong kecil, wat sekali makan jerr
1 labu bawang besar di mayang halus*
2 biji kentang di potong 4 bahagian setiap satu*
2 ulas bawang putih di mayang halus*
2cm halia di mayang halus*
2 batang kulit kayu manis*
2 biji buah pelaga*
5 kuntum cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
2 biji cili hijau di belah 2
2 paket rempah kurma
1 cawan santan
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

kekdahnya
panaskan minyak. tumis bahan2 yang bertanda *. tumiskan hingga garing. larutkan rempah kedalam sedikit air. masak hingga garing. masukkan kentang dan air. biar hingga empuk. masukkan ayam dan santan dan masak hingga mendidih dan masukkan cili hijau.

ni plak, ayam goreng madu berempah..
bahannya

6 keping isi ayam
1 ulas bawang*
2cm halia*
1 batang serai*
1 sudu madu
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa.
2 sudu minyak zaitun

kekdahnya
kisar bahan bertanda * dan gaulkan bersama madu, serbuk ketumbar dan kunyit serta garam. masuukan ayam dan gaul sebati. perap selama 1/2 jam. panaskan minyak zaitun dan masukkan ayam. guna kuali yang non-stick yerr.. goreng hingga masak. sedapnya bauuuuuu

ni, sayur campur...

cerr nengok armand bertalbiah..


lagi 4 hari jerr lagi nak terbang ke tanah suci. errr barang2 belum pack lagi.. insya Allah esok atau lusa, akan selesai semuanya.

Oleh: Sheikh Salman al-Oadah

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bertanya kepada seorang wanita dari Madinah: “Apa yang menghalang kamu dari mengerjakan Haji bersama kami?”

Wanita tersebut menjawab: “Kami mempunyai dua ekor unta. Suami dan anak saya menggunakan seekor dan seekor lagi untuk tunggangan ahli keluarga yang lain.

Rasulullah SAW kemudian memberitahu wanita tersebut: “Apabila bulan Ramadan tiba, pergilah mengerjakan ‘umrah, kerana ‘umrah di bulan ramadan adalah seperti menemaniku mengerjakan Haji.” [Sahih al-Bukhari (1764)]

Maksud Hadith


Alangkah besarnya pencapaian bagi kita semua jika dapat menemani Rasulullah S.A.W. mengerjakan Haji! Bayangkan kita berdiri di samping baginda di dataran ‘Arafah. Bayangkan juga kita bermalam di perkhemahan baginda di Muzdalifah dan bangun keesokan paginya untuk bersama-sama baginda ke Mina. Bayangkan juga bagaimana agaknya keadaan bila bertawaf dan sa’i bersebelahan baginda?


Maksud yang jelas dari hadith yang telah dinyatakan adalah mengerjakan ‘umrah di bulan Ramadhan adalah sangat bermakna.


Hukum bagi ‘umrah secara umum & ‘umrah di bulan Ramadan


Kita mesti memahami bahawa mengerjakan ‘umrah di bulan Ramadan adalah Sunnah. Ia bukan satu kewajiban dan tidak boleh diperlakukan seolah-olah ia adalah wajib.

Sesungguhnya, majoriti ulama berpandangan bahawa mengerjakan ‘umrah sekali seumur hidup bukanlah satu kewajiban sama sekali. Ini adalah pandangan mazhab Hanafi dan Maliki. Ia juga adalah pandangan yang diutarakan oleh Ahmad b Hanbal. Al-Shafie juga pernah berpandangan serupa, namun ia dilihat sebagai pandangannya yang lama. Pandangan rasmi mazhab Shafie adalah umrah adalah wajib bagi seorang Muslim sepertimana halnya Haji, sekali seumur hidup.


Pendapat yang terkuat antara keduanya – dan Allah lebih mengetahui – adalah ‘umrah bukanlah satu kewajiban. Al-Quran secara jelas menerangkan kewajiban Haji tanpa sekalipun mengisyaratkan hal yang sama berkaitan ‘umrah.


Rasulullah S.A.W. juga menekankan dengan sabda baginda: “Wahai manusia! Allah telah mewajibkan keatas kamu Haji, maka pergilah mengerjakan Haji.” [Sahih Muslim (1337)]


Dan dengan sabdanya: “Islam dibina atas 5 perkara: Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, menunaikan Solat, membayar Zakat, mengerjakan Haji ke Baitullah, dan berpuasa dibulan Ramadan” [Sahih al-Bukhari (8) dan Sahih Muslim (16)]


Kita juga dapat menghayati kisah seorang lelaki dari daerah pertengahan Arabia dengan rambut yang kusut masai menghampiri baginda S.A.W. dan bertanya tentang Islam.


Rasulullah S.A.W bersabda kepada beliau: “Terdapat lima solat yang perlu ditunaikan diwaktu siang dan malam.”


Lelaki itu bertanya: “Perlukah aku menunaikan selain dari itu?”


Rasulullah S.A.W. menjawab: “Tidak, kecuali kamu melakukan secara sukarela.”


Kemudian baginda meneruskan: “Kamu mesti berpuasa dibulan Ramadan.”


Lelaki itu bertanya: “Perlukah aku berpuasa selain dari itu?”


Rasulullah S.A.W. menjawab: “Tidak, kecuali kamu lakukan secara sukarela.”


Kemudian Rasulullah SAW memberitahu tentang Zakat, dan lelaki tersebut bertanya: “Adakah aku perlu membayar selain itu?”


Rasulullah S.A.W. menjawab: “Tidak, kecuali kamu lakukan secara sukarela.”


Lelaki itu kemudian berpaling seraya berkata: “Demi Allah, aku tidak akan melakukan lebih atau kurang dari apa yang perlu aku lakukan.”


Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah S.A.W. berkata: “Dia akan berjaya jika dia membuktikan kata-katanya.” [Sahih al-Bukari (46) Sahih Muslim (11)]


Sementara itu bagi hadith-hadith tertentu yang membincangkan hukum ‘umrah, terdapat hadith yang mengisyaratkan bahawa ia adalah wajib dan terdapat juga yang mengisyaratkan bahawa ia tidak wajib. Sungguhpun demikian, kesemua hadith tersebut mempunyai kelemahan di dalamnya. Oleh yang demikian, kami berkata berdasarkan kekuatan hujah pada umumnya bahawa ‘umrah adalah Sunnah. Ia bukan satu kewajiban.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”