17 October 2011

jom pizza

rasa malas betul hari ni. sangat2 malas..tah aarr monday blues ke apa ke lantak.. tapi memang sesangat malas. tak de mood nak keje. rasa macam nak dok mengeram kat umah jerr... rasa macam tak cukup cuti 2 hari.

last saturday mak datang kl. angah ambil dia kat jalan duta. pastu tido kat umah aku le.. sampai kat umah pun dah petang. dekat pukul 4 dah. dok melepak jerr la kat umah.

last saturday, aku menyempurnakan hajat enche affa. dia cakap dia teringin nak makan gulai tempoyak.. ha... tu dia.. teringin konon.. cakap la ngidam.. malu2 plak... masalahnya aku ni, bukan makan tempoyak. durian jerr yang aku makan... kena le talian hayat ngan kak ngah...

so, ni lerr my gulai tempoyak ikan lampam sepertimana yang di minta.
sesape nak wat, cam ni errkk

4 biji cili padi merah (kalo nak pedas, sila lebihkan yerr)
2 ekor ikan lampam yang dah di bersihkan
1 batang serai di ketuk
2 cawan air
3 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa

kekdahnya
tumbuk cili hingga lumat. masukkan kedalam periuk bersama air, serai dan tempoyak serta ikan. biarkan didih dan masukkan garam. sedia untuk di hidangkan...

ni plak sayur sawi
ha... ni jerr la.. manu kami on sabtu.. errr ikan goreng, lupa nak masukkan.

pepagi ahad, aku hangkut mak dan angah gie bfast. heheheh... sajerr wat kelainan.. pada hal malas nak masak... errr lately ni, tak de mood aarr nak masak apa...

lunch hari ni, wat sup kambingsup lala..tetiba jerr armand suka sangat siput lala ni. pada hal sebelum ni, tak pernah jumpe pun siput ni.. citernya masa balik kg ari tu le.. aku tengok lala fresh kat pekan ahad, tu yang aku beli sekilo. kat sana tak mahal sangat harga.. becoz of dekat dengan laut. pulak tu memang tersangat fresh. manis betul rasa isinya.. time tu la armand baru rasa ce mana rasa lala. balik kl, tros dia minta lala. tapi, susah nak dapat yang fresh dan bersih. kalo ada pun dah ada bau yang kureng enak..
ni, plak kangkung goreng belacan. cam biasa, ikan goreng, mesti lupa nak ambil gambo. heheheh... petang tu.. aku bawak mak g jj dekat rumah, kebetulan nak beli putung susu armand. puting tak dapat, pizza yang dapat.

weeii sedap ooo pizza ni..sangat2 marbeles. siyesss... rasa aarrr. sumer 7 jenis cheese ada kat sini. bila enche affa tanya, pahit tak makan piza, aku geleng laju2. payau tak? aku geleng laju2. selera tak makan pizaa? aku angguk laju2. last2 dia cakap, cesss.. tekak mat salleh. aku hanya wat muke gedik jerr... lagi la enche affa tak puas ati. siap cakap 'buat aarr muka macam tu' hahahha. mak ngan angah pun senyum2 jer. bila lagi kan nak manja2 ngan suami.. hehehhehe.

malam tu aku gie hantar mak ke rawang. dia nak gie umah pak cu. kebetulan plak pah ada kat sana tu yang mak nak pi melepak kat sana dulu. sampai kat sana, pak cu jamu pizza. dia baru wat rupanya. mak ooiii pizza lagi. tapi aku dah tak bleh telan dah. kenyang weeii... masa kat pizza hut tadi, aku dah makan 3 slice large pizza. hahhaha... tu yang hanya mampu tengok jerr la...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

2 comments: