05 January 2013

Nasi Kandar & Kari Kepala Ikan

Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr nasi kandar dalam fikiran mesti la imagiene dan dan tu jugak gerangan mamak. huhuh.. nasi kandar dengan mamak memang tak boleh di pisahkan..

aku bukan suke sangat makan kat kedai mamak.. dari dulu lagi.. tah.. memang sesangat la kureeenggg... enche affa pun tak de la suke sangat makan masakan mamak.. tapi sesekali.. boleh la... layannnnnn.

nasi kandar.. aku pernah jerr perang mulut dengan sorang mamat nih..  satu ketika dulu sebab aku kata nasi kandar dan nasi putih adalah dua makanan yang berbeza. rupa sama tapi hakikat nyer lain. yang si mamat ni plak cakap.. nasi kandar dan nasi putih adalah sumthing yang sama.apa lagi perang laaa.... memang aku tak menang sebab kalo cakap ngan mamat tu tentang apa pun.. dia jerr nak menang.. so, biarkanlah dia dengan labu-labu nyerr..

kes aku tau nasi kandar ngan nasi putih tu sumthing yang berlainan masa aku ngan fiza gie training kat penang. konon nak makan nasi kandar.. masa minta mamak tu cedokkan nasi, cakap ngan dia nak nasi kandar.. then mamak tu jawab, nasi kandar dah habis.. nasi putih jerr... so, maknanya sumting yang lain... kan kan.. di masa yang lain jugak.. masa gie penang.. konon nak makan nasi kandar tanya lerrr mamak kedai tu.. dia cakap.. nasi kandar, isnin dan rabu jerr lain-lain hari nasi putih. so, bukti dah jelas yang nasi kandar dan nasi putih adalah sumthing yang berbeza...

so, jom layan nasi kandar..

resepi ambil kat sini

Cara masak nasi putih ada dua cara:
 Cara-cara Masak nasi cara “buang kanji” “Ala Nasi kandar: 1. Basuh Beras dan rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).
 2. Didihkan air dalam periok anggaran air biasanya 1:4 maknanya 1 cup beras 4 cup air.
3. Masukkan minyak masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih 1 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 cup beras).
4. Masukkan garam secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).
5. Masukkan “campuran garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang).
6. Masukkan beras . Tutup tudung dan mediumkan api dapur.
7. Selepas 12 minit buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95 peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.
8. Tutup kembali tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.
 kena perap dulu macam ni.. biar dia sebati.. pastu baru makan...

Ni, plak kari ikan ala mamak. resepi ambil kat sini  tapi ikan nyer di tukar pada kepala ikan jenahak

IKAN KARI BAWAL (UNTUK HIDANGAN 8 ORANG).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 kg. Ikan Bawal Hitam (kalau beli dipasar itu siap potong saja kerana nanti kecai pulak isi ikan itu).
150 gm. Santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
125 gm. Rempah Ikan (Mamak suka pakai rempah kari ikan baba’s 250gm dengan memakai 1/2 pkt saja).
1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
2 biji Tomato (dipotong empat)
6 biji Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya)
2 biji bawang besar dipotong hiris memanjang.
4 biji bawang putih di titek.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil jintan manis.
1 sudu kecil serbuk cili.
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
3 ranting daun kari.
2 ranting daun pudina.
1 senduk besar minyak masak.
Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN.
1. Basuh ketulan ikan bawal terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepada ikan bawal perlu dibasuh dengan memebuang sega sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan dua sudu garam dan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendih ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 30-45 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

2. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis (penggunaan minyak untuk menumis perlu tidak lebih dan kurang) 1 senduk besar minyak masak memadai.

3. masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul dalam kuah kari nanti. Apabila saja bau harum dikeluarkan dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang puti+ halia. Tumis hingga keluarkan bau yang harum. Masukkan kisaran bawang besar. Apabila tumisam mula mendidih dan keluarkan bau yang harum masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili +serbuk kas-kas. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air 1 liter dan biarkan sebatian ini mendidih. Api yang kuat diperlukan untuuk mendidihkan sebatian kari ini.

4. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama 5 -10minit, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.

5. Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak pecah/ hancur.

5. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah). Masukan bendi dan tutup api dapur. kari ikan bawal anda sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas. Buka Tuadang bekas hidang kari ini hanya semasa makan. kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.
errrmmm alhamdulillah.. percubaan pertama menjadi..

 
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment