19 August 2011

Malam Terakhir Tanah Haram Mekah



hari ni, hari terakhir kat kota suci Mekah. sayu jerr nak meninggalkan tanah suci. entah bila la akan di beri kesempatan untuk datang lagi dan lagi ke tanah suci mekah ni. Insya Allah.

semalam wat umrah untuk kali ke 5. sangat2 penuh dengan cabaran dan dugaan. mencabar sangat2 nak gie miqat ke ta'im. lepas solat terawih, balik bilik, enche affa tuko pakaian ihram, maka kami pun berjalan darul tauhid untuk cari kenderaan untuk bermiqat.

org2 arab ni, mengambil kesempatan letak harga mahal untuk sewa teksi ke ta'im. SAR20 sorang hinggalah ke SAR50 sorang untuk perjalanan sepanjang lebih kurang 6km jerr. dari pukul 11 sampai le pukul 12pm, baru le jumpa bas ke ta'im. jauh giler berjalan. lepas dah jumpe bas, kena pulak beli tekit kat tempat len. pulak tu, tak reti cakap arab plak.. memang le banyak dugaan. tambang bas SAR2 jerr.. bas plak, one way jerr.. dah sampai masjid ta'im nanti, pandai2 jerr nanti nak balik ke masjidil haram. bas bergerak jerr.. punya la lega. walaupun tak tahu nak balik nanti ce mana.

Alhamdulillah lepas berniat umrah, senang jerr dapat kenderaan balik. naik bas kecik, SAR3. Alhamdulillah perjalanan balik di permudahkan. sampai jerr masjidil haram, punya la ramai orang sedang bertawaf. lest imagine, sampai masjidil haram dam pukul 2.30am lebih. selesai jerr tawaf, azan subuh berkumandang. bukan azan kali pertama, tapi azan untuk kali ke dua. maknanya dalam pukul 4.20am. lama betul. sebab ramai sangat2 orang.nak berjalan pun sikit2 jerr boleh melangkah. that why la buat umrah waktu siang, kurang sket orang sebab panas terik. walau apa pun, inilah dugaan. dugaan ni, belum habis lagi, sebab belum bersaie. nak balik hotel untuk bersahur pun dah tak larat dan tak sempat nak berjemaah solat subuh. maka, kitaorang berdua, ambil keputusan bersahur dengan air zam zam jerr. nak habiskan 7 kali bersaie, memang sangat2 mencabar. dah le tak tido semalaman.

lepas jerr solat subuh, aku dan enche affa meneruskan umrah dengan bersa'ie. Alhamdulillah dalam 6.30am selesai sudah bertahalul. maka kami berdua bebas dah dari pantang larang ihram. lama giler bersa'ie. orang tak ramai, sebab sa'ie kat basement, tapi kekuatan kaki dan kudrat menyebabkan lambat selesai. sangat2 mencabar perjalanan berumrah kali ke-5 ni. dia punya cabaran, tak apat di bayangkan. benarlah seperti hadis ni..

Daripada Ibnu Abbas RA, baginda SAW berkata:
"Sesungguhnya umrah pada bulan Ramadhan bersamaan (ganjarannya) seperti menunaikan haji bersamaku"


selesai semua, kami berdua pun berjalan keluar dari masjidil haram dengan melalui kawasan bersa'ie. lengang jer nampak. ni kawasan lampu hijau. orang laki berlari2 anak kat sini. pompuan plak, jalan jerr macam biasa.
ni, pemandangan sebelah kawasan pembinaan.
jemaah keluar dari masjid menuju ke destinasi masing2
bulan pun boleh nampak.
rak kasut pun kosong dahawal2 pagi ni, lengang jerr.. staf masjid pun, lepak jerrr
jemaah dengan aktiviti tersendiri
walaupun berbeza warna kulit, tapi boleh tido sebelah2 dengan amanjemaah berehat di dataran masjid
aktiviti pembersihan di lakukan di sekeliling masjidtido sebentar sementara nak tunggu solat jumaat. golongan2 yang tak de hotel, pastinya akan berkumpul di sini. biasanya rupa diaorang seperti orang india. may be orang india, may be bukan sebab aku tak de la pi tanya diaorang ni asal dari mana sebab aku tak reti bahasa diaorang.walaupun tak boleh letak barang kat sini, ada jugak orang yang letak. pekerja2 masjid, tak akan buang barang2 kat sini. may be diaorang pun tahu, ni, kepunyaan golongan yang tak mampu nak menyewa hotel. memang mencacatkan pemandangan, tapi alangkah baiknya kita mempermudahkan golongan2 ni beribadah..pemandangan depan hiltonapalah yang di menungkanni, plak di bawah zam zam tower
orang ramai boleh wat aktiviti bebas kat sini, nak tido baring dan bila waktu sembahyang, boleh jadi saf sembahyang. tapi tak boleh melebihi had yang di benarkan. hadnya ialah palang2 besi warna maroon. bagus kan. kompleks yang gagah tersergam indah dengan tempat membeli belah 5 star dan hotel mewah, tapi membenarkan penduduk satu dunia berumahtangga kat sini. bagus la. kalo kat mesia, duduk 4 orang jerr dah kena permit, kalo solat kat kaki 5 klcc, dekat dgn bangunan maxis, sure kena halau walaupun masa tu tengah bersolat. kalo tak caye, cerr buat.burung merpati pun di beri makan. tahi2 burung ni, tak de bersepah merata2. mungkin kecekapan orang2 yang baju oren membersihkan atau pun burung merpati ni, tahu di mana 'tandas' sepatutnya.

apa la.. orang ni nak wat sebenarnya. dah la berpakaian ihram. weeii bahaya tuuuuu.. apa yang bahayanya? kalo lelaki nak wat umrah, tak leh pakai pakaian berjahit. so? pikir la sendiri...
para pekerja dengan tugas masing2
kuatnya pak cik ni. 10liter air kat kiri dan kanan. total jadi 20liter air zam zam le nih.. Alhamdulillah aku kat aber garden, tak yah susah payah ambil air zam zam dari masjid atau berebut2 dengan jemaah lain nak ambil air zam zam. kami cuma gie dewan makan, ambil la sebanyak mana yang mahu tanpa berebut2. Alhamdulillah. air zam zam.. errmmm sedapnyaaaaa. sejuk jerr masuk tekak.

jom jom balik bilik. mata dah tak boleh celik. kaki dah tak larat nak melangkah. boleh tido 2 jam before solat jumaatorang2 yang nak soping, silakan.. aku dah tiredd.. hanya nampak tilam bantal jerr
tapi aku tanak aarr tido atas katil enche affa. kalo tido kat atas katil dia, sure mimpi. mimpi plak pelik2 plak tu.. bukan mimpi hantu, tapi mimpi yang di luar jangkaan.. ada ke mimpi boleh di jangka? heheh tah. bukan sekali dua mimpi kalo tido kat atas katil enche affa, tapi every time tido, sure mimpi. maka jangan aarr tido atas katil dia. tido atas katil sndiri. masalahnya enche affa suke landing kat atas katil aku sebab tu aku terpaksa landing kat katil dia. katil yang lagi satu tu memang tak leh wat tido. barang2 penuh termasuk beg.

tunggu customer datangbawah jambatan ni le aku bersolat jumaat hari nijauh tu dari masjid. tapi nak wat ce mana, dah melempah2 orang. dah tak leh jalan ke depan dah. mujur jugak teduh walaupun cuaca panas. bukan datang lambat sebab tido tak hengat dunia tadi. aku dan enche affa dah datang 1 jam awal. macam biasa la. cuma, hari ni, luar biasa ramainya. semua tempat penuh. Alhamdulillah dapat bersolat jumaat di tanah suci. walaupun aku tak paham imam berkutbah. time ni.. baru rasa nak belajar bahasa arab.

bila nengok sape2 kat wheel chair, aku selalu berbangga dengan orang yang kena sorong ni. sebabnya.. kalo yang menyorong tu adalah suaminya.. alangkah baiknya si suami sanggup bersusah payah untuk isteri. bukan senang nak dapat suami yang baik hati yang sanggup bersusah payah untuk kita bila dah tua2 nanti. esok2 aku ni ce mana... nak ke enche affa bersusah payah macam ni..

bila tengok anak2 sama ada laki2 atau pompuan menyorong ibu atau ayah mereka.. bertuahnya diaorang dapat anak2 yang baik. sanggup bersusah payah untuk ayah dan ibu mereka. esok2 bila aku dah tua, armand, nak ke sorong aku cam diaorang tu.. entah.. wallahualam.

sampai kat lobby hotel, pekerja sibuk mengisi air zam zam untuk kami bawak balik esokesok dah nak balik. errrmmm cepat sungguh masa berlalu. sedar2 dah nak balik jerr...

lepas solat jumaat, aku sambung tido. tahap kesihatan aku makin merosot. batuk sejak 4 hari lepas makin teruk. suhu badan makin panas. anggota badan lemah longlai. enche affa suruh aku buke puasa jerr.. aku sayang betul nak buka puasa. selagi aku rasa mampu, insya Allah aku akan terus berpuasa.

hari ni, aku tak gie ke masjid untuk berjemaah solat asar. rasa tak bermaya segalanya. di tambah pulak dengan cuaca terik. aku sedar masa enche affa nak ke masjid. elok saja azan asar berkumandang, aku terjaga dari tido. alhamdulillah lega sikit.

pemandangan waktu magrib Alhamdulillah petang ni, di beri kekuatan untuk berjemaah di masjid. lepas berbuka dan solat maghrib, aku dan enche affa balik ke hotel untuk makan. aku tak lapar. cuma dahaga jerr.. bergelas2 air zam zam melalui tekak aku. Alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk aku.

seperti malam2 yang lain, lepas jerr balik dari terawih, enche affa akan beli ice cream. memang nikmat. malam ni, kira malam terakhir la menikmati ice cream di bumi mekah ni. esok dah nak balik.

malam ni, enche affa tido di masjidil haram. aku tak ikut sebab kesihatan aku masih tak mengizinkan. tempat yang enche affa nak gie, jemaah pompuan tak leh gie. maka, aku dok kat bilk jerr la..

ni, pemandangan di tingkat paling atas masjidil haram
aktiviti pembinaan giat berjalan tak kira masa. masa solat jerr berhenti. then sambung semulaaktiviti tersendiritidoorang ramai bertawafbanyaknya tong air zam zamtersusun rapipembersihan di lakukan di dataran baitullahdengan cara macam ni jerr dataran dapat di bersihkan. kalo nak tunggu masa orang tak ada, memang la tak ada.

gambar mahal nih
Bila lagi nak datang sini lagi.. Insya Allah, 1 daywalaupun sesak dengan orang, walaupun aku tak larat, demam berkali2, walau pun panas terik, insya Allah aku akan datang lagi dan lagi dan lagi.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment