Showing posts with label Apple galatte. Show all posts
Showing posts with label Apple galatte. Show all posts

04 June 2010

wajah kekasih



aku kan.. memang hangin. bukan hangin kus kus tapi hangin puting beliung dah ni dgn yang kat melaka tu.. kalo ikut planning bulan april hari tu 4 jenis pcb aku nyer radio dah siap. tapi sampai ke la nih.. habuk pun tarak. call cakap lain. email tulis lain. sampai aku pun tak tau nak kata apa lagi. cakap tak pernah betul. aku dah bagi schedule & aku dah bagi penalty. kalo lambat gak hantar ni... memang aku tak tau nak kata apa lagi dah.

macam hari ni, janji nak hantar audio board, 200pcs on week 23. sampai 5.30pm tadi, habuk pun tarak. aku nyer bos & bos kepada bos aku pun dah tau dah aku memang hangin tahap gaban dah dengan diorang tu....

weeeiii aku nak deliver 350 radio on 2nd july tau takkkkkkkkkkkkkk. nak assemble lagi.. nak test lagi. nak burn la.. nak watertighness la.. nak drop la.. nak glue la.. nak acceptance la.. nak customer sw la.. nak QA lagi. macam2 woooooo nak kena wat... ingat sampai pcb then skru2, glue2 masuk kotak, hantar? wah, begitu emo aku nih.. arr aku emo. selsema la pulak hari ni.. dah lama tak selsema.. sakit hidung & sakit kepala. bersin tak henti plak tu.. dari pagi, bawa ke tengah hari.. sambung ke petang. then dah malam2 cam ni pun keep bersin tak henti lagi ni.. ce mana ni....

aku salah bajet arrr today.. memang aku tau mak akan sampai kl petang ni.. angah ambil mak kat jalan duta. ok la.. settle satu hal. then dia akan hantar mak kat umah abang dia, a.k.a pak ngah aku la tu.. so, esok pagi aku dengan aktiviti2 aku la.. berjalan cam biasa. tak de la berlaku something yang luar biasa...

tapi opah & mak wah lom sampai. dijangka esok tengah hari baru la diorang sampai kl. man tuko plan la pulak. mak aku pun malas la nak g umah pak ngah malam ni.. sebab kalo pi umah pak ngah, dia akan static kat situ.. maka, angah pun suke la tak gi kuchai. malam ni, dia nak melepak di umah anak dia yang terchenta nih.

tapi aku ada sikit masa-elah. semalam aku ada wat project sikit sampai ke tengah malam.. so, pagi tadi tak sempat nak kemas. boleh pitam mak kalo tengok bilik aku nih. moral of the story, balik opish kena settlekan apa2 yang patut. rosak aarr program aku petang ni.. ingat nak merayap gie jj balik keje.. plan tak menjadi la pulak.

aku ngan bangganya rojer kat angah, suruh dia antar mak malam2 sikit. bawak arr mak gie jenjalan mana2 dulu or lepak kat umah dia ke... heheheh bagus betul aku nyer idea kan kan kan. biasa aarr nak idup. nak cover sebenarnya.

memang bagus sangat2 bila angah call aku dalam pukul 5.30pm, sama ada aku nak tgok wayang ke tak. pucuk di cita ulam mendatang. ni namanya rezeki jangan di tolak.. tapi aku malas join. hahaha tak de kena mengena pun. tapi ok la... boleh aku on project2 aku.

waduh waduh. bawak mak pi tengok wayang? #%@$*&% aku pun tak pernah terpikir nak bawak mak pi tengok wayang. mujur mak aku ni orait jer... aku malas nak join, walaupun di offer. mana bleh join, nanti sape nak wat housekeeping. hahahha.. mana bleh kantoi maaa.

angah bawak mak tengok citer nih.. citer jiwang karat ni yang dia bawak mak tengok... then angah cakap.. ok apa.. layanzzzz. yerr la tu.. layan la dua beranak citer jiwang2 cenggitu kat wangsa walk tu. aku pun lom pernah gie tgok wayang kat situ.. tak pe.. one day sampai la kat situ..

aku tak kisah sangat nak gie man nyer weeding ni. ok jerr.. walaupun aku ni agak allergic nak gie kenduri. dari kecik sampai la ni aku kureng berminat nak gie kenduri. entah! aku pun tak tau. aku sebenarnya lemah betul nak bermalam kat sana. tapi dah cadangnya macam tu.. nak wat ce mana... aku cuma harap aku tak terserempak dengan sesapa yang aku kenal. tu jer... sebab aku tak leh buat2 tak kenal pada orang yang aku kenal. lakonan tak menjadi maaa.... walau pun aku ni tak berapa mesra alam sangat.. tapi aku tak boleh nak men-tak-kenalkan orang2 yang aku kenal. hahhaha.. fuyoooo 'mentakkenalkan' tu.. new word okeh! dewan bahasa boleh mempertimbangkan this new perkataan.

sempena mak aku datang malam ni, aku rajin sikit jer... ni aarr yang aku masak.. kalo nak masak nasi & lauk pauk pun.. angah dah sedia bawak mak makan dah before datang ke umah aku ni.. so, moral of the story aku merajinkan diri sikit wat apple galatte. lagi pun mak, angah & cik norma, mana pernah rasa lagi apple galatte ni. tapi, malam ni tak de chocolate syrup okeh! yang ni pulak, special menu untuk aku... hanya orang2 yang special macam aku jerr yang boleh makan cenggini. special a.k.a malas. hehhe. sama macam semalam. bezanya ada ayam kfc malam nih.
ni, mak aku bawak untuk anakdanya yang terchenta.
kerepek pisang. lama betul tak dapat kerepek pisang cenggini. kerepek pisang paling sedap di muka bumi. nobody can't challenge my mum or my opah nyer kerepek pisang. sekali mengunyah, tak leh berhenti maa.

Wajah Kekasih - Siti Nurhaliza

ku Menyaksikan Dedaun Kekeringan
Gugur Ke Bumi
Gersang Tiada Penghuni

Tiada Mentari
Awan Kesuraman
Bagaikan Waktu Yang Terhenti

ku Menyaksikan Seraut
Wajah Cinta
Yang Kehampaan
Tiada Lagi Bermaya

Kini Kehilangan Sebuah Harapan

Bagaikan Cinta Yang Terkubur

Adakah Mungkin
Untukku Menghindari

Gurisan Kasih
Luka Di Hati
Jiwaku
Resah
Apakah Kesudahan

Kecewa Ataupun Bahagia
Ooo

ku Yakinkan Diri Demi Rinduku

Penawar Hanya Dari
Wajah Kekasih
Walaupun Rintangan Datang Menduga

ku Tempuhinya
Kerna Cinta Membara

Ooo

Mimpi Yang Indah

Jelmalah Dalam Nyata

Wajah-
Wajah Kekasih
ku Mengharapkan Ikatan Kemesraan

Antara Kita Akan Terlaksana Jua

Walaupun Impian Dalam Kekaburan

ku Yakin Padamu
Oh Tuhan




hanya ada satu wajah yang sering berlegar di minda dan melekat di jiwa. wajah siapakah itu...
kura2 dalam perahu.. jangan pura2 tak tahu okeh!





....from kekwa22 with love....

18 May 2010

mengulit kenangan

kat opis hari ni tak de la bz sangat. macam biasa jer.. suam2 kuku. sumer under control. biasa2 jer...

aku teringin nak masak sumthing petang ni. tapi aku tak tahu nak masak apa. dah lama dapo tak berasap. eehh ada asap ke? mana ada weeii. tengah hari tadi cadang nak buat puding chocolate. tapi bila dah petang2 cam ni.. rasa macam tak best la plak. cam nak tuko lain jerr.. tapi apa yerr nak di masak... penat dah pikir nih.

last2 aku jumpe this recepi. apple galatte. layan jerr la.. tapi aku dah adjust sikit dia nyer resepi sebab resepi asal ni, nampak tak menarik. hahaha. ske ati aku jerr. marah tuan punya resepi.. then aku letak nutmeg & cinnamon powder serta sedikit gula. masa tengah bake tu, sedap giler bau dia. wangi jerr..

masa aku kuarkan dari oven, ogie balik. dia jerit dari pintu depan, 'ina masak apa ni, wanginya bau' memang semerbak bau dia. haaa ni la bau apple galatte. senang giler nak buat. semudah ABC.
pic kecik ni, dari resepi asal. mana lebih menarik. yang ori or yang aku nyer? masa nak tunggu apple galatte ni sejuk, aku buat chocolate syrup. sebabnya.. rasa macam lagi best kalo ada syrup. syrup yang paling senang nak buat adalah chocolate syrup la apa lagi..

mulanya nak wat apple syrup, tapi, lambat la plak.. kena masak2 nak kena bagi pekat la.. kena sejukkan lagi. lambat-lambat mana bleh tunggu.. dah la baunya mengancam. resepi asal tak de syrup2 ni. aku jerr yang memandai2 tokok tambah.

makan time. jom jom kita rasa.. ermmm best2. len kali boleh wat lagi. rangup & sweet sour. memang best makan dengan chocolate syrup. tak sia sia modified resepi. alhamdulillah.
biasa ogie tak layan mende2 cam ni, tapi malam ni, dia terpesona dengan bau. hahaha. tak kenal maka tak cinta.

petang tadi, my boss ask me to buat kuih badak berendam kat dia. sebabnya dia suka kuih tu. nak tahu ce mana badak berendam?

cenggini la rupa dia. badak berendam.
kalo nak tengok yang real, pi zoo negara. nanti kalo aku senang2 aku buat kuih tu. sebab nak cari fresh santan nak kena gie area2 petronas. aku malas nak gie area sana time2 balik kerja.

mana kak norma ni... tak sampai2 lagi dari jakarta bandung. aku dah rindu nih kat dia. kata balik hari ni. may be malam2 sikit baru sampai kot. kalo dia ada, baru la meriah.

jom layan lagu ni. best gak.. lagu jiwang. lagu yang tengah berkumandang sekarang ni...

Megulit Kenangan - Data

Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Biarpun telah engkau calarkan...
Kuntum-kuntum rindu

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...

Bukanku mengungkit kisah lama
Sekadar mengulit kenangan
Kasih sayang yang kita semai
Ketandusan...

Mengapa terjadi perpisahan
Di kala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar
Kegelapan...

Rela aku begini dan terus begini
Merawati kelukaan...
Semoga suatu hari ada sinar sang suria
Menerangi..

Tiada guna ku tangis ratapi perpisahan
Yang berlalu biarkanlah...
Kerna aku percaya sebalik kedukaan
Ada bahagia...

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...
Menyapalah derita..



malam ni, baru aku dapat idea nak connect my henpon to speaker. selama ni tak terfikir pun nak wat cenggitu. baru dapat idea. apa la.. dah berzaman. baru dapat idea. baru best nak dengar. personally aku rasa henpon nokia, walau pun specs dia bagi tahu stereo, sebab henpon ni xpress music. purposely untuk orang2 yang dengar music, tapi sony nyer henpon, walau pun bukan model start from w, dia nyer sound lebih best.. tapi wait a minute, bila sambung dgn aku nyer edifier, baru la mantap. boleh memekak malam2 cam ni. hahhaha...





....from kekwa22 with love....