04 June 2010

wajah kekasih



aku kan.. memang hangin. bukan hangin kus kus tapi hangin puting beliung dah ni dgn yang kat melaka tu.. kalo ikut planning bulan april hari tu 4 jenis pcb aku nyer radio dah siap. tapi sampai ke la nih.. habuk pun tarak. call cakap lain. email tulis lain. sampai aku pun tak tau nak kata apa lagi. cakap tak pernah betul. aku dah bagi schedule & aku dah bagi penalty. kalo lambat gak hantar ni... memang aku tak tau nak kata apa lagi dah.

macam hari ni, janji nak hantar audio board, 200pcs on week 23. sampai 5.30pm tadi, habuk pun tarak. aku nyer bos & bos kepada bos aku pun dah tau dah aku memang hangin tahap gaban dah dengan diorang tu....

weeeiii aku nak deliver 350 radio on 2nd july tau takkkkkkkkkkkkkk. nak assemble lagi.. nak test lagi. nak burn la.. nak watertighness la.. nak drop la.. nak glue la.. nak acceptance la.. nak customer sw la.. nak QA lagi. macam2 woooooo nak kena wat... ingat sampai pcb then skru2, glue2 masuk kotak, hantar? wah, begitu emo aku nih.. arr aku emo. selsema la pulak hari ni.. dah lama tak selsema.. sakit hidung & sakit kepala. bersin tak henti plak tu.. dari pagi, bawa ke tengah hari.. sambung ke petang. then dah malam2 cam ni pun keep bersin tak henti lagi ni.. ce mana ni....

aku salah bajet arrr today.. memang aku tau mak akan sampai kl petang ni.. angah ambil mak kat jalan duta. ok la.. settle satu hal. then dia akan hantar mak kat umah abang dia, a.k.a pak ngah aku la tu.. so, esok pagi aku dengan aktiviti2 aku la.. berjalan cam biasa. tak de la berlaku something yang luar biasa...

tapi opah & mak wah lom sampai. dijangka esok tengah hari baru la diorang sampai kl. man tuko plan la pulak. mak aku pun malas la nak g umah pak ngah malam ni.. sebab kalo pi umah pak ngah, dia akan static kat situ.. maka, angah pun suke la tak gi kuchai. malam ni, dia nak melepak di umah anak dia yang terchenta nih.

tapi aku ada sikit masa-elah. semalam aku ada wat project sikit sampai ke tengah malam.. so, pagi tadi tak sempat nak kemas. boleh pitam mak kalo tengok bilik aku nih. moral of the story, balik opish kena settlekan apa2 yang patut. rosak aarr program aku petang ni.. ingat nak merayap gie jj balik keje.. plan tak menjadi la pulak.

aku ngan bangganya rojer kat angah, suruh dia antar mak malam2 sikit. bawak arr mak gie jenjalan mana2 dulu or lepak kat umah dia ke... heheheh bagus betul aku nyer idea kan kan kan. biasa aarr nak idup. nak cover sebenarnya.

memang bagus sangat2 bila angah call aku dalam pukul 5.30pm, sama ada aku nak tgok wayang ke tak. pucuk di cita ulam mendatang. ni namanya rezeki jangan di tolak.. tapi aku malas join. hahaha tak de kena mengena pun. tapi ok la... boleh aku on project2 aku.

waduh waduh. bawak mak pi tengok wayang? #%@$*&% aku pun tak pernah terpikir nak bawak mak pi tengok wayang. mujur mak aku ni orait jer... aku malas nak join, walaupun di offer. mana bleh join, nanti sape nak wat housekeeping. hahahha.. mana bleh kantoi maaa.

angah bawak mak tengok citer nih.. citer jiwang karat ni yang dia bawak mak tengok... then angah cakap.. ok apa.. layanzzzz. yerr la tu.. layan la dua beranak citer jiwang2 cenggitu kat wangsa walk tu. aku pun lom pernah gie tgok wayang kat situ.. tak pe.. one day sampai la kat situ..

aku tak kisah sangat nak gie man nyer weeding ni. ok jerr.. walaupun aku ni agak allergic nak gie kenduri. dari kecik sampai la ni aku kureng berminat nak gie kenduri. entah! aku pun tak tau. aku sebenarnya lemah betul nak bermalam kat sana. tapi dah cadangnya macam tu.. nak wat ce mana... aku cuma harap aku tak terserempak dengan sesapa yang aku kenal. tu jer... sebab aku tak leh buat2 tak kenal pada orang yang aku kenal. lakonan tak menjadi maaa.... walau pun aku ni tak berapa mesra alam sangat.. tapi aku tak boleh nak men-tak-kenalkan orang2 yang aku kenal. hahhaha.. fuyoooo 'mentakkenalkan' tu.. new word okeh! dewan bahasa boleh mempertimbangkan this new perkataan.

sempena mak aku datang malam ni, aku rajin sikit jer... ni aarr yang aku masak.. kalo nak masak nasi & lauk pauk pun.. angah dah sedia bawak mak makan dah before datang ke umah aku ni.. so, moral of the story aku merajinkan diri sikit wat apple galatte. lagi pun mak, angah & cik norma, mana pernah rasa lagi apple galatte ni. tapi, malam ni tak de chocolate syrup okeh! yang ni pulak, special menu untuk aku... hanya orang2 yang special macam aku jerr yang boleh makan cenggini. special a.k.a malas. hehhe. sama macam semalam. bezanya ada ayam kfc malam nih.
ni, mak aku bawak untuk anakdanya yang terchenta.
kerepek pisang. lama betul tak dapat kerepek pisang cenggini. kerepek pisang paling sedap di muka bumi. nobody can't challenge my mum or my opah nyer kerepek pisang. sekali mengunyah, tak leh berhenti maa.

Wajah Kekasih - Siti Nurhaliza

ku Menyaksikan Dedaun Kekeringan
Gugur Ke Bumi
Gersang Tiada Penghuni

Tiada Mentari
Awan Kesuraman
Bagaikan Waktu Yang Terhenti

ku Menyaksikan Seraut
Wajah Cinta
Yang Kehampaan
Tiada Lagi Bermaya

Kini Kehilangan Sebuah Harapan

Bagaikan Cinta Yang Terkubur

Adakah Mungkin
Untukku Menghindari

Gurisan Kasih
Luka Di Hati
Jiwaku
Resah
Apakah Kesudahan

Kecewa Ataupun Bahagia
Ooo

ku Yakinkan Diri Demi Rinduku

Penawar Hanya Dari
Wajah Kekasih
Walaupun Rintangan Datang Menduga

ku Tempuhinya
Kerna Cinta Membara

Ooo

Mimpi Yang Indah

Jelmalah Dalam Nyata

Wajah-
Wajah Kekasih
ku Mengharapkan Ikatan Kemesraan

Antara Kita Akan Terlaksana Jua

Walaupun Impian Dalam Kekaburan

ku Yakin Padamu
Oh Tuhan




hanya ada satu wajah yang sering berlegar di minda dan melekat di jiwa. wajah siapakah itu...
kura2 dalam perahu.. jangan pura2 tak tahu okeh!





....from kekwa22 with love....

2 comments: