Showing posts with label eliche. Show all posts
Showing posts with label eliche. Show all posts

14 June 2011

penat

hari ni, awal sket.. jalan cam biasa le.. sukar untuk di jangka..

bz aarr kat opis hari ni. penat aarrr.. aarrggghhhhh. macam2 wat. al maklom la.. kat line dah tinggal berapa orang jerr lagi, so, kena la support.

Alhamdulillah, mujur tangan kanan enche affa tidak ada sebarang masalah kecuali keretakan lama pada tulang bahagian pergelangan tangan dia. Syukur pada tuhan.

wah.. tak sangka peach trifle aku mendapat sambutan menggalakan dari opismate enche affa.

malam ni, aku wat menu malas2 jerr... lagi pun malam ni, enche affa nak gie jumpe kawan dia. so, kena masak sumthing yang senang jerr... nanti, lambat plak dia kuar. tapi lambat gak dia kuar sebabnya dia memang berchenta jerrrr nak kuar umah sekarang ni...

ni aarr our dinner malam ni.
ayam ni, aku dah perap sejak semalam lagi. so, balik keje.. terus jerr panaskan oven dan biarkan dia masak sendiri. sementara nak nunggu 30 minit, boleh le wat apa2 yang patut. weeiii lembut giler ayam nih... best gituuuuuuu.... moral of the story, boleh wat lagi..

aarrgghhh penatnya.. mata pun dah tak leh celik dah.. jom jom tido.


....from kekwa22 with love....

07 January 2011

yey yey esok saturday

hari ni aku memang hepi.. best2.. sebabnya.. esok kan saturday.. yey yey cuti. penat dah otak aku dok wat docs.

esok mak datang kl. best2. bas dia pukul 9.30am. mak plak tak berapa sihat. dia demam & batuk. kesian mak.. dia ambil padi la nih. banyak jugak yang pokok2 padi yang mesin tak potong. tempat yang mesin u-turn tu... tak kan padi yang kekuningan tu nak biarkan cam tu jer... tu yang mak potong sendiri.. kalo potong jer tak per.. tapi mak angkut padi tu balik umah.. yer la nak simpan kat mana lagi... penuh la porch tu dengan padi serta jerami padi. ayam tengok padi pun dah tak selera nak makan. al maklumlah banyak. kesian mak.. padi berat2 tu angkut sorang2.

masa cakap ngan tadi dia cakap dah siap dah sumer.. mak ooii dalam masa 5 hari mak pulun sensorang. memang la penat. wat keje berat.. alasan mak senang jer.. kalo dia tak wat.. sape lagi yang nak wat.. kalo nak tunggu abang lim balik.. mak pun kesian kat abang lim penat balik keje nak wat keje tu.. lagi pun kalo tunggu abang lim, sure buah2 padi jadi anak2 pokok padi pulak.. sebab ada jugak kawasan2 yang pokok padi dah tumbang.. dan tanah berair. aku rasa mak2 orang len yang sebaya ngan mak aku.. tak wat dah kerja2 cam ni.. kalo tak bagi mak wat bendang, dia cakap.. dia dok umah nak wat apa? lagi la boring dok sensorang n tak ada apa2 nak wat.. bila ada apa2 nak wat.. sampai demam2 plak... Ya Allah.. engkau berilah kesihatan yang baik pada mak.

aku cadang nak wat suprise kat mak.. sebabnya.. birt

pagi tadi aku gie melawati bayo saman mpaj. mujur ada kaunter kat medan selera melawati.. tak de la aku kena pi cari kat pandan. kalo ikut kat surat saman, aku kena bayo lima ploh henget. tapi masa kat kaunter.. orang tu cakap.. dua ploh henget. wahh.. memang best.. tapi walau apa pun aku memang dah insap.. wakakka.. dengan dua ploh henget tu.. boleh makan mc d 2 kali taw...

dah alang2 kat melawati.. aku singgah bagus. misi utama aku ialah gie beli tepung hong kong. aku nak wat kek lapis.. beli jerr dulu.. angin rajin baru aku wat.. tunggggggggggu.. cumanya yang tak ada kat umah ni adalah horlick jer... kalo tak, sah malam ni kalo aku rajin tahap dewa.. boleh wat dah..

tengah hari aku gie k4. misi utama ialah memenuhi permintaan pah. beli present sempena perkahwinan cucu dia. last2 aku plak yang memborong.. hehhehe.. tak sengaja.. tak pasal2.. errr len kali pun nak beli gak.. dah alang2 berkenan.. rembat jer.. bukan untuk aku, tapi untuk mak & adik2 aku.

hari ni aku dapat novel yang aku dok cari selama ni... memang jadi ulat buku la aku sejak dua menjak ni. dapat plak diskaung lapan henget.. memang la senyum sampai ke telinga.

malam ni.. ni menu aku. eliche goreng ngan tuna. setel
bahan
eliche secukupnya di rebus hingga lembut dengan campuran garam & minyak
buncis secukupnya
1 batang carrot
1 tin tuna mayonnaise
2 biji cili di belah dua
2 tangkai daun saderi di potong halus
1 sudu serbuk pati ayam
bawang besar di potong dadu
minyak zaitun untuk menumis

kekdahnya
panaskan minyak, tumis bawang hingga layu. masukkan eliche dan serbuk pati ayam. kacau hingga sebati. masukkan buncis, carrot serta tuna. masak sebingga buncis sedikit layu. then hidangkan.. sedap plak aku rasa. may be sebab dah lama tak wat menu orang malas macam ni..



....from kekwa22 with love....

21 October 2010

jom count

yey yey yey.. dah tak sabo dah nak gie kinabalu. lagi 3 hari lagi.. yes! yes! last sekali gie cuti2 bulan 5. tapi gie kota bharu jerr..
jangan jeles yeeeee...

aku balik opis time azan maghrib berkumandang. lama dah tak balik time2 ni.. bz aarr today.. menyiapkan proposal. ada lagi 5% lom dapat quotation. cepat la reply.. pls2.. sikit jerr lagi nak complete ni.. tapi

esok kena wat comei2 line cable. becoz mat saleh belgium nak visit. kena la tunjuk la betapa hebat lagi canggih serta sophisticatednya line aku tu... wakkaka.. mesti la kan.. nak tunjuk capability ste nak wat product diorang. tapi part2 cable diorang.. biasa2 jerr.. yang dok wat ni lebih canggih dari yang dia punya.. hehehhee... aku rasa macam senang jerr.. dia nyer drawing. walau pun banyak jenis.

ni, my menu malam ni.. eliche goreng gaya bebas.sesapa kalo nak wat menu2 segera cam nih.. silakan

bahannya
eliche secukupnya..
2 kelopak broccoli besar di potong kecil
150g cendawan tiram
1 batang carrot di potong kecil
2 sudu kecil oregano
2 sudu serbuk pati ayam
udang sesuka ati di buang kulit
1/2 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
olive oil untuk menumis

kekdahnya
rebus eliche hingga lembut.toskan air. panaskan minyak. tumis bawang hingga layu. masukkan kesemua bahan2 dan kacau sebati hingga masak. angkat. ready untuk di makan.

malam ni.. aktiviti utama kemas2 bilik & vacum. sambil cari2 pattern2 yang seswai nak wat langsir. sebenarnya aku tak agree sangat kaler yang angah pilih. puas aku pujuk amik kaler len.. tapi dia not agree. di sebabkan tak larat dah nak argue dgn dia. maka, ok la.. lagipun dia sponser.. maunya dia tarik balik nanti.. kan ke naya jerr. so, ok la..

pesal yerr ujan sekejap2.. tapi ok la jugak kan sebab kurang sikit jerebu.

apa yerr makna poyo.. hehhehe..

Jangan Menangis Sayang - Safura & Oney
Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati






....from kekwa22 with love....