28 July 2014

1 Syawal 1435

sekejapnya masa berlalu... last post 1 Ramadan dan posting berikutnya 1 syawal. sebulan tu.. Tapi sangat2 cepat rasanya.. rasa masam baru 1 week berlalu. cepatnya...

Sangat pantas ramadan meninggalkan kita. sedih betul.. entah merasa lagi ke tak bulan ramadan tahun depan. Seronok Ramadan kali ni.. pengalaman yang lain dari tahun sesebelum ni.. semuanya kerana kerinduan berpuasa di di kedua-dia Haram. Mudah-mudahan kami akan berpeluang lagi ke sana berkali2. Ya Allah, jemputlah kami sekeluarga. Murahkan rezeki kami, lapangkanlah masa kami dan sihatkanlah tubuh badan kami agar kami dapat ke sana lagi dan lagi. Sesungguhnya kerinduan itu tiada penghujungnya.

Akhir sekali, Doakan agar kami apat merasai nikmat Ramadan untuk tahun depan dan tahun2 seterusnya.

Mohon maaf andai ada salah silap yang mengguris hati, makan dan minum mohon di halalkan.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga

 

 
 ....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

29 June 2014

Salam 1 Ramadhan 1435

Assalamualaikum


Alhamdulillah bulan yang di nanti2 tiba jua. Alhamdulillah dengan nikmat usia yang Allah SWT kurniakan. Ramadhan yang di rindui kini menjelma. Ramadhan kali ni, Insya Allah akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sesebelum.

Banyak plan telah di susun untuk mengisi keindahan Ramadhan. Semoga apa yang di rancangkan akan dapat di laksanakan dengan sempurna. Insya Allah. Kami merancang kepada Allah kami serahkan agar kami dapat melaksanakan.

Menjelang ramadhan. rindu itu datang. rindu yang mengasak jiwa. rindu yang tiada kesudahan. Malah rindu itu semakin mengasak jiwa. Ya Allah permudahkanlah. Jemputlah kami Ya Allah. Murahkanlah rezeki. Mudahkanlah perjalanan jemputlah kami lagi dan lagi. Kami merindui saat2 di sana.. Sangat rindu....

 Selamat menjalani ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Semoga segala perjalanan amalan kita akan di permudahkan dan di berkati.

Mohon maaf atas segala salah dan silap. Selamat menjalani ibadah puasa
















 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

14 May 2014

terlupa atau lupa

sekian kali.. arakian alkisah, maka tersebutlah hikayat sang purba.. bila mana aku merapu tah apa2..

setiap orang di kurniakan pelbagai anugerah istimewa yang harus di syukuri sama ada sedar atau pun tidak. ianya adalah hadiah daripada Allah swt untuk hambanya.. bersyukurlah sekiranya kita sedar yang itu adalah anugerah daripada Allah. semoga sesiapa yang belum sedar, usahlah ber'nasib baik' itu dan ber'nasib baik' ini. kepelbagaian nasib baik boleh di cipta.. setiap apa yang berlaku pada kita semuanya di bawah kekuasaan Allah swt.

arakian alkisah bahawa manusia itu terlupa adab2 komunikasi, bersopan santun dan menghormati dalam perhubungan antara sesama makhluk. terlupa atau sengaja melupakan adalah sesuatu yang berbeza. sengaja dalam konteks menunjukkan kehebatan or kekuasaan ataupun veto.. or paling mudah ingin menunjukkan keegoan. mungkin kerana ingin menunjukkan hebatnya..

sebenarnya terasa kesian sangat2 sebab terpaksa menipu diri sendiri. kesian betul. tak sedarkah? bukankah insan yang hebat itu sanggup mengakui kelemahan diri sendiri? mungkin tak cukup hebat atau kurang hebat. mana paling ramai pengikut, jari yang menunding ataupun jari yang tidak menunding?

mungkin kurangnya pendedahan tentang adab sopan sesama manusia. mungkin tidak di ajar. mungkin di ajar, tetapi terlupa. terlupakah tentang komunikasi berkesan yang telah di pelajari bertahun tahun. terlupa atau lupa.

belajarlah menghormati antara sesama insan dan berbudi bahasa. tak rugi tapi ianya menaikkan martabat diri sendiri dan lebih di hormati.

mudah2an Allah tidak menarik nikmat 'ingatan' pada kita semua.


 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

05 May 2014

Satu permulaan

aku nak menulis.. menulis macam dulu2 tapi kenapa yerr jadi kekok segala. apa yang nak di tulis pun aku tak tahu.. macam mana nak mula.. segalanya.

kenapa ya.. jadi macam nih.. eemm may be sebab lama ku tak menulis. then tetiba aku pun tak tahu macam mana kekwa tetiba dah jadi putri nurksih. waahhh sangat pelik. hairan betul. tapi aku plak tak tahu macam mana nak tukar.. puas godek2 maka.. lantak la.. nak buat macam mana.. dah tak reti nak tukar. apa ada pada nama.. kan kan kan.. hakikatnya orang yang sama. biarlah confuse sekejap.

ada banyak perkara yang aku nak cerita.. tapi macam mana nak mulakan.. errmm aku masih lagi mencari2 kekuatan untuk menulis.. berbicara.. tentang travelog kehidupan.. satu persatu tentang perjalanan menuju keredhaan Ilahi. semoga segala usaha ku di berkati dan di redhai Allah swt.


.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

30 April 2014

Water Dispenser dan tolong menolong

Suatu pagi.. biasanya pagi dan sebelum waktu bekerja tamat, botol2 air hampir kosong atau pun hampir kosong. minta di isi..

Rutinnya biasa seperti sesebelumnya, pertolongan di minta. mana mampu kudrat seorang wanita untuk mengangkat sebotol air.

 Jawapan di terima, sangat menghampakan. Panjaaaaaaang omelan dan bebelan yang di terima. errmm aku akur dengan statment.

 Tunggu dan terus menunggu jika ada insan yang ingin berbakti. Alhamdulillah selepas sepuluh minit.. semuanya seperti sediakala. ramai yang memenuhi cawan, mug & tumbler masing2 sebagai bekalan ketika dahaga semasa menjalankan tugas. Alhamdulillah.

Tolong menolong. bukankah itu satu perbuatan yang baik? Bukankah perbuatan yang baik itu akan di kenang orang? Bukankah perbuatan baik itu akan di kurniakan ganjaran oleh Allah swt. Mudah bukan untuk mendapat ganjaran? tetapi kenapa di persiakan?


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi´ar-syi´ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keridhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. 
 - surah Al-Mâ´idah ayat 2



 ....from kekwa22 with love.... “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

16 April 2014

speechless

Dalam satu perjalanan.. sembang2..

sesuatu yang tak di sangka. pencerita menceritakan kepada aku, sebab hanya ada aku dan dia.
ceritanya.. bila mana dia berkata begini.

'abe, tak payah la dok bagi tazkirah kat aku. esok mati kubur lain2. kalo kubur mu sebelah kubur aku, pergi cakap dengan orang.. mu nak pindah. pi korek tempat lain. jangan duduk sebelah aku. lepas tu, orang yang di panggil abe, cakap.. mu jangan cakap macam tu'  begitulah akhirnya satu cerita.

terdiam aku. speechless. sungguh aku tak sangka. sangat2 tak sangka akan bait bait perkataan yang terkeluar. Masya Allah.. Subhanallah.. Astafirullahalazim itulah yang aku mampu ucapkan.. itupun hanya bergema di dalam hati. aku tak mampu untuk keluarkan apa2 perkataan.. sangat2 terkejut. segalanya berunsur riak dan sombong.

Aku? aku tak mampu membalas kata2 di akhir cerita. hanya tergamam. speechless. Ya Allah.. ampunkanlah aku sebab tak dapat nak komen apa2 bila statment sebegitu diutarakan.

Sungguh tak sangka. sebabnya bagi aku.. orang yang mengungkapkannya.. adalah seorang yang baik dan suka tolong orang. cuma selalunya bercakap dengan suara yang tinggi.

Masya Allah.. kenapa aku tak mampu untuk membalas kata2 sedemikian rupa. kenapa lidahku menjadi kelu? sungguh aku tak benarkan  ungkapan sedemikian rupa.

Ya Allah, ampunkanlah aku... permudahkanlah aku untuk berhadapan dengan insan2 sedemikian. lancarkanlah lidahku untuk berkata2. Semoga kami sekeluarga di jauhkan dengan sifat sedemikian.



....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

02 April 2014

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Emmm.. ce mana yerr nak mulakan.. nak mulakan pun dah tak tahu dari mana.. hujung pangkal dah tak tahu.. sebabnya terlalu lama meninggalkan bidang penulisan ni.. hhahah.. macam poyo jerr kan.. tapi itulah hakikatnya… Semoga Allah memberi ilham untuk aku menulis lagi…

 Hampir setahun berlalu.. banyak kisah telah berlaku. Sama ada sedar atau tidak, banyak sangat nikmat2 yang Allah kurniakan kepada aku dan keluarga.. sangat banyak hingga tak terhitung.. sangat2.. lalu.. bersyukurkah aku? Luluskan aku? Persoalan yang tak mampu aku sendiri menjawabnya.. mudah2an aku tergolong di kalangan orang2 yang bersyukur. Ameen.

Seringkali terasa yang diri ini leka dengan nikmat2 dari Allah swt. SubhanaAllah. Mudah2an sikap itu tidak menjadi teman sejati… semoga ianya di jauhi dari hari ini ke hari2 mendatang..

Semoga Allah mengurniakan nikmat umur kepada aku. Semoga hari ini lebih baik dari semalam….

 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 March 2014

kembalinya aku..

Lama tak berjengok.. lama tak di jengah.. errmm macam sama jerr tapi tu la hakikatnya... Bz ke? tak de la sangat2 bz. tapi mahmoood nak menulis hilang terbang entah ke mana.. tak de masa? sama jerr aku punya masa dengan orang lain. masing2 24 jam. tapi aku bagaikan tak pandai untuk mengurus waktu.

terasa sangat cepat masa beredar.. seiring dengan perubahan usia blog. lama dah kan... lately ni sangat sunyi.. tiada khabar berita.. setiapkali cuba untuk menulis, bagaikan tiada perkataan yang mampu di ukir. semuanya bagai ada satu block yang menghalang. baru dua tiga ayat, teros buntu.

sungguh seperti kehabisan idea untuk merapu membebel di sini. sebabnya hampir setahun tidak berkunjung.. maka kasih sayang kian pudar.. mungkin.. kalo dulu.. inilah teman yang paling akrab.

masa beredar zaman berlalu.. errmm pantas.. sangat pantas... In Sha Allah jika diizinkan dari NYa aku ingin kembali menulis.. Insya Allah...


....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

01 January 2014

Welcome 2014

Alhamdulillah .. di panjangkan umur dan di kurniakan nikmat kesihatan yang baik.. Ameen.

2013 yang di tinggalkan dengan segala macam cerita. Semuanya tak akan berulang lagi. Sekejap sahaja masa berlalu. Januari, febuary, mac, april, jun, julai, ogos, September, November and December. Macam lama jerr.. tapi sangat pantas masa berlalu. Sedar- sedar dah penghujung 2013.bertambahnya tahun bererti bertambahnya angka kehidupan di dunia ini. setahun demi setahun. Alhamdulillah syukur dengan nikmat iman..  

Welcome 2014. 2014 yang masih misteri. Misteri yang belum terungkap. Hanya tunggu ketikanya baru terungkai. Semuanya perancangan dari Allah swt. Siapalah aku untuk menghitung hari2 yang bakal berlalu.

Semoga tahun 2014 ni akan menjadi lebih baik dari tahun 2013. bye bye 2013


 
....from kekwa22 with love....
 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”