Showing posts with label sushi. Show all posts
Showing posts with label sushi. Show all posts

12 January 2013

sushi for today

hari ni, enche affa gie ambil gambo kat golf club subang. tinggallah mama dgn anak-anak nyerr kat umah. tengah hari jerr atok dah ajak abang gie kl. isyraf, sangat2 suke membaca. kalo jumpe buku lama dia membelek.. kalau ajar dia baca ABC, cepat jerr menyahut.

resepi hari ni, sushi. errmm lama betul tak wat sushi. sangat2 lama. habis segala skill.

errmmm boleh lerr.. melepaskan gian nak makan sushi sampai lebam kekekeke

 
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

30 July 2010

evolusi mee udang

malam tadi memang aku tido awal. dalam pukul 10.30pm dah tido. tapi baru je lelapkan mata.. dah mimpi yang pelik2 dan macam2. biasanya tido tak de la pulak nak mimpi.

pagi ni ada explaination sket. eermm.. terkejut beruk gak dgn penjelasan yang di beri. nak tahu ce mana beruk terkejut? cam nih..
abis tegak rambut dia macam kena letrik. ni citer kalo beruk yang terkejut la. kalo aku plak terkejut.. eerr tak yah le.. letak pic kat sini sebab comei sangat.. wakakak

sedih aarr pagi ni.. tah ce mana boleh jatuh pulak tutup mug. pecah berderai. dah tak leh sambung kembali... huhuu. mujur mug tak jatuh gak.. errmm sape arr nak sponser mug baru. mug tu dah 4 tahun dah guna.. ada sentimental value tau. beli kat kep-c lagi.

tengah hari ni, kira hari ini dalam sejarah la.. ita nak tahu ce mana nak wat sushi. so, wat sushi sesama la ngan ita. hari tu, ada teringin nak wat sushi. lagipun rice vinegar tu banyak lagi.. nanti expired cam tu jerr.. bila ita ajak wat sushi.. errmm memang la best. semua bahan2 dia dah ready.. tinggal nak masak jerr.. ni aarr hasilnya...bahan nak wat sushi
1/2kg beras pulut jepun
1/2 cawan rice vinegar
1 sudu kecil garam
2 sudu gula
kepingan seaweed
1 biji timun
1 biji carrot
crab fillet

kekdahnya
basuh dan masak beras pulut jepun bersama dengan vinegar, gula dan garam. letakkan air secukupnya. macam masak nasi jer.. lepas dah masak nasi.. bentang seaweed. yang berkilat letak bahagian bawah. lenyek2 di atas kepingan seaweed. letakkan timun, caorrot dan crab fillet. gulung ketat2 dan potong. maka jadik la.. senang jerr kan..

petang ni.. bungkus sumer radio. masuk kotak.. esok pagi dah nak berangkat ke morocco. mudah-mudahan selamat tiba tanpa sebarang masalah. cuma tinggal 1 bab jerr lagi.. burkina faso. ada dengar2 morocco nak lagi 600 tapi lom confirm dan satu lagi ada dengar diorang nak assemble radio kat sana. nak wat production di morocco. tapi lom confirm. kalo cam tu.. kena angkut la work bench dan test bench kesana. my boss said dengan aku2 kena angkut ke sana.. tapi hopefully diorang order jerr kat sini.. tak yah transfer production ke sana. anak2 buah aku ada mende nak di buat kat sini... lebih afdal cam tu.. hahaha

balik dari opis, aku gie jj ngan ita. apa lagi.. memborong barang dapo jerr.. ada banyak project2 yang aku nak wat. maklumlah dok sorang kan... tapi balik jerr dari jj.. tengok elok jerr kete kak norma parking belakang kete aku.. ermm best2. tak de la aku sorang2 lagi cam semalam...

bajet esok nak wat mee udang. satu lagi aku malas nak kuar umah esok. tapi dah jadi menu malam ni pulak. hehehe.. al maklum la ada geng nak makan. kalo makan sensorang sambil melangut tengok movie.. kekadang best.. tapi kekadang tu.. memang la sangat2 tak best.

ni aarr menu malam nih
bahannya

mee kuning secukupnya.. means malam ni aku berdua jerr ngan kak norma maka guna 1/2 bungkus jer.. tapi tak abis pun.. masih ada lagi... kalo celur 1/3 bungkus tadi pun ok. tapi kalo sesapa nak second round boleh jerr.. tapi rasanya aku tak kot dah full sangat2.

bahan2 untuk kuah
udang secukupnya.. kalo nak banyak letak la banyak2.. hahha... udang ni aku beli yang sekilo RM18 lebih.
1 biji ubi kentang sederhana besar di buang kulit dan di potong dadu
1 biji bawang
1cm halia
1 keping tauhu di potong 16 dan digoreng
2 sudu cili kisar
2 batang saleri
1 biji tomato di potong 6
1 sudu sos tiram
2 batang carrot yang kecil
8 batang japanese kailan (letak banyak sebab suke sayo banyak2) - guna sawi pun ok gak..
3 sudu besar sos cili
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula.
minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah

kekdahnya...
basuh udang bersih2. buang kulit kepala udang sahaja. lain2 part kena maintain. isi kepala udang tu biarkan cam tu. taik udang kena buang.. nanti hanyir... mesti tatau yang mana satu taik udang kan.. ala.. yang kaler kuning or oren tu.. sila buang okeh. aku rasa part ni la kot orang kata otak udang sebab kat kepala. tapi bagi aku.. tu taik udang.. hahha.. nasib aaarr nama apa pun... kalo tak buang bau hanyir dan tak best. isi kepala udang di asingkan dari badannya.. asingkan. kisar bawang dan halia.

panaskan minyak kedalam periuk yang sesuai, tumis bawang dengan halia hingga naik bau. masukkan cili kisar. masak sehingga naik bau. masukkan air untuk kuah. kisarkan bahagian kepala udang dan kentang. tuang ke dalam kuah. masukkan semua jenis sayuran kecuali kailan. masukkan sos cili & tiram, garam dan gula serta jangan lupa tomato ye.... biarkan hingga mendidih. masukkan udang dan kailan dan matikan api. biar jerr cam tu.. then gie solat maghrib okeh. hahhaha

aku tak suke udang masak lama.. kepanasan kuah dah cukup untuk masak udang.. bimbang kuah tak rasa udang? no hal la.. becoz tadi kan dah blen isi kepala udang.. sedap tau mee udang ni.. tak de la rasa cam mee udang yang di war2kan kat belah2 sana nun becoz aku rasa yang tu ada bau hanyir (ni aku jerr yang rasa cam tu, orang len aku tatau) dan janggut2 udang pun ada.. hish.. tanak aarr... masak sendiri lebih sedap.

tapi memang sedap. kalo tak caya cuba try test. kalo nak food testing pun masih ada lagi.. tapi tertakluk pada pindaan. mana la tau.. kalo kak norma second round. lepas dah kenyang perut suka hati la.. maka aku layan citer nih.. biarr la.. dah basi pun tak per.. aku lom tengok lagi... berdentum-dentum bunyi orang racing kat bilik aku.. hehehe.. asalkan tak menyusahkan orang tak perr... err sape kata tak menyusahkan.. ha.. nasib la.. dengan speaker yang macam nak runtuh rumah.. hahhahah ala... ilek aarr.. mana best kalo slow2. lagi pun mana ada sesapa nak study.. then speaker pun tak akan melayang punya... oppsss

'jangan aarr sedih.. nanti ina lagi bertambah2 sedih'






....from kekwa22 with love....

15 March 2010

tired!

hari ni hari yang penuh dengan masalah. ada masalah yang dah settle dan ada masalah yang tak boleh settle lagi. kena tunggu 3rd party nyer respon. bz tahap dewa today. tak sedar pun masa berlalu.


hari ni juga.. dapat new order - cable. total quantity 887pcs. cable ni susah arr nak assemble. masa aku bagi tau kat kak odah dapat new order. terus jerr kak odah cakap.. ina, ni cable lahanat. hhahaha.

new order juga untuk radio from indonesia. bukan trc5103 tapi trc5102.

aku dapat satu fax dari morocco. jenuh mengeja baru faham. mujur 1 jer.. ni dari batch 1. 1/300 ada masalah. kira ok la tu.. cuma diaorang ni tak bagi tau pulak apa masalahnya. at least kalo bagi tau. tak yah la aku dok tercari2 apa masa-elahnya. sajerr aarr diaorang tu nak buli aku. hahah. kalo bagi tau siang2 senang arr. terus jer focus masalah tu je.. takut aarr yang batch 2 nanti macam mana la kesahnya. sebab utama.. dah tau dah. mudah-mudahan semuanya ok. yang batch 3, baru ada 17/300. boss aku sengih jerr bila aku bagi tau status skrang dan betapa tak confidentnya aku M3 ni. dia pun sama arr...

petang ni aku masak. ni menu aku nyer dinner a.k.a menu berbuke puasa. rasanya dah lama aku tak wat sushi.
kat dapo kak norma dok bz2 masak. punya la beria2 masak malam ni. macam nak makan ramai. tapi nak makan sorang jer.. siap buat masak lemak rebung. sakit hidung bau rebung dah ni. aku plak seumo hidup tak pernah makan rebung. rasa pun tak nk.. tak teruja pun nak rasa.

letih arr sangat2.. tapi ada banyak lagi perkara nak di buat malam ni. kalo ikut hati malas dah.. tapi tah arr.. hope apa yang aku rancangkan dapat di laksanakan. kalo ikut hati nak landing jerr ni.. tapi kalo mata tak nak lelap.. tak de maknanya..









....from kekwa22 with love....