20 August 2011

Ya Allah, jemputlah aku datang lagi.... dan lagi.... dan lagi...

Alhamdulillah, kesihatan aku bertambah baik hari ni. beg pun dah siap packing. semua dah di bawa turun ke lobby. sedih giler nak meninggalkan bumi penuh barakah ni.. kalau boleh tanak balik.. tapi ini bukan tempat aku. may be one day mana tahu...

beg2 yang terhimpun kat lobbybiasanya lepas subuh, kami akan tido. pukul 10am pulak akan bangun dan siap2 untuk ke masjid. bukan kami jer... cam tu tapi menurut ustaz anwar, waktu tido penduduk kat sini, memang macam tu. tido selepas waktu subuh. lagipun kat sini, malamnya pendek. tapi tidak untuk hari ni. sebab kami akan meninggalkan kota penuh barakah ni. rindu betul kat armand. kalau telefon dia sepanjang kat sini, dia ceria dan hepi jerr kat kampung.

sebelum nak wat tawaf wida' aku ajak enche affa jalan2.. beli apa2 yang bekenan. sebabnya sepanjang kami berada kat kota madinah or kota mekah, tiada istilah soping wat kami berdua. kalo beli apa2 hanya on the way balik dari masjid jerr. kalo dah sampai bilik, then kuar semata2 nak gie soping, memang tak pernah. pergi masjid & balik, tu jerr aktiviti. kalo membeli pun, jubah2 untuk adik2, beli kat kedai on the way balik ke hotel fairuz kat madinah. mujur semua dah beli masa kat madinah. then beli kurama masa kat uhud. that all kot masa kat madinah.

kat mekah beli apa yerr... beli jus buah2an, ayam goreng 1 set dan setiap kali balik terawih, beli ice cream. so, aku ngan enche affa pun kuar aarr jenjalan sekitar hotel..

ni, motor askarbarang2 yang di jualpilih2kalo nak, pilih jerrrapat rapat
orang ramai dgn aktiviti masing2ni, hasil karya enche affatak de arr bangunan yang senget2 kat kota mekah nih... nanti sesapa datang mekah, nak tengok bangunan ni, tak ada pulak.. tak ke haru...

hasil jenjalan ni... kami hanya beli 2 buah buku jerr... buku pasal mekah dan buku pasal madinah. that all. tak berkenan aarr nak beli apa.

balik jer bilik, terus siap2 ke masjid untuk bertawaf wida'. ni, pemandangan pukul 10 lebih kat dataran kaabah. panas terik. kurang sket orang.
hajar aswadbelakang makam ibrahimnampak plak somebody kat sinimy boss la.. baju kaler len sket tu..

DOA KETIKA TAWAF WIDA’

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ القُرْآنَ لِرَادُّكَ إِلىَ مَعَادٍ ، يَا مُعِيْدًا أَعِدْنِي وَيَا سَمِيْعُ اسْمَعْنِي ، يَا جَبَّارُ اجْبُرْنِي , يَا سَتَّارُ اسْتُرْنِي ، يَا رَحْمَنُ ارْحَمْنِي يَا رَدَّادُ ارْدُدْنِي إِلَى بَيْتِكَ هَذَا . وَارْزُقْنِي الْعَوْدَ ثُمَّ الْعَوْدَ کَرَّاتٍ بَعْدَ مَرَّاتٍ ، تَائِبِينَ ، عَابِدِيْنَ ، سَائِحِيْنَ ، لِرَبِّنَا حَامِدِيْنَ ، صَدَقَ اللهُ وَعْدَهُ ، وَنَصَر عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ .

اللَّهُمَّ اکْتُبِ السَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ وَالْغَنِيْمَةَ لَنَا وَلِعَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالزُّوَّارِ وَالْغُزَاةِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِينَ فِي بَرِّكَ وَبَحْرِكَ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ أَجْمَعِيْنَ .

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي عَنْ يَمِينِي وَعَنْ يَسَارِي ، وَمِن قُدَّامِي وَمِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَمِنْ فَوْقِي ، وَمِنْ تَحْتِي حَتَّى تُوَصِّلَنِي إِلَى أَهْلِي وَبَلَدِي فَإِذَا أَوْصَلْتَنِي إِلَى أَهْلِي وَبَلَدِي أَسْأَلُكَ أَنْ لاَ تُخَلِيْنِي مِنْ رَحْمَتِكَ طَرْفَةَ عَيْن ، وَلاَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ .

اللَّهُمَّ کُنْ لَنَا صَاحِبًا فِي سَفَرِنَا ، وَخَلِيفَةً فِي أَهْلِنَا ، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوهِ أَعْدَائِنَا ، وَامْسَخْهُم عَلَى مَکَانَتِهِم فَلاَ يَسْتَطِيْعُونَ الْمُضِيَّ وَلاَ الْمَجِيءَ إِلَيْنَا .

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ بَيْتِكَ هَذَا , اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي وَمَا لاَ يَعْنِينِي مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَکَلَّفَ مَالاَ يَعْنِيْنِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيكَ عَنِّي .

اللَّهُمَّ مَتِّعْنِي بِبَصَرِي وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنِّي ، وَأَرِنِي مِنَ الْعَدُوِّ ثَأْرِيْ وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ ظَلَمَنِي . اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْکَسَلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّينِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ .

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّن عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا ، وَطَوِّعْنَا بَعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَکَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ وَالْوَلَدِ .

اللَّهُمَّ اطْوِ لَنَا الأَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْنَا الْسَّفَرَ. اللَّهُمَّ بَلاَغًا يَبْلُغُ خَيْرًا ، وَسِتْرًا مِنْكَ ، وَرِضْوَانًا بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ .

اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ ، وَاطْوِ لَنَا الأَرْضَ . اللَّهُمَّ اصْبَحْنَا فِي سَفَرِنَا، وَاخْلُفْنَا فِي أَهْلِنَا.

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِيْنِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya ;
Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) AI-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah daku ya Allah, Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah daku. Ya Allah Tuhan yang mengembalikan sesuatu, kembalikanlah daku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya.

Ya Allah! selamatkanlah kami, kurniakan kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, sama ada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya.

Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah daku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah daku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah! Janganlah Engkau jauhkan daku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

Ya Allah ya Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi daku menziarahi Baitullah, Ya Allah ya Tuhanku! cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi pertunjuk kepadaku. Daku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah daku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan daku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat daku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.

Ya Allah ya Tuhanku! kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteruku. Tolonglah daku daripada mereka yang menganiayai daku. Ya Allah ya Tuhanku! Daku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, takut menghadapi segala dugaan, kikir, kedekut, bergelumang di dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah ya Tuhanku! daku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan didalam perjalanan kami serta keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh. Engkaulah Ya Allah! menolong kami di dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami, Ya Allah! daku berlindung denganMu daripada segala kesusahan di dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan harta benda, keluarga dan anak. Ya Allah! sertakanlah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah Ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan dan permudahkan serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami, lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, sertailah kami dalam perjalanan kami , gantilah kami dan berilah pertolonganMu untuk memelihara keluarga-keluarga kami.

Ya Allah! Peliharakanlah didalam perjalanan kami dan gantikanlah kami di dalam memelihara keluarga kami, daku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

sedih betul. lepas jerr solat zohor, terus siap2 kumpul kat lobby. kitaorang menunggu kedatangan bas untuk membawa kami ke airport jeddah. sepanjang perjalanan, ustaz anwar bercerita mengenai tempat2 yang kami lalui.

kami singgah di masjid terapung, tersergam indah di laut merah.best kat sini. walaupun panas, tapi beranginthen kami dibawa pusing2 ke di kota jeddah. pesat membangun. dulu, jeddah adalah pusat pentadbiran. tapi sekarang ni, dah tuko ke riyadh

ni, salah satu istana rajasesungguhnya sangat banyak istana raja kat sini.

cantik betulraja arab saudi sekarangbas skolah dia, sama kaler ngan kat mesialepas pusing2 kami di bawa semula ke kawasan masjid terapung untuk berbuka puasa. best nya... suasana redup lagi berangin. tepi pantai la katakan.

menunggu waktu berbukeair pun dah surutmakanan yang di sediakanbukan kami jerr yang berbuka kat sini, rupanya ramai lagi. bersantai berkelah berbuka puasa kat sini
ni, dia makanannyamanunggu tibanya waktu maghrib sikit jerr lagiok, tunggu matahari ni, hilang di dasar laut jerrmatahari pun dah tenggelam, maka waktu maghrib dah tiba. jom jom kita berbukeperrgghhh... marbelesssssssssssssss. sambal untuk cicah ayam ni, sangat2 sedap

lepas makan, terus solat sekali lagi kat masjid terapung sebelum berangkat ke airport. dekat jerr airport dari sini.

lepas solat, aku berbual2 la dengan datin. sembang2. tah bila akan jumpe lagi. on the way tu, jumpe la dato' ustaz, then datin pun tanya ustaz 'dah sembahyang ke belum?' dato' ustaz jawab 'dah' lepas datin dah jalan dgn dato' ustaz, aku pun gie la kat enche affa, aku cakap kat enche affa, aku : ni, nak tanya sama macam soklan datin tanya ustaz
enche affa : yerr.. apa dia?
aku : dah sembahyang ke belum?
enche affa : loorrr ustaz pun kena tanya ke? dah le darling..

see, jawapan tak sama. tak mengikut skema datin. ehheheheh.

perjalanan di teruskan

gambar kenangan bersama ustaz anwarpassport pun dah di stampdi balai berlepas
sembang2 sementara nak tunggu masa berangkat. tak sabo nak jumpe sumer2 kat mesia.

jom jom jom

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment