29 March 2010
my konvo day
hari ni, hari bersejarah aku.. hari yang di tunggu2 telah tiba. walaupun sepatutnya on this date aku sekeluarga g jenjalan kat kinabalu. semuanya kensel sebab nak meraikan hari konvo aku. sayang sesemuanya..
aku memang tak bajet pun nak dapat bunga dari sesapa... memang tak terlintas pun dalam fikiran akan dapat bunga.. tah.. tak pk pun.
tapi bila king hulur this red roses. errmmm terharu tu... gembira.. tengkiu2.. aku memang suke red roses & orange roses. mmmuuaahhh. pastu aku wat 1 permintaan yang poyo. tak siyes pun.. hilang akal aarr tengah2 alam request. memang tersangat la poyo. hahhaha...
yang ni pulak roses dari angah, achik & abang lim. cayalah bila dapat orange roses. aku memang suke orange roses. mmmuuaahhh tengkiu2 adik2.masa beratur nak masuk dewan, aku jumpe ngan teman2 seperjuangan. abang wan cakap lepas kuar dewan nak lambung aku. siioott jerr. alasan dia ada 2. sebab aku paling kecik antara yati n kiah. hanya 3 orang jerr pompuan mechanical grad this semester. satu lagi alasan sebab aku yang masuk last, tapi grade awal.
masa beratur tu.. sembang2 la berapa rm yuran yang di bayo untuk completekan course. aku? untuk pakai this jubah & mortar board serta dapat yang nih..
rm17,600. perrgghh banyak tu.. yatie & kiah rm20k++ sama gak yang len2. perrgghh..
masa sblum masuk dewan.. memang hepi sangat2.. alhamdulillah semua orang yang aku sayang termasuk king ada di sisi kecuali adik. adik kena keje.. sbb dia masih baru keje tak leh nak cuti. dulu masa aku.
masa masuk dalam dewan.. wah.. rasa tak sangka.. aku sekarang ni berada dalam majlis konvo untuk diri aku. bila aku nampak abang lim lambai kat aku.. aku pun lambai kat dia... pastu rasa sebak. ujan mencurah2 dalam dewan. hope orang tak perasan. macam2 terbayang kat dalam kepala aku masa aku pandang pentas . akhirnya segala kepayahan dapat aku harungi. terima kasih ya Allah kerana di beri kekuatan untuk aku mengharunginya.
aku tak tau knp semuanya terbayang di ruang mata.. masa mula2 aku daftar nak belajar. kat dewan ni jugak le... masa daftar berdua. tapi masa konvo, sorang. mula 1st sem kelas kat cosmopoint. tak selesa betul. rasa cam belajo dalam setor. masa tu tinggal kat gombak, then pindah mantin. semuanya terlayar depan mata. every weekend kena g kelas. semua aktiviti cuti2 malaysia pun stop. balik kg pun dah jarang.
teringat balik betapa payahnya nak study saat2 tu. gie kelas dalam ujan lebat. rasa jauhnya nak gie bus stand. baru jerr nak study.. air mata mengalir mencurah. tak leh belajar langsung.. jiwa kacau. semua mende buat tak menjadi.
ada kala tengah2 study2 tetiba blackout. bukan tak bayo bil tapi lampu kena off. time tu.. tak tau nak gambarkan perasaan ce mana.. baru jer berjuang dengan diri sendiri supaya walau apa pun kena study, namun ujian demi ujian melanda. memang dugaan. tak termasuk baru jerr nak start membaca dah bunyi audio system punya la kuat. dengan jarak yang tak smpai 2m.. memang tak leh langsung concentrate. tension lagi ada. pernah juga ada yang melayang.
time final exam subjek pengurusan.. aku menangis sambil menulis. bukan aku menangis sebab aku tak leh buat. tapi tekanan jiwa kala tu. pemeriksa time tu datang berkali2 tanya aku.. aku ni ok ke tak.. siyesly aku ok nak jawab periksa.. yang tak ok cuma tekanan perasaan. maha hebat. lepas 2 sem dr saari jumpe aku.. tanya kenapa aku nangis time jawab paper dia. mula aku tak tau dari mana dia tahu. pulak tu dia mana ada time tu, dia kat skudai. dah lebih setahun tu.. ingat lagi dia. may be someone cerita kat dia what happend. tp dia keep in his mind. aku tak score pun subject dia. dapat B+. aku pun tak tau lecturer aku.. kebanyakkan kenal & ingat nama aku. walau pun lepas dah abis kelas. kalo dr amran, tak pernah ajar aku pun tau nama aku. heheh.. sebab aku kan geng ngan bob, kalo dia ada ada dalam geng tu.. sekali aarr..
pernah sekali dua buku2 bertaburan diatas lantai assgmt rosak. ada juga yang carik. aku tak tahu di mana silapnya... sesemuanya berlaku.. aarrgghh kenapa la aku boleh terkenang sesemua ni dalam dewan? masa psm 1 aku blur sangat2. aku call dr zarhamdy bagi tahu my condition yang kronik. dia terkejut tapi tak cepat gelabah. dengan kata2 peransang dia aku cuba bangun. walau hasilnya lepas presentation aku menangis semahunya depan zamri. thanks zamri sebab always by my side pada hari tu. kalo tak.. aku tak tahu ce mana nak handle. thanks ya Allah kerana berikan aku seorang lecturer yang betul2 bukan hanya nak mengajar tapi sebagai kawan yang care aku sehingga kini, tak jemu2 pujuk aku untuk sambung master.
thanks zizan sebab banyak tolong masa PSM2. saat2 aku tension dgn matlab. zizan banyak yang banyak tolong. bila mana graph aku tak berapa nak kena.. program tak leh run.. semua2 pasal matlab.. bukan hanya matlab zizan tolong aku.. banyak perkara lain sampaikan hotel aku konvo pun, zizan yang booked.
pernah sampai jerr kelas dgn air mata. bob & zamri la dok pujuk aku.. tengs kengkawan yang selalu take care aku. dia orang cuba korek apa yang berlaku.. tapi aku selalu alih topik. lama2 diorang malas tanya.
ada kala, kelas habis lewat, kengkawan yang tumpangkan aku. sebab aku takut nak naik teksi sensorang waktu malam. thanks ye.. law, bob, roslizan & fiza serta fendi yang selalu hantar aku balik. sampai kekadang aku jadi malu dgn korang semua. sebabnya aku tak sepatutnya menyusahkan korang semua. sampaikan every week tanya kat aku.. ni balik nak naik apa? sedihkan sepatutnya orang lain yang tanya.. tapi orang lain pulak yang tanya.
ada masa.. kat kelas tak leh handle sangat jiwa yang kaco, kat masjidlah tempat aku duduk bertapa. aarrgghh betapa kenangan tu terimbas kembali dalam dewan ni. aku tak tau kenapa memori tu menjelma di saat2 aku akan naik ke pentas. air mata bagaikan tiada tanda2 nak berhenti. satu2 terlayar di depan mata. adakah aku sebegitu sentimental? habis la nanti pics konvo aku.
di saat2 aku nak meraikan segala kepayahan aku mengharungi liku2 selama 4 tahun. hujan mencurah2 dalam dewan. lebat pulak tu. tadi kat luar dewan aku hepi meraikan kejayaan aku.. aku memang sangat2 gembira. semua orang yang aku sayang ada disisi aku. mak, angah, achik abang lim serta king. adik jer.. yang tak ada. tapi tak semestinya aku tak sayang adik. ni jerr la orang2 yang aku ada dalam hidup aku. i love all of you very much.
entah kenapa masa dalam dewan jadi syahdu.. terbayang kesukaran di depan mata. alhamdulilah syukur kehadrat ilahi aku mampu mengharungi dugan dan ujian dariMu. Ya Allah terima kasih kerana dengan izin dariMu aku berjaya mengharunginya.
aku tak tahu bila nak sambung lagi.. buat master.. dulu aku ada cita2. tapi ianya bagaikan dah terkubur. aku tak pasti sekiranya aku masih mampu mencapai apa yang aku cita2kan dulu. hanya Allah yang maha mengetahui.
opah pesan kat aku, berhenti la dulu sekolah, bina dulu apa yang dah tak ada. bila dah ada.. sekolah balik. bukan sekolah tak penting tapi keluarga juga penting. aku faham maksud opah. entah la pah.. aku pun tak tau... i have nothing. aku pun tak tahu nak fikir macam mana. aku memang takut nak memulakan lagi. kalo ok alhamdulillah. kalo aku kecewa lagi? how to handle? tapi kalo tak cuba tak tahu kan? masalahnya mana bleh cuba2.
Keunggulan terbilang - UTM
Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya
Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita
Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu
Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman
Ke arah kecemerlangan
Pembelajaran penyelidikan
Perundingan penulisan
Perkhidmatan kepada watan
Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa
balik tu.. dari pulangkan jubah dan amik sijil kat pej space, aku singgah makan. suma dah lapo.. aku order la.. nasi goreng cendawan.. ermm memang lambat giler... memang la orang ramai.. kalo makan kat tepi jj tu, walau ramai orang.. dapat cepat jerr... pastu dia bagi ni.
sebab dah lapo.. makan jerr.. tapi... sangat menutup selera.. rasa nasi yang di gaul dgn sos tomato. tak de apa pun. even bawang sehiring pun tak jumpe. frust gile.. spoil sangat2. banyak ni jerr yang mampu di telan.. dia nyer cendawan.. diorang yang abiskan. tekak aku dah tak leh telan.
pelik la.. aku kat taman u, skudai, 8.15pm. 11.29pm aku dah ada kat tol sg besi. aku tak merempit pun. maintain 110km/j kekadang jer 120km/j. aku mmg tak percaya.. tapi bila aku check balik sms yang aku hantar.. its true. tapi orang tak caye.. tak perr aarrr
abang lim sempat beli tiket bas kul 12am dan dia terus balik parit buntar.
....from kekwa22 with love....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekalung tahniah dari pokcik untuk kekwa.. segala rintangan dapat diatasi.. bukan sekadar ijazah menjadi pegangan.. tapi semangat jitu yang kekwa ada..
ReplyDeletejadikan ia sebagai jiwa minda dan pegangan kekwa untuk hari2 yg akan datang..
Allah sentiasa bersama hambaNya yg taat..
maaf kerana tidak dapat bersama2 kekwa meraih kejayaan.. walau apa pun.. dari jauh pokcik slalu doakan untuk kebahgian kekwa..
pokcik baru sahaja pulang dari zuhai.. insyaAllah minggu depan ke jakarta pula..
salam bangga dan tahniah buat kekwa..
pokcik
thanks pokcik
ReplyDelete