28 May 2010

hari rajin semalaya

hari ni, aku rasa, hari aku rajin semalaya. aku pun macam confuse plak kenapa aku tetiba jadi rajin. mak aku sure bangga ada anak yang rajin macam aku nih. hahhaha tak boleh blah. cuma hari ni je.. esok2 aku malas la semula.

hari ni cadangnya nak gie jogging. tapi terbantut sebab kak norma selsema. aku pun, malas nak gie sensorang... maka, seawal 730am aku buka car wash. dah lama tak mandikan jimmy. pastu terus bfast. hari ni, cik norma sediakan bfast. cik ina tinggal makan jer.. cik ogie gie opish. then lepas settle semua hal2 jimmy, aku buke kedai dobi pulak. habis sumer stock2 kena dobi.

entah ce mana aku teringat nak gunting kain sutera yang beli kat kota bharu hari tu. sebab dah alang2 nak gie pasar keramat sat lagi, boleh bawa gie jahit tepi. kalo aku rajin jahit, may be boleh pakai masa kenduri kat bukit gambir 6hb ni. tu pun kalau aku rajin jahit la.. kalo tak baju lain pun banyak lagi.

dah settle semua, aku & kak norma gie pasar keramat. nak dekat pukul 12pm la jugak. gie beli ikan, ayam, sayuran & buah-buahan. borong jangan tak borong.

then kitaorang terus gi melawati. sebab aku nak gie bakery. dah lama tak gie bagus. aku nak cari gula icing & horn. puas aku belek2 segala acuan tapi tak nampak horn. kali ketiga aku pusing.. masa tu memang dah rasa frust dah sebab tak ada horn... entah ce mana ternampak. hanya tinggal set jerr lagi. alhamdulillah. memang rezeki aku.

ni la rupa horn. kak norma tanya nak buat apa mende alah ni..
aku jawab, nanti kat umah kita sembang... apa yang boleh di buat dengan mende alah ni.. agak2 apa ye... mahal pulak tu, 6 bijik, RM14. yang kecik tu.. untuk icing. cinonet tu jerr dah RM3. tak pe.. tak basi ma.. jangan hilang dah.. nanti senang nak decorate cake. lagi pun aku ada bercadang nak wat cup cake. tengok la nanti kalo rajin.

misi soping lom habis lagi.. kitaorang gie giant taman permata pulak. sebabnya ada mende2 yang perlu di beli. tak cukup lagi bahan2 yang di perlukan. beli sayo, bawang, cili, buncis, (padahal tadi kat pasar keramat, tak beli la pulak) butter, sabun basuh dan segala macam lagi. kejap jerr.. dalam setengah jam je. then terus balik.

sampai jerr umah, aku tuko kete, sebab tadi naik kete kak norma. so, aku bawa jimmy pulak gie jj. barang yang aku cari tu, tak ada kat giant. dah alang2 keluar.. biar sampai jumpe. ni kira time rajin la ni. kalo aku malas.. errr memang tak layan dah.

sampai umah dah dekat kul 130pm. lapo maaaa... terus jerr kuarkan periuk belanga untuk masak. masa masak2 tu, kak norma cakap cenggini,

'cik ina, cik noma rasakan, cik noma dah tak lalu la nak makan beras ni'

dan dan tu aku jawab 'i like the statment' hahahaha bukan sekarang jerr aku rasa tak sedap.. tapi sejak dulu2 lagi. tak de feel makan nasi maaaa. cik norma ni.. memang aarr.. baru sekarang dia nak sedar. hahahaha.

ni menu tengah hari ni. ikan cencaru sumbat sambal. bako tu... dalam dok lapo2 tu.. sanggup la pulak buat ikan bako. dah la lama baru nak masak. layan jerr....
ni pulak, tumis labu air & ikan bilis.
macam rumput rampai ni pulak, ulam raja. kalo nak awet muda, selalu2 la makan ulam raja.
papaya. buah-buahan ni penting tau...

lepas makan aku kemaskan stock2 yang aku beli kat bakery tadi. ni la hasilnya. siap kena label lagi tu.... nanti silap la pulak kalo tak label. rupa cam sama jerr... especially tepung. mana ada beza antara self raising flour, tepung jagung, tepung kastad, tepung pau, tepung hongkong dan tepung bla bla bla. sama jerr rupanya.
siap jerr kemas aku mulakan new activity for hi-tea. pada hal.. baru je siap basuh pinggan mangkuk lunch tadi. dah nak masak lain pulak nih. ni la hasilnya.
ni 1st time buat. nama dia cream horn. nak buat dia, senang sangat2. acuan horn yang tadi tu, di gunakan untuk buat cream horn ni la. rangup. memang sedap. boleh buat lagi. kak norma cakap kalo gantikan dengan tuna pun sedap. tak per.. nanti boleh buat tuna pulak. next time yerrr cik norma. tunggguuuuuuuuu.

lepas kak norma bagi idea, dia cakap cam ni kat aku, 'ni semua nak menggemukkan cik noma la nih, kalo cik noma tak makan, nanti cik ina kecik ati plak'. see ada jerr idea dia nak cakap.

lepas siap bake cream horn, aku buat orange muffin pulak. jangan tegur apa2. tengah rajin ni... nanti terbantut pulak.. tengok jer... hahhaha.. sebabnya time rajin cam ni, bukan datang selalu. nasib2 jerr.. hahhahah. esok kak norma nak kasi kat pak ndak. cam biasa orange muffin ni, bau dia semerbak.
siap semua 22 biji muffin pada pukul 6pm. perrghh seharian aku bertapa kat dapo. kalo tak, tak de maknanya.. aku nak berlama2 kat bawah.

ada satu lagi yang belum buat. jelly. kak norma nak kasi kat anak buah dia. nanti la malam2 nanti ke... errr esok masih ada. hahhaha.. nanti bosan pulak tak de mende dah nak di buat. tapi esok dah ada rancangan dah.. esok adalah hari soping semalaya. hahhaha...

ujan petang ni.. alhamdulillah. tengah hari tadi panas terik. sejuk sikit udara kat luar, nyaman. tapi.... pagi tadi, jimmy baru jerr mandi. wawawawa...

rezeki hari ni, merasa jugak la orang sebelah. sharing is caring. cam biasa.. kak norma jadi posmen. tak sampai 2 minit aku pesan kat kak norma jgn cakap sape yang buat dah kantoi terang terangan. aaiiisseehh..

aku lupa la. aku kena gie jpj ni. lupa sungguh. bila ya.. nak gie... bertangguh sangat... sampai dah lupa.

intan ku kesepian - wings

Hanya padamu
Terbuka hatiku
Menanti hadirnya
Kasihmu sayang

Cinta yang murni
Sehangat mentari
Membara hanyalah
Untukmu

Belum sempat aku
Memberi padamu
Engkau yang kudamba
Hilang tiba-tiba

Tiada lagi
Irama cintamu sayang
Tiada lagi
Haruman kasihmu intan

Tinggallah aku
Menyulam cinta yang sirna
Di dalam senyum
Yang berbayang duka
Ku kesepian

Akan ku tunggu
Takdir menentukan
Engkau dan aku
Kan bersua lagi

Memadu cinta
Selmbut bayu senja
Mengukir rindu
Di daunan hari kasih

Menghilang resah
Lewat pertemuan kita
Biarpun harus
Ku telan keperitan

Kerana engkau
Intan yang ku sayang
Akan ku terus
Menunggumu Intan








....from kekwa22 with love....

2 comments: