30 August 2011

salam aidil fitri

hari isnin, lepas jerr solat zohor, kami sekuarga nak balik kampung. jalan dah lengang. al maklum la sumer dah balik. angah dan achik dah sampai sejak hari sabtu lagi. diaorang lerrr wat persiapan raya.

otw balik kampung, singgah le berbuka puasa kat ipoh. aku bajet hari rabu baru raya. tapi jangkaan aku meleset tu. esok raya rupanya. lepas solat maghrib, kami pun memulakan perjalanan ke end destination yak ni umah mak.

sampai jerr.. achik bz dok jahit baju raya angah. kain ada, tapi tak berjahit. that why la achik yang kena jadi tailor di malam raya. lorrr.... baju raya dia tak ada rupanya. padahal dia beli kat aku, achik, mak, pah, abang lim dan adik. rupanya yang dia sendiri langsung tak berjahit. kalo nak suruh dia jahit sendiri, mmg kirim salam la.

kat umah mak, sumer ada, aku jerr yang baru sampai. apa lagi, rupanya pak cik dia, a.k.a abng lim, dah sediakan mercun untuk aramnd. wah.. hepi aarr budak kecik tu. mercun das ada la kot dalam 10 batang dan tah macam2 mercun la. banyak betoi. lim kata dia beli kat kawan dia saploh henget jerr.. oooo. memang puas la armand main.

dalam pukul 1lebih, masa nak tido, armand mengadu tak bleh nak bernafas.. haa.. apa lagi.. kena gie spital la jawabnya.

malam raya di spital parit buntar. masa kat ipoh tadi, seronok sangat jumpe abang azim dan main mercun walau pun tak banyak asap, tapi still ada asap.. kan dah semput. lengang jerr spital pada malam raya.

pukul 2am lebih baru balik umah.

ni, bukan pagi raya, tapi petang raya

my family. Armand memang suke pakai songkok cam nih.bersama bonda terchenta
ni, aksi melompat
ni, aksi aeroplane
ni, swimming ngan pak cik
ni plak pelok2 ngan pak cu.
bersama mak yang & pak yang
peace dengan mak ngah
aksi romantik ngan pak cik
al maklom la budak kecik ni, sorang.. maka semua orang nak usung...

kuarga besar kami
kenapa ambil gambo kat tempat yang sama jerr.. sebabnya enche affa dah set tripod kat depan pintu dan malas dah nak ubah. heheh nasib lerr

selamat hari raya aidil fitri serta maaf zahir batin

moral of the story, ramadhan yang bermakna, aidilfitri yang bahagia. best2 raya kali ni...



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment