23 June 2011

Jom gie Umrah

hari ni, kat opis, topik paling best paling top adalah.. topik mengerjakan umrah dan menziarahi masjid nabawi dan sekitar madinah. sangat2 best dan teruja. tak sabo2.. dah ni.. kena kira ni, berapa hari lagi yang tinggal..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

ha... siap dah kira.. Mudah2an Allah akan mempermudahkan segalanya. Semoga aku dapat mengerjakan ibadah umrah bersama suami terchenta. mudah2an Allah permudahkan segalanya. semalam, graf tu mula2 naik tinggi. pastu petang jerr... dah turun.. sket.. sampai le ke malam. tapi pagi tadi, graf dah naik semula dah... Mudah2an. sama2 la kita berdoa.

Hari ni, aku dapat perkhabaran yang gumbira. mudah2an tercapai hasrat. tak sabar aku rasanya... untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi bersama suami terchenta, walaupun belum confirm 100% tapi.. lega...

ni antara aturcara bagi sesiapa yang mengikuti pakej Andalusia dari DATO' USTAZ HAJI MD DAUD CHE NGAH. ni pakej 12 hari, 10 malam. yang sapura nyer.. 14 hari, 12 malam. lebih kurang sama jerrrrr...

ATURCARA 12 HARI


UMRAH, PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
ATURCARA PERJALANAN 12 HARI 10 MALAM

HARI 01 : KUALA LUMPUR - MADINAH

Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.


HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM)

Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w :

“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR)

Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
A. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet.

HARI 04 : MADINAH - MAKKAH

Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.


HARI 05 : MAKKAH

Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya’ di dewan makan hotel.


HARI 06 : MAKKAH

Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.


HARI 07 : MAKKAH

Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.


HARI 08 - 10 : MAKKAH

Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”

ZIARAH PILIHAN JEMAAH

A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram. Insya’Allah….

(lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang)

B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha’. (perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki)


HARI 11 - 12 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR

Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH.

NOTA PENTING

1) Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.

2) Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.

3) Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage.

WAKTU MAKAN
  1. Sarapan pagi selepas subuh.
  2. Makan tengahari selepas Zohor
  3. Makan petang selepas Asar (di Makkah sahaja)
  4. Makan malam selepas Isya’
  5. Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)

Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.

kalo sesapa nak ikot, jom daftar nama kat Andalusia

HARGA PAKEJ TERMASUK:
PENGURUSAN
  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di Tanah Suci (Madinah/Mekah)
  • Makanan dan minuman (masakan melayu)
  • Kenderaan semasa di Tanah Suci (bas berhawa dingin)
  • Lawatan dan ziarah tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.
  • Khidmat mutawif / wakil di Tanah Suci.
  • Kursus dan bimbingan sebelum berlepas / semasa di Tanah Suci.
  • Khidmat muassasah dan visa umrah.
PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (UMRAH)
- Kematian kemalangan (AD) RM10,000
- Kematian biasa (D) RM10,000
- Keilatan kekal seluruh tubuh badan (PTD) RM10,000
- Perbelanjaan pengkebumian (FE) RM3,000
- Manfaat wad hospital akibat sakit / kemalangan (HB) (*bagi jemaah yang berumur 75 tahun ke bawah) RM50/Hari


CENDERAMATA
  • Beg sandang besar
  • Buku panduan umrah
  • Hamper kecil makanan / minuman
  • Beg sandang kecil
  • Bekalan ubat asas
  • Beg kain sembahyang
  • Air zam zam 10 liter

PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% .
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
  • Dokumen tambahan bagi - Isteri pergi tanpa suami
    1. Salinan K/P Suami
    2. Salinan Surat Nikah

  • Dokumen tambahan bagi - Wanita bujang
    1. Salinan Surat Lahir Sendiri
    2. Salinan Surat Lahir dan Salinan K/P Adik Beradik Lelaki Lebih 18 Tahun atau
    3. Salinan K/P Bapa

  • Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun
    1. Salinan K/P Bapa (Jika bapa tidak ikut serta)
    2. Salinan Surat Kelahiran Sendiri atau
    3. Salinan Surat Lahir dan Salinan K/P Adik Beradik Lelaki Lebih 18 Tahun

  • Dokumen tambahan bagi -Ibu mengikuti anak lelaki
    1. Salinan Surat Lahir Anak Lelaki Yang Diikuti.

  • Dokumen tambahan bagi –Isteri mengikut suami
    1. Salinan Surat Nikah


PENEMPAHAN
  1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM300 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 30 hari sebelum berlepas/semasa tiket penerbangan untuk dicetak.

  2. Maklumat Akaun Maybank Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd No. 5644-8110-2597.

  3. Fax slip bayaran ke 03-6207 1663 atau email ke admin@umrah-ziarah.com

  4. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan harga tiket penerbangan, insuran dan visa (lebih kurang RM1500) kecuali visa ziarah.

  5. Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga kurang 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej kecuali visa ziarah & cuti sekolah.

  6. Harga pakej atau aturcaraperjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

ZIARAH PILIHAN

  • Ziarah di Hudaibiyah, ladang unta, perigi Saidina Othman, muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjid Haram)
    dan kiswah (kilang kelambu ka'abah)- Bayaran tambahan SR30.
  • Mendaki Jabal Nur (selepas Isyak) melihat Gua Hera' tempat Nabi menerima wahyu yang pertama - Bayaran tambahan SR15.
ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
  • Penemuan baru - Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet - Bayaran tambahan SR20

PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN

  • Badal (upah) haji dan umrah
  • Dam, korban dan aqiqah

PEMBATALAN

  • Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan.

KURSUS BUKAN WAJIB ( Sabtu atau Ahad)

  • Dibimbing oleh Dato' Ust Hj Md Daud Che Ngah
  • Setiap Hari Sabtu dan Ahad
  • Jam 9.00 pagi - 1.00 t/hari
  • Lokasi - Lihat disini
  • Anda dinasihatkan hadir kursus 30 hari sebelum berangkat ke tanah suci
atau dapatkan VCD umrah 5 keping CD, hubungi admin@umrah-ziarah.com .

PENERBANGAN TERUS KE JEDDAH/ *MADINAH SV/MAS

  • *masa tertentu sahaja
  • kira-kira 8 jam 30 minit sampai ke destinasi.
  • Jadual Penerbangan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa

MAKLUMAT HOTEL

MADINAH (Jarak ke Masjid Nabawi ~40M)
Fayroz Al-Shatta Hotel**** atau setaraf dengannya.

Madinah Al Munawarrah

MAKKAH (Jarak ke MasjidilHaram ~250M)
Abeer Garden Hotel atau Royal Sultan atau setaraf dengannya.

Lokasi : Di belakang Hilton, keluar pintu 80 Al Malik Abd Aziz atau pintu 79 Al Malik Fahd.

Nota: Hotel-hotel berdekatan MasjidilHaram telah dirobohkan untuk pembangunan semula


Jom layan aktiviti anak mama malam ni,

Rajin kan anak mama...

gigih tolong mama dia basuh pinggan mangkuk. kalo sesapa nak wat menantu, sila isi borang permohonan untuk booking.

menu malam ni, lupa nak shoot. len kali yerr.. sebabnya malam ni.. bz sikit.. lepas berbuke tadi.. sibuk masak dan buke kedai dobi dan wat cake untuk abang ajim. esok nak balik kampung.. yeyeyeye...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment