31 March 2011

mood balik kampung

Aku bz gila weeiii.... sangat2 bz. macam2 nak kena pikir.. macam2 nak kena buat. tulun tulun..

ngantok plak tuuuuuu..... huhhhuh..
tengah hari tadi gie jj. tetiba ada ramai orang... al maklom la ada konsert AF on saturday ni.. kalo sesapa nak pi tengok.. pi la... tapi aku nasihatkan tok sah la pi. dah la ramai orang... pulak tu susah nak parking... sesak2 tu.. sungguh kureng berkenan di hati teman. tetiba keramat akan jammed. tengok la nanti. mujur aku pagi2 lagi dah cabut balik kampung... pada aku, 1000 kali ganda best balik kampung dari pi nengok konset tu.. rindu aarr kat mak.

tak yah la dengki... pi wat keje masing2 yerrr...

masa jenjalan kat jj tadi.. harus gie nengok kat barang2 basah. sebabnya stock dah menyusut. lagi pun lama dah tak masak.

ni, our dinner untuk malam ni. salmon with garlic sauce.

bahannya
ikan salmon secukupnya di bersihkan
1 biji bawang besar - di blend lumat
10 ulas bawang putih - di blend lumat
2cm halia - di blend lumat
3 sudu sos tiram
3 urat kacang panjang di potong
1 batang carrot di potong nipis
5 biji cili padi di belah tengah
1 batang saleri
1 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

kekdahnya
panaskan minyak. tumis bawang besar n bawang putih hingga sedikit garing. masukkan air dan sos tiram. biarkan hingga sedikit pekat. masukkan ikan. biarkan hingga didih. masukkan garam. masukkan carrot, kacang panjang dan batang saleri. biar sekali didih dan hidangkan..
Malam ni, wat orange cake untuk anak mama. kesian kat armand. kalo phone aku, ayat2 pertama adalah.. 'mama buat apa? mama masak apa? mama buat kek untuk man?' tanya macam polis. dah le aku nak balik kampung.. sian dia.. kena tinggal. bukan tanak bawak dia balik kampung.. tapi malam2 kalo dia cari enche affa.. mau pengsan plak nak gie antor balik kl. so... biar la dia dulu.

resepi asal ambil kat sini yerr....
tapi adjust sikit resepi ni...

Ingredients

* 3 large eggs
* 1 1/4 cups sugar
* 1 cup milk - aku guna 1/2 cawan
* 1/2 cup olive oil
* Zest of 1 orange, minced - aku tuko ngan 1 cawan halua kulit limau.
* 1 3/4 cups flour, sifted
* 1/2 teaspoon baking powder
* 1/2 teaspoon baking soda
* 1/2 teaspoon salt
* 3 teaspoon poppy seed

Syrup:
* 1 orange
* 1 1/2 cups orange juice
* 1 1/2 cups sugar
ni, aku tak wat.


Directions

Preheat an oven to 400 degrees F. Butter an 8-inch cake pan with 2-inch sides, then dust with sugar and flour.

Beat the eggs with the sugar to pale yellow ribbons. Beat in the milk, oil and orange zest. In a small bowl, sift the flour with the baking powder, baking soda, and salt. Add the flour mixture to the egg mixture a tablespoon at a time, stirring well after each addition.

Pour batter into prepared cake pan and bake for 45 to 55 minutes or until middle of cake springs back when lightly touched. Remove cake from oven, let cool slightly on a rack, then invert and cool completely.

tadaaaa
ni, baru kuar dari oven. panas2 lagi. tinggi betul kek nih... tak sangka plak.. akan naik tinggi cenggini.

kek ni, sangat moist. best2.. gebu..

tapi kan masalahnya yang tak best halua ni.. semua jatuh ke bawah.. then kalo makan semua.. memang le rasa pahit.. huhuh.. so, kena la buang bahagian tu.. pemendapan telah berlaku... secara sekata...

len kali, kasi hancus jerr lah... tapi.. walau apa pun... memang best kek ni.. moist.

alhamdulillah.. jumpe ... apa yang aku cari... Ameen..

weeii jom kemas2 barang yang nak kena bawak balik... nanti ada yang tertinggal.


....from kekwa22 with love....

29 March 2011

salju di danau rindu

awal aku bangun hari ni.. al maklum la semalam dah terlebih2 tido. alhamdulillah, hari ni sakit kepala aku berkurangan.

sorry yerr.. pagi2 lagi dah kena marah. tak sengaja. bukan marah sebenarnya. cuma bercerita dengan begitu emosional. dah lama dah rasanya tak bercerita cam tu.. rasa macam bertahun2 dah. sorry yerr...

visit hari ni pun.. berjaya dengan jayanya...

malam ni aku wat roti putih, resepinya ambil kat sini yerr

Ingredients
  • 1 cup warm water (110 degrees F/45 degrees C)
  • 3 tablespoons white sugar
  • 1 1/2 teaspoons salt
  • 3 tablespoons vegetable oil
  • 3 cups bread flour
  • 2 1/4 teaspoons active dry yeast

Directions

  1. Place water, sugar, salt, oil, bread flour and yeast into pan of bread machine.
  2. Bake on White Bread setting . Cool on wire racks before slicing.
sementara bread machine aku bekerja keras, aku boleh la wat keje2 aku yang tak siap2 ni.. aku dah setkan bread machine aku tu.. supaya dia bako sekali. malas nak transfer ke oven. sebabnya manyak mende2 aku nak wat. biarkan dia kerja keras sket.. kan kan kan.. keje2 aku ni, tak de sape nak nolong.

sementara nak nunggu roti masak, jom layan jagung... jagung ni, from pak ndak with love. aku cume tukang rebus jerr...

bila bunyik jerr BM.... maka.. masaklah sudah roti aku... jom jom nengok hasilnya. ni aku set light crust jerr... bab potong nipis2 ni memang fail. tak sama beso jadinya.. aarrgghh itu sume tidak penting dong.. yang penting rasanya... dan kegebuannya...

ni, rupe baru kuar dari BM.

yang ni.. tak sabo2 aku nak potong.. gebunya...

sapu ngan tuna mayonese.. makan suam2

sesapa nak wat roti putih cam ni.. resepi ni.. tidak mengecewakan. euummpphh.. best2. lagi best sambil2 melayan citer nih..

malam ni, baru aku sedar yang my external hardisk hanya tinggal lagi 275gig. kena cari backup lagi ni.. err sesapa yang nak sponser hardisk.. sila angkat tangan.

Salju Di Danau Rindu - Mamat

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




....from kekwa22 with love....

27 March 2011

khabar gumbira

bangun jerr tido dah rasa penat. memang bajet tak gie tasik pagi ni.. tak larat maa. sebabnya dah plan ngan angah nak g soping ke sogo.

kalo rang dok bz prepare bfast.. orang2 kat dalam umah ni.. bz menyediakan lunch. pukul 10 lebih jerr dah siap masak sumer ni..

kangkung goreng
ikan terubuk goreng
ikan cencaru sumbat
nak wat ikan cencaru sumbat?

bahannya
2 ekor ikan cencaru di bersihkan dan di belah belakang
2cm kunyit
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 helai daun kunyit
sedikit air perahan asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak

cam ni kekdahnya
tumbuk hancur kunyit, bawang dan cili. masukkan garam dan perahan air asam jawa. kacau sebati. sumbatkan campuran yang di tumbuk kedalam ikan dan bungkus dengan daun kunyit. panaskan minyak dan masukkan ikan. biarkan sehingga masak. hidangkan.

best ooooo gie soping.. banyak yang aku borong. memang banyak yang habis. tapi reasonable. aku dapat apa yang aku nak cari. yang tak cari pun dapat. hehehhee.. bukan sengaja terrrrrrr. ada gak yang di cari tak dapat. huhuhuhu..

apa lagi yerr yang tak ada.. untuk aku nyer majlis ni.. errmm kad jemputan jerr yang lom wat. bila la nak siap, aku pun tataw. target date second week april mesti siap. paling penting borang permohonan nikah belum submit lagi. huuhu.. adooiiii ce mana ni....

malam ni, aku dah siapkan sumer bab2 yang berkaitan dengan langsir. settle 100%. dah masuk plastik n dah siap tolak ketepi untuk di bawa balik ke kampung hujung minggu ni. misi balik kampung kali ni ialah... 'mari pujuk adik beramai2' sebab sumer adik2 aku panggil balik.

wah.. mak hepi betul dengan berita gembira ni. bukan main lagi... al maklom leeeeeeee.. aku pun hepi gak.. tumpang sekaki. lalalalalaa



....from kekwa22 with love....

26 March 2011

dari k4 ke jj

hari ni.. pepagi lagi dah buke kedai dobi. almaklom la semalam terlebih tido. memang aarr tired lately ni.. becoz of tak cukup tido. sekali dapat tido. memang tak hengat dunia.

lepas jer kedai dobi di tutup semula aku mandikan jimmy plak. lama giler tak mandikan jimmy. macam2 ada... berkerak. lepas jerr settle.. jam baru pukul 8.15am.. awal gilerrr tu... then aku pun mula la bermalas2 atas katil sambil membaca. lama dah tak wat aktiviti malas2 macam ni.


enche affa hantar anakanda armand hari ni. so, kena le melayan budak kecek ni... sian dia rindu kat mama dia.. rasanya dekat seminggu kot tak jumpe aku.. al maklom la mama dia bz.

angah datang jerr.. aku berempat, angah termasuk ogie, gie soping ke k4. punya la ramai orang... pulak tu.. tak ce mana boleh memborong banyak giler.. dah le hari ni no bag plastic. satu hal plak.. memang la banyak sebab borong untuk 3 orang...

balik dari k4, g jj kat blakang umah plak. sambung memborong.. sebabnya kat sini bleh dapat fresh ikan. di samping tu.. ada le beberapa barang yang tak hengat beli kat k4 tadi, g beli kat jj plak. harga kat jj quite good compare to k4.

balik umah masing2 dah penat. bab2 makan sumer dah settle. maknanya... masa untuk berehat le... kan kan kan... sambil golek2 ngan armand nengok citer ni.. kalo di nak tido jerr mesti dia nak nengok citer ni.. tapi sblum tido tu dia cakap cam ni, 'mama, man nak men biten ngan chong wei' terkezut mamanya.. tetiba plak nak men badminton ngan chong wei. tinggi betul cita2 anak mama ni.. mamanya jawab..'nanti mama bawak man gie men biten ngan chong wei yerr.. tapi man kena makan nasi banyak2 bagi cepat besar taw' semangat armand menjawab 'ok'

bangun jerr tido terus minta 'mama man nak makan nasi' sure dia ingat janji2 sebelum tido tadi.. memang best kalo armand minta nak makan sebab sangat2 la susah nak kasi si kecik ni makan. memang mama tengah masak yang belum cuma ikan jerr. teruja dia nengok mama masak ikan besar. sabar jerr dia tunggu.

ni, le yang sempat mama masak.

tempe goreng
siakap steam.
sup cendawan.
siap jerr masak.. anak mama tak nak makan sebab bapak dia dah datang.. padahal tadi nak makan.. menangis2 nak suruh makan. kena la plak enche affa suapkan dia makan dulu. sian enche affa.. dah le baru balik dari kelas.

aku tataw dah ce mana nak pujuk adik.. habis dah kekdah di gunakan. tapi tak lut gak.. entah lah..

errmmm sedapnya durian... tengs yerr enche affa for marbeles durian. len kali kita gie makan lagi yerrrr....


....from kekwa22 with love....

23 March 2011

Jahat

jahatnya.... sangat2 jahat & busuk hati.
dengki..

kang kalo aku nyanyi lagu jahat- stacy.. hujan plak turun dah elok2 nak cerah ni.. tapi kalo ikot hati nak jerr.. biar lebat hujan turun. tapi memandangkan baju kat ampaian aku sidai dari sabtu sampai la petang tadi baru kering.. maka kesian plak kat orang len yang mempunyai nasib yang sama ngan aku ni...

tapi memang jahat sioooooooooooot.
bukan setakat jahat tapi dengkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

tak perr... biarkan... lumrah alam. memang ada yang dengki bila nengok orang senang...

walau apa pun lantak arrr
yang aku tahu,

i miss u
ni.. project aku malam ni...

ni, our dinner malam ni

sup ikan merah

sayo campo

tempe goreng

malam ni, aku tak gie men badminton sebab aku kecik ati...

jangan jadi jahat okeh!


....from kekwa22 with love....

22 March 2011

dah tak majok dah...

masa untuk ber'honeymoon' kat opis dah abis.. huhuuhuu... ada banyak project nak kena buat.. sumer untuk aku nyer radio. nak wat TOP bukannya senang. biasanya TOP kepada ste, ni TOp ste kepada orang len. manyak sangat2 nak kena cover... tulun tulun.. 1st stage mesti la kena wat costing kannnnn.. i like... hehhehe

dua tiga menjak ni.. tak jengok blog, sebab aku bz. sangat2 bz. macam2 hal nak kena wat.. lately ni aku always tido lambat. semalam aku tido pkul 3am lebih.. sebabnya aku menjahit.. before pun aku tido time2 tu gak.. tah aarr pesal tak ngantok tah.. pada hal tak de la pk apa.. layan mata tak ngantok jer... malam ni, tatau nak tido pukul brapa plak.. bukan tanak tido.. tapi tak terlelap.. mujur tak sakit kepala or fenin2 becoz of tak cukop sleep.

hari ni, selesai satu perkara. alhamdulillah sumer berjalan dengan lancar... tapi enche affa complain, hari ni.. aku membebel jer.. cakap tak henti.. hehhehe... ada jerr mende yang tak kena.. hehhe nasib la enche affa... bukan selalu kannnnnnnn...

kesian enche affa aku ni.... bz mengalahkan PM lately ni.. . then dia mula stress.. cian.. nya.. ilek2.. tarik napas.. lepas.. tarik.. lepas... tapikan eerrr..... kalo jadi PM cer mana le gamaknya bznya. jangan nak berangan okeh! sebabnya aku tak hengin bergelar datin.. cukup lah hanya si sedi jerr yang panggil aku datin.. i dun like.

Memang dah lama dah nak wat cake ni... cumanya masanya belum tiba. memang merancang untuk wat hari ni... kira 1st time buat.. cerr mana le rasanya nanti. memang before ni tak pernah makan red velvet cake.

resepi amik kat sini

Red Velvet Cake:

2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk
2 tablespoons liquid red food coloring - 1 1/4 sudu
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:
1 - 8 ounce (227 grams) cream cheese, room temperature
1 - 8 ounce (227 grams) tub of Mascarpone cheese, room temperature - ni tak letak pun..
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (115 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat) - ni, aku tuko ngan 2 sudu susu segar

Read more: http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCake.html#ixzz1Fz5UI2Qr

Red Velvet Cake: Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two - 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.

In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.

In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.

In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.

In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.

Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 - 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)

Cream Cheese Frosting: In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese and mascarpone cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to spread. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Assemble: With a serrated knife, cut each cake layer in half, horizontally. You will now have four cake layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting. Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.


angah sanggup tu... tunggu aku wat cake dari aku mula nak mix butter sampai la aku tempek cream cheese kat cake ni.. teruja betul dia.. almaklom la.. aku 1st time buat. selama ni, memang tak pernah rasa or makan red velvet cake. ni le 1st time..

aku wat tak brapa merah. sebab takot nak letak pewarna merah 2 sudu.. aku letak 1 1/4 sudu jerr... tapi merahnya still nampak la... weeiii mar beles la cake ni... kek ni kena sejukkan dulu.. then baru makan. tapi dah angah nak balik dah.. teros jerr.. aku potong separuh untuk dia.. tu yang cheesenya meleleh..

angin aku baik hari ni.. tak merajok dah ngan dapo. huhuhu. memang tak bleh blah kan kan kan... ada ke patut majok.. majok dengan sumthing yang tak releven & tak wat apa2 action pun.. majok nyer pasal.. majok nak masak le... bukan majok ngan sape2. tak kuasa teman... nak majok ngan sesape.. bunyiknya memang poyo.. errr dah aku memang poyo.. nak wat lagu mana kannnnn... sejak sabtu hari tu sampai le semalam aku tak masak apa.. hehhe.. malam ni jerr dah

errmmm memang la sedap... walaupun.. toping tak licin rata.. sebab nak cepat.. angah sibok nak balik.. so, kelam kabut menyalut.. maka jadila cam ni... sila abaikan paras rupa.. yang penting budi bahasa.. kan kan kan. walaupun rupamu tidak ku kenali tetapi.. rasamu (kek ni le) tetap menjadi pujaan hatiku... len kali bleh wat lagi... cuuuttttttt!!!

memang marbeles... walau pun cake ni belum di sejukkan lagi.. sedo2 dah tinggal banyak ni...enche affa, sila datang esok yerr... ambil sebahagian cake nih.. untuk anak mama. anak mama tu.. memang teruja setiap kali jumpe cake mama.. rakus..

kalau nak tau 'barang' apa yang tengah hot... cerr pi kat sini jangan lupe yerr... silalah order...

i miss u

....from kekwa22 with love....

20 March 2011

tv baru

rasa macam dah tak jenjok2 aku nyer diary ni... bz aarr.. macam2 mende yang nak kena selesaikan.. tapi alhamdulillah apa yang aku bajet nak wat semuanya berjalan dengan lancar.

aku tak masak apa.. aku menjahit jerr.. semalam aku jahit.. hari ni pun aku jahit lagi.. ada lagi 5% jerr lom siap.. aku bajet nak siapkan malam ni jugak.. setel satu bab,boleh teruskan dengan bab2 yang len plak... mudah2an semuanya berjalan lancar..

last 2 week abang lim suruh aku gie cari tv. katanya dia nak beli untuk mak.. dia dapat bonus kot... aku pun tak tanya lebih.. malas aarr nak menyiasat bagai... so, aku ada le servey sikit2. 3 tempat jerr pi. jj kat belakang umah tu.. harusssss. lagi pun time ni sale.. so, why not. kalau dapat good price why not.

abang lim pesan cam nih, 'along, pi la cari tv, lim nak beli tv ni.. cari yang elok.. dah alang2 nak beli, baik beli yang ok sikit, biar banyak features' bila aku tanya bajet dia berapa.. jawabnya.. 'along pi la cari dulu, nanti lim bank in kan duit' aku pun kira ok la.. sebabnya.. aku mana ada bajet nak beli tv ni.. sumer bajet untk kenduri jerr.. len la kalau ada sesapa yang nak sponser..

servey2 tv, jumpe samsung LCD 40inh. memang dah berkenan habis dah.. tapi sumer tempat - macam banyak tempat jerr aku.. nampak gayanya.. ada la 3 tempat jer... hahhahha harga RM1999. bila cakap kat abang lim dia nyer harga... dia cakap cam ni 'buat apa mahal2 bukan ada siapa nak tengok pun. mak jer.. beli yang biasa2 dah la...' loorr len plak citernya.. hari tu suruh beli yang 'terbaek' ni.. jadi len plak citernya.. memang nak kena betul.. masa aku gie seng heng.. dia bagi aku RM1799 untuk samsung 40 inch tapi dengan syarat ada ada member card. aku mana ada weeii... aaiiseeyy.. kalau nak buat card semata2 nak beli tv jer... malas aarr.. aku bukannya ber'uang' nak membeli barang2 len..

semalam masa kat midvelly, jalan2 kat k4, tengok2 bahagian tv.. ada le promotion. LG 42inch LCD dgn harga promotion RM1799. harga asal.. tah.. lupa la.. about RM2.5k++ kot. tah. sama harga ngan samsung.. spec pun lebih kurang sama.. yang penting boleh read sumer format movie aku berserta subtitle... tu.. kira antara specs yang penting... then fikir fikir.. aku angkat LG jerr la.. sebabnya compare to samsung, dianya screen double layer... samsung hanya 1 layer screen... dengan pantasnya.. aku menyambar... sebijik.. hehhe.. 2 tahun warranty by LG di seluruh malaysia. pada hal bajet nak pi beli kasut jerr... tersyasul..

bila cakap kat abang lim.. dia bagi tahu.. 'lim bajet rm1200 jer... jap lagi lim bank in.. mana yang tak cukup tu, along tambah'... adoooooooooooiii tak pasal2 aku terlibat sama.. patut la tak nak bagi tahu dia bajet berapa.. suruh pi beli jerr... aaiisseeyyy... tipah tertipu nampaknya... tak perr la.. lagi pun tak de la banyak sangat aku nak menambah campare to abang lim.. sap sap sooii.. rezeki Allah yang memberi.

ni rupenya..

dia nyer specs pi baca sendiri kat LG nyer website untuk model 42LD460
kenapa tak beli LED jer.. tak per la.. LCD dah cukup canggih dah untuk mak.. dia layan TV1, TV2 TV3 & TV9 jerr... kalau adik or abang lim balik nak tengok movie, just plug in USB.. settle. ni jerr la yang mampu.. nanti2 aku donlot blueray nyer movie.. mesti marbeles... kan kan kan.. yang bestnya... sure mak hepi.. mau seminggu sengih tak berhenti.. hehhehe...

tengkiu yerr enche affa for marbeles choc. masa dia kasi, penuh jerr blok2 box ni.. yang kosong tu, aku ngan armand yang ngap.. hehehe.. sedap tu...
'ala.. orang tak majok pun..., tak de sebab nak majok, cuma nyaris2 jerr... hahha memang poyo...' tapi tengkiu very much.. mmuuahhsss.. best2 len kali, kasi lagi taww...




....from kekwa22 with love....

17 March 2011

'barang'

pelik kan.. tak paham la... tapi tah aarrr
speechless

cakap salah.. tak cakap pun salah.
serba salah..

tapi apa salahnya menghormati antara satu sama lain..
tak rugi apa2 pun...
cuma rasa keciwa la...

tak perr la....
nak wat ce mana kannnnnnnnnn
mudah2an.. keberhasilannya berbaloi
semuanya sudah ketentuannya..

tapi kan.. muke masam2 kelat tu.. rasa nak senyum sengih jerrr...

sebelum tu.. terima kasih kerana tolong wat promosi.
semuanya pasal 'barang'

balik jerr dari opis dah lapo tahap gaban... sangat2..

ni, menu yang sempat untuk malam ni,

udang goreng kunyit

ni pulak.. sup cendawan...

alhamdulillah kenyang...

aku nak gie umah angah kejap ni... nak hantar kat dia 'barang'... sekarang ni... kalau nak itu 'barang' sila bagi tahu aku.. jangan segan2.. apakah 'barang' itu.. tungguuuuuuuuuu....
nanti aku akan explain detail bila aku ada masa lapang sikit... sekarang ni.. aku tak lapang... hehehhe...

jom jom...


....from kekwa22 with love....

16 March 2011

aku bosan

tarik napas... lepassssss
tarik napas... lepassssss

pejam mata 3 saat, buka mata 2 saat

aarrgghhhhh

aku bosan.



KAU TERHEBAT (S.A.W.)
Nur One
Album: Kau Terhebat

Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Asyraf, Nur One, Fahren (Arteffects Production)


Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata

Segenap ruang di angkasa
Kau bintang menyinar
Dalam berjuta yang terlihat
Dikau terhebat

Lembut wajahmu penuh damai
Keikhlasanmu yang terpancar
Tampak gayamu sederhana
Peribadi mempesona

Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu dilautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar

Aku rasa malu padamu
Terus aku menyanjungimu

Dalam dirimu hanya satu
Dia segalanya
Tautan rindu ku padamu
Dikau terhebat
Dikau terhebat
Dikau terhebat


....from kekwa22 with love....

15 March 2011

Alhamdulillah

mula2 rasa nak half day jerr... tapi.. malas plak nak masuk opis.. terus jerr aku istihar cuti sehari...

sempena bercuti.. aku pun pi soping.. lalallaa

ni, our dinner untuk malam ni..

salmon with oyster sauce

resepinya cam dulu gak.. tengok kat sini.. tapi ada adjust sikit... cam nih

isi ikan salmon di belah 2 dan di bersihkan
3 ulas bawang putih di tumbuk
2cm halia di tumbuk
1/4 cawan sos tiram
1 bungkus enoki mushroom di lerai2
bronkoli secukupnya di potong ikut suka
1 batang saleri di potong kasar2
1 batang carrot di potong memanjang
3 biji cili padi di belah dua
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

kekdahnya
panaskan minya. tumis bawang putih dan halia sehingga garing. masukkan cili padi dan air. biar seketika. tambah air dan sos tiram. masak hingga mendidih. masukkan ikan. biar sekali didih dan masukkan semua jenis sayuran. biarkan sekali didih dan sedia untuk di wat santapan...

sotong goreng kunyit dgn kacang panjang.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.

Terima kasih

Terima Kasih kepada semua...

terima kasih ya Allah...





....from kekwa22 with love....