26 July 2011

Persiapan perjalanan ibadat umrah

lepas pukul 2 jerr aku mula rasa tak sihat. badan jadik seram sejuk n dedar2 jerr.. semalam memang sangat2 tak larat. petang ni pun sama. mula le rasa nak demam. siap sakit2 tekak segala. entah..

just nak share tentatif program perjalanan aku menunaikan ibadat umrah.. tak sabo dah weiiiiii

semua ahli rombongan kena ada kat klia pada jam 11am.
awal tuuu... sebab dalam 11.30am -12.30pm akan diadakan taklimat dan penyerahan passport serta boarding pass. Dijangka terbang dgn saudi arabian airlines pada pukul 1pm waktu tempatan dan mendarat di madinah. hehehhe. poyo jerr bila gunakan waktu tempatan.

persoalanan kat sini, sape nak hantar gie klia on 8-8-2011. jeng jeng jeng.

angah kata, dia ok jerr boleh hantarkan. no problem. kalo mak nak ikut, dia datang ngan mak. kalo tak, dia sensorang jerr la. adik enche affa pun katanya nak datang kl untuk hantar kami berdua sambil nak ambil armand, tapi abang azim masih tak berapa nak sihat. baru kuar dari spital. so, tatau le ce mana programnya.

senang2 jgn susahkan sesapa, naik jerr klia xpress, settle. Armand, tinggal kat wa. nanti pah datang, ambil man kat umah wa jerr.. kesian la plak kat armand. dah la lama. kalo angah antar, memang tak leh bawa man ke klia. kalo man melalak, mak ngah tak leh handle. sedangkan kat umah pun, armand makan2 (buli) jerr mak ngahnya.. confirm nyer dia nangis. tetiba mama dan bapak dia tak de. sebabnya lately ni, armand selalu pasan kat mama kalo dah gie makah tu, lepas doa, terus jerr balik.

errmmm tengok lerr ce mana nanti. ikut ramalan kaji cuaca masa bertolak nanti. Insya Allah, on 8-8-2011, aku ngan enche affa, merasa le berpuasa selama 21 jam. berbuka puasa sejam sebelum mendarat di madinah. !st time mendarat kat madinah ni. before mendarat kat jedah jerr.

walau apa pun, dato' ustaz daud bagitahu, sesiapa yang nak berpuasa, silakan. dan sesiapa yang tak nak berpuasa, silakan. tapi sesapa yang tak nak berpuasa, boleh berbuka puasa dalam perjalanan, bukan kat umah yerrrrrrr.... sebab kalo kat umah, belum memulakan perjalanan walaupun dah solat musafir dan berniat ingin bermusafir.

NIAT

Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya ".
( Riwayat Ahmad dan Tabrani )


SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat. Cara-cara sembahyang sunat musafir.

1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut :


" Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah "

2. Pada rakaat yg pertama selepas membaca Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun

3. Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

4. Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak dilakukan

sumber : ambil kat sini yerr


Puasa Ramadhan dan Musafir.

Dalam perintahNya mensyari'atkan ibadah puasa bulan Ramadhan, Allah Subhanahu waTa'ala telah memberikan pengecualian khas bagi sesiapa yang dalam perjalanan atau musafir. Firman Allah: (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain (Maksud Surah al-Baqarah 02 - 184).


baca kat sini selebihnya yerrrrrrrr

aku? nak puasa ke tak? insya Allah aku akan berpuasa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)

baca lagi fadhilat puasa kat sini

Ni, perjalanan musafir bermula pada 8-8-2011





ni, ste bagi duit poket. 1st time aku nengok SR500. terima kasih..
ni, plak, ste bagi sebab aku ni, taat setia ngan ste. silap2 kipas susah mati ste. wakakakka.. Voucher jj bernilai RM800. Terima kasih yerr.... tahun depan bagi lagi tawwwwww (kalau aku masih kat ste le)
puas la aku bersoping sakan. heheheh.. tengkiu tengkiu. murah rezeki selepas kahwin.

sape2 yang belum kahwin tu.. yang dulu tu ramai awekss watlah pilihan yang mana satu idaman kalbu, kahwin jerr la.. kalo ada niat apa2 tunaikanlah. sat lagi tak tenang plak sebab belum tercapai niat sejak kecik2 or zaman2 remaja dolu2. paling penting, buktikanlah... setiap kata, perlu di kota. kan kan kan. baru la berbaloi usaha selama ni... usaha? tepuk dada, tanya iman.

dah lama tak wat roti... so, hari ni wat roti le.. kesian aku nyer BM. dah lama tersadai dan tak di gunakan.

nama dia roti yogurt coklat

resepi asal ambil kat sini

Bahan-bahan ( 1 )

250g tepung roti
100g yogurt
60g susu
25g telur
20g gula
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast
1/4 cawan kismis. ni aku yang menambah. rendam dgn air panas dan toskan.
kepingan coklat untuk inti.

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.

aku nyer kekdah, masukkan bahan berair satu2 dan di ikuti bahan kering. gula, garam dan yis letakkan di penjuru berlainan. setkan dough. biar la dia wat kerja ikut suka dia. jangan lupa masukkan kismis. biar dia gaul sekali. lepas dah bunyik tit tit tit, ambil doh dan wat bentuk sesuka hati sambil masukkan kepingan coklat sebagai inti. bako dalm oven dgn suhu 180*C. kuarkan dari oven dan griskan dengan butter cair dan susu pekat. siappppppppp

ni, rupenya selepas kuar dari oven... walaupun rupanya tidak begitu menawan, tetapi, don't judge a book by its cover tawwwwwww... tak baik.. eloklah.. tengok segala isi perutnya...
gebu weeiii.. sangat2. lembut giler... lembut tahap dewa dewi.. tu dia...
tak cayerr tanya enche affa.

lembut giler.. betul la komen2 sesiapa yang pernah wat roti nih...

oh dunya.. lihatlah...


....from kekwa22 with love...

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

25 July 2011

dah namanya jodoh

bz betul weekend lepas. on saturday, aku gie nengok wayang citer harry potter.memang best. misteri2 pada yang siri2 yang lepas tu, terjawab. semuanya ada kat last episode ni. memang best. yang tak bestnya, armand tak leh dok diam. huhuhuhu. memang sangat2 menguji kesabaran. enche affa plak, kena bertugas. so, kami berdua la yang gie nengok kat jj cheras selatan, dalam 10 minit dari rumah, sampai le.

ahad plak ada kursus umrah kat sapura@mines. sehari suntuk kat sana. kursus di sampaikan oleh dato' ustaz hj daud bin che ngah sendiri. penerangan yang di berikan sangat jelas, clean n clear.

yeay yeay dapat beg besar. besar tuuuuuuuuuu. siap ada logo sapura lagiiiiiii. maka, kitaorang semua.. ahli rombongan sapura seramai 120 orang yang akan gie umrah tahun ni, akan menggunakan beg berlogo sapura nih.. semalam tu.. selain dari my boss dan pn jun, aku tak kenal sape pun dari sapura2 len yang gie sama. paling ramai tahun ni, sapura crest hantar stafnya seramai 27 orang kalau tak silap... perrgghhh... ramai gilerr.. maknanya secara total, andalusia mendapat kutipan sebanyakRM958,800.oo bagi sapura group saja. berapa ringgit jerr lagi nak RM1juta. tapi, pakej yang di beri oleh andalusia memang berbaloi. esok2 kalau aku rajin, aku update tentatif program di sana nanti.
banyak nyerrrrrrr
Thanks STE, kerana menaja aku gie umah tahun ni. Pakej bernilai RM7990 dan duit poket SR500. Alhamdulillah. Tahun ni, giliran aku dan my boss. Insya Allah tahun depan, maybe emran dan firdaus kot.. aku tak tahu.. teka2 jerr...

masa lunch tadi.. aku terserempak dgn kawan lama.. oppsss.. aku rasa bukan kawan lama kot kenalan lama. sebab seingat aku, aku tak kawan dgn dia. dia adalah kawan kepada aku nyerr kawan lama. semuanya lama2 belaka.. tak sangka kan.. walaupun dah lama tak jumpe kenalan lama tu, tapi masih lagi story-mory pasal aku nih up to date. zaman siber kannnnnnnn.. terima kasih le kepada penyampai maklumat. Alhamdulillah.. tu, tandanya orang sayang kat kita.. kerana masih lagi mengikuti aku dan kehidupan aku nih. terima kasih yerr... wat susah2 jerr... kalau orang yang dah tak sayang, errr... lantak jerr la..

dah setahun dah aku kenal enche affa. kejap jerr... aku kenal dia on july last year. then july this year, aku dah jadi wife dia.. cepat jerr masa berlalu. dalam setahun tu juge aku kenal dgn enche affa, bertunang dan kahwin.. express betul.. 4 bulan kenal dan 6 bulan bertunang. hehehhe... dah namanya jodoh... cepat atau lambat, bukan alasan. yang paling penting segala perjalanan hidup kita, sudah di takdirkan oleh Allah swt. Aku bersyukur keatasNya. Alhamdulillah.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 July 2011

samsung galaxy S2

errmmmm... bz betul aku lately ni.. rasa sampai nak muntah2 nengok excel file.. tak lalu sungguh... wawawawa.. sangat penat nengok screen pc. sampai nak kuar bijik mata ngadapnya........... letih wooooooooo letih.. sangat2.. bila le.. nak siap nih.. wat coasting ni, penat mencari barang dan nunggu orang bagi quotation aarr... tu yang paling lama...

rasanya, kali ni le wat coasting paling banyak sekali. sampai nak muntah2 nengok pc. mata pun blurr... untuk project ni, ada 160 jenis cable yang berlainan yang nak kena wat harga.

penat di opis sampai le ke rumah.. tak sempat nak conteng2 kat blog ni.. tak sempat nak tayang food dan macam2 lagi...

petang tadi, gie langgaq, tapi tutup la plak.. maka.. tak tercapai la hasrat makan laksa. huhuhu.. lama dah teringin nak makan laksa.. tapi tu aarrr... maka, hidangan untuk malam ni, aku wat laksa. laksa darurat lerr..

bahan yang dok sedia ada kat rumah.. ni jerr
hasilnya...
layan jerrr la...
enche affa makan laksa ngan petis. tapi aku tak suke tambah petis.

rajin kan anak mama study.. semalam, dia gudboy sangat2.
lepas study, baru main..
rasa macam dah besar betul armand sekarang ni.

adooii... berkenan sungguh aku dengan samsung galaxy S2. cerr tengok kat sini. weeiii comei weeiii..........
best best...

cerr nengok ni, mana satu iphone 4 dan mana satu galaxy s2

Samsung Galaxy S2 vs iPhone 4. cerr baca kat sini.

harga iphone 4
Maxis Set 32GB (16GB - RM2080)
(Celcom Set : 32GB - RM2600 / 16GB - RM2230)
(SG Set : 32GB - RM2450 / 16GB - RM2100)

harga samsung galaxy s2 16G RM2010-RM1925

aku? weeiii mana mampu... tengok jerr la... layan gambo2.. dan kagum2 jerr tapi mana le tau nanti.. one day.. kannnnnnnnnnnnnn... semuanya tak mustahil.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

19 July 2011

Pameran Pedang Rasulullah SAW

last saturday enche affa n me gie nengok pameran pedang Rasulullah SAW kat shah alam. ada banyak peninggalan2 Rasulullah SAW berbentuk replika di pamerkan... besar2 dan panjang serta berat pedang2 berkenaan. Thanks to yayasan restu yang berusaha menjayakan pameran pedang rasulullah & sahabat serta kediaman Rasulullah saw.

Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


Antara pedang2 yang di pamerkan...

Pedang Al Ma’thur
Pedang Al Qadib & Pedang Al Battar
Pedang Ja'far Ath-Thayyar
Pedang Al Qal'sPedang Al Hatf
Pedang Abu Bakar As SiddiqPedang Utsman bin Affan RA
Pedang Sahabat R.A & Busur Rasullah SAW
Replika tapak kaki & selipar Rasulullah SAWTongkat Nabi Musa SAW
Tongkat Nabi Muhammad SAWReplika kediaman Rasulullah SAW

Rasulullah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”