so, di pagi yang hening tu.. kami sekuarga gie zoo negara. sajar gie jenjalan untuk bagi abang happy sebab bapak dan mama nyer support dan hepi sesangat bila abang menang pertandingan membaca kat skolah dia. Alhamdulillah syukur sesangat. tak sangka abang dapat mengalahkan kanak2 umur 5 dan 6 tahun kat skolah nyer.. genius aulad. masa teacher dia call tu.. suspen jerr.. ingatkan apa ler.. ke apa ker.. al maklum la abang tu macam2 mana lerr taw kan... rupa-rupanya berita gembira. wah.. tak sangka betul abang boleh menang... tahniah....
errmm aku rasa errmm pendapat aku la kan.. as a parents, kita tak leh harapkan teacher jerr ngajo kat skull. memang tak boleh. zaman sekarang ni, tak sama macam zaman kita2 dulu. semuanya dah advance. cara berfikir kanak2 zaman skrang dah tak sama dengan kita2 dulu2. so, kita kena la ikot perkembangan sekarang.
as a parent, kena la berkorban dan banyak dan bersabar dengan karenah anak2. memang kekadang tak sabar gak.. tapi try to control la dengan karenah anak2 yang macam2. kalo tak ada karenah tak best la plak... sunyi jerr.. tak meriah.
alhamdulillah armand mula baca iqra sejak umo doa 3 tahun 8 bulan kalo tak salah aku. time tu punya la banyak cabaran nak mengajo. tapi kena sabo. ada masanya nak mengaji sambil meniarap.. masa nak mengaji tu la terus nak makan dan minum. sakit perut tetiba, nak makan pun ada.. pada hal sebelum tu, nak makan punya la payah. kalo tak ikhalas mengaji plak.. langsung tak leh nak baca. kalo dah menangis dah.. satu haru. suara pun tak leh nak kuar. nak suruh ulang semula baca pun dah sentap... macam2 hal..sesemua tu time mengaji jerr.. lepas jerr mengaji... semaunya ok. kalo tak sabo.. memang la... tapi kekadang hilang gak sabo
Alhamdulillah syukur pada Allah, sekarang ni, aramnd dah baca sampai iqra 6. Syukur pada Allah swt. tapi cabaran nyer tetap sama... time mengaji jerr.. errmmm syaitan tu sentiasa menganggu.
lepas mengaji.. mesti kena wat homework. bukan homework skolah. tapi homework kat umah. timetable hari2 cam ni. monday-matematik, tuesday-english, wednesday-menulis, thursday-membaca, friday-mewarna. tak lama pun sejam jerr.. then lepas tu.. baru boleh pasang tv or on pc. cabaran nak mengikuti jadual, memang sangat2 banyak. kekadang macam nak berperang jerr... kekadang miss jugak. tapi sesemua ni kena istiqamah. memang sangat banyak cabaran. as a parent, kena la berkorban. buku2 yang di gunakan, aku guna jerr buku pra sekolah. habis jerr beli baru.. kalo matematik tu.. sehari, satu buku pun boleh habis. tapi kalo BM.. memang lambat. sebab armand tak suka menulis banyak2. sebab tu tulisan abang tak comei. kecik ada beso pun ada. tapi as long as aku taw apa yang dia tulis, its ok.
pasai tu kalo sesapa tanya.. ada tengok tv citer itu dan ini tak.. jawab nyer.. tak. memng tak sempat. macam la bz sangat.. tapi memang bz la. riuh rendah nak suruh study.... kecik lagi dah force suruh belajar??? memang ada orang cakap kecik lagi.. baru 4 years old.
tapi kita as parent kena tahu cabaran masa sekarang. kalo tak boleh tu.. hanya kata kita base on zaman kita dulu2. but not now. kanak2 hari ni terlalu cepat matured. kita mesti tahu kat mana kelebihan dan kelemahan anak kita.. then baru kita boleh improve. aku tak paksa armand tapi aku tahu potensi diri dia. aku tahu kemampuan dia ce mana. tu yang aku gilap...
setakat ni, armand kalo wat matematik, tambah dan tolak kalo pengiraan jawapan kurang dari 15, its ok. dia dah boleh buat. membaca dah lancar.. english dah boleh BM lagi la lancar. kalo menulis.. dia memang liat. tulisan beso2 dan tak cantik. kalo mewarna.. masih tak cantik. dia tak tahu menggunakan warna yang betul dan dia kurang sabar. selalu jerr project mewarna dia terbengkalai. bab kurang sabar ni.. susah nak improve. aku ngan enche affa pun kekadang hilang sabar..
sekarang ni dia dah pandai whatapps. kalo gaya dia menghantar whatapps.. memang hebat. siap dengan gambo lagi. kalo bagi tahu budak yang 4 tahun yang hantar msg tu may be orang tak caya... so, kengkawan kalo tetiba dapat msg whatsapp dari aku tu yang tetiba dan tah apa2.. maaflah yer... my son tengah syok bermesej.
ta tetiba jerr kalo dapat masej cam ni...'abang mad :( ' kang tak pasal2 gaduh plak.. laki bini. tetiba jerr nak mad... pastu msg dari aku... huhuhu tak dapek den nak tolong. hope tak de lah yer...
bila armand dah boleh membaca dan faham apa yang di baca, aku dah tukar buku. tanak lagi guna buku pra-sekolah. teacher mama dah tukar buku tahun 1. sebab teacher mama, aku lerr tu tahu sejauh mana armand bleh gie.. that why tuko buku. no more pra sekolah. setakat ni jumpa buku ni jerr... dah ada buku sains.
ni la buku2 yang aku gunakan... baru lagi buku ni.
jom jom kita tengah armand wat. ada betul ada salah. tapi aku tak kisah.. lagipun dia 4 tahun, wat latihan utk 7 tahun. banyak beza nyer... biarlah ikut kemampuan dia berfikir.
ni, kalau matematik.. ok jerr.. tulis nombor dah cantik
walaupun tulisan tak cantik, tapi masih faham apa yang dia tulis. apa yang penting, dia faham kehendak soalan
ni, plak buku bahasa melayu. perrgghh dulu masa aku kecik2 soalan kefahaman macam ni, darjah baru jumpa. tapi sekarang darjah satu dah ada. kalo sesapa yang masih belum baca, memang susah la..
ni plak english. memang advancekan silibus sekarang.. kalo aku tak beli buku ni, aku tataw pun silibus darjah 1. lagipun buku2 ni murah jerr... mampu di beli. RM3.60 sebuah.
ni, time rajin nak gunakan pembaris. aku tak kisah kalau salah. yang penting dia tak rasa putus asa nak jawan soalan.
ni plak sains. dahjah satu dah ada sains.. aiisseeyy.. dulu aku darjah 4 baru belajar alam dan manusia.
cer.. nengok gaya2 abang belajo... ada macam gaya 4 years old tak?
kalo tengok latihan dalam buku ni, sesapa yang masih tak pandai membaca, memang ketinggalan habis. dulu2 masa time aku, silibus ni masa aku darjah 2 kot. kalo darjah 1 dok baca A=ayam b=bola then bla2 pastu sibuk belajar suku kata. aku dapat baca dengan lancar selepas 3 bulan masuk darjah 1.
di sebabkan tu juga kami jarang nengok tv, so enche affa sudah potong itu
wat membazir jerr... dulu masa mula dapt tv LED ni, memang best la ada beyond. dapat tengok movie HD. perrgghh memang best. tapi sekarang ni dah tak dan dah... so, potong jerrr la... kslo tengok pun, sat sat jerr.. wat membazir jer.. tak tengok rugi pun tak apa, asalkan kami boleh bersama2 belajar dan ni le masa yang ada untuk anak2. esok nyer dah nak gie keje. so, kena gunakan masa dgn anak2 dengan bijak..
bukan tengok sangat. lepas mengaji, wat keje skolah. main dalm 30 minit dah pukul 10pm. kena la tido. kalo nak tido, kena gelapkan semua. so.. masing2 pakat2 tido la.. tu pun borak2 lagi kira 10.30pm baru abang tido.kekadang lebih...
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”