errmm just wanna share.. my experience selama dekat dah 10 bulan menyusu armand isyaf. walaupun tak 100%.. tapi setiap hari 80% susu yang di minum oleh isyraf adalah susu dari mama nyer...
mula masa melahirkan isyraf.. tak de skill and tak tahu posisi macam mana nak menyusu.. di tambah pulak dengan perut yang belum baik lagi sebab luka operate... isyraf yang nak susu jerr...
cara2 nak menyusukan baby boleh refer pics ni sebagai guidelines.
hari pertama balik dari spital.. sangat2 kekok nak menyusukan isyraf.. pulak tu dia merengek2 sebab lapo tak cukup susu. masa kat spital.. kalo nurse lambat sikit bagi susu kat dia.. errmmm mengangis la kuat2... rasa nya dia yang paling kuat nangis.. tahu tu.. sebab nursery baby kat depan bilik.. memang dengar..
Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:
“Para
ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu
bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
then masa dalam pantang.. aku terus force untuk menyusu.. bila baca2 blog orang semua nyer cakap kalo nak simpan susu.. masa dalam pantang la paling seswai wat stock.. errmmm aku plak memang langsung tak leh..nak simpan.. kalo pam.. dapa la 1/2 oz.. sedih aarrr... tapi redha. isyraf sendiri pun tak cukup. kena bagi dia susu extra 2 kali sehari sebanyak 2auns setiap kali menyusu. aku gunakan susu anmum. sebabnya masa kat spital diaorang memang bagi anmum.. so, aku continue jerr la
then bila dah 6 bulan.. i change to this one.. for 6 to 12 months baby.
bila dah masuk kerja.... aku cuba ambil kesempatan untuk pan 2 kali sehari.. walau macam mana pun seboleh2 nyer.. aku mesti pam.. ermm hasilnya.. tak banyak macam kawan2 aku kat opis ni yang pam.. tapi alhamdulillah bila sekali pam dapat 3oz or 4 oz. kadang2 sehari, dengan 2 kali pam dapat 7oz. sesekali kalo aku makan dan minum banyak dapat la 9oz. Alhamdulillah rezeki isyraf.
dalam usia isyraf 6 bulan lebih susu mulai kurang.. sebab mamanya bajet nak diet.. kih kih kih.. yerr la... membesar bagai johan.. kalo tak makan banyak.. susu tak banyak kuar.. kekadang dua kali pam dapat 5oz jer.. kan kerr sikit tu... 2 kali jerr isyraf minum.. dah habis... kesian isyraf.. then aku decide tanak aarr diet2 ni lagi.. yang penting bekalan susu untuk isyraf berterusan.. kalo orang lain boleh kurus dengan menyusu.. tapi aku ni.. len sket.. tak bleh apply pada semua orang. setiap orang berbeza.. kalo dah kurang susu, isyraf merengek jerr... sebab lapo.. tu jer yang dia tahu.. tapi sejak dah boleh makan macam2 ni...ok la sikit...
then.. aku makan vitamin... aku pilih shaklee. ada banyak lagi product2 lain.. tapi yang ni menjadi pilihan.. ada la banyak kelebihannya.. dan aku baca engalaman orang lain.. kebetulan plak officemate ada jual product ni.. so.. lebih senang le nak membeli.. mula2 guna trial set dulu. cam nih...
set untuk ibu2 yang menyusu.. kalo nak beli full set.. cam nih aarrr... rupa nyer
gambo2 dari google.
Alhamdulillah.. dengan pengambilan vitamin2 ni.. aku boleh maintain pengeluaran susu sebanyak 8oz sehari. for me.. dah cukup banyak.. dan Alhamdulillah rezeki isyraf berterusan. cumanya bila makan vitamin2 ni.. susu akan berubah warna sikit. sedikit kehijauan.. tapi ok jerr... tak de masalah apa pun...
sekarang umur Isyraf pun dah nak masuk 11 bulan dan dia masih lagi menyusu.. kalau aku ada kat rumah.. dia memang tak nak susu formula.. nak bermanja jerr dengan mama dia.. melekat jerrr.... kalo kat rumah wa.. sehari wa hanya beri isyraf 2 kali jerr.. susu formula. 3oz setiap kali menyusu.. selebihnya adalah dari susu yang aku bekalkan... sampai ke hari ni, isyraf masih menggunakan botol susu kecil ni..
Insya Allah sekiranya diizinkan Allah aku na menyusu isyraf sampai umur dia 2 tahun. mudah2an hasrat aku tercapai... kepada mommy2 yang lain.. jangan putus asa.. kalo susuilah baby anda dengan ikhlas.. jangan rasa terpaksa.. kalo kena makan banyak pun.. makan jerr la... minum jerr la air banyak2. Berserahlah pada Allah. dia yang mengurniakan rezeki buat kita semua.
Pemakaian nursing cover adalah sangat2 tidak berjaya. sebabnya isyraf tak suka kepalanya ditutup. sejak dilahirkan lagi.. dia memang tak suka kepalanya ditutup. comel jerr tengok baby2 lain pakai topi... sehari selepas di lahirkan..
aku letak topi untuk menutup kepalanya agar tak sejuk berada dibilik
ber'aircond' hasilnya.. dia sendiri tarik topi berkenaan. errmm satu
lagi isyraf memang tak boleh di bedung.. dia sangat2 tak suka kalau
badan dia di balut2. terutamanya kaki... dia mesti akan menangis setiap
kali di bedung... aku pun tak tahu cemana nak buat.. so, ikut jerr la
perangai dia. kalau di bedung semasa dia tidur.. dia kan berpusing2 dan
menangis minta di lepaskan dari bedungan. bila ah lepas.. errmm ok la
dia... tah la.. baby baby zaman sekarang....
so, nursing cover yang aku buat aku, tak di gunakan. kalau pergi shoping complex.. kalo macam sogo or jusco.. tak kisah sebab ada tempat khas menyusu. kalo tak ada tempat.. aku akan cari surau untuk menyusu... tak ada masalah..
ni, info yang aku dapat dari
halaqah.net so, aku kopipes untuk sharing...
16 SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Bagi
ibu2 yg baru mengenali dunia penyusuan susuibu, pelbagai persoalan
bermain di fikiran mereka. Adakalanya perkara2 tersebut membuatkan sesi
penyusuan utk si comel buahati tersayang akan terganggu. Jom kita semak
persoalan yg popular di kalangan ibu2 breastfeed ni, rujukan utk mama
juga! ^_^
1.Soalan:
Kenapa menyusu awal itu penting?
Jawapan:
Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:
* Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
*
Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari
permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna
kekuningan.
Kolostrum
ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi
kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel
putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu
ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat
dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.
2. Soalan:
Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?
Jawapan:
Waktu
terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu
dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan
bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup
berharga.
Dalam
tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada
tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu
sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk,
membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru
dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang
pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu
menyembuhkan sakit selepas bersalin.
3. Soalan:
Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?
Jawapan:
Paling
baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini
dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu
ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan
hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan
kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin
menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga
payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang
kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan.
Susu yang
keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini
mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu
diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi
apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan
tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau
tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun
tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif mencari
payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan
payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan
penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.
4. Soalan:
Bilakah susu mula dihasilkan?
Jawapan:
Diantara
hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna
putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur
dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara
perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan
berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti
air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.
Sesetengah ibu mendapati
payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah
bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama.
Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula
mengjasilkan susu.
6. Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan "Permintaan menyusu"?
Jawapan:
Kajian
menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah
membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula
menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus
menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu
akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.
Oleh itu,
membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling
berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang
tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau
selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu
dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan.
Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan
menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin
banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse
malas nak jaga tau!).
7. Soalan:
Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?
Jawapan:
Pada
peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu
menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin
bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua,
tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia
kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi
semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari.
Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang
biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu
lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak
senang.
8. Soalan:
Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?
Jawapan:
Sesetengah
bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada
berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh
24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau
lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan
sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka
masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu
ketika proses bersalin.
9. Soalan:
Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:
Jawapan:
Jika
ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti
akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat
susu yang cukup ialah:
*Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga
lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa
mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
* Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
*
Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya
setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap.
Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
* Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
10. Soalan:
Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?
Jawapan:
Kadangkala
ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi
untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu
ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang,
dia boleh menambahnya dengan cara:
* Menyusu dengan lebih kerap.
Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan.
Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
* Bertenang
ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan
makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau
melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan
perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
*
Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi
menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu.
Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu
menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu
tengahari.
* Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
11. Soalan:
Kenapa susu saya kelihatan cair?
foremilk & hind milk
Jawapan:
Jika
bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima
susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu
akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan
memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara
ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu
berikut:
* 'susu pertama' (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
* 'susu pertengahan' mengandungi lebih khasiat protein.
*
'susu akhir' (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya
dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat
badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat
badan menambah berat badannya.
Pastikan ibu mengingati yang dia
perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan
berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia
mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan
penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.
12. Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?
Jawapan:
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:
*
Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting
ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik
keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan
jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah
ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan
pengaliran susu yang pantas.
* Menyusu pada kedudukan berbaring
dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap
susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan
dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak
lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin
menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu
permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir
dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada
menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan
dengan sempurna.
13. Soalan:
Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
Jawapan:
Pada
peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari
payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan
apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan
otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di
waktu-waktu berkenaan.
Cuci payudara menggunakan air suam atau
sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju
dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting
tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik
plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu
tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan
lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya.
Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.
14. Soalan:
Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?
Jawapan:
Punca
utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu
botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting
ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar
hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.
Dalam
kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar
bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi.
Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit
mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.
Dalam
kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke
dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah
menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah
menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi
apabila bayi diberikan sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol,
bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan
menolak susu ibu.
15. Soalan:
Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?
Jawapan:
Bayi
yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya,
bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana
sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang
sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat
alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan
sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan
dari dilihat umum. contohnya:
16. Soalan:
Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?
Jawapan:
Pastikan
ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu
akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau
dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:
* Pola
hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'.
Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku
setiap kali bayi menghisap.
* Payudara akan menjadi suam panas dan
seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut
sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin
turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap
kali penyusuan.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”