24 April 2013

Farewell Azuwan..

Esok last day Azuwan.. so, sempena last day.. kami pun pi makan2 la.. errmmm farewell party IPAT yang sangat sedarhana. di hadiri oleh 4 oarang jerr termasuk aku.. wakakka.. Azuwan join IPAT last six months. Errmmm nampaknya tak ada rezeki dia kat sini lagi.

kami amik set ni...

 Haaa... sangat lah best lagi sedap.. lama pun tak layan pizza.

So, kami pun citer2 la.. biasa la citer yang never ending story.. then sup pun sampai...
 pastu air plak
 then garlic bread
 Pizza ni.. sangat best okeh! terbaek!
 Then chicken wings. lambat sket.. gie tangkap ayam dulu... hehehe jangan marah.. nanti kena jual..
 Weeeiiii... siyesly pizza ni mmg sedap... di ulangi memang sedap.. sangat2 seswai ngan tekak aku nih... :)
 Nanti nak ajak enche affa makan pizza nih!

 
....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 April 2013

Dividen Bank Rakyat 18% - untuk tahun kewangan 2012

Mungkin aku jerr yang terlambat tahu... errmm tak perr la.. at least ada gak amik tahu.. hheheehe.. last  week announce..

Alhamdulillah..
 
 ARKIB : 14/03/2013

Dividen Bank Rakyat 18%


ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) menunjukkan dividen sebanyak 18 peratus yang akan diagihkan kepada ahlinya di kuala Lumpur, semalam. Hadir pada majlis Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik (dua dari kiri). 
KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus kepada 947,541 ahlinya.
Ia terdiri daripada 16 peratus dividen tunai berjumlah RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk saham sebanyak dua peratus berjumlah RM55 juta yang akan ditambah ke dalam akaun sedia ada ahli-ahlinya.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian dividen tersebut adalah hasil prestasi cemerlang bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu.

Pada tahun kewangan 2012 berakhir 31 Disember lalu, Bank Rakyat merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak 4.7 peratus kepada RM2.11 bilion berbanding RM2.02 bilion tahun sebelumnya.

" Ini didorong oleh pertumbuhan pendapatan daripada pembiayaan dan deposit serta ditambah dengan kualiti aset yang kukuh walaupun berdepan dengan cabaran industri perbankan tempatan," katanya semasa mengumumkan prestasi kewangan Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2012 di sini hari ini.
Tambah Ismail Sabri, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion didokong oleh peningkatan pendapatan kasar sebanyak 13.2 peratus sebanyak RM6.23 bilion berbanding RM5.5 bilion tahun sebelumnya.

Manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit turut meningkat sebanyak RM95.6 juta kepada RM3.34 bilion berbanding RM3.24 bilion sebelumnya.
Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan bagi tahun 2013, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM300 juta.

Ini melibatkan pembukaan tiga cawangan penuh, lima cawangan perkhidmatan, 20 cawangan Ar-Rahnu Exchange serta 100 mesin ATM dan deposit, selain penambahbaikan cawangan-cawangan sedia ada.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130314/ko_01/Dividen-Bank-Rakyat-18#ixzz2RoOJ01kf
© Utusan Melayu (M) Bhd


 
 ....from kekwa22 with love....
 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

14 April 2013

lepaking at dunkin donuts

hari ni.. plan nak gie melawat abang khusyairi kat spital.. tapi sebelum tu.. jenjalan dulu kat metro kajang.. sajerr. window shopping.. dah lama tak gie situ.. tak ada tujuan apa pun.. just jenjalan jerr...

then melepak kat dunkin donut. lama dah tak lepak2 macam ni... eating and talking... anak beranak.. pot pet pot pet... sambil menjamu selera...

i think, donut kat sini dah kureng sket dah.. rasanya aku lebih suka donut kat jj tu apatah nama dia j.. errmm j.co donut may be la... better than dunkin or big apple. errmm i like.. yang tu..

isyraf layan donut.. pandai dah dia makan
Ala.. manja2 anak bapak..
i love my little brother very much.. muaaahhhh
peace

after an hour we go to KPJ kajang.. to visit abang khusyairi

mujur ramai orang masa kat spital.. adik happy la.. tapi dia dah mula meragam because he's sleepy.


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

13 April 2013

Jom Exam PTD

Musim exam PTD datang lagi...

13-4-2013 menjadi sejarah bila inilah kali pertama aku gie exam PTD. aku apply semua jawatan kerajaan yang berkenaan last year. Enche Affa yang bagi galakan supaya apply... aku ikut jerr... bukan mende yang tak baik pun...

mula2 pepagi 9-4-2013, aku dapat sms suruh aku gie exam on 13-4-2013.  Makna nya lagi 4 hari aku akan exam.. perrgghh tak tahu la sempat ke tidak nak membaca. dah la scopenya sangat luas.. untuk exam PTD ni.

Pepagi lagi aku dah sampai.. sebabnya takut kalo lambat datang susuah nak parking. nanti haru plak.. aku bajet memang sangat ramai orang.. errmm memang pun.. sangat ramai... semuanya muda2 dari aku.. yang aku nampak la.. ada yang belum habis belajar lagi pun ada. ada yang baru kerja setahun pun ada.. yang dah kerja bertahun2 macam aku pun ada.. hehehehe....

perrgghh takot oooo dah lama tak exam.
 
Gambo dari pakcik google

PANDUAN UMUM
1.     Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:
i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas
ii. Kad Pengenalan
iii. Pensil 2B, pen dan pemadam lembut
iv. Peralatan lain yang difikirkan perlu

2.     Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum Peperiksaan Khas dimulakan.

3.     Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4.     Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5.     Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit masa Peperiksaan Khas dimulakan

6.     Jawapan hendaklah dibuat dalam
i. Kertas OMR – bagi Seksyen A, B dan C
ii. Kertas tulis SPA – bagi Seksyen D dan E

7.     No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8.     Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

9.     Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS
Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :
Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei (Seksyen C dah tak de pada 13-4-2013)
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia /
infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lainlain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan
1.     Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia
Tenggara.
Jawapan – D

2.     Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
Jawapan – D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan
i. kemahiran logik
ii. kemahiran menginterpretasi data
iii.konsep-konsep matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat- maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan
1.     Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai dari individu-individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku.
Jururawat : “Jika awak makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera.”
Profesor : “Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang.”
Penganggur : “Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong.”
A. Jururawat
B. Penganggur
C. Peguambela
D. Peguambela dan Jururawat
Jawapan – B

Penjelasan
Kenyataan Peguambela tidak boleh diterima kerana ia merupakan kenyataanya sahaja. Ianya juga mungkin tidak berbukti kerana yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Penguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.Kenyataan Jururawat juga tidak boleh diterima kerana beliau tidak
dapat menjamin bahawa sesuatu penyakit boleh sembuh. Kenyataan Profesor Ekonomi juga tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja. Hanya kenyataan Penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan yang benar berlaku kepadanya.

2.     Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke sebuah kedai dan mengambil sebungkus coklat dan telah memakannya dengan tidak membayar. Keesokannya Y berperasaan kesal dan telah kembali ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga memohon maaf dan sanggup membayar harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tersebut tetapi telah membuat laporan polis. Dalam keadaan ini, mengikut petikan Undang-undang di atas, Y adalah
A. tidak bersalah kerana ia sudah meminta maaf
B. bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa membayar
C. bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya
D. tidak bersalah kerana sanggup membayar harga coklat tersebut
Jawapan – B

Penjelasan
Isu utama adalah sama ada perbuatan Y dianggap mencuri atau tidak disisi undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat lalu memakannya dan dengan itu, ‘melarikan harta daripada yang mempunyainya.’ oleh itu Y adalah bersalah. Jawapan yang boleh diterima ialah di antara A dan B. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Isu sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Jawapan yang tepat ialah B.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan
sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan
Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-soalan berikut:
0 – 5000     2,500 @ 6%     = 150
+ 2,500 @ 9%   = 225
5,000 – 7,500     5,000     = 375
+ 2,500 12%     = 300
7,500 – 10,000     7,500     = 675
+ 2,500 15%     = 375
10,000 – 15,000     10,000     = 1,050
+ 5,000 20%     = 1,000
15,000 – 20,000     15,000     = 2,050
+ 5,000 25%     = 1,250
20,000 – 25,000     20,000     = 3,350
+ 5,000 30%     = 1,500
25,000 – 35,000     25,000     = 4,800
+ 10,000 35%     = 3,500
35,000 – 50,000     35,000     = 8,300
+ 15,000 40%     = 6,000
50,000 – 75,000     50,000     = 14,300
+ 25,000 45%     = 11,250
75,000 – 100,000     75,000     = 22,500
+ 25,000 50%     = 12,500

1.     Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukai yang
berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 820
C. RM 825
D. RM 1,050
Jawapan – C

2.     Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20,000 dan pada tahun
hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM23,000.
Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayar bagi tahun hadapan?
A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
Jawapan – C

3.     Jika anda membayar cukai RM240 bagi tahun 1996 berapakah
pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000
B. RM 3,500
C. RM 4,500
D. RM 4,750
Jawapan – B

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di
seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep- konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan
1.     8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang
akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan – A

Teknik menjawab
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi
setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28

2.     Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan – A

Teknik menjawab
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27

SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI
Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 20 soalan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungi antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yang
menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalam

Bahasa Inggeris.
Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukan pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada perkara-perkara berikut:
(i)     Perkara yang penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei;
(ii)     Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dari esei;
(iii)     Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelak
dari esei;
(iv)     Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasaan penulis;
(v)     Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak, memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya

Contoh Soalan
Esei
Sejak awal lagi, internet diketahui mempunyai cirri-cirri kebaikan dan keburukannya. Kita amat mengharapkan alat ini dapat mencari maklumat dengan pantas dan digunakan dengan cara yang paling baik. Namun demikian, dalam masyarakat yang pelbagai ragam, penyalahgunaan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Cara untuk menyekat perbuatan seperti itu harus difikirkan oleh setiap individu. Oleh sebab
penggunaan internet dianggap sebagai kebebasan dalam konteks globalisasi, setiap individu berhak menggunakan Internet. Terpulanglah kepada individu itu untuk menentukan tujuan dia menggunakan internet, sama ada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Penggunaan internet dapat mempercepat tugas yang berkaitan dengannya.

Hal ini terbukti dengan jelas, khususnya dalam aspek penyaluran dan penyebaran maklumat dan maklum balasnya. Oleh itu, penyebar surat laying mungkin berpendapat bahawa internet merupakan alat yang
terpantas untuk melakukan perbuatan jahat mereka. Kita percaya bahawa surat layang melalui internet lebih berbisa jika ada pihak yang sanggup memanjangkan surat yang biasanya tidak dikenali penulisnya itu. Surat layang seperti ini dapat disebarkan dari satu alamat yang lain melalui internet atau dicetak dan disebarkan kepada mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet. Kerja ini juga dapat dilakukan menerusi ruang khas homepage yang begitu popular pada hari ini. Mungkin surat layang ini dapat dijawab menerusi cara yang sama, tetapi dengan berbuat demikian, kita seolah-olah mengundang penyebaran surat layang yang baru oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Masalah timbul apabila teknologi gagal dikaitkan dengan matlamat untuk mencari maklumat secara positif. Selain itu, pengguna hanya menggunakan internent untuk berkomunikasi secara negatif. Internet harus digunakan sebagai keperluan untuk berkomunikasi sesama manusia dengan bercirikan semangat untuk mewujudkan struktur sosial yang baik dan berkesan. Internet tidak harus digunakan untuk menyebar fitnah.
Kita bimbang jika fitnah ini dibuat untuk memburuk-burukkan kepimpinan negara, hal ini akan menjadi gejala yang tidak sihat. Sebagaimana yang kita tahu, penyebaran surat layang menerusi internet bukan terbatas
kepada lingkungan dalam negara. Penyebarannya mudah merebak hingga ke merata dunia. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pihak asing untuk memburuk-burukkan keadaan di sesebuah negara.

Di negara membangun, teknologi komunikasi sepatutnya dianggap sebagai penemuan terpenting untuk bersaing dalam bidang perdagangan, pertanian, perbankan, perniagaan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin
diakui oleh organisasi tertentu tetapi bagaimana pula dengan individu? Adakah mereka memahami falsafah teknologi komunikasi termoden ini? Jika mahu menyebarkan surat layang melalui internet, nampaknya
matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang celik maklumat tidak akan berhasil. Sesuatu yang mungkin mengecewakan kita ialah ketika kita melihat komunikasi baru dan teknologi maklumat sebagai alat penting
dunia perindustrian yang banyak menawarkan keuntungan, ada pihak yang terus leka dengan menyebarkan surat layang menerusi kemudahan yang sama.

Kita sedar bahawa gelombang teknologi dengan mudah dapat dimanipulasikan. Fakta yang salah mudah disalurkan untuk mengelirukan orang lain. Oleh itu kita juga amat sedih kerana ketika teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menyediakan prasarana seperti perbankan elektronik, Sistem rangkaian maklumat, persidangan video, pangkalan data dan alat automatik untuk kegunaan pejabat, ada pengguna
yang mudah melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Surat layang mampu menimbulkan krisis keyakinan jika tidak ditangani dengan baik. Kita percaya bahawa jika wujud etika dan nilai yang baik dalam kalangan pengguna internet, kita dapat mengelakkan diri daripada
perbuatan yang tidak mendatangkan hasil ini. Oleh itu, setiap pengguna seharusnya mempunyai maruah diri dan bukan menjadikan alat itu untuk merosakkan masyarakatnya.

1.     Penyalahgunaan internet sukar diatasi kerana
A. terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab
B. pengguna internet yang tidak bertanggungjawab sukar dikenali
C. pengguna internet dianggap sebagai kebebasan sejagat
D. adanya keinginan untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka pendek
Jawapan – C

2.     Apakah langkah yang paling sesuai untuk menyekat penyebaran
surat layang ?
A. Mengehadkan penggunaan internet dalam sesebuah Negara sahaja
B. Menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya
C. Menyemai etika dan sistem nilai yang baik dalam kalangan pengguna Internet
D. Menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk surat layang.
Jawapan – C

3.     Antara berikut, yang manakah kesan penyebaran surat layang?
i. Keuntungan sektor perdagangan terjejas
ii. Kewibawaan seseorang pemimpin terjejas
iii. Masyarakat celik maklumat sukar dilahirkan
iv. Masyarakat sejagat meragui keikhlasan sesebuah Negara
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
C. ii dan iv
Jawapan – A

Passage
Wanted urgently: a national energy policy. An inventory of Malaysia’s resources; both conventional and non-conventional. A projection of national energy needs for the century. Energy is one of the major
issues at the moment and will continue to be for a long time yet particularly for the developing countries, Malaysia included. The country’s known oil reserves are estimated at only about a billion barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer for about six or seven years.

The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy issues in this area surfaced again recently. In fact, the committee was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is
scarcely heard of or from. Likewise, the second tier committee of officials, which is charged with making recommendations to Ministers and to oversee the implementation of their decisions, seems to have led an equally shadowy existence.

This suggests the status of energy has yet to be raised to that of a major policy concern, even though pronouncements by top leaders such as the Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness
of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example, after pouring over the 400 odd pages document, the reader will find it difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been given an adequate treatment, although it is obvious that no country in today’s circumstances can set out a framework for development without it. The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s does not refer to energy even in passing, while the chapter under which energy has been dumped together with utilities is silent about plans diversifying the energy base.

If one is looking for specific details about the four-fuel strategy announced by the Prime Minister several months ago and reiterated by a cabinet minister more recently, one will be disappointed. Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country, expected to be prepared by World Bank experts, or the prospects for using local coal for power generation. And what of the progress of the studies undertaken by West German consultants in Sarawak?

These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast hydro potential the Pelagus rapids and the Balui River and the feasibility of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea.

4.     In this passage the author
A. is pessimistic about Malaysia’s future energy situation
B. is optimistic that Malaysia can solve its future energy problem
C. is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its energy problem
D. feels that there must be a greater effort by the government to study the future energy supply and demand.
Jawapan – D

5.     According to the author, as far as future needs of energy is concerned, the immediate step to be taken by the government is
A. to drill more oil
B. to use oil resources
C. to use coal resources
D. to carry out a national energy resources survey
Jawapan – D

6.     According to the author, if one is interested to know details about Malaysia’s future energy situation
A. one cannot find details anywhere
B. one must read Fourth Malaysia Plan
C. one has to see the Annual Economic Report
D. one has to see the Cabinet Committee Report
Jawapan – A

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan
Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Melayu.

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan
Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Inggeris.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam Peperiksaan Khas ini.
Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan Khas ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan- soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan- soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kelima-lima opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan
dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon
tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen calon perlu memilih sebuah tajuk dari tiga yang dikemukakan.

(b) Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei adalah panjang kerana kebiasaannya calon diberi selama 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang
bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menyusun perenggan menggunakan tajuk-tajuk kecil (jika perlu) dan mengemukakan hujah-
hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum esei ditulis.

PENUTUP
Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan PTD
adalah lebih baik.

sumber : http://www.index.my/ads/contoh-rujukan-soalan-dan-jawapan-exam-ptd-12-mei-2012/

Inilah suasana di hari peperiksaan. Dewan Sekolah Menengah Sains Alam Shah Cheras

Mudah2an usaha aku di berkati Allah. Semoga aku lulus dalam exam ni dan dapat pergi ke PAC. Ya Allah permudahkanlah segala urusan aku.
 

....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

11 April 2013

Hari bercinta-cinta

Sempena hari bercinta-cinta.. errmmm term abang armand. kalo mama and bapak kuar dua orang jerr.. makna nyer.. mama dan bapak bercinta-cinta. kalo kuar dengan diaorang tak bercinta-cinta sebab ada anak2.. ada2 jerr idea.

hari ni.. pepagi tadi.. gie daftar skolah abang.. sempena nak masuk tahun satu pada tahun 2015. so.. cuti ler.. parent nyer...

sempena hari bercinta-cinta

jom layan... gambo2 amik kat sini sempena deal 32% less.
gambo amik masa deal groupon.

ni plak gambar kami berdua bercinta2 plak.. ni, antara makanan yang menjadi pilihan... ada banyak lagi... tapi yang ni jerr yang dan di ambil photo nyerrr
 
 vege
 fruit salad
 kimchi
  Enche Affa gigih menyediakan hidangan
cuma nyerr kalo groupon wat lagi deal.. aku nak gie soul garden yang kat paradigm mall. kat sana lebih banyak pilihan.


 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”