31 December 2015

2015 Dalam Sejarah

hari ni, hari last dalam tahun 2015. hari last. last day. hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. errmm dah 365 hari berlalu. sepanjang tempoh itu banyak suka duka kehidupan yang di lalui. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat yang terlalu banyak untuk kami sekeluarga. semoga kami sentiasa berada di kalangan hambanya yang bersyukur.


 Alhamdulillah Allah swt melimpahkan rezeki kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah Maha pengasih lagi maha penyayang.
2015

Januari
Kami sibuk daftarkan Armand untuk kemasukkan tahun 1. 1st time. kena banyak tanya kawan2 apa yang perlu dan tak perlu. Armand selalu kena buli. kami risau. Armand mengadu itu ini. Armand ketua kelas. Alhamdulillah Armand berjaya menempatkan diri dikalangan 10 pelajar terbaik. Tahniah anak mama.


Febuary
bertambah lagi setahun umurku. Alhamdulillah atas nikmat usia dan kesihatan yang baik yang Allah SWT berikan. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada diri ni. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang bersyukur. Terima kasih enche affa. jam tangan digital.
 Mac
bulan ni, genap umur Armand 7 tahun. semoga abang menjadi anak yang soleh. birthday party hanya untuk keluarga kami. kecil2 sahaja. sebagai tanda meraikan. happy sungguh anak2.

April
kami sekeluarga ke Sabah. jalan2 melihat ciptaan Allah SWT. seronok dan teruja anak2. bermain air sepanjang hari di pulau 

Mei
bulan ni, genap umur isyraf 3 tahun. semoga isyraf menjadi anak yang soleh. ni 1st time buat birthday isyraf. masa umur 2 tahun.. kami tak tahu yang dia nak birthday dia sendiri. so, impian dia kami realisasikan. walaupun secara kecilan tapi tetap meriah.
Jun
kami menyambut Ramadhan dengan meriah. berbuka puasa di masjid ataupun surau. Alhamdulillah. seronok. sudah 2 tahun kami berbuka puasa di surau2 atau pun masjid.

Julai
Syawal kami sambut dengan sederhana. 1st time buat hari keluarga. sangat meriah. seronok. teruja. teringat isyraf dengan bangga mengambil hadiah dari tok cik. dia pun ada ke inginan sendiri.


Ogos
Alhamdulillah Allah murahkan rezeki. mulanya ingat ianya bukan milik kami. sudah terlepas pada orang lain. tetapi bila Allah mengatakan itu adalah rezeki kami. syukur sangat2 memang ianya menjadi milik kami. insya Allah kami akan menetap di sana satu hari nanti. Tahniah kakak ika. Rombongan ke Kota Bharu sangat best.


September
Anak2 masuk wad. mula abang masuk wad di KPJ kajang sebab jangkitan peparu. esoknya, adik pula 4 hari 3 malam. virus yang sama. kami berkampung la di KPJ Kajang.

Oktober
Anak2 di masukkan semula ke wad kerana demam yang tidak di ketahui punca. abang dan adik di tempatkan didalam satu wad. 8 hari 7 malam kami berkampung di KPJ Kajang lagi. kasihan anak2 di kala suhu badan mencecah 40 darjah celsius. menggeletar dan menggigil itu di suruh mandi. kuatnya semangat anak2. kami berdua yang tewas dgn ketabahan anak2 mengharunginya.



November
bulan yang sangat sibuk dengan kerja2 di pejabat. aku dan enche affa bertungkus lumus menyiapkan tugasan. dua minggu berturut2 bermalam di Gambang. sebabnya bangunan2 dah nak di serahkan pada UIAM. sibuk juga menyiapkan keperluan untuk mengerjakan umrah dan juga anak2.


Disember
Alhamdulillah Allah makbulkan niat kami. sekali lagi kami berangkat mengerjakan umrah. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kami. bagaikan bermimpi pabila sekali lagi kaabah berada di depan mata. tiada kata-kata yang mampu mengambarkan perasaan kami di kala itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ya Allah, jemputlah kami lagi ya Allah. Lagi dan lagi, lagi, lagi. Murahkanlah rezeki kami, kurniakan kesihatan yang baik dan kelapangan masa. kami tidak pernah jemu untuk mengunjungi Baitullah-Haram. Ya Allah, rindunya... mudah-mudahan kami dapat panggilan menunaikan ibadat haji dalam masa terdekat. kalau ikut giliran yang tertera.. mmg sangat lama lagi.  Happy birthday enche Affa.

 
Kami tutup tirai tahun 2015 dengan segala kenangan yang manis. Alhamdulillah.

semoga hari esok akan membawa keberkatan dalam hidup kami.




  ....from kekwa22 with love.... “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 November 2015

nak balikknak balikkkkkkk

masih di sini lagi.. rasa hampeh bila dapat soalan
macam waste time jerr..
tapi macam hampeh bila dapat soklan
korang buat apa?
korang buat apa?
korang buat apa?
buat apa?
buat apa?
buat apa?
haihhh apa2 ajer lahhhhh
hati dah lama tak ada kat sini..
nak balikkkkkkk
 

 
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

25 November 2015

masih di sini

2nd day at IIUM Gambang site Office

Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur sekali. Awal bangun hari ni. menunaikan tanggunjawab kepada Pencipta. pepagi lagi dah riuh suara budak2 riang ria menikmati percutian. berbeza dengan last week, sunyi sepi.

 masa otw nak bfast, 8.45am, dah penuh swimming pool dengan kanak2 dan dewasa. eeeee tak sejuk kerr.. percutian buat mereka. tapi tidak bagi kami berdua. aku dan lizi ler tu...

bfast hari ni..



 lepas bfast jenjalan tengok kawasan sekitar sementara nak tunggu Awal dtang ambil ke site office.
ni ler block Arabian kat Gambang Waterpark.







 
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

24 November 2015

Plan yang tak plan

Salam dari Pusat Asasi IIUM Gambang.
Jauh merantau hari ni, may be esok or lusa baru nak balik. entah! belum ada keputusan lagi. sama ada nak stay or tak.. macam tak de plan aje.. errmm memang pun. tak do plan. plan A ke plan B ke plan C ke.. semua plan kelauttttt. hahhahaa pagi tadi dari KL pukul 8.30. sampai IIUM Gambang before 11am. Breakfast kat R&R Temerloh.
  
RM7.50 + RM1.50 Mineral water. 
Datang boss drive sebab company car mmg semua dah fully booked. nasib ada boss. heheheh. aku bukan tak leh nak drive sbbnya keadaan semasa tidak mengizinkan. tekanan darah masih rendah. selalu sangat pening secara tiba2 dan kadang2 rasa loya macam nak muntah. macam tanda2 ehem2 aje.. kikiki.. tak de lahh.. jangan fikir bab tu aje.. banyak lagi simptom2 yang sama.

Eermmm nampaknya kali ni, berkampung kat Gambang. hadoiii.. lomah den. ingat boleh balik tadi. tak perrr lahh. kena servey tempat tinggal. bajet nak tido gambang waterpark. masa nak check in ada masalah sikit sebab tak booked awal2. so, tunggu jerr lahh.. dekat pukul 7pm baru dapat bilik. 


menu malam nih. sama macam pagi... ni jerr yang ada dan berkenan kat hati masa kat kolej matrikulasi. rezeki malam ni.
  
RM4.50. air, buat sendiri. berbeza betul dengan harga bfast pagi tadi walaupun nama sama. tapi. rasa yang beli kat kolej matrikulasi lagi dan sangatttt lazat. kenyang perut senang hati. eerrmm bergolek2 lah atas katil. wifi line tak ok. tido jerr lah...


   
 ....from kekwa22 with love....
 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

23 November 2015

Hati

Lama tak datang sini... sangattt lama.. bukannya busy sangat. sampai password pun boleh lupa. kekekeke.. memang lahh bersawangggg bagai. bukan tak sempat dangat pun.. bukan tak ada story mory morning glory, tapi masalah hati.
hati yang tak nak datang jengok.
hati yang buat tak sempat..
hati yang malas nak update
hati yang malas nak berceloteh
hati yang mencari pelbagai alasan
pokoknya hati

Specialnya anugerah dari Allah SWT adalah Hati. kekadang hati lebih kuat berkata dari lidah. tekad dan azam tu, mmg ada, tapi ianya tak seiring dengan hati. hehehe.. sebab tu banyakkkk alasan yang lidah beri sebab jalannya tak seiring.. so, kena la hati-hati.

In Sha Allah semoga di kuatkan hati untuk selalu datang ke sini..



 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

23 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha





 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

01 September 2015

Lunch

Lunch hari ni..
lama tak p sini..
errmm perut dah kenyang, malas nak tulis apa..

jommm.. Biarlah pics berbicara..













....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”