27 October 2016

Sambal Hitam Pahang versi derhaka.

Lama tak hapdate pasal resepi.. kikiki..
sebabnya M melanda.
Kalo ada M mmg tak jadi apa.

Hari ni type R.

Saja nak share sambal hitam Pahang versi derhaka. Jangan marah yerr orang Pahang. 1st time makan sambal hitam pahang masa bulan puansa haritu. masa kat surau ada orang sedakah. memang sedap.

Sebenarnya bukan feveret sangat pon makanan yang ada unsur2 pedas ni. Tapi di sebabkan belimbing buluh kak yati punya la banyak bersepah kat atas tanah. Membazir kot. Dah la kak yati punya pokok.. orang len plak yang kecoh. Hahaha.. dah jiran kan.. semalam dengan semangatnya bawa 1 bekas terus aje pi kutip yang kat atas pokok bergayut2 masak. Tapi lepas bagi tahu kak yati ler nak ambil buah.. biar kita berbahasa kan.. dah la nak ambil orang punya. walaupun dah lama kak yati pesan.. kalo ko nak, ambil aje lahhhh..

Selepas google2 resepi sambal hitam Pahang.. maka di rumuskan bahan2 serta kekdahnya.. jadilah sambal hitam Pahang versi derkaha. Sebab apa jadi derhaka.. sebab baca2 yng orang len buat.. masa masak sampai belimbing jadi kecut, periuk akan jadi hitam dan kusam. Ada yang kena buang periuk tu. Tu yang tanak ambil risiko. Tak do bajet nak beli hat baru. So, jumpa jumpa jugak versi macam yang aii buat ni. Tapi ejas sikit tang ikan bilis. Derhaka jugakkk tuuu..

Sapa nak follow aiii silakan… marbeles beb. Aku pun bukan makan pedas sangat. So, biasa2 aje.

Bahan2 yg diperlukan
1. 25 biji belimbing buluh - banyak tu sbb free.. hahaha
2. Cili padi secukupnya. Kalo nak pedas letak banyak. Kalo tanak pedas sangat letak sikit. Ikot suka lah yerr
3. 1 cawan air
4. Bawang merah besar 2 biji
5. Bawang putih 2 ulas
6. Garam secukupnya
7. 1 1/2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan. Guna ikan bilis putih saiz sederhana.
8. Minyak untuk menggoreng

Kekdahnya..
1. Masukkan belimbing buluh, bawang merah besar, bawang putih, cili dan air ke dalam pengisar. Blend hingga semuanya hancur.
2. Masak dalam api perlahan hingga kering
3. Sambil2 tu, panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing dan rangup.
4. Bila sambal dah kering, warna perang tua, masukkan ikan bilis dan garam secukupnya. Masa proses gaul2 ni, ikan bilis akan patah jadi kecik2. patah2. Matikan api. Siap untuk di makan.

Best sebab rangup2 aje ikan bilis nyer.. Hasilnya dapat la seberkas kecik ni..

 sambal pahang versi derhaka. mau 2 bulan baru habis ni. Hahaha.. malas nak masak bagi hitam. kalo biarkan sikit lagi mau hitam. sebab teori aku.. hitam ada karbon. karbon tak baik untuk kesihatan. tu diaaa.. teori aku yang tak ada master degree dlm biofood.Paras rupa bukan ukuran.. yang penting sedappp.. hahaha.. bukan fanatic.

Cuma biasa2 aje.. siapa nak follow aiii silakan… versi senang dan sedap.Ni versi gambo besar.. cubalah.. memang sedap... kombinasi masam, pedas dan rangup. tu diaaa..

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

04 October 2016

Alhamdulillah akhirnya...

lepas lebih kurang setahun menunggu...
lepas itu ini begitu begini..
Alhamdulillah dapat kunci. yeay!
Alhamdulillah akhirnya kami dah memiliki rumah sendiri.

Ni keadaan rumah yang telah di kosongkan dari pemilik asal.

banyak tugas yang perlu dilakukan. Actually rumah masih banyak dengan barang2 yang pemilik asal dah tak nak... so, kena la buat proses pembersihan dahulu untuk pastikan senang nak buat reno.


 ....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

25 August 2016

Bila mood R nak sampai nih!

Lama tak jengok rumah kat sini bersawang bagai. malas nak menaip. bukan busy sangat pun cuma nya tak ada apa yang nak cerita. sbb sejak ada FB ni.. load aje dalam FB then biarlah ianya berbicara. kikikiki. cuma dah tak membebel panjang2. niat ada untuk hapdate. cuma kemalasan tahap dewa dewi yang menyebabkan malas nak update.

sampai password pun lupa daaaaa.. heheh. hari ni.. datang mood nak tulis something2 kat sini. bila la nak consistent tulis macam dolu2. tunggulah mood R bertukar. 



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 July 2016

Open House 2015 @office


 Hari ni.. zelan buat open house. Masih lagi guna banner yang sama. jimat katanya. tapi tak pe.. tu tak penting.. kalo tak do pun tak ngape..

waahh meriah. walaupun menu sama aje dengan tahun lepas. tak de la gigih nak shoot gambar satu2 menu kannnn.. malu aiiiii. tapi banyakkkkk makanan.

dalam banyak2 tu aiii tuju hat ni aje.
ada nasi tomato dan kue teaw kerang yang di masak segera. tapi aiii sikit pun tak rasa. ada roti jala, nasi impit, rojak, ABC, pelbagai kuih muih. Boleh makan sampai puas..

Selamat menjamu selera kengkawan.

lepas semua dah makan.. kita tapauuuu


Rezeki.....




....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 July 2016

laptop generasi ke berapa tahhhh

Petang semalam masa tengah dok syok2 surfing tetiba pop bunyi meletop kuat. terus aje PC off dan power supply pun off juga. langsung tak boleh nak on. aku malas nak godek2 ape.. biar esok aje.. diorang buat apa yang patut. segala kerja2 yang tak patut tu.. biarkan aje.

pagi ni.. dapat la replacement laptop as temporary. aku memang tak minat nak guna laptop sebab slowwww okeh.. entah dari generasi ke berapa pun tak tahu laptop nih. tak de la nak kata desktop tu ok sangat. turun temurun juga tu.. cuma lebih best la dari laptop ni. kannnn

rupa dah serabut sangat dah.. errmm biarkan aje di ceruk tu. tutup mata sebelah. heheeh.. sebab orang depan pun share port yang sama juge. so, tak yah nak susah2. lagi 2 hari settle.. kita susun atur semula. sekarang ni.. buat2 tak nampak aje.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 July 2016

Jom makan Buah 2016

weehh tak sangka plak.. barang semalam yang order kat lazada tu dah sampai.. cepatla pulak.. tapi tak pe... baguss aaii like. so, malam ni boleh ler nak ehem ehem..kikiki..

kalo larat ler. kalo tak larat.. nanti2 lahh..kepala makin berat. selsema aarr.. jangkit dengan anak2 ler nih. Diorg dah makin sembuh dah. Alhamdulillah. abang dapat MC 3 hari. hari ni, adik nyer monteng lagi.. haduhaiii.. panjang aje akal nyer nak monteng. esok ada jamuan raya kat skolah dia.. kena siap2 pakai baju raya.. errmm mesti semangat esok pagi.. hopefully.. sbb biasanya masing2 berchenta nak bangun pagi.

sapa2 nak beli buah, sila datang beramai2




....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

19 July 2016

terjebak..

hadoiii... tetiba pulak.. bukan sumthin yg new. tapi selama ni mmg buat tak tahu aje. buat2 tak tahu aje.

tapi terjebak la pulak sehari dua ni.. banyak plak benda2 yang best2 dan price yang masuk akal. yang penting free pos. tak gitew? sampai lambat sikit pun tak nhgape. hari ni

nama mende alah ni ialah 5-In-1 Facial Beauty 360 degree Ultrasonic Multifunction Exfoliating Firming Shaping Slimming Toning Face Massager Pore Blackhead Whitehead Spa Scrub Whitening Cleanser As Seen On TV   


 punya la panjang namanya..
kannnnn.. ok leh harga nyer.. mampu milik.  apa best nyer benda nih?

Enjoy the benefits of Facial at the comfort of your own home
For less than quarter of the price of a salon facial

MultiFunction Device
  •  ·      Exfoliates Dull Dead Skin
  • ·      Removes Darkened Skin to Brighten the Complexion
  • ·      Deep Cleanses & Refines Open Pores
  • ·      Removes Blackheads
  • ·      Removes Make Up & BB Cream More Efficiently
  • ·      Improves Lymphatic Drainage to Reduce Face Puffiness
  • ·      Improves Circulation to Increase Skin Radiance
  • ·      Accelerates Skin Rejuvenation for Anti-Aging Effects
  • ·      Massages to Firm & Tone Up Sagging Skin
  • ·      Contours Face to V Shape
  • ·      Reduces Double Chin & Sagging Chin
  • ·      Firms Up Sagging Neck
  • Plus Removes Calluses from Elbow & Feet to Keep Them Smooth To The Touch
·       5 different applicators for deep cleansing, exfoliating and massaging
·       360° degree rotation
·       Dual speed
·       Water resistant head
·       Compact & Lightweight - Bring it with you when you travel!
·       Suitable for the Face, Body & Scalp

moga2 lepas dapat menda nih akan di gunakan sepenuhnya..

in sha Allah


 ....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

15 July 2016

membebel2 di petang hari

memang susah nak puaskan hati semua orang ada aje alasan yang nak menyalahkan orang lain.. serba tak kena. cerr suruh jadi organizer mmg awal2 lagi kata not my job okeh! ada aje alasan nak mengelak..

bila tak bagi email.. boleh cakap.. haa tak de pun email... (macam lah baca email)
bila dah bagi email.. errmm busy lahh tak dan nak baca email sebab focus hat nih.
bila tiba masanya..
kena jugak call sorang2 buat jemputan khas. tapi tak datang juga
kalo organize 1 hari, lama pulak hilang lesapnya.
buat 1 jam pun ada jugak alasannya..
manjang tak puas hati
macammmmm bagus ajeeee
kalo bagus mesti tahu tanggungjawab memasing kannnnnnn
adaaaa aje alasan.
lepas tu tanya, ada sijilkah?


cer fikir bajet dan komitmen diri sendiri, berbaloi tak?
ceerr fikir


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

14 July 2016

Penyakit M

lama giloss tak jengok2 kat sini.. bersawang habis.. jenuh nak bersihkan habuk.. punya la lama tak menjengah sini.. sampai hampir lupa password. kekeke..

mood nak tulis dah lama terbang kemana tah.. bukan tak sempat sangat.. tapi penyakit M datang. tak sembuh2 lagi.  sampai bila nak tung.. eerrmm tak tahu lahhhhhh hehehe



 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”