28 October 2008

Cinta Ini Membunuhku

Cinta Ini Membunuhku -by D'MASSIVE

kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

....from kekwa22 with love....

26 October 2008

Majlis Perkahwinan

Mulanya aku menag malas nak gi majlis perkahwinan butter... tapi selepas dapat masej banyak kali suruh gi... aku pun gi jugak la... tak de la jauh sangat dari umah aku.. dekat AU5 jerr.. ada la 10minit dari umah aku..

tu termasuk la aku juge.. hahahaha tak pernah aku join diaorang... kereta pengantin pun naik persona nak.. dia paling awal la.. then masuk dalam dewan, semua group persona ni... rupanya parking khas dah di sediakan.. apa lagi masing2 beratur la masuk parking... bersusun jerrr persona kat situ...

orang lain semua pandang jerr cam acara apa jerr.. paling best pengantin tu, tunggu semua persona dapat parking, baru la..kompang berbunyi dan kami semua mengiringi pengantin.. belah penhgantin yang

hehhehe memang poyo... hehhehe. bukan nya sedara mara mengiringi, tapi group persona.. lepas dah makan2 sessi bergambar pulak..

macam2 karenah.. hehheh belah petang tu.. lepas balik dari kenduri tu, diorang ajak gi open house umah ell, budak persona gak la... tapi aku malas nak gi.. aku nak pi tinted kete, then nak gi beli air.. pastu nak gi beli air minuman kat setiawangsa...

lama dah tak joging..
lepas tu terus gi jusco.. sebab dah lapo tahap gaban...



Tapi petang tu dalam pukul 6.00 aku dan 2 orang kawan aku gi jogging kat tasih titiwangsa... tak de la lama sangat.. sebab stamina tak de... dah

gie jusco dengan busuk2 bau peluh... hehheheh nasib la...

masing2 lapo.. maklum la hari tu mkan tengah hari jerrr kat kenduri...makan la kat egg house kat jaya jusco... dalam kul 10 baru balik umah... penat. bila sampai umah plak... dok lepak godek2 PC kak Normah sampai la pukul 1 lebih... lepas tu baru la tido....

...from kekwa22 with love....

25 October 2008

pagi yang cerah

penatnya today..... pagi2 lagi dah rasa penat... banyak aktiviti... yang dah buat pagi ni..... pagi tadi bangun pukul 5.30am lagi.. hehheehe lepas jerr solat subuh, terus tido balik.. hahhaha tak bagus betul.. tapi nak wat ce mana dah mata tak leh nak celik... pulak tu sejuk untuk nak memulakan aktiviti yang melibatkan air.

pukul 7.30am terjaga sebab ada orang call. salah nombor plak tu... heehehe... cume kebetulannya orang yang dia cari tu sama nama ngan aku... tu yang aku pun terkejut gak sebab dia nak bagi tahu ada kematian.

kemas umah, basuh semua cadar.. sapu satu umah.. mop pulak lepas tu... tak de la penat sangat.. tapi bila dah basuh kete... memang lagi la penat. lama gilerr basuh kete.. bukannya apa pun cuma ada kotoran yang susah nak tanggal. puas tenyehh... payah betul nak hilang.
bila check balik kete.. rasa cam nak marah... bukan setakat rasa jerr.. tapi memang marah pun.. sarung kusyen kete terbakar skit sarung dia masa wat tinted.. dah la calar...
rasa cam nak saman jerr orang yang wat tu... bengang tahap dewa.. hari tu tak perasan lagi...

tetiba jerr aku dapat selsema... sejuk aarr ni... ce mana nak basuh bilik air ni... kipas aku yang berhabuk ni aku dah cuci bersih...

mata pun dah kuyu jerr ni.. tadi makan mee yang kak normah masak.. hehheh tak yah la aku wat sarapan.. tapi rasa cam nak makan lagi jerr tak cukup aarrr sarapan mee. bukan makan banyak pun.. rasa cam nak bakar roti jerr... tapi malas nak turun bawah... hehhe maknanya.. tak yah la... lupakan sesemua tu...

geng persona ajak gi kenduri.. tapi aku malas nak join.. tak kenal rapat lagi ngan diaorang.. may be aus ada la kot.. tah .. yang penting malas nak kuar ari ni.. nak duduk kat umah. cadang nak study.. petang ni kalo tak ujan rasa cam nak gi mantin.. tapi tengok la kalo rajin...kalo malas.. cam plan A jerr la.. dok umah diam2.



....from kekwa22 with love....

Luahan rasa

Huh… Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini…

Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap..

Ah… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali…

Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih…

Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku…. Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku…

Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin…

Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Meyesal??? ah… langsung tidak terbetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..



....from kekwa22 with love....