27 December 2009

salam 10 Muharram

ermm hari ni 10 muharram. alhamdulillah.. tercapai hasrat untuk berpuasa.

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

pagi ni memang tak pi tasik sebabnya kalo dah penat.. terbuke puasa plak. pagi tu aku gie k4 jerr.. beli barang2.. sikit. nak masak.. al maklumlah puasa. macam2 nak makan.. hehhehe. aku sorang jerr puasa today. ogie dah balik kota tinggi.kak norma plak ada mesyuarat agung..

tengahari aku layan citer nih.. push.. best gak arrr.. tak sesia aku melangut depan laptop aku nih.. siap boleh confess lagi cam citer lagend of seeker... kalo aku boleh confess orang kan best.. hahahah.. then terfikir plak.. sape la orang pertama aku nak confess.. jeng jeng jeng....ni menu aku untuk berbuke.. punya la meriah. aku berbuke dgn kak norma arr... ni nasi minyak. kalo orang tanya aku, bila nak makan nasi minyak.. ermm jawapannya.. petang tadi dah makan.. hehehhe aci tak?ada ayam masak merah, daging rendang.. sup cendawan + tauhu lembut, ulam pegaga & selom, ikan goreng, kari ikan semalam, tembikai & pisang. cam nak ajak jiran sebelah jer.. .. hehhehe.. ermm sekali sekala.. meriah..

pasal jiran sebelah ni.. ermm kak norma sempat lagi kenakan aku.. cis cis.. poyo betul.. semalam aku pun tak tanya lanjut.. bila kak norma cakap dia dah ambil dari mima. aku kata ok jer... then pagi tadi masa nak kuar, aku jumpe shuhail tengah cat gate, aku tanya dia.. then terus jerr dia tanya din. hasilnya jeng jeng jeng... hhahhaha. kalo tak jeling2 n tuko2 senyum jer... segan sioot. dah le tak pernah cakap dgn dia. hampeh betul kak norma.. tau arr dia nak kenen2 kan aku dgn si din tu. kak norma balik.. apa lagi.. aku pun citer aarr ke'hampeh'an norma. dia nyer gelak.. tak hengat.. dia cakap.. tu arr kalo tak, tak mungkin nyer..... masing2 malu2 ayam. selisih pun tak tego.. kononnya bagi peluang kat aku.. cissss takleh caya betul kak norma nih. len kali, tak der nyer... berjaya taktik kotor nih.

esok nak gie UTM. Insya Allah.

From kekwa22 with love

26 December 2009

Rindu


Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buru.

malam ni.. ermm ada orang tu.. dia bagi tahu.. ermm entah berapa kali dah untuk malam ni jerr dia rindu kat aku.. ermm rindu tu ce mana errkkk... ermm best nya.. 10 kali lagi dia cakap pun aku suke.. hhahahha best sangat2 bila ada orang rindu kat kite....

sapekah orang tu.. ermm sape lagi kalo bukan king. because you are the king. I miss you too.



....from kekwa22 with love....

25 December 2009

Off day

pagi ni.. hari jumaat yang mulia, aku pi jogging kat tasik dgn kak norma. errmm tak ramai orang cam on sunday. tapi still meriah.. masing2 dengan aktiviti masing2 walaupun baru pukul 7.30am. errmm biasanya orang time2 ni mengeram atas katil. tarik selimut.

balik tu sinngah pasar keramat beli ikan & sayur wat stock next week. ermm banyak gak le di borong. pelbagai jenis ikan udang dan sotong. ogie plak balik kampung sampai tahun depan. lama giler tu...

masa kat pasar tu, kak norma beli buah ni.. apa lagi aku breakfast buah ni aarr.. aku memang suke buah ni. sedap tu.. lama betul tak makan buah ni.. nangka. dulu2 kat umah opah banyak.then sampai umah, di teruskan dengan heavy breakfast. nasi dagang.. pergghh sedap betul nasi dagang. ermm menarik tak nampak. rasanya lama giler tak makan nasi dagang nih. elok sangat aarr dengan pulut yang bersantan serta masak lemak ikan tongkol nih.. ermm boleh tambah kolestrol ni kalau selalu2. setahun sekali ok aarr.lepas tu kedai dobi baru di buka. hahhah dekat2 pukul 10.30am. cuaca plak suam-suam kuku. macam panas.. tapi redup.. ermm tak kisah la.. janji dah basuh dan ampai. 2 hari nak kering pun tak per.. no hal nyer.. lepas dah settle semua, aku kak norma & ogie layan citer nih kat bilik aku. hehehe kelakar giler citer nih.. sangat2. kat mana yang seram pun aku tak tau.. kak norma gelak tak ingat.
tapi ada satu scene tu, cam romantik skit arr. kak norma jeling aku. aku paham apa maksudnya jelingannya tu. then kami gelak berdua.. tak de la gelak beria2 sangat just spontan jer.. tapi tak tau ce mana aku boleh jatuh katil. hahahhaha. hasilnya kak norma gelakkan aku pulak. tak aci betul. pada hal aku sorang jerr dok atas katil yang lain dok atas kusi. poyo betul. ala.. aku memang baring tepi katil jerr time tu.. lebih aksi... ar tu.. tak pernah2.. ni scene tu nyer pasal la... hampeh betul. ogie plak dok tanya, ni kenapa plak nih? tapi kita orang tak bagi tau dia.... so, dia blurr.. biarlah hanya aku ngan kak norma jer tahu... hehhehehee..

tengah hari tu kak norma masak.. aku makna jer.. hehhe.. makan nasi lagi.. petang tu.. bila dah kenyang.. mata plak dah tak leh celik dah... tapi aku dok layan lagi satu movie.. ermm kan banyak dalam list... aku tengok citer nih.. best.. kelakar... tapi tak sempat abis... citer ni plak tengok aku tido. hahhaha.. petang tu sampai ke malam aku pi tempat keje pak cu. aku melepak lama kat kedai buku. aku beli sebuah jerr buku. tapi bukan untuk aku.. tapi untuk king. sebab aku dah ada dah buku tu...

masa tengah belek2 buku, aku jumpe buku nih.. kelakar giler.. tapi tk teruja pun nka beli. tajuk buku nih. kelakar...ni close up.. dialong yang poyo.. sure buku ni poyo2 sikit.. ..
then masa surfing ni.. aku jumpe plak buku yang aku cari2 selama nih.. tadi tak jumpe plak.. tapi dah tau dah publishing apa. errmm boleh carik nih

then aku dinner ngan pak cu. kelakar pak cu aku.. dia cakap aarr kalo dia tak keje.. duduk kampung, orang gie motong getah, dia bukan reti. then kalo gie nebas, orang pergi kul 7 balik pukul 12. yang dia pukul 9 dah sampai umah semula... hehhehe.. tapi memang arr pak cu tak de tokoh langsung wat keje2 kat kampung. sama aarr dgn adik aku.. yerr la bongsu kan... ngade2 lebih... lepak ngan pak cu sampai pukul 8.45pm. then balik umah..

then balik.. tetiba aku dapat masej dari hazrin. pergghh lebih 12 tahun tak dengar cerita.. bagus tul la facebook nih... aku memang kenal sangat dengan hazrin bin mohd. memang sah2 dia sebab pic dia & family. pic dia tak berubah langsung. dulu dan sekarang sama jer...

hazrin ni dulu ketua jabatan dan aku timbalan. memang la kenal sangat. tapi kitaorang kat jabatan.. tak pernah sekepala. dia kata A aku kata B. memang tension. hahha.... orang2 yang ada kat around kitaorang berdua.. ermm nampak betapa tak sependapatnya kitaorang berdua.. hehhehe. tapi masa kat jabatan jerr.. masa kat kelas ok jerr.. sebab dia pun mechanical gak. tapi merin. ada gak le yang kena sekelas bila subjek sama. hazrin nih aku panggil yein jerr.. dia cakap aku cam lain. kalo nampak pic aku tak de nama.. ermm sure tak kenal aku.. tapi sebab dah ada nama aku.. tu yang dia kenal.. aku dah lain? ermm cam sama jer.. aku tanya dia apa yang lain nyer... then dia tanya aku.. pakai botox ke? ermm tak de pek dah nyer. mende alah tu pun aku tak pernah tengok. pegang apatah lagi.. ermm maknany aku... hahhaha mula dah nak perasan.. kuang kuang kuang

ermm kenapa plak nih teringat kat king?

....from kekwa22 with love....

24 December 2009

kenapa ya...

hari ni aku pikir.. ermm kenapa ya.. ermm biarlah.. hanya ALLah yang mengetahui segalanya.

Hari ni aku tak bz wat keje2 opis.. dan rasanya aku duduk kat tempat aku kejap jerr today. lain2 aku kat production. aku tolong kak tipah assemble CHF147-0160. banyak gak arr yang siap... then petang tu ada masalah pasal connector lagi. Isu on Monday tu tak habis2 lagi. tapi bila aku test dgn amplifier ok jer.. tak de masalah pun. ok jer.. tak de la sampai nak patah pin.. walau tak payah force kuat2 pun boleh plug in. tapi kecoh satu malaysia.











sebelah petang tu aku wat jig nak tighten connector 5 pin nih.. PTG series. so, aku pun bertapa lama kat mechanical room. drill plate la.. nak plug in connector socket. mujur aku order banyak nak wat jig. 26pcs dari Amphenol India. Mahal gak sebijik. rasanya dalam USD21. plate coklat tu.. le yang aku nak dril. sebenarnya plate ni jernih. tu just cover dengan kertas jer.. lama giler aku tak guna drill machine. Mujur masih ingat ce mana nak guna..
Ni nak kenalkan kawan baik aku. ermm setakat ni dialah peneman aku di kala sunyi or bosan2. tak pernah menghampakan aku. aku tak dapat bayangkan kalo tanpa dia. waktu suka & gembira dialah peneman. dialah paling setia menemani aku..
petang tadi aku copy movie dari Hanum's hardisk. semuanya ada 82Gb. ermm banyak tu.. meriah aarr this weekend. hehhehe ada yang lama & ada yang baru. as long as aku lom pernah tengok, its ok.. layan jerr...
aku baru jerr lepas layan this movie.. ermm best... tapi tak de la best sangat2. kalo di beri peluang.. nak tak aku kembali ke umo 17 tahun? ermm nak nak.. best time tu dengan geng2 5 sains SMRL.. sangat2 best.. tapi kalo ingat balik ce mana ketaq nak jawab SPM.. huhuhu cam tak mo arr.. kalo boleh ulangi zaman2 kat UTM. ermm yang tu best. Tapi cerita ni.. bertemakan kekeluargaan. that good. setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2. cuma anak2 jer kadang2 tak paham. Family is everything. Family comes 1st. sesiapa yang pernah rasa, dia akan tahu betapa sakitnya bila kehilangan orang yang disayangi.. kadang2 masa dia ada di depan mata.. ianya bagaikan tak wujud. tapi bila dah tiada barulah rasa kehilangan. biasalah tu adalah lumrah alam.the dinner for tonight. lama tak jumpe choki choki.
masa kat kelas aku suke choki-choki. mesti ada stock nyer dalam bag aku. law pun dah tahu dah kat mana nak cari dalam beg aku. sambil tengok muke lecturer makan choki. apa la cakap lecturer tengok aku. heheh cam kanak2 rebina. tapi ok aarr kalo tak ngantok kat dalam kelas.. aku gak yang rugi tak faham apa yang lecturer ajar. semalam masa kat petronas le nih memborong...


....from kekwa22 with love....