19 February 2010

untukmu teman

perkataan pertama dari fiza pagi tadi. ' err pesal mata sembab?' aku sengih jer sambil hulur tangan bersalaman... then fiza sambung lagi 'nangis?' aku sengih jerr sambil mengangguk kepala. hihi.. ngaku jerr la.. dah betul tekaannya.

sebabnya semalam aku layan jiwang.. err sebenarnya bukan semalam jer.. sesebelum ni dah.. tak tahu sebab apa.. sejak dua tiga hari nih. yang sebelum2 tu boleh kontrol. tapi malam tadi memang tak leh control. sampai dekat2 pukul 3am.

masa meeting kerol wat lawak.. zimbabwe sebelah saudi arabia. hehhee... aku pun tak tau zimbabwe ni sebelah sapa. tapi yang aku confirm bukan sebelah arab saudi. pas jerr meeting aku tanya pak cik google. mujur dia bagi map yang kaler2
Untukmu Teman - brothers

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya












....from kekwa22 with love....

18 February 2010

mahmood lari...

hari ni, masuk opis dgn blur2.. tak tau yang mana satu nak mula. banyak giler email2 yang nak kena respon.

meeting dgn SAP. melinex, melinex melinex. tak abis2.. aku wat kesimpulan cam nih. supplier dia tipu diorang, & diorang tipu kitaorang.. kan kan kan. tapi kantoi kat kitaorang sebab tak lepas temperature. logic nya, mana ada supplier berani tak ikut specs? kalo tak masuk BIT mmg tak leh detect. adoi.. hai.. bulan dua dah nak abis. hujung bulan 4 nak antar lagi 300 radio. baru siap 2 biji. next week baru nak meeting dgn dia nyer supplier. baru nak confirm material. pastu next weeknya.. baru nak cuba try test. minggu ke 3 bulan march baru nak confirm. tu pun kalo confirm. err bila diorang nak wat production utk ste? bila plak nak pasang kat front panel. bila plak nak wat BIT? cerr citer skit. nampak gaya cam awal bulan 4 baru boleh assemble radio... tu satu hal.. yang board2 lain plak?.. sesungguhnya M3 lagi hebat dari M2.

sekarang ni tengah masalah dengan backshell. hari khamis last week ada 55 biji. memang cukup arr untuk assemble 53 pcs cable. tapi hari ni cuma ada 47 biji jer.. mano poie aarr... pueh den kiro. khairi pun samo. tapi tak cukop2 jua. den dah investigate kek r&d, kot2 ado yang panjang tangan. tapi tak do sapo ngaku.. mano poie nya backshell den.. hua hua hua. next week dah nak FAT. nak order baru 8 week lead time. ce mano den nak buek ni. pls help me...

ita bagi aku ni,.. ye ye dapat ang pow. sebenarnya aku dah nampak dah kat bilik mr adi last week. banyak tu kat atas meja dia. time tu aku tengok dia dok masukkan dalam sampul.
sepanjang hari ni aku teringat kat mak wah kat kg. ce mana la dia. hope sakit mata dia tak teruk. mak wah bukan sakit mata yang dok selalu orang kena sebab virus. tapi ni sakit mata yang selaput mata jadi tebal. banyak cecair. gie klinik tapi tak baik2 jugak. sampai pandangan pun jadi kabur. dah la kat kampung mak wah dgn syafiq jer. mana nak layan si syafiq lagi. mana nak wat keje2 umah lagi. aku memang rasa.. err bukan rasa tapi marah dgn ayah usop.

mak wah sakit, dia bawak lari yus balik umah mak dia sampai tak balik2 umah. berhari-hari. tak balik langsung dgn dia-dia sekali. time ni le nak wat perangai. adoiiii.. memang la bukan 1st time dia wat perangai.. tapi agak2 la.. nak kata muda, dah tua... ce mana la mak wah handle sensorang kat kg. kesian dia.

sepatutnya ada suami, dapat meringankan beban isteri, tapi err rasanya menyusahkan ada la.. menyusahkan hati dan perasaan. sebabnya.. mak wah sure dok pikir yus tu, ok ke, tak ok ke.. kalo kena pukul ce mana? aku memang tak suke kalo ayah usop pukul yus. mak aku pun tak suka. opah ngan mak wah tak terkata apa. nak wat ce mana... mak wah boleh peluk yus jerr la. teruk giler kalo pukul yus. tak seswai dengan umo budak tu yang baru 6 tahun. bukan sebab aku tak pernah kena pukul dgn ayah, tapi agak2 la. nak bunuh ke apa. biasa la budak 5 & 6 tahun kalo nakal. kalo tak nakal tak nama budak2 arr.. err orang tua pun nakal gak. kali ni, bawa lari sorang jer.. sebelum ni, bawa dua2 sekali. opah yang dok kat umah aku pun risau & rungsing. yerr la.. walau pun mak wah tu adik tiri mak, tapi adik-beradik maa... sampai aku pun terbawa2 balik kl. may be dalam mood kat kg lagi.

man pun tak terkata apa. serba tak kena. tu, ayah tiri dia. anak tu.. anak dia. yus & syafiq adik2 tiri. mak wah pun tak tau nak wat apa dah. opah as a orang tua, rungsing aarr. man memang sayang adik2 dia. aku? memang aarr sayang diorang. yang tu jerr la dok ada kalo aku balik umah opah. kalo aku menyakat pun paling kurang, nangis jer... tak de le lebih. diorang berdua ni suke kek coklat aku. kalo aku buatkan untuk diorang... sekali makan boleh habis separuh. kalo dah abis, siap suruh aku buatkan berkali2. bila diorang suke makan, aku pun layan jerr la. seronok maa.. entah la..

pagi tadi cik na call aku. tanya no phone mak. aku tau ni sure cari opah. pantang opah dok lama skit kat umah mak aku. tak boleh tengok opah aku senang skit. aku tau arr dia pun ada masalah. sumer orang ada masalah. tapi biar la opah tu lepaklama skit kat umah mak aku tu.. nanti lagi rungsing opah aku tu. nanti kalo dia rungsing, tak leh tido cam malam tu. sampai pukul 3 pagi tido lagi. mujur aku pun lom tido, boleh arr layan opah berbual. kenapa aku tak tido lagi errkk time tu? eerr... oowhh sebab aku miss king. hihihihi

kotor giler jimmy. bila tah nak mandikan dia. masa bawa opah gie klinik tu,opah tanya aku.. vacum ke dalam kete?.. bersih jer... adoii opah ni.. bersih apa ke namanya.. cerr tengok betul2.. sumer ada. dah setengah tahun dah tak vacum. sumer ada. tu kat dalam. kalo kat luar, errr.. nak tapak kaki kucing? err ada. tapak kaki ayam? ada jugak. tapak kaki itik? err tak de..

pesal hangin aku tak berapa ok. aku pun tak tau. nak kata aku period, err tak gak. tapi aku pun tak tau.. tetiba cepat rasa kecik ati. pesal errkk.. mahmood aku lari arr tak balik2 lagi. errr dia balik kg dia kot. kerr lari terus.. kesian king. sorry aarrr..

lagu ni dah berkali2 dah berulang.. sengaja.. sebab? errr .... cam lirik dia.. Oh it's a beautiful thing, err aku ada jawapannya...

It's Your Love -by Tim McGraw & Faith Hill

Yea yea
Dancin' in the dark middle of the night
Takin' your heart and holdin' it tight
Emotional touch touchin' my skin
And asking you to do what you've been doin' all over again

Oh it's a beautiful thing don't think I can keep it all in
I just gotta let you know what it is that won't let me go

It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough
And if you wonder
About the spell I'm under
Oh it's your love

Better than I was, more than I am
And all of this happened by taking your hand
And who I am now is who I wanted to be
And now that we're together,
I'm stronger than ever
I'm happy and free

Oh it's a beautiful thing,
Don't think I can keep it all in
If you asked me why I've changed,
All I gotta do is say your sweet name

It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough
And if you wonder
About the spell I'm under
Oh, it's your love

Baby, Oh oh, oh,

Oh it's a beautiful thing,
Don't think I can keep it all in
I just gotta let you konw what it is that won't let me go

It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough
And if you wonder
About the spell I'm under,
Oh it's your love
It's your love, it's your love, it's your love










....from kekwa22 with love....

17 February 2010

Salam untuk kekasih

pagi ni aku memang rasa malas.. malas nak bangun. tak de la sejuk sangat. lepas subuh kalo tido balik.. ermm jadi cam nih aarr.. nak masak apa pun aku malas nak wat apa2. kesudahannya aku terlelap jugak. hihi.. kul 8lebih baru bangun.

pagi ni aku bawa opah gie klinik. dah banyak berubah klinik ni. dulu masa kecik2 arwah ayah selalu bawa aku ke klinik ni. sebabnya aku memang kerap demam berbanding dengan adik2 aku yang lain. pesal erkk... ermm entah.

aku rasa nurse kat klinik ni.. kasar2 jer.. bahasa & cara layanan, aku tak berapa berkenan. atau memang dah macam tu.. aku jerr yang tinggal kat daerah tu lama, jadi rasa cam pelik. entah. may be aku jerr kot yang tak biasa. tapi doktor dia bagus... layan opah dgn baik. dan aku tengok cara dia layan patient2 lain pun ok. sebabnya pintu tak tutup maa.. aku pulak duduk depan bilik dia sambil melangut tgok tv. err doc handsome pulak tu..

ni arr inhaler untuk opah aku. opah aku ada lelah. that why dia kena bawa gas ni kemana2.
lepas balik dari klinik, teman mak gie bank dan beli cengkerek kat ikan abang lim. gila nyer geli aku tengok cengkerik. mak selamber jerr pegang bagi kat ikan. yang ikan tu pulak cepat jerr ngap..

masa kat klinik abang lim call yang orang dari skynet akan hantar barang. dalam pukul 12 baru sampai barang yang di maksudkan. ni arr barang diabanyak giler tu. ada 80 ketul. rupanya abang lim berniaga sabun nih. mana dia dapat aku pun tak tau. tapi alamat company ni, dekat umah pak ngah jer, kuchai lama.

aku siap2 balik kl dalam 2.15pm. sampai tol kemunting tu, kete dah banyak tapi bajet tak de lajemmed. ermm tapi nak masuk terowong dah jammed. pastu terus menerus la... sampai slim river. menci betul. kalo bleh drive at least 40km/j pun ok. tapi ni.. kena berhenti terus.. jemmed sampai slim river tu. memang kete banyak.. tapi jangan la perlahankan.. ni dok tengok satu kete kat bidor yang dah terbakar rentung.. hanya nak kena tarik jerr lagi.. masalahnya bukan kete tu menghala ke selatan pun. tapi kete tu lorong ke utara. aku pun tengok gak kan.. yerr la.. apa lagi nak tengok kalo dah jemmed...luas la pemandangan. lepas pada tu.. baru boleh drive 60km/j. 7.40pm baru sampai umah.

aarrgghh baru perasan, sunburn skit. ni sure kat bukit merah semalam. punya la terik. jerawat pun banyak gilerr.. ni ada orang rindu kat aku lee nih..

aku tau, aku tak sepatutnya kecik ati.. tapi aku pun tak tau kenapa aku cenggitu. bukannya sikit2. may be sebab terkilan kot. ermm entah lah.. pesal aarr... aku pun tak tahu. sorry ye.. walau apa pun aku memang miss him.

aku bajet kalo sampai dalam pukul 6 ptang tadi, malam ni nak gie main badminton. tapi aku hanya mampu merancang jerr la..

aku baru jer lepas kuar dgn kak norma. gie beli gas. abis la pulak. kalo tunggu esok.. ermm lagi la penat. pulak tu tak tau balik keje kul brapa. esok ada orang masuk opis.. dgn blurrnya lagi... apa errkk plan esok. yang pastinya aku kena wat meeting untuk line cable. tu jerr agenda paling penting.

ermm rupanya sepanjang cuti ni, teman tak balik kg langsung. rupanya teman demam. kesiannya... aku baru jerr tau. patut muka pucat jerr.. memang aku ada msg dia. tapi dia pun tak bagi tahu dia kat mana dan tahap kesihatan dia.

Salam untuk kekasih - nadia

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri











....from kekwa22 with love....

16 February 2010

jenjalan day

hari ni misi aku nak bawak mak & opah gie jenjalan. mulanya abang lim plan dgn dia nyer kengkawan sekolah. pastu dia ada bagi tahu mak dia nak gie. then mak pun nak ikut. so, kitaorang gie bersama2 la. tapi lokasi yang berlainan. pagi2 lagi aku masak ni. separuh bagi kat abang lim dan separuh lagi kitaorang bawa.aku ingatkan abang lim bawak kengkawan laki2, tapi penuh dgn budak2 pompuan. kete yang lain tu baru ada laki2.

ni aarr suasana batu hampar taiping. bersebelahan dengan bukit larut. ramai orang kat sini. mak aku siap tanya lagi, ni tempat yang kita gie dgn din dulu kan? bila mak tanya aku jadi blur kejap.. tak ingat dah.. then lama skit baru aku ingat. ermm server slow sebab sejak2 makan tak henti2. hihihi. mak aku ingat lagi rupanya. aku memang tak ingat langsung yang kitaorang pernah datang sini satu ketika dahulu. bila mak dah tanya terus aku terkenang semula.
lepas dah puas mandi manda, aku pusing2 kat taman tasik taiping. kalo nak turun pun, opah bukannya larat nak jalan. aku pun malas gak nak jalan.. so, pusing2 aarr. sepanjang jalan, banyak betul pokok ketapang. aku tak tau sejak bila di tanam. tapi memang semuanya beso2 belaka. susana pun redup. lepas tu, ingat nak singgah kat zoo, tapi sure opah tak larat jalan.. maka kensel. lagi pun, punya la ramai orang. nak parking pun jauh.
lepas pusing2 kat taman tasik, aku nak bawa opah gie bukit merah. sebab dah dua hari opah cakap dia nak gie bukit merah. so, aku nak menyampaikan hasrat opah arr.. tapi aku mana tau jalan mana nak di tuju. dah la 1st time drive sorang gie taiping. mana pernah sebelum ni.. err.. nama pun 1st time kan.. hehhehe... aku main redah jerr.. dekat sejam pusing2.. sampai kat traffic light, aku main hentam jer.. sebab mana ada sign board apa2. sampai menghala ke changkat jering. then pusing lagi. dah lama tu.. baru jumpe this sign board. ermm lega.
aku teruskan perjalanan ke bukit merah pulak. akhirnya ketemu jua... tapi tak de la sesat sangat.. cuma terlajak skit jerr... ni pun kira 1st time. sebelum ni mana pernah datang bukit merah. ramai jugak rupanya orang kat sini...
ni arr pulau orang utan.
balik dari bukit merah, dah dekat pukul 5pm. singgah bandar jap beli barang2 makanan then terus balik.

ermm ni ikan abang lim. dia bela sejak sebesar kelingking lagi. abang lim beli dengan harga rm2oo. tapi mak yang bagimakan semua. punya la susah nak jaga ikan ni. dah la makan cengkerek jer.. aku? jangan harap nak layan ikan ni.. mak jer.. yang dok bela dari kecik. adik ngan mak arr tolong jaga... abang lim cakap, dia nak jual ikan ni..

aku dapat sms cam ni dari achik ;
achik : 'along tanya kat opah, serba satu tu macam mana? pakaian dan barang kemas ke?'

aku : 'tak yah tanya opah, tanya along jerr.. serba satu tu, termasuk umah sebijik & kete sebuah'

achik : orang betul2 ni..

aku : betul arr.. mana ada orang main2.. hihihi

errmm aku rasa kecik ati arr.. sangat-sangat-sangat-sangat-sangat










....from kekwa22 with love....