07 May 2010

jumaat yang indah lagi permai

malam ni aku hangin dengan man. poyo betul. ada ke nak wat sensorang. macam la tak de pak ngah kat kl ni.. at least bagi tahu la pak cu. haaa kan dah kantoi dengan aku... teruk kena bebel. isshhh geram betuiiii..

ni, my dinner malam ni. tah apa mimpi kak norma beli durian tah.. rasanya ni 1st time dia beli durian. tapi tak best sangat durian ni. rasa macam durian yang di peram. eehh ada orang peram durian ke tak arr.. tapi rasa macam tu aarrr.. harap mahal jer.. hehheh.. wah ina.. complain.malam ni aku main game. pc ni kalo main game lambat, slow cam kure-kure. eehh kure2 pun laju. macam siput babi. pesal tah nama dia siput babi. sapa la pi daftar kat pejabat pendaftaran nama tu kat dia.. tak glamour langsung. dulu2 kat kebun arwah opah ada banyak.. eee.. geli... aku install game kat pc kak norma. hahha.. aku guna pc dia, dia guna pc aku.

kak norma kata game yang aku main ni.. susah. pening kepala. hahhaha.. zaman2 kak norma nak main game dah lepas. hanya remaja cam aku jerr yang melayan game cenggini. hahhahah. jangan mare ye...

aku kan.. tak pernah terimagine pun yang akan sampai ke tahap ni.. tak pernah. this is 1st time. after. aku tak tau ce mana response. entahlah.. malas dah nak pikir apa.. just follow the wind jerr la.. nak wat apa lagi.. rasanya macam dah settle.. chapter 1. chapter 2 mungkin ada mungkin tiada. hahhaha

sebenarnya aku tak tahu ce mana nak huraikan. aku bukan arif bab2 nih. apa yee sebenarnya. kalaulah aku dpat menafsirkan.. apakah maknanya... mudah - mudahan aku akan dapat ketemu jawapan.

jawapan rindu - Hafiz Hamidun

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud



aku tak tahu nak pikir cemana.. sat lagi kalo aku fikir.. terfikir advance 2 or 3 hari plak. hahhaha.. ada ke cenggitu. ada ada jerr dia nih.

mission complete. victory. continue to next level.
(macam game yang aku main ni)





....from kekwa22 with love....

06 May 2010

not hepi at all

today i have a lotssss to do. macam2 nak kena buat. macam2 nak kena tengok. macam2 nak kena check. aku tak tahu hari ni, dah berapa km dah aku berjalan. macam2 hal ada. sampai tak sempat2 nak siapkan. waktu sibuk sedang menjelma.

tengah hari tadi aku gie PWTC dgn emran, azam & ayu. misi aku tercapai. aku jumpe apa yang aku cari.
ni 5D machine.

yang ni, aku rasa sangat menarik dia nyer software.
sampai opis dah dekat pukul 3. lepas solat, hunt datang nak jumpe aku. so, sempat la discuss regarding axxon cable.

masa aku repair jig connector d-sub ptg tad, ada rasa something kat hidung. rupanya bleeding. tapi kali ni fresh blood. banyak pulak tu. biasanya blood yang maroon color. but today is different. datang dari mana ya.. kalo blood yang maroon bleh la pujuk hati yang darah2 tu, yang lama2 belum kuar. tapi hari ni fresh. datang dari mana??? then rasa pedih sesangat. pastu mula la sakit kepala. kalau ikut hati, rasa nak baring jer.. tanak wat mende. tapi mana boleh maa aku kat opis. apa sebenarnya ya... aku rasa takut. ina, rilex arr.. jangan pk yang bukan2.

dekat 7pm baru aku sampai umah. maklum la umah jauh. tired tahap dewa. malam ni, aku tak masak apa. sebab petang tadi makan pun dah lewat. makan big mc. belum rasa lapar lagi. tapi tak tahu la kalo sat sat lagi lapo.

aku tak rasa penat fizikal. aku ok. tapi fikiran aku cukup penat. macam cpu meter kat pc ni, always 100%. aarrgggghhhhhhhhh. i belive i can fly
Layar Keinsafan - Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora







....from kekwa22 with love....

05 May 2010

yes or no? or?

pagi tadi aku pi hantar mak kat umah pak cu. dia cakap nak jumpe opah kat sana. maka, aku pun pi la hantar mak. kebetulan pak cu ada kat umah. hari ni dia off day.

baru aku perasan yang aku ni memang mudah terkejut. pesal yerr.. tapi memang selalu aku terkejut kalo masa drive, tetiba datang motor entah dari mana. kalo naik kete ngan ita, kalo aku terkejut, ita akan cakap, ina nih, buat terkejut ita la. dia terkejut sebab aku terkejut. masa aku drive balik dari umah pak cu pun aku terkejut gak bila ada tetiba kete cilok dari sebelah kiri. kenapa ya...

aku tak pk pun opah nak cakap pasal hal ni. memang tak terlintas langsung. entah la.. aku tak mengharap apa2 pun tentang sebuah jawapan. sebab aku sendiri tak tahu apa lagi nak pk. masa nak balik tu, opah cakap kat aku cenggini, 'opah tak larang & opah tak suruh, tapi jangan buat keputusan terburu2. apa2 hal telefon pah' aku faham opah maksudkan tentang apa. tapi apakah maknanya itu? malam ni, sure mak & pah discuss hal ni..

on the way balik, my mp3 berkumandang lagu ni. lagu motivasi untuk aku belajar. saat2 aku tak ada kekuatan nak study or nak mengadap buku, lagu ni la menjadi motivasi. hujan pulak tetiba. menyusuk ke kalbu lagu nih..

Bersama - Devotees

Kita pernah bersama

Menempuh onak dan duka

Tidak pernah putus asa

Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya

Bila bahgia akan tiba

Ku berkata bersabarlah

Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma

Kebahgiaan akan tiba

Namun tidak mungkin ku lupa

Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran

Dan liku hidup yang panjang

Tidak mungkin hidup ini sepi

Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama

Menempuh onak dan duka

Tidak pernah putus asa

Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma

Kebahgiaan akan tiba

Namun tidak mungkin ku lupa

Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran

Dan liku hidup yang panjang

Tidak mungkin hidup ini sepi

Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah

kisah hidup kita

Berbekal taat dan sabar

Pastikan berjaya




semalam abang k tepon. tapi masa tu aku masih dalam plane lagi. masa aku on henpon, ada miskol dari abang k. dia nak tanya khabar adik dia. tak pasal2 aku kena bebel. then tengah hari ni dia check semula.


Abg K: hai... dah masuk keje ke ?

aku: hi, baru je sampai opis ni. 10 minit

Abg K: dah pegi hospital ....dah chek?

aku: lom, malas la..ok jer..

Abg K: apasal belum

Abg K: nak tunggu cedera parah baru nak pegi?..

aku: tanak aarr cedera parah.. cam kronik jer

aku: tak wat appointment ngan doc

Abg K: kang tampar laju2 kang...nak ?

aku: tanak, sakit

aku: ganas aarr abng skrg

Abg K: dengan adik kena ajar ganas2 ..

Abg K: GGEEERRRRRRR..........

aku: perrgh


sayanggg abang k.

mula2 sekali aku masuk opis, aku tengok email. banyak giler tu ada 110 email yang aku lom baca. banyak giler tu.. lepas tu aku panggil eb, meeting. aku suruh dia update apa2 yang perlu untuk morroco. alhamdulillah radio dah complete 300 tapi atr baru 268. hope dapat di siapkan dalam this week.

then turn khairi pulak. update aku yang blur ni. semuanya pasal cable. khairi citer kat aku last 2 week we lost 34m axon cable, coz sumbody potong salah length. dengan length yang banyak tu, tak leh nak wat mende. perrggghh.. banyaknya waste. harga axon cable eur12.80/m. khairi bg tahu kecoh aarr, mujur aku tak ada, kalo tak aku hangin. hahahha..

hazem plak cari aku suruh update routing. summary of cable yang line aku dok assemble hari2 ada 96 type. mak oooiii banyak giler.. semuanya active product. biasa tak berapa nak perasan sebab kekadang 5 model jerr sebulan.pastu tuko plak model lain. banyak rupanya.. hahhaha

masa break pukul 4, aku melepak kat tempat ita sambil makan roti. lapo. my boss join sekali. dok citer2 pasal kete. ita dok surfing honda city. then yang tumpang sekaki, eb, fendi dan firdaus. firdaus tanya megat, berapa dia tolak harrier? then my boss jawab tak larat le nak tolak. hahahha

balik keje lapo giler.. mana taknya, aku makan nasi dalam 11.30am, pukul 4pm makan seketul roti. milo secawan. tu jerr la..

ni my dinner. 630pm aku sampai umah, pukul 7pm dah boleh makan. namanya makanan segera. hihiihihi.. penne + olive oil + button mushroom + onion + beef + chilli + tomato, basil & garlic pasta souce + cheese. ni la hasilnya.
mak balik may be on saturday or sunday, depand on pah. kalau dia nak ikut mak balik or tak.

teringat semalam masa aku bagi macaroni kat mak, kak norma tanya mak, 'makan ke?' mak jawab 'makan', then dia nak kasi opah sebungkus sebab ada dua. kak norma tanya la.. 'opah pun makan? mak cik masak macam mana' then mak pun cakap kat kak norma ce mana dia masak macaroni. hehehe aku menambah cenggini 'apa la kak, opah pun makan, kelass gitu' then kak norma cakap.. 'akak nak makan nasi jugak, akak orang kampung' hahhaha.

malam ni tak gie main badminton. tak larat. aku nak tido awal. nak solat & tido jer.. sebelum tu, nak bagi tahu satu dunia ni.., i miss king.

gudnite





....from kekwa22 with love....

04 May 2010

penat lagi tired.. sama tapi tak serupa

aarrgghh tirednya today. hari ni aku mendarat kat LCCT dalam pukul 5.45pm. then ambil bas ke kl sentral. angah dah siap2 tunggu. sampai umah dalam 750pm. ok la.. best ke aku bercuti kali ni? errmm ok la.. tapi tanak dah gie kota bharu kalo tujuan nak melancong. sebab kali ni, just bawak mak.

hari nak gie tu, aku sampai awal la kat lcct sebab mak nyer flight kul 11.30am. mulanya risau gak la sebab nak biarkan mak naik sensorang. dah le nak kena lalui 2 gate kat lcct tu. mujur ada assist service. just bayar rm12, ada someone akan assist mak sampai ke dalam plane. ok la. not bad. masa mak sampai kat kota bharu, aku lom naik flight lagi.
aku nyer flight pukul 1.40pm. kesian mak tunggu kat sana 2jam lebih. aku arr nih beli tiket tersilap masa. pastu dah tak boleh nak tuko. tak per la.. at least selamat.

kat kota bharu, aku menginap kat hotel temenggong. ok la. dok tengah2 bandar. dekat nak gie semua tempat. masa kat receptionist, aku tanya la ada wifi tak? brother tu kata tak ada. pastu kena marah ngan ita cenggini, 'ina ni, tak baca kamatose ke, bukan wifi la tapi internet' hhahaha aku lupa la.... sangat2 kalo pi kota bharu tak leh cakap wifi kena cakap internet. aaiisseeyy...

moral of the story 1 : internet ya.. bukan wifi

lepas check in tu, misi pertama cari makan. sebab dah dekat pukul 3 lebih dah lom lunch. kesian mak. sure dia lapo. aku memang dah bekalkan mak, roti. tapi mana tahan. ni aku nyer lunch. nasi goreng kerabu. silap, nasi goreng kerabu manis. boleh makan. alhamdulillah rezeki tengah hari tapi dah petang.pas tu, misi kedua mencari kereta sewa. makan tadi, kat gerai sebelah pasar pasar siti khatijah je. sebab dekat jerr ngan hotel. nak cari kereta sewa pulak. bajet kereta sewa biasanya ada dekat2 dengan bus station. so, dengan confidennya ita tanya pok cik kat berniaga buah kat depan pasar tu.

ita : pak cik, nak tanya, kat mana bus stand
pakcik : bus stand tu ghapo?
ita : stesen bas
pakcik : stesen bas kat depan parkson.

moral of the story 2 : stesen bas bukan bus stand.

maka aku, ita ngan mak gie la parkson, lintas jalan jerr dah sampai. masa dalam parkson tu, aku tanya la kat sales girl, kat mana nak dapat kereta sewa? dia pun tunjuk la.. kat sebelah bangunan TM. yang kebetulan nampak jer dari parkson. yang station bas tadi seberang jalan jer..

kitaorang pun dengan confidenya menuju ke arah yang di tunjukkan. dah la panas terik walau dah dekat pukul 5pm. sampai jerr kat situ.. semuanya taxi. ait.. pesal plak nih. kali ni giliran aku plak tanya kat kaunter.

aku : sy nak cari kereta sewa
pakcik kat kaunter : gie mana?
aku : saya nak sewa kereta.
pakcik kat kaunter : nak gie mana? kita ada banyak (sambil tunjuk taxi berderet)
aku : saya nak sewa kereta yang saya boleh drive sendiri.
pakcik kat kaunter : oo nak bawak sendiri
aku : ya..
pakcik kat kaunter : nanti pokcik telpon ore nih, tunggu.

moral of the story 3 : kereta sewa not kereta untuk di sewa

lepas balik ke hotel semula, tanya la kat receptionist tu lagi.. kali ni.. ada yang membantu. sebelum tu bukan tak tanya, tapi jawapan dia.. mak ooiii punya la. masa tanya tadi pompuan ok.. kali ni laki2 pulak. thanks pada diorang yang bersusah payah menolong mencari kereta untuk di sewa yang pandu sendiri. perrgghh ayat tu kena betul.

malam nyer aktiviti, gie PCB sebabnya dah dapat sewa kereta kancil. tapi time sampai tu dah lepas waktu maghrib dah.. best la berangin. ramai orang main layang2. kitaorang makan seafood kat tepi pantai.. ermm memang best. teringat masa kat senibong last month. bukan makan tepi laut, tapi dalam laut. hahhahah

ni aarr menu
tom yum seafood. manis tapi pedas. cam na tu.. ha.. cam tu la.
kailan ikan masin.

satu lagi menu yang aku tak amik gambo adalah, ikan siakap bakar 3 rasa. sedap ikan dia fresh. tapi, sambal dia manis. spoil betul.

lepas balik tu, ita soping baju2 untuk anak buah dia. ok la not bad price dia berbanding masa kat pasar malam yang kitaorang petang tadi.

pastu gie wakaf che yeh. kak norma pesan gie la sana, best gak soping.. ok la.. kitaorang pun sampai dengan bantuan garmin. ala.. macam uptown jer.. tak beli apa pun. aku rasa beli air minuman jerr sorang satu.. balik tu dah 12 lebih.

hari kedua kat kota bharu, dalam 9am lebih gie arr breakfast. ada la satu tempat makan, nampak ramai orang. so, kitaorang pun gie la.. bfast. aku makan nasi, hati ayam goreng & ayam percik serta milo ais. lepas jerr makan, sebelum masuk dalam kete, aku muntah. muntahkan apa yang aku makan. keluarkan apa yang baru je masuk dalam perut. perrggh.. memang la.. fail. entah la malas nak komen. sat lagi kalo komen, marah plak orang sana.. tapi, taubat aaarrrr

then teruskan perjalanan ke rantau panjang. baru la start soping. bukan beli apa pun.. beli barang2 achik. baju untuk abang lim & adik. tu jer la.. ita yang memborong aarr.. dah tak berani nak makan apa dah. pastu dah alang2 tu.. terus gie pengkalan kubor. tak de apa apa pun. duty free shop ada sebijik jer.. sikit jerr coklat.

petang2 ni.. jumpe satu restoran nasi ulam kat depan muzium. ok la nampaknya.. lunch la kat situ walau dah pukul 4pm lebih. kesian mak. nak makan kat tempat lain dah tak confident. then terus balik hotel. bukan tak leh makan kat hotel. tapi restaurant dia close maa.. mandi & rest.

malam tu gie umah kawan ita kat mana eerkk.. alahai lupa la pulak.. cam pelik sikit namanya tapi tak jauh sangat. makan le mihun kat umah kawan ita tu. balik dari tu, gie pasar malam sebab ita nak beli baju untuk hubby dia. then tapau mc d. makan kat bilik.

makan sambil layan 3 abdul. lepak2 jer.. ermm lepak la.. tapi hati aku dok teringat kat sumone. tension betul. tah apa2 tah aku. becoz aku terasa ma... dapat sms, tapi aku tak layan sebab aku kan bz. ha.. kena la buat macam bz kannnn. aku siap sms kak norma lagi, then bagi tau aku aku bengang. hahha. aku tensi.. tak boleh nak lepas rasa tu. kak norma melayan aku.. kikiki..

sebenarnya dari kat pasar malam lagi hidung aku berdarah. bukan darah cair, tapi darah yang berketul2. tak selesa langsung. masa kat dalam bilik dari worse. kuar darah berketul2. paling besar keluar darah adalah sebesar jari telunjuk aku lebih kurang. aku tunjuk kat ita n mak. pelik la. dari mana darah tu datang. sedangkan last check tu, doc scan, semua luka dah baik. masa nak cuci tu, aku pegang darah yang seketul besar tu, ada serpihan tulang rawan dalam dia. tulang rawan ni, adalah tulang putih yang lembut. ala.. macam tulang lembut kat dada ayam tu. aku tak tau mana datangnya dalam rongga hidung dan kepala aku. ermm apa ya sebenarnya...

aku takut arr apa yang berlaku ya.. dalam tengkorak aku ni. macam2 aku pikir and tak dapat jawapan sambil makan big mc serta bengang. apa ya.. yang berlaku. sebenarnya.. entah la.. i dont have any idea.

ita cakap bagus aarr mak ina makan mc d. senang.. errmm setakat ni ok la. mak ok jer nak makan kfc ke, pizza, mc d ke dan tah apa2 fast food. tapi syaratnya dalam sehari tu, mesti dapat nasi.

malam ni aku tak leh tido. di samping kepala serabut tah apa2. darah tak berhenti nak kuar lagi. tension lagi. then blocking nose. sebabnya mak tak kasi aku hembus lagi. takut kuar darah lagi. tak leh tido, last2 aku nangis jer.. tapi tutup muka dengan selimut. hahhaha tanak arr mak nampak aku nangis. nanti kena explain. aku tak tahu aku dapat tido pukul berapa.

pagi ni, last day kat kota bharu. breafast kat tepi stadium. tu pun puas tanya brother kat receptionist kat mana makan yang ok. ok la.. kali ni. tapi yang tak tahan tu, makanan dia manis. lepas makan gie soping kat pasar siti khadijah. mak beli cenderahati untuk majlis achik dan kain2 batik untuk opah, angah dan achik. aku beli batik jer.. buat baju raya. hahhaha.. yer la sangat. then mak beli keropok untuk nak bagi kat jiran2 dia kat kg tu.

pagi ni, ada orang call aku. mujur call pagi. kalo dah petang baru nak call, memang aku tak akan jawab sampai sudah. sebab apa yer.. errmm entah lah.. macam2 sebab ada.

masa dah siap2 beli keropok tu, aku beru teringat nak cari rempah kuzi. mujur teringat. kat kl, dah merata ceruk dah aku cari, tapi tak jumpe. teringin nak masak kuzi. best2 kalo masak kuzi kambing or ayam. tapi daging belum pernah cuba. argghh sedapnya.. kuzi kambing. perap kambing dengan yogurt.. sedap tu... nanti kita masak ye..

masa on the way ke airport, pak cu bagi sms kat aku. ermmmm.. ok jer.. its ok. tapi siyesly aku tak hepi. bukan sebab sms. tapi sebab macam2. cuaca kat kota bharu memang terik. tapi sepanjang perjalanan 50minit tu, hujan lebat. mujur mak nyer seat kat depan. ita plak dok sebelah kanan. aku sensorang. maka hujan lagi la lebat. bukan dalam plane jerr ujan, tapi dalam bas juga. aku tak mampu nak tahan dah. biarkan dia gugur. tapi misi aku untuk menghepikan mak berjaya. dia seronok masa berjalan2 kat kota bharu.

lunch kat tempat semalam. aku tak paham la orang kat sini, ambil makan bayak2 then tak habis tinggak cam tu.. bukan satu dua meja cam tu, tapi almost. membazir betul. check out dari hotel pukul 230pm, terus jerr gie airport. hangin betul kat orang yang jaga kaunter. poyo jer.. pada hal masa kat lcct dah tanya dah. tak pasal2 melayang rm150. geram betul.

sampai jer umah, dah lapo. mulanya aku ingat nak makan kat luar jer.. tapi kan.. aku rasa, aku boleh makan kat luar, siang malam pagi petang selama tiga hari jer.. lebih dari tu, aku tak boleh. tah la.. rasa tak puas. macam2 rasa. tapi ada orang boleh hidup but not me.

penat memang penat tapi ni jerr yang aku masak malam ni for dinner orang2 yang ada kat dalam umah aku.
tumis labu air dan udang
ikan goreng serta ikan pekasam yang pak cu bagi hari tu.
ikan masak taucu + kentang.

aku rasakan.. makan malam ni, lebih sedap dari makan sepanjang berada kat kota bharu. puas. walau pun lebih kurang & masak dalam kepenatan.

esok pagi, hantar mak ke umah pak cu, then masuk opis petang. aku memang cuti half day esok.






....from kekwa22 with love....