14 April 2012

Update Checklist Persiapan Bersalin

hari berganti hari.. masa terus jerr berputar. kalo last year.. time2 cam nih memang bz dengan persiapan nak kahwin.. sape yang kahwin? aku lerr tu.. hehehe.. macam2 nak kena settle. tapi tu last year nyer... untuk menjelangnya bulan mei 2011. tahun ni plak.. ada lagi checklist untuk menjelangnya mei 2012. persiapan nak tunggu kehadiran baby pulak... masih lagi wat persiapan... Alhamdulillah aku dah wat persiapan awal... tak de la kelam kabut dan masa tu aku masih lagi sihat. tak rugi rasanya wat persiapan awal...

biar la.. orang nak kata poyo ke apa kerr... sesemua ni ada kena mengena dengan aku dan kehidupan aku.. biarlah... at least sebagai bakal2 mama yang nak jadi mama 1st time macam aku ni.. bleh la wat2 refer.. checklist masing2. tapi aku nyer persiapan ni.. basic2 jerr... yang mana yang patut jerr kiranya.... seboleh mungkin aku cuba berjimat. that all...

jom jom kita check apa yang dah ada dalam checklist persiapan bersalin dan menyambut baby. kalo ada yang kurang, boleh la top up. minggu ni, dah masuk minggu ke 33 dah.. biasanya orang bersalin pada minggu ke 38 or 39. makna kata ada dalam 5 or 6 week jerr lagi.. dup dap dup dap... kena le check barang2 kot kot ada lagi yang terlupa.

keperluan ibu

set @ ubat2 semasa berpantang -aku pilih set ni... sebab aku pilih ialah.. dalam product ni, ada apa yang aku nak... sesambil tu wat gak servey dan baca testimoni... harga RM290

barut/bengkung - achik kata, guna yang di nyer jerr.. so selamat le poket - rm0

breast pump termasuk tempat penyimpanan susu - ni, set yang menjadi pilihan aku Spectra - Dew 300 Jingle Jungle Back to Work Set - RM528. dalam pakej ni, aku dapat; sesemua nih;
1) 1 unit of Spectra Dew 300 Breastpump and its double pumping kit

2) 1 piece of Fabulous Mom Kelly Nursing Bra (Please state your preferred design and size in the comment box upon checkout)

3) 1 set of Jingle Jungle Back to Work Set (breastfeeding (breastpump) bag, cooler bag, 6 bottles, 3 icepacks)

Choose within:

Celebrity Set
Ardent Mom Set (add RM30 = RM528)


maternity pad - hat ni, RM12 for 20pcs, so aku beli 2pack = rm24
nursing bra - tak yah beli dah sebab beli breast pump dah dapat dah.. plus dgn yang dok ada dah ni... cukup la tu...

stoking - supaya kaki tak sejuk. dah ada dah.. guna jerr yang aku gie mekah dulu....termos - ni, kat umah dah ada.. guna jerr
semuanya barang ni.. dalam RM842

keperluan baby

lampin kain dan lampin pakai buang (new born) - lampin kain dah ada dah.. guna yang armand nyer jerr.. jadi beli yang pakai buang jerr.. malas nak beli yang mahal2 sebab tengok achik dulu.. masa dalam pantang.. kerap betul tuko. beli saiz S- beli 2 bag jerr RM20 untuk 1 bag 78 keping so, aku beli 2 bag masa Motherhood expo masa tengah offer, ada la dalam 156 keping = RM 40

baju dan suar baby - beli 9 pasang jerr.. - rm165
romper-beli 3 pasang jerr - rm25

Hanger ni, aku beli 2 jenis, satu yang beso untuk hang baju2 baby dan yang bulat kecik cam ni untuk gantung stokin serta sarung tangan/kaki. harga kedua2 hanger ni - RM22

sarung tangan dan sarung kaki - dalam 4 set dah cukup kot sebab armand nyer ada 4 set - rm8*4 set = rm32

baby wipes - hat ni.. dalam 8 pack kecik cukup kot.. sebab dah beli dah... - rm13
sapu Tangan- dah ada 5 helai.. ok la tu... rm12
minyak baby - guna minyak ni jerr.. pah chik sponser
towel baby - wat masa ni ada sehelai jerr.. ok la tu... esok2 boleh beli sehelai lagi... bukan payah pun nak gie cari towel - rm20

barut - hat ni, jahit sendiri. armand nyer ada le sehelai. beli kain 1.5m - rm7.50

topi - 1 cukup la kot... - dah siap dgn pakej sarung tangan dan kaki.. so, RM0

kelambu baby - errr.. kena beli ke nih... khemah kelambu kan ada.. tapi kelambu baby ni, - achik sponser
kain bedung dan selimut baby - jahit sendiri jerr... guna kain cottan flanil warna biru - RM12.. aku wat cam ni.. nanti boleh la bedung baby camni.. kemaskan...
getah alas tilam - dah ada dah.. guna jerr - rm0

beg baby - dah beli masa baby fair - rm35 tapi kaler dark blue

Nappy rash cream - ni, kena stanby siap2 - RM11

tab mandi - dah ada dah. guna jerr yang armand nyerr - rm0
botol baby. yang ni, hari tu lupa nak senaraikan.. baru jerr teringat beli kat kawan achik RM150

tilam dan bantal baby - yang ni, confirm pah sponser kekabu dan aku jahit sarung dan base - RM36

tungku baby - yang ni, aku buat sendiri - RM5
bakul untuk simpan baju baby - dah ada.. guna jerr apa yang ada -rm0

keperluan baby - - rm20
baby court - kawan enche affa kasi pinjam - rm0nursing cover - dah siap jahit RM8

sesemua dalam RM613.50

Cukup la kot semua keperluan. yang penting2 jerr. Macam budjet orang kedekut jerr... nanti2 bleh tambah lagi kalo ada benda yang tak cukup.... wat masa ni... cukuplah....

errmm budget untuk spital pak.. mudah2an aku dapat bersalin dengan normal dan tak ada sebarang masalah pada aku dan juga baby - pakej kpmc RM1450


” Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa” - ( Surah Ali Imran [3]: 38)

sumber gambo : pakcik google image



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

12 April 2012

segalanya ku terima

hari ni kira last day le aku mc setelah mc 10 days ago. esok dah kena masuk opis. errmmm mudah2an sepanjang aku ber'mc' ni, segala kesukaran yang di alami akan bertambah baik. mudah2an uri dah ternaik keatas dan baby dah tak songsang... minggu depan, week 34, baru gie check up. mudah2an semuanya ok.

semalam tak leh tido... puas la pujuk2 mata suruh tido.. tapi sudahnya sampai pukul 5.30am aku masih belum berjaya melelapkan mata. tatau nak buat apa dah.. 'adik' bergerak aktif before pukul 12am jerr.. pastu dia siap mengeras sampai pagi.. sebab tu susah nak lelap mata... nak cuba tido sambil duduk pun tak berjaya melelapkan mata.

kenapa yerr baby mengeras... errmm nak practice nak kuar ker... oorr tak sabo dah yerr... sabo2 sikit jerr masa lagi.. nanti 'adik' bleh jumpa mama, bapak dan abang. abang tu.. dah banyak dah plan dia untuk 'adik'.

kalo time 'adik; mengeras memang aku tak dapat buat apa2. mengah dan tak dapat bernafas dengan sempurna. nak baring pun sakit. duduk sakit.. berdiri pun sakit. semuanya serba tak kena.. aku hanya wat semampu aku jerr... semuanya anugerah dari Allah. aku redha terima segalanya dan seadanya. semoga aku tabah mengharungi minggu2 terakhir ni..



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

09 April 2012

meriah betoii

last weekend, rasanya weekend yang paling panjang sekali... meriah sungguh umah aku.... jumaat malam, mak & kak ngah sekeluarga sampai bersama2 dengan acik sekeluarga serta pah salak. sesemuanya sedara mara enche affa. meriah sungguh rumah kami....

tapi tu la... aku ni bukan cergas sangat.... tak dapat la nak melayan tetamu sepenuhnya.. kesian diaorang... dah la sesekali datang.. kena layan diri plak... ermmm tapi tu la.. nak wat ce mana... keadaan tak mengizinkan... terimalah seadanya.. Insya Allah.. dah tak lama dah... next month, lagi la meriah dengan kehadiran 'adik'. armand pun dah tak sabar dah nak nengok 'adik' dia.

armand memang ler suke kalo ramai2 datang umah.. cukuplah dia berdua dengan abang azim.. rasa macam 10 orang dah... errmmm bila adik dah besar.. join diaorang... nanti tatau la ce mana... tapi time tu, diaorang dah beso. ok la sket kot.... errmmm.. menurut doktor2 yang check up aku.. Insya Allah 'adik' pun boy juge... kalo balik ipoh, semua boy. kalo balik umah mak.. ada geng ngan firas.

diaorang datang sempena nak gie kenduri kat shah alam. tapi aku tak gie pun.. enche affa gie kenduri bukan gie kenduri, tapi gie 'bekerja' kat umah boss dia. aku gie kenduri umah eb dan hanya armand jerr yang ngikut diaorang gie shah alam.

malam plak.. enche affa bawak gie makan kat restoran arab... port baru tu...... hehhehe... best2 marbeles... kalo aku sihat walafiat dan tak batuk.. memang aku makan tak hengat dunia punya.... hhahahhah

jom jom cuci2 mata....

ni menu, boleh pilih mana yang berkenan di hati
orange juice
biasa kalo kedai len.. gelas kecik jerr.... memang best dia nyer juice

carrot juice
ni, pun marbeles... pekat.. likat

lamb kabsa
nyum nyum... sedapnya lamb dia... aku bantai 3 ketoi.. hahahha... lembut gilerr... terasa rempah ratusnya...

mix grill
ni.. sesemua ada... ada lamb & chicken grill. marbeles weiiiiiiiiii. sedap ni meratah.. lenkali nak order ni jerr... hehehehe

chicken mandey
nasi mandey dia best... ayam pun best.. tataw la berapa lama perap ayam ni.. sampai rempah ratusnya masih terasa...

kuah untuh nasi...

chicken soup
chicken soup ni.. memang best.. pekat dan likat. sedap weeeiii

moral of the story.. semua nyer sedap... kalo aku tak pregnant... memang aku makan sampai lebam.. wakakkak


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

08 April 2012

set bersalin yang menjadi pilihan....

setelah di fikir2 dan di buat servey, aku decide akan menggunakan product ni bagi jamu bersalin.. pilih nyer pilih... yang ni yang rasa macam seswai dgn apa yang aku nak... so, ambil jerr la... malas dah nak pikir.. sebab dah lama dah fikir2 dan mencari2 produk yang seswai... Link

Phytonatal
90 tablets (30 hari) - 140.00 / 180 tablets (44 hari) - RM205.00
Untuk di makan

Khasiat Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.

Cara pemakanan

Bersalin Normal - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
Bersalin Pembedahan - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)

Dosej Kapsul

A. Untuk Kelawasan biasa harian (3-5 biji sebelum sarapan)
b. Bagi yang sembelit harian (3-5 biji pagi / 3-5 biji tengahari / 3-5 biji petang / 3-5 biji malam).

Dosej Paket

A. Untuk kelawasan biasa Harian
(1-2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)

B. Bagi yang sembelit Harian
( 2pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)


Krim Herbanika Barut
RM55.00 - 60 gm

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Mengamalkannya :

a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.

b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.

c. parut dan jalur pecahan pada perut.

d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang


Cara Penggunaan

Diamalkan bermula hari ke 4 – 40

a. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).

b. Sapu Herbanika Barut Krim ke seluruh perut dan pinggang.

c. Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.

d. Pakailah bengkung.

e. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

f. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.

g. Pakai sepanjang malam. Seeloknya memakai Serbuk Hernanika Barut pada sebelah pagi dan Herbanika Barut Krim pada sebelah petang atau memilih salah satu.

Untuk Kegunaan Luar

Khasiat Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.


Serbuk Herbanika Barut
RM60.00 - 150 gm

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Mengamalkannya :

a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.

b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.

c. parut dan jalur pecahan pada perut.

d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

Cara Penggunaannya :

1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.

Sebelum menggunakan Herbanika Barut. Lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.

Lakukan 2 kali sehari.

Pagi (di gunakan selepas mandi)

Petang (7 mlm) - Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut.Biarkan berbarut sehingga pagi.

Perhatian

Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.

Cara penggunaan :

Selepas sebulan

Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.

Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-

a. Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
b. Dapat melangsingkan pinggang anda
c. Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.


Uncang Cuci Herbanika
5 t-baq RM35.00 / 10 t-baq RM70.00 / 15 t-baq RM100.00

Untuk kegunaan luar Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan).

Cara kegunaan:

Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang atau infeksi tempat sulit. Untuk kegunaan lain, boleh di amal menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit.
Boleh diamal 2 sehingga 3 kali sehari iaitu (Pagi dan Malam) atau ( Pagi, Petang dan Malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.

a) Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.

b) Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita.

c) Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Pembersih Dalaman) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. Sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembuh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin.


Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar
150 gm RM60.00

Khasiat

Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan memgembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi panyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang di sebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.

Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.

Cara kegunaan:

a) Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :

1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida ( Jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.

b) Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.

c) Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.


Akar Herbanika ~ Untuk Diminum
15 t-bag RM70.00 / 30 t-bag RM100.00

Khasiat

Menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan.

Bagi lelaki, untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang.
Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh di campur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.

Nasihat Untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyemburan luka dalaman. Adalah di nasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:

Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab (boleh di dapati di Nona Roguy)
1 sudu teh Air Gamat 1 sudu teh Pati Halia

Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya.

Bagi yang bersalin secara normal :

Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin.

Bagi yang bersalin secara pembedahan :

Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selapas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin. - Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luaranya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.

Selalu menggunakan Mustajab Harmonis untuk kesegaran saluran faraj. Teruskan amalan meminum air Akar Herbanika sebagai Teh Herba untuk menjaga kesegaran dan kecantikan.


Minyak Herbanika ~ Untuk kegunaan luar
130 ml RM68.00 / 260 ml RM105.00.

Khasiat

Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut. Di sediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin. Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik, dan pecah-pecah berjalur. Dapat menyegarkan urat saraf dan otot- otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur. Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.

Cara kegunaan :

Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.

Perhatian :

a) Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut.

b) Bagi yang bersalin secara pembedahan.

Cara kegunaan :

Selama sebulan : Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.

Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang?

Amalan Minggu Pertama

Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air.Tuangkan kedalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya. Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum. Minum suam panas.

Amalan phytonatal sepanjang tempoh berpantang - Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:- Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:- Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:- Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Amalan diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.

Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40) Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan dan sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau episiotomi. Untuk memperbaiki aliran darah, lumurkan secukupnya kebahagian belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan kaki dengan urutan lembut . Sapukan 2-3 x sehari.

Penjagaan harian peribadi :

Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan 1-2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa.

Untuk pemeliharaan payudara

Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakkan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakkan. Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakan surut. Kesat kering. Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara.Sekiranya hendak menyusui bayi ,pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting anda dari kesan minyak.

sumber dari sini yerr



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”