16 May 2012

new gadget - Apple iMac

sepanjang aku mc, errmm dok umah jerr la.... berehat... boleh le.. baring2 kalo penat duduk. kalo penat baring berdiri.. kalo penat berdiri berjalan... tu jerr la... kaki pun dah mula bengkak... hari ni, sejak pagi lagi perut dah mengeras.. biasanya bila dah petang2 baru mengeras.. tu yang rasa lagi tak selesa...... 'errmm bila la adik nak kuar nih'... rasanya dia selesa kot dok dalam rahem mama... ramai yang tak sabar dah nak tunggu 'adik' ni...

errmm.. ni our new gadget... baru jeer sampai nih... masih panas lagi...


comei tak? hehhehe... weeiiii best ooo imac nih... errmmm gayat giler nak guna.. al maklum lah..... tak perr tak per... take time... lama2 ok la kannnnn.. weehh best ooo color dia... true color... jom jom layan... imac... best best

errmmm hari ni day week ke 38. sintom2 nak bersalin dah ada dah  ni... errmmm tak perr insya Allah aku dah ready nak hadapi semuanya... segalanya aku terima... mudah2an Allah swt mempermudahkan segalanya... doakan yerrrr....

selamat hari guru buat semua yang bergelar guru... tanpa guru, siapalah aku hari ni

 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

13 May 2012

happy mother's day

sempena mother's day 12 mei... ni, aku dapat dari anakanda terchenta...  terharu betoi... bukan main hepi lagi masa nak kasi kat mama... tak sangka .. err.. hehhehe aku dah jadi mother rupanya....

on saturday... enche affa plak bawak kami sekuarga gie pusat sains negara.. tengok dinasour alive... menarik gak... jom jom layan apa ada kat pusat sains negara... kalo sesapa yang lom gie masih ada masa.. dinasour alive sampai 31 mei nih.... jom jom..










ni, permintaan dari armand iskandar... tetiba jerr masa aku tengah baring2 dia minta nak muffin..blueberry. lama giler tak wat muffin untuk armand. so, pagi ni, sempena aku sihat sket.. dapat la buat muffin untuk armand. wat satu adunan jerr... 13 biji muffin blueberry...

ni, resepinya... tak ingat dah aku ambil kat kat mana

TEMP: 400F (I use 180-200C)
TIME: 20 mins
MAKES: 12 large muffins

    2 eggs
    1 cup milk
    1/4 cup melted butter or margarine
    1.5 cups all-purpose flour (Australia: plain flour)
    3 teaspoons baking powder
    1/2 teaspoon salt
    2 tablespoons white sugar
    1 cup fresh or frozen blueberries (or 1 can if you don’t have fresh)
    1/4 cup all-purpose flour
    1/2 cup white sugar

Note:

    1/4 cup = 60 ml / 2 oz
    1/2 cup = 120 ml / 4 oz
    1 cup = approx 250 ml / 8 oz
    1.5 cups = 350 ml / 12 oz

METHOD:

    In a small bowl, beat eggs, milk and butter.
    In a large bowl, mix flour, baking powder, salt and the 2 tablespoons of sugar.
    Stir the liquid ingredients in the small bowl into the dry ingredients in the large bowl.
    In the third bowl, mix together the blueberries with the remaining sugar and flour.
    Gently fold the blueberry mixture in to the ‘cake’ mixture in the large bowl.
    Fill muffin cups and bake at 400F (200C) for approximately 20 minutes.

 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

12 May 2012

ni, 1st time armand join sukan. sukan yang di anjurkan oleh sekolah nyer... genius aulad la.... apa la mama nih... kan baru jerr skolah.. tahun nih....  punya la teruja... jom jom kita tengak aksi2 anak mama...

errmmm biarlah gambo berbicara....
bersedia sebelum acara di mulakan... time ni penuh bersemangat
bersama dengan rakan2 seperjuangan....
happy betoiii
discuss strategi dengan ahli kumpulan ni... bajet nak menang....

hamboi2

teruja betoiii anak mama....

suke nyerrrr dierrrrr.. apa la yang kelako sangat tu...

macam2 aksi ada...

ala comei2.. suke betul abang...

kelakar la armand nih...happy betoii...
dah ready dah ni....

go armand go

fikir2 mana tempat yang seswai

jom isi air banyak2

wahh... cepat2 lari laju2
best2.. menang acara tempat pertama acara masukkan huruf

Pemenang tempat pertama isi air dalam botol

yeay! yeay! dapat 2 hadiah....
bangga betul anank mama nih...
kesian anak mama nih... letih betoi... hadiah kipas ni... adalah cabutan bertuah.... yang terharunya... armand cakap.. hadiah ni.. untuk mamam... soo.. sweet.... muaahhsss
tengok nih... boleh tertido sambil berdiri... kelakar betoi... memang penat tahap dewa nih




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

10 May 2012

eermmmm... dah nak dekat ni.. rasa tak sabo dah.. bukan aku jerr.. enche affa pun sama jerr... dah masuk week 37. malam ni, jumpe doktor... errmm apa yer yang nak di tanya dgn doktor nanti... kalo ikut dulu nyer date... 11hb, means esok.. dah kena induce dah.. hehehe.. walau apa pun.. kita tunggu hasil pemeriksaan doktor kejap lagi yerrrrrrrrrrrrr.. 11hb tu.. esok tawwwwwww

satu lagi yang aku belum belajar ialah teknik pernafasan.. so, baca kat sini...
  
Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.
 sumber dari sini yerrr

dah.. dah.. jom pergi spital. Mudah2an semuanya ok...


 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”