Sejatikah sebuah cinta
Hanya bermain dengan perasaan
Wujudkah sebuah kebahagiaan
Tanpa kesetiaan dan kejujuran
Bermaknakah sebuah janji
Tanpa diiringi keikhlasan
Bersungguhkah sebuah kejujuran
Seandainya bersulamkan dusta
Kekalkah sebuah perhubungan
Yang terjalin di atas dasar kasihan
Teguhkah sebuah ikatan
Sekadar untuk menjaga hati dan perasaan
Mestikah sebuah pertemuan
Diakhiri dengan perpisahan
Unggulkah sebuah rindu
Yang diselubungi pelbagai rasa
Benarkah sebuah penantian
Adalah satu penyeksaan
Terkuburkah sebuah harapan
Setelah sekian lama bersemi
Tercalarkah sebuah cinta
Yang digamit kenangan silam
Tercapaikah sebuah impian
Dengan hanya berangan-angan
Terjadikah sebuah kenyataan
Biarpun tanpa kerelaan
Bahagiakah sebuah kehidupan
Tanpa perasaan kasih dan sayang
Pudarkah sebuah kasih sayang
Andai kebencian sudah mengundang di hati
Ke manakah sebuah cita-cita
Yang diiringi doa dan harapan
Maniskah sebuah kejayaan
Tanpa dikongsi dengan orang yang tersayang
Retakkah sebuah istana
Dengan kehadiran insan ketiga
Berhargakah sebuah pengorbanan
Insan yang bernama wanita
Terubatkah sebuah kekecewaan
Jika hati sudah terluka
Mampukah sebuah kemaafan
Mengubati hati yang berkecai
Mengapakah sebuah kelukaan
Meninggalkan kesan yang teramat mendalam…
No comments:
Post a Comment