06 September 2008

Hari yang menyeronokkan

Ramadhan menjelma lagi kini.. bulan yang penuh dengan keberkatan. Ya Allah semoga aku dapat melalui ramadhan kali ni dengan sempurna.

Memori semalam menggamit lagi. aku sedar semuaitu hanya kenangan manis yang tak mampu aku lupakan. walau aku menepis sekuat mana sekalipun, aku tak akan mampu melupakannya dalam waktu yang terdekat. kekadang aku mampu untuk menghindari perasaan itu tetapi saat bila aku kalah, hanya Allah sahaja yang tahu hibanya hati aku ini. Apatah lagi kini aku sering keseorangan.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku tekad aku kini. hari ini, aku berazam. satu keazaman yang tidak berbelah lagi. moga aku mampu untuk mengikuti segala perangcangan yang telah aku lakukan. semoga aku kuat untuk merealisasikan segala perancangan aku ini. Ya Allah, berkatilah aku.. dan permudahkanlah...

semalam, aku memang happy sesangat. memang aku rasa seronok bila berbuka beramai2. aku berbuka di tasik permaisuri cheras. dengan bertemankan cahaya lilin... best sesangat. dapat kawan baru. seronoknya... menjadi juga candle light dinner aku.. hehehhe. malam tu lepas makan, lepak jap kat kedai makan, then pergi downtown kat area situ.. mak oooii punya la ramai orang.. tu la first time aku g situ selama aku berada kal kl ni.. maybe yang first dan yang last kot. saja jerr jenjalan... tapi aku sempat juga beli sebuah buku. buku yang aku cari2 selama ni.

memang best.. tapi aku tahu, keseronokkan tu hanya sementara jerr.. lepas balik umah, aku rasa kosong kembali... sunyi. tu la kehidupan aku.. aku tahu, kenapa aku buat2 bz dengan perkara2 yang tak perlu, sebabnya aku ingin mengusir segala kenangan semalam agar ianya tak bertamu di ruang minda.
entah lah...






....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment