06 September 2008

kurniakanlah ku kekuatan

ya Allah,

kurniakanlah ku kekuatan

Ku melangkah,

menerjun ke dalam laluan

yg ku sendiri tidak mengerti
apakah natijah disebalik laluan itu?
setiap kali ku terpikir realitinya
tetapi pemikiran itu lantas lenyap
dialiri sebatang sungai kerinduan
Ku menyedari keadaan diri ini,

tidak layak untuk berbicara akan kebaikan,

apatah lagi dianggap sebagai baik..
diri ini seolah-olah tidak ada harga dan nilaiannya
namun diri yang tak bernilai ini

mampu memegang kepada janji
Ku tergamam dan sukar melafazkan kata-kata
pabila sebuah janji seolah2 menjadi keringanan
sedangkan janji itu merupakan kehidupan

yang kita akan lalui bersama pahit-manisnya..

kita telah berjanji..namun hati manusia,sukar disusuri
kerana mencari suatu laluan yg terbaik baginya..
lantas secebis kerinduan ini

dibalas dengan kalimah yang mampu menggigilkan seluruh badan.
Ku menyedari kerinduan

hanya kepada Yang Maha Esa dan RasulNya,
kerinduan yang hakiki

tidak ada tolok bandingan dengan perkara lainnya.
namun ya Allah,

diri yang lemah, hina-dina di SisiMu ini
tidak mampu lari daripada kerinduan insani
Ya Allah

bajailah hatiku dengan dengan cinta kepadaMu
dan sayang akn kekasihMU
agar ku langsung tidak rasa akan kesal kerana cinta..
bina lah cinta teragung dalam diriku..

kurniakan lah ya Allah...


....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment