aku pi library UTM semalam tehn aku ada pinjam beberapa buah buku. antara buku yang aku pinjam.. eerrmm buku ni.. le... menarik tu buku ni... kelakar giler.. bahasa yang di gunakan simple jer.. memang nice la. leka membaca.. then ketawa macam apa tah.. tapi ada pengajaran yang terselit di setiap lawak jenaka. buku ni bukan mengisahkan lawak bodoh tah apa2.. tapi jenaka yang kita kena berfikir atas apa yang di perbualkan. so, pagi ni aku pun explore la kat internet ni.. ada tak sesapa yang komen pasal buku ni...
then aku jumpe artikel nih... Buku nipis dan simple Eh! Wat Yu Talking? ni mengandungi lawak jenaka dan cerita berunsur pengajaran yang dikumpul oleh penulis, mungkin dari pelbagai sumber, berkisarkan Pak Pandir, Mak Andih, Abu Nawas, dan watak-watak lain yang rasanya dicipta oleh penulis sendiri, dalam versi bahasa Inggeris. Pada mulanya penulis cuma berkongsi cerita ini dengan rakannya Dato' Ng Tieh Chuan. Tapi Dato' Ng sendiri tertarik dengan kisah2 ini lalu meminta beliau bukukan saja cerita2 tersebut. Nah, inilah hasilnya!Apa pandangan saya tentang buku ini? Idea mengumpulkan itu sememangnya bernas. Di mana lagi boleh kita deng
ar cerita2 macam ni? Kalau di sekolah sekarang pun rasanya susah betul nak dengar cerita Pak Pandir ni. Tapi isinya? Oklah..sesuai dibuat santai. Pak Pandir bukan orang yang macam yang selalu kita dengar. Berdasarkan isi buku ini, serasa macam Pak Pandir tu bukan orang yang sama, dan duduk di tempat yang berlainan. Rasionalnya? Ada cerita Pak Pandir jadi hakim yang bijak di kampungnya. Ada pulak cerita Pak Pandir dengan Mak Andih yang 'kurang pandai' (sopan la daripada sebut bodoh) dalam menguruskan rumahtangga, tapi dalam masa yang sama diorang 'bajet' pandai dalam urusan tersebut. Macam-macam lagi yang bercanggah. Hmm musykil2...apapun saya teruskan jugak membaca sampai habis.
Cerita yang seronok dibaca bagi saya, hmm agaknya cerita Pak Pandir dengan seorang wanita di dalam keretapi..tajuknya 'The Pipe' (kisah 19, m/s 22). Pak Pandir tengah hisap paip dalam keretapi, lepas tu datang la seorang perempuan ni dengan anjing di pelukannya duduk setentang dengan Pak Pandir. Perempuan tu sangat2lah tak suka bau asap rokok tu. Dia konon2 bagi isyarat la supaya Pak Pandir berhenti merokok tapi Pak Pandir buat2 tak tau je. Maka, bila perempuan ni nampak Pak Pandir macam dah tidur, dia pun buang paip tu keluar tingkap keretapi yang tengah bergerak tu.
Pak Pandir sebenarnya nampak tapi dia diamkan je. Bila wanita ni pergi ke begnya dekat rak untuk ambil barang Pak Pandir pun buang anjing tu keluar tingkap. Then masa perempuan ni balik ke tempat duduknya, sedarla yang anjingnya dah hilang. Dia pun tanya Pak Pandir, mana anjing saya, nampak tak? Pak Pandir dengan selambanya menjawab, "Anjing awak pergi ambik paip saya tadi (Your dog went to fetch my pipe)."
Karekter lain dalam buku ni termasuklah Pak Him, Pak Mat, Pak Lah, isteri Pak Pandir (mungkin dalam buku lain disebut sebagai Mak Andih, tapi dalam buku ni tidak diberi nama kepada watak tersebut), anak Pak Pandir, Abu Nawas dengan Sultan, dan kadang-kadang ada juga tentang Pak Pandir dengan Sultan. Kebanyakan lawaknya sesuai tapi ada juga yang tidak. Contohnya jenaka yang mengaitkan Tuhan (Allah). Sampaikan dalam
The Pony and The Buffalo (kisah 9, m/s 11), Pak Pandir pernah mengadu kepada Tuhan supaya membunuh kuda belaanya yang tak cukup tempat untuk berkongsi dengan kerbaunya. Tapi keesokannya kerbaunya pulak yang mati, bukannya kuda itu. Lalu Pak Pandir berkata "
Dear God! You have been God for so long but it seems You are incapable of making the distinction between a pony and a buffalo. (Oh Tuhan! Kau dah menjadi Tuhan sekian lama tetapi nampaknya Kau tak mampu membezakan antara seekor kuda dan seekor kerbau)" Melampau! Saya faham niat penulis untuk dalam menjadikan lawak2 ini untuk merehatkan minda, tapi tegas saya ingin katakan cerita ini sesungguhnya tak relevan dan bukan boleh dibuat lawak jenaka, terutama apabila dikaitkan dengan Tuhan! Buku ini sepatutnya perlu diedit dari segi nilai agama dan kepercayaan juga, bukan mengambil kira nilai sastera Melayu semata-mata, biarpun bukan hanya dibaca oleh orang Islam. Adalah lagi, beberapa cerita yang 'meng-sarkastikkan' (maaf) orang/hukum agama ni (sekadar satu contoh, baca kisah 63, bertajuk
Botox, m/s 91). Boleh ke blog
Ulas & Kupas untuk info lanjut (antara yang saya tertarik dalam ulasannya ialah kata-kata gurunya tentang
sarcasm).
Kalau diketepikan isu itu, secara umumnya buku ini sesuai dibaca oleh semua. Sebagai bacaan ringan sahajalah. Karikatur oleh E.Yu juga ada unsur kartun Melayu, alah yang ala-ala Lat gitu. Pemilihan font pun saya kira relevan, iaitu dalam format Comic Sans saiz 12. Tulisan kekomikan, tambah lagi saiz besar menjadikan buku ni mudah dibaca. Tak kira karikatur mahupun tulisan, dua-dua berjaya memberi impak bagus pada konsep komedi yang dibawa. Berminat? Belilah. Tak mahal, cuma RM12.90 je. - di petik dari http://helaianrindu.blogspot.com/2008/06/eh-wat-yu-talking-chronicles-of-malay.html
aku setuju dengan penulis nih... sebab aku pun merasai perkara yang sama. tak bosan membaca.. weeii baca aarr tak rugi tau.. tadi dok tido.. jer di bulan puasa ni, baik le mengisi masa lapang dgn membaca
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment