11 September 2009

alangkah sedih rasa hati....

petang tadi masa tengah masak2 nak berbuka puasa, aku bagi tahu, aku tak rasa happy langsung nak raya. camtak de apa2 jerr.. cuma rasa nak balikkg jerr sbbnya dah lama sangat aku tak balik kampung. sejak bulan 4 hari tu lagi aku tak balik kg. lama giler...

cepatnya masa berlalu, dah nak habis dah ramadhan. kalau ramadhan di panjangkan lagi sebulan lagi kan best... aku tau kenapa aku tak happy. sebab aku kecewa sangat2. kalau ada perkataan yang lebih daripada sangat2 tu haa.. yang tu la akan aku pilih untuk nak express apa yang aku rasa.. or dalam bahasa aku yang tak berapa betul ni adalah.. kecewa tahap terra.. ni kira bahasa IT la nih. hehehehe. ha.. cam tu la kecewa sangat. aku dah boleh mengeluh lega kerananya tapi semuanya hanya sebentar sahaja. aku tak tau kenapa mesti ada perasaan tamak. rezeki dah Allah bagi,

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
entah lah.. aku tau aku terima hakikat yang rambut sama hitam tapi hati lain2 tapi skrang ni rambut pun dah tak sama hitam tapi hati aku rasa.. warna darah la kot.. ada ke orang darah kaler lain.. dulu2 citer mahsuri kononnya darah putih tu ada la.. tapi tak tau la pulak betul ke tak.. tapi aku benar2 kecewa. sangat2. tahap terra. kecewa dan sedih.. maknanya kalau di gabungkan sekali jadi kecedih.

petang ni aku masak western untuk aku berbuka. errmm sesekali..memang biru mata hitamku..menu hari ni.. ni le makaroni & cheese.. errmm sedap tu sebbnya aku add cendawan & mozarella cheese. punya la heaven dia nyer cheese. aku mmg suke cheese. memang sedap. aku sorang jerr makan ni.. sebab dalam rumah ni aku jerr tekak ala2 mat saleh. yang lagi dua lagi tekak melayu sejati.

ni pulak sudah tentu la pizza. tak banyak letak sos cili sebab aku takut pedas. hehehh mengalahkan budak kecik tak makan pedas...then untuk tak menghampakan diorang aku masak buncis campur kobis & tauhu telur. kak norma pulak masak ikan masak asam.
ni pulak bubur lambuk kampung baru. kak norma bawa balik petang tadi.ni jerr la menu berbuke untuk hari ni...

masa kat umah sebelum gie masjid aku berdoa agar malam ni imam favourite aku yang akan mengimamkan solat terawih. alhamdulillah doaku termakbul. errmm terubat juga rindu aku mendengar suaranya setelah 2 malam aku tak dengar suara merdu imam tersebut mengalunkan bacaan ayat al quran. errmm terpesona aku dengan setiap bait2 ayat di baca.. aman dan tenang jiwa aku..

....from kekwa22 with love....

1 comment:

  1. kirim salam omak... kirim salam opah...

    ingat posan pokcik yoo...
    jgn sodih2...

    ALLAH tak suko org sodih2 ni... maso rayo..!!

    ReplyDelete