15 September 2009

bengang tahap terra

hari ni aku cuti purposely mmg nak gie servis kete.. baru jerr sampai roundabout dah aku kena langgar.. bengang betul... then dia dah langgar aku, cakap aku pulak bersalah.. bongok tak? bila dia cakap aku tak bagi signal... aku bukannya nak belok kiri or kanan aku hanya kekalkan laluan aku di lane kiri.. kete aku mana lampu signal yang menandakan aku nak jalan straight.... malah rasanya tak de kete dalam dunia ni ada lampu signal untuk nak jalan straight. ni aku macam nak guna pepatah kawan aku jerr.. satu ' sekolah jer tinggi2 tapi bangang melantun2' then 1 satu lagi pepatah 'Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut' kedua-dua pepatah ni tak de dalam mana2 kamus peribahasa dan tak diiktiraf.. hanya aku jerr yang mengiktirafkannya. dan boleh di gunakan pada masa yang sesuai.

ada bengang betul. baru jerr semalam renew roadtaxni aarr hasil hentaman pemandu kancil yang bongok itu... ada ke nak belok kiri siap cross depan kite dari lane kanan. kete dia kena cam mana, aku tak tau.. lantak pi aarr. bila aku bukak pintu nak kuar, terus jerr dapat bunyi sebab geseran antara pintu dgn bahagian atas tayar.. aarrgghhh bengang betul aku.

aku sampai kat pusat servis dalam pukul 9.15. semalam aku booking pukl 9, sbb aku lambat, orang lain dah ambil tempat aku, then kete aku baru nak servis dalam pukul 10 lepbih. tepat pukul 1 baru siap. punya la lama aku kat situ
ni aarr kete aku.. dah setahun usia kete ni.. baru jalan 14650km. so, tadi aku servis untuk 15k lerr.. then kena buat major servis bila dah 20k. may be next year la tu..

petang tu aku buke pose kat madam lim dengan kak wan dan anak2 dia.. lama betul tak jumpe kak wan. setahun sekali jerr jumpe... kak wan tinggal kat riyadh. dia balik sini sempena nak raya.. kalau tak ermm dia pun tak balik. lepas solat maghrib kitaorang lepak2 kat dataran jj. jj nih belakang umah aku jer.. dekat jerr tempatnya.... then lepas tu lepak kat umah aku.. sampai pukul 11pm.



....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. Menurut Yusuf Al-Qardhawi, siapa yang menghadapi ujian , maka hendaklah dia menerimanya dengan rela hati dan bersabar. Kerelaan hati bermakna rela dengan segala ujian yang Allah timpakan baginya. Makna kesabaran ialah hamba itu bertabah hati sepanjang tempoh menghadapi ujian itu. Firman Allah s.w.t :

    “Dan sesungguhnya Kami berikan cubaan kepada kamu dari ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, iaitu orang-orang yang ditimpa bencana, mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua kami kembali.”

    (Surah Al-Baqarah: Ayat 155-156)

    ReplyDelete
  2. haaa...
    btul lah... kete ni lah yg pokcik nmpak..!!

    Slamat Hari Raya kekwa22..!!
    Maaf Zahir dan Batin..!!

    ReplyDelete