23 January 2010

bertamu di kalbu

hari ni, lepas subuh jerr tertido.. ermm sejuk2. mata plak tah ce mana tak leh celik. rasa ngantok giler.. pada hal semalam mana tido lewat pun. pukul 11 dah tido. tido bertemankan sehelai baju. hehehhe. sebab tu kot rasa cam malas jerr nak bangun. biasa saturday pagi, dah siap dah & dah sampai ke tasik pun waktu cam nih. bila bangun kul 8.30am, tengok2 aku jerr sorang kat umah. kak norma dah sah kat langkawi. ogie pun tak de. dengan kete dia pun tak de.. ermm pelik. semalam masa aku balik, ogie dah tido. so, tak sempat nak berbual.

fendi msg aku pagi tadi, dia tanya aku kat mana.. errmm mana lagi kalo bukan kat umah. dia plak kat opis. then aku tanya.. dia, sapa lagi ot hari ni. pastu aku dapat jawapan cam nih dari fendi, dia yang suruh orang ot, dia plak tanya sapa lg ada kat opis. hahhaha. adoi hai kena balik la plak.. apa la aku nih... padan muke aku. kena sebijik. siyes.. aku memang lupa yang aku yang suruh diorang ot. ada ke patut...

awal kedai dobi beroperasi. walaupun pukul 9am, cuaca dah terik. sempat la nih kering baju2 aku today. lebih kurang pukul 10.45am, angah datang. nak gie semua house pagi ni, nak tambah bunga untuk achik la nih.. dia nak tambah jadi sebelas dulang.

pergi sekejap jer.. angah dok dalam kete, aku pi masuk semua house. ada kot dalam 10 minit. tapi walaupun cam tu, angah sempat lagi soping beli tudung. punya lah... balik tu aku singgah jj kat umah aku tu. ermm sebabnya.. cari bahan2 nak masak la.. ermm ogie & kak norma tak de, so tak yah masak nasi. ye ye. hahahaha poyo tak.. kan dah 5 hari bekerja makan nasi... weken makan len la plak kan kan kan. tapi kalo ada kak norma.. masak apa pun dia tetap nak makan nasi. tu yang aku malas nak masak len tu.. rasa macam tak seronok pulak. tapi dia tak kisah pun kalo aku masak apa.. cumanya nanti makanan banyak sangat kat umah, sape nak makan plak.. tak baik membazir. so, moral of the story masak yang sumer makan.

aku ngan agah jerr kat umah ni. dah pukul 12pm lebih aku lom bfast, mana tak lapo. sepatutnya dah lunch dah time nih. masa kat jj tu, aku dok pilih apa la aku nak masak weken nih.. ermm so, pilih punyak pilih dekat2 pukul 1 baru sampai umah. aktiviti pertama aku masak aarr. angah plak sibuk ngan dia nyer fesbuk. ni aarr lunch aku today.
ermm sedap tau.. bukan aku kata, angah kata. hehhehe. sampai 2 kali dia tambah. dia pun lapo tu sebenarnya.. pada hal dia dah bfast kul 10. simple giler masak. senang & cepat. tak yah masak banyak2 meaning sayur ke lauk ke... hehehe dasar pemalas. campur jerr semua.. dah siap. tapi memang best bila campur tuna in olive oil + oregano & sekeping cheese bagi rasa lemak2 gitu... letak sikit lada sulah bagi ada rasa pedas. ermm memang yummy... khelasss gitu.

tengah hari tu, angah tolong aku potong2 reben jer.. kalo yang len tu dia boleh tolong tengok jerr.. dia mmg kureng reti mende2 ni. rasanya aku jerr yang suke layan sesemua nih. best plak dok belek2 bunga nih. rasa cam aku plak. esok2 kalo turn aku ermm ada tak orang nak wat kan? or sendiri mau ingat la.. ermm jawapan dia, dah tau dah.. sendiri mau ingat la...

dalam pukul 5 lebih, fiza ajak aku kuar pi makan. aku ingat dia nak ajak pi mana.. rupanya dia nak ajak aku makan sate. loorr semalam aku dah makan sate.. di tempat yang sama dan pada waktu yang sama serta meja yang sama. haaa kan banyak yang sama tu... ermm i miss him. kalo tak makan sate, tiga pat bulan tak makan. kalo dah makan, hari2 makan. tapi aku makan 5 jerr len len tu fiza aarr abiskan. dia cakap lepas makan sate nih.. teman dia pi makan bubur nasik kat belakang masjid plak. mak ooiii sate lom abis lagi dah ada hati nak makan len plak. dia cakap, dia lapo tak lunch. aku cakap kat dia, ermm aku teman jer.. mana larat nak makan lagi.
masa on the way nak gie tu, aku bagi cadangan kat dia kalo makan durian ce mana? sebabnya aku memang ngidam nak makan durian dah lama dah. sejak2 fiza cuti sem lama... aku tak de geng nak makan durian. apa lagi, dia memang la setuju. tak beli banyak pun, beli 3 biji untuk 2 orang. boleh aarr.
ermm memang sedap durian nih. fresh lagi. durian baru sampai kot. creamy. isi tebal bijinya cinonet jer. memang sedap. sangat2. pada hal baru lepas makan sate tu... hhahah.. giler nyer kuat makan. port makan kat utm aarr. area2 pak gad belakang. errmm pot biasa makan durian kalo kat utm. sebabnya bukan 1st time aarr tu... dulu dengan hadi & the gang. sebabnya kat situ tak de la orang lalu lalang sangat dan senang nak basuh tangan. malam plak fiza ada kelas that why la port tu memang seswai sangat2.

lepas tu aku balik umah jer.. tengok2 ogie dah balik. rupanya dia keje.. errmm ingatkan pi mana le dengan kete.. dia pi keje nek kete aarr tu.. dah tak larat jalan kaki selama 5 hari waktu opis hour kot. tu yang weken kena pi nek kete.. gud idea. i like..

this song is dedicated to king.

Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu








....from kekwa22 with love....

2 comments: