03 January 2010

Mom, i love you

hari ni, aku bangun awal. pukul 6am dah bangun lepas jer solat dah tak leh nak sambung tido... cuaca tak berapa sejuk sangat walaupun hujan renyai2. dari bilik aku, dengar orang dok sibuk2 kat dapo. loorr rupanya kak norma. dia pun awal gak hari ni.. aku layan la kak norma borak pepagi buta.. seawal kul 6.30am sambil sorang semug milo & bersama ubi keladi rebus. rupanya kak norma bangun 5.30am.. tu yang dah siap rebus keladi yang ogie bawak balik semalam. then ada ke pagi2 buta dah tanya aku soklan cengginih, 'ina, hari ni kita nak masak apa?' mak oooiii awalnya soklan.. then aku jawab 'lom pikir lagi aarr, no idea'.

pas tu kita orang siap2 gie tasik. ujan plak pagi ni.. orang punya la ramai... sangat2 luar biasa punya la ramai.... mulanya pelik jugak.. rupanya ada pertandingan mancing kat tasik titiwangsa anjuran berita harian. cari parking punya la susah. hujan pun makin lebat last2 decide tak jadi le.. jogging.. tapi gie jenjalan. gie aarr giant. hari ni dalam sejarah. tak pernah pagi2 buta gie giant. 8.30am dah ada dalam giant. hehheesebab malas nak balik umah....

sebelum masuk dalam giant tu, ni aarr my 2nd breakfast. sebenarnya dah lama tak makan pulut. ternampak jerr pulut ni, terus teringat kat arwah ayah. dia suke makan pulut. masak pulut then makan dengan ikan masin tapi santan biar lebih. wahh sedapnya.. tapi share ngan kak norma. seriuosly mak aku wat pulut kuning lagi sedap taw.
lama giler dok kat giant. jogging dalam giant. aci tak? tah apa2 yang di beli. macam2 pulak tu. dari pakaian sampailah ke accessories kete then tambah lagi dengan barang dapo. banyak jugak.. ada jerr yang nak di beli. antaranya biskut nih..
sedap taw biskut nih. rasa cam pasir2 jerr.. for the 1st time, memang rasa tak sedap. tapi kalo dah biasa tu.. ermm ok jerr.. rasanya antara semua biskut iko nih, yang kaler ijau ni arr paling sedap. then cam biasa, stock susu pun dah habis.
balik pada giant, zahari datang umah... dia datang ngan kawan dia. sebabnya kak norma tah ce mana bleh kunci bilik dia.. then kunci bilik, kat dalam bilik. cerdik sungguh. tu yang zahari datang tu.. tak de la pulak nak membebel. ermm ciri2 tuan umah yang baik. kitaorang ajak le join makan2. ada jerr.. macam2 makanan kat umah nih..

yang tak sedapnya perut aku.. ermm sakit arr.. aarrgghh tetiba jerr sakit perut.. tak taw sebab apa.. adakah sebab makan pulut, ikan tongkol tu tak de pedas pun tapi bersantan. minum pulak teh tarik... sebenarnya lama giler tak minum teh tarik. ada la dalam 6 bulan kot. tu yang teringin tu.. ataupun keladi rebus.. tak tau mana satu.. tapi hasilnya perut tak sedap maa

zahari cakap dia dah ada calon dah.. nak kawin lagi. antara kitaorang bertiga nih le jadi pilihan. tapi dia tak tau mana satu nak di pilih. dok confuse. so, dia nak wat solat istiqarah le malam nih. poyo tak tuan umah aku nih.. zahari ni memang kelakar. then tetiba jerr dia bagi tahu yang dia nak tuko pintu bilik aku.. yang aku ni.. pikir.. pelik la pulak.. tetiba jer.. ermm suke hati ko lah zahari, janji ko bahagia...

then aku layan citer nih...
bila princess kiss frog, dgn dia2 bertuko jadi frog. hahhahha.. kalo aku, mau nyesal giler.. tapi aarrgghh tak mo aarr tak kan nak kiss frog.. eeeyakkk

hari ni..project2 yang aku nak wat.. berhasil 80%. ada lagi sikit lagi nak siap. hope esok pagi mission complete. hari ni juge aku berjaya tak tido siang2 hari. sebabnya kepala aku sejak pagi lagi sakit. may be terlebih tido.. sakit yang berdenyut seluruh bahagian kepala.. tu yang malas tido waktu siang.

hari ni ogie suruh aku jahit skirt labuh untuk dia... ermm aku tanya la pattern apa yang dia nak.. dia nak skrit kembang..

aku : tak mo arr skirt potongan A
ogie : ala ok jerr nanti susah nak jalan. ketat, kena angkat kain.
aku : weii jalan la pelan2 bukan jalan ganas2
kak norma : tak yah la kembang.. kecik skit kat lutut then kembang kat bawah
ogie : ala.. susah nak jalan la...
aku : ermm malas arr potong kain tu.. nanti tak cantik kembang tak best
ogie : susah nak jalan nanti..
kak norma : dia nih pelik, kat umah pakai skirt, kalo kuar dgn boyfren pakai treck suit jer.. yang sorang nih.. seksi bukan main. nasib baik dalam umah jer.. yang akak plak.. baju banyak, kain batik nih gak yang best.
ogie : ala.. zizie tak kisah pun.. ok la treck suit senang nak jalan..
aku : ni arr masalahnya.. cube tuko, kat umah pakai treck suit, pi dating pakai skirt.
ogie : malas. susah nak jalan.. kena angkat kain..
kak norma : cube jalan sopan2 skit.. tak de la kena angkat kain. errmm suke ati ko lah ogie, janji bahagia..

last2 aku kena gak potong skirt ogie A cut. tak best betul.. hehehe bukan aku nak pakai pun.. ske ati ko la ogie.. petang ni sempat siapkan jubah kak norma sehelai.

hari ni tak makan nasi pun. sebab perut tak berapa sedap. ermmm hari ni tak lapo pun.. tak de la cam semalam..

sepanjang cuti 3 hari ni, ayat yang paling popular yang mempunyai ranking paling tinggi dalam carta.

untuk soalan
1. apa program hari ni?
2. kat mana dah?
3. u tak ingat ke nak call i?
4. tadi tak cakap pun tak keluar?
5. dah sampai rumah belum?
6. u dengan sape nih?

jawapan
1. i tengah joging dengan ina kat tasik titiwangsa lepas ni nak balik singgah pasar pas tu terus balik. sekian harap maklum.
2. i dah nak balik. sampai umah i bagi tahu u. tapi tertakluk kepada pindaan
3. i nak membasuh, memasak, makan, tido. nanti i akan update kat u
4. kan tadi i dah bagi tahu.. u, i nak pi mana..
5. i dah balik umah. kejap lagi i nak kemas2 nak pi ampang. tak tahu pukul brapa nak gie sana. sebarang pindaan & kesulitan akan di beritahu kemudian.
6. kan i dah bagi tahu yang i dengan ina..

hahhaha.. kalo pak ndak taw ni.. mau aku kena sekeh nih.

ni aku nyer dinner..
baru lepas call mak. hari ni birthday dia. suke aarr dia.. adik belikan cake untuk mak. Happy jerr suara mak hari ni. mak, i love you
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Mom, you're a wonderful mother,
So gentle, yet so strong.
The many ways you show you care
Always make me feel I belong.

You're patient when I'm foolish;
You give guidance when I ask;
It seems you can do most anything;
You're the master of every task.

You're a dependable source of comfort;
You're my cushion when I fall.
You help in times of trouble;
You support me whenever I call.

I love you more than you know;
You have my total respect.
If I had my choice of mothers,
You'd be the one I'd select!



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment