12 February 2010

Preparation day

Hari ni aku bangun awal. Tak de la sejuk sangat pagi ni. Biasanya mmg sejuk time2 cam nih. May be sebab cuaca panas kot. Sampai pagi pun tak rasa sejuk sangat. Pagi2 lagi dah siap kemas2 hall. Semua sofa & kusi meje dah transfer dalam bilik & kat dapo. Hall kat umah dah lapang. Boleh main badminton dah.

Aku start wat cake seawall pukul 9. Mula wat cup cake. Then buat cake besor. Semuanya kaler itam. Ingat nak wat carrot cake, tapi mendapat tentangan hebat.. opah cakap.. semuanya hitam... ermm layan jerr la opah..
Tengah2 bako cup cake, abang lim ajak gie bandar, nak beli barang basah. So, aku pass kat angah aarr.. dia tinggal bako jerr lagi. Sebabnya semua adunan dah aku siapkan. aku pi paso dengan achik beli ikan bawal untuk nak masak kari pagi esok. Buah-buahan untuk hantaran & makan2 serta bunga2 segar.Kali ni aku pengarah program. Hihihi.. tak semestinya aku bagi arahan tapi aku tak wat keje.. kan kan kan. Tapi semua mende aku check. Hasilnya angah seharian re-wash all the pinggan, mangkuk serta gelas. Sebab semuanya tak lulus dengan sirim. Mujur angah layan jer... hihihihi...
Achik pulak bersihkan sawang2, sapu & mop lantai. Mujur pagi2 dah clearkan hall. Jadi, tak de la masalah sangat nak mop. Pas tu dia siapkan iron sumer alas dulang serta baju2. Ada ke mak nak pakai baju kaler cekelat esok.. tak leh tak leh.. kena tuko. Nampak mak aku aku tua 10 tahun plak...

Abang lim kena pasang kipas kat bilik. Whatever tools nak guna, kena sediakan... mulanya dia malas.. lepas aku jenuh membebel.. maka jalan jugak aarr.. kalo tak, jangan harap. Banyak alasan yang dia bagi. Sebabnya kipas tu dah lebih 6 bulan dah beli, tapi tak pasang2. So, moral of the story, kena bebel dulu baru dia nak buat. Hasilnya.. siap pun..

Adik gie keja. Tapi esok pagi dia kena basuh sumer pintu & tingkap. Sebabnya kalo dia basuh, tak yah guna kusi.. memang dia dah sedia tinggi. Memang sampai jerr sampai ke bahagian yang paling atas sekali. Tapi tengok aarr esok pagi.. kalo setakat cakap sekali dua, errmm tak de nya dia nak buat. Kena cakap berkali2 baru menjadi.

Lepas balik dari paso abang lim singgah pekan batu 5. Sebabnya balik lalu sana nak tempah ayam. Aku sempat aarr beli durian. Aku memang pantang kalo nak beli something, penjual dia menipu.. terang2 an lagi.. then gelak2.. kat aku pulak. Macam hebat. Aku wat blurr jerr la.. tapi dalam hati dok berkata2, sat lagi kalo aku laser.. Nampak macam kurang ajo pulak. Tapi memang siyesly ringan jerr mulut aku nak bahasakan pak cik tu.. abang lim pun hangin sebab dia pandang aku semacam jer... tak per.. sebab dia tua.. makan garam banyak dah, so, wat blurr jerr lebih baik.Pak ngah sampai masa lunch. Dekat2 pukul 1. Mak buat kerabu jantung pisang, tetiba teringat kak norma. Dia cakap kalo balik kg, nak buat kerabu jantung pisang, letak kerang rebus, then kelapa serta kerisik. Campo sikit serai. Ermm sedap tu... sayur peria yang pahit tu, aku memang tak teruja langsung. Membujur lalu dan melintang patah pun aku tak heran. Hihihi...

Untuk minum petang, aku goreng mee. Mak, opah, pak ngah, mak ngah & opah mak ngah.. tido. Achik dok siap kemas pinggan yang angah basuh dan angah dok membasuh pinggan mangkuk. Aku pulak dok menggoreng mee. Dah siap semua terhidang, aku kejutkan diaorang makan. Opah aku kata mujur ada anak pompuan.. boleh jugak harap.. tengok aarr anak sape... eehh silap, cucu sape.. aku sempat horeng anjali kat pah. Opah kata dia tak pernah rasa anjali. Semalam angah beli 2 pek anjali untuk di roreng, aku Cuma goreng 1 jerr tu pun tak habis.

Opah mak ngah boleh kata dia tak nampak aku. Aaiiseeyy.. aku yang pi balik, pi balik dia tak perasan. Then mak ngah bagi tahu, biasanya jumpe aku pakai tudung. Tapi kat umah, tak la pulak. That why dia tak perasan aku.

Petang td, abg lim, pak ngah, mak ngah, angah serta aku gie penang. Nak gie tak jammed. Tapi nak balik jammed. May be orang2 penang balik keje. Pagi tadi tayar motor adik pancit, that why kena pi tolong dia. Balik dari tu, jalan jammed. Singgah pasar malam parit buntar. Yang bestnya kat pasar malam ni adalah cendol dia.. tu jerr yang aku cari kalo gie pasar malam nih. Sajer jerr bawak pak ngah & mak ngah jenjalan. Tak bestnya jalan parit buntar akan jammed.

Pesal aku ada rasa rindu ni? Rindu sangat2. Alahai.. susahnya cam ni... dok teringat kat dia. Jangan tersasul la pulak. Nanti haru. Bukan boleh caye sangat nih. Hihihii... siyesly i miss him so much. Agak2 dia rindu kat aku tak?










....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment